ISNIN minggu pertama di bulan kelima itu, Azwin kembali ke Husynx Holding bagi memulakan kerjanya setelah hampir tiga minggu di cutikan oleh Husyn di atas kejadian buruk yang berlaku.
Dengan semangat dan keyakinan yang baru Azwin muncul di ofis dengan sut pejabat berwarna khaki serta dipadankan dengan shawl coklat susu. Azwin tampak elegan dan lebih berkarisma hari itu di samping wajah yang di rias dengan sedikit make up neutral membuatkan Azwin berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Saat memasuki bangunan Husynx Holding dia di sapa mesra oleh kakitangan pejabat seperti selalu. Namun, ada beberapa mata yang seperti tidak mengenali Azwin kerana wanita itu kelihatan berseri-seri daripada biasa.
Bergerak ke tingkat 8 menggunakan lif eksekutif, Azwin tiba ke bahagian kewangan beberapa minit kemudian.
Saat memasuki bahagian kewangannya, dia di sambut penuh mesra dan meriah oleh jabatan itu dengan welcome notes serta jambangan bunga dan beberapa hadiah lagi setelah berehat dari bercuti sakit.
“ Welcome back Puan Azwin!" ucap Teressa iaitu salah seorang pegawai eksekutif insurans di jabatan kewangan itu. Teressa menghulurkan sebakul set wangian dari lilin aromaterapi yang sudah di hias cantik kepadanya tanda mengalukan kepulangannya bekerja setelah bercuti sakit.
“ Wah, ada gift untuk I. Kalau macam ni I kena cuti sakit selalu ke macam mana?" seloroh Azwin. Pun begitu, dia menerimanya dengan hati yang gembira. Terasa dihargai seluruh rakan-rakan kerja di jabatannya.
“ Janganlah selalu sakit madam. Jenuh kitaorang nak cover kerja you nanti. Alamatnya kitaorang asyik kena marah ajelah dengan Tuan CEO kesayangannya you tu.." celah Insyirah dengan sengihan.
Azwin tergelak. “ Insyaallah. Doakan saya selalu.”
Seketika, Azwin meluangkan masa dengan staf-staf jabatan dan menikmati sedikit jamuan ringan yang di adakan untuknya.
“ Thanks korang! I'm really appreciate it." tutur Azwin kepada seluruh kakitangan jabatan kewangan itu.
Staf-staf bawahan Azwin tersenyum menerima ucapan penghargaan tersebut.
Sempat Azwin bertanyakan kepada Aishah mengapa majlis ini di adakan untuknya dan menurut pembantunya itu, mereka dimaklumkan oleh tuan CEO yang Azwin sedang bercuti sakit sementara. Makanya mereka mengadakan majlis sambutan sempena menyambut kehadiran Azwin pagi itu supaya wanita itu lebih bertenaga sebaik memulakan kerja. Di samping dapat meminggirkan anasir-anasir negatif yang berlapuk ketika Azwin bercuti sakit.
Tiada seorang pun staf di jabatan mahupun di bangunan Husynx Holding yang mengetahui tentang kejadian hitam yang menimpa Azwin.
Hampir setengah jam menikmati majlis serta hidangan yang di sediakan mereka akhirnya bersurai. Azwin juga sudah menapak ke biliknya di ikuti Aishah.
“ Win, kau ada dengar berita apa-apa tak pasal Tuan Ian?" tanya Aishah sebaik Azwin melabuhkan duduk di kerusi kerjanya.
Azwin gulingkan mata. Kepalanya digeleng kerana geram dengan pertanyaan Aishah.
“ Cerita apa? Kau lupa ke aku baru masuk kerja hari ni?" balas Azwin. Suis PC dihidupkan.
“ Ya tak ya jugak kan. Hehehe.." seringai Aishah.
Aishah ikut duduk berhadapan di meja kerja Azwin.
“ Kau tahu selama kau cuti Tuan Ian tu moody semacam je. Paling terbaru semalam, dia mengamuk dengan Sarah si budak ID sebab salah bagi information pasal apa entah." adu Aishah.
Azwin kerling Aishah dari balik PC. Keningnya sedikit terangkat. Berasa hairan dengan berita yang di sampaikan oleh pembantunya itu.
“ Mana kau tahu?"
“ Tahulah. Kecoh department ID sebab Tuan Ian mengamuk. Aku kan macam pelik sikit bila dengar Tuan Ian mengamuk tu..sebabnya dia sebelum ni aku tak pernah dengar naik hantu ke apa ke. Tapi ni tiba-tiba jadi macam tu. Aku rasa sesuatu sangat. Dekat rumah Tuan Ian memang macam tu ke?"
“ Macam tu macam mana?" soal Azwin tak faham.
“ Suka naik angin..suka mengamuk..salah sikit melenting..lebih kurang macam tu lah maksud aku.." terang Aishah. Kedua tangannya ditongkat ke bawah dagu memandang Azwin. Beria mahukan jawapan.
“ Tak ada pulak. Tapi dah tiga minggu dia tak ada kat rumah. Mama kata dia pindah rumah dia. So aku tak tahulah kenapa dia boleh jadi macam tu.." cerita Azwin. Di dalam kepalanya sedang berfikiran tentang mengapa tingkah Ian Hamza berubah begitu. Namun, sedikit pun dia tidak mendapat klu dari penceritaan Aishah.
Aishah terangguk-angguk mendengar bicara Azwin.
“ ..tapikan mama ada bagitahu yang dia tengah renovate penthouse tu. Mungkin sebab tu kut dia tak puas hati dengan si Sarah.." Azwin cuba mengagak.
“ Mungkin la. Eh Win, aku tengok kau berseri lain macam hari ni..ada berita apa-apa yang aku tak tahu ke?" usik Aishah. Lain macam benar riak Azwin kali ini. Seperti rakannya itu menyimpan suatu rahsia besar pula.
Azwin picing mata. “ Jangan suka buat andaian yang memeningkan kepala sendiri Shah. Aku berseri mungkin sebab dah sihat. Bukannya sebab ada apa-apa." ujar Azwin.
Aishah tersengih. “ Jangan marah. Aku tanya je!"
Azwin geleng kepala. “ Dah, pergi buat kerja kau. Aku nak sambung kerja aku yang banyak tertangguh ni. Bye!" putus Azwin lalu menghadap PC nya semula.
.
.
PULANG dari makan tengah hari, Azwin berhasrat mahu bertemu Ian Hamza selepas hampir tiga minggu dia kehilangan lelaki itu.
Jiwanya mula terasa rindu terhadap Ian Hamza. Pun begitu, lelaki itu seperti sengaja mengelak diri daripada berjumpa dengannya.
Selama tiga minggu ini Azwin berfikir semasak-masaknya tentang bicara Ian Hamza tempohari. Rasanya dia sudah bersedia untuk bersua muka dengan lelaki itu.
Teringatkan sesuatu, Azwin buka laci pertama meja kerjanya lalu mengeluarkan kotak kecil itu.
Bangun dari duduk, Azwin bawa kotak itu bersamanya menuju ke bilik Tuan CEO dengan senyuman ceria.
IAN HAMZA nampak begitu letih dan lesu tengah hari itu. Dia berhasrat tidak mahu keluar makan tengah hari kerana banyak kerja yang harus di beri tumpuan. Tambahan, Husynx Holding baru saja menerima projek besar yang menuntut komitmen tinggi buatkan Ian Hamza perlu lebihkan tumpuannya.
Perutnya berkeroncong minta diisi tetapi dibiarkan saja. Kertas projek dia teliti dengan sungguh-sungguh. Namun akhirnya dia melepaskan keluhan berat apabila fikirannya tidak dapat memberi tumpuan terhadap kerjanya.
Menyelesakan sandaran ke tengah dada kerusi Ian Hamza mengurut bahagian pelipis yang terasa tegang. Stress juga sebenarnya.
Fikiran yang berat, buatkan Ian Hamza mahu melelapkan seketika irisnya. Namun seperti tadi, tindakan itu berakhir dengan desahan juga. Apa tidaknya, setiap kali dia memejamkan mata hanya bayangan hitam Azwin yang hampir diperkosa menjadi mainan imaginasinya. Hatinya menjadi tak keruan dan risau yang berlebihan setiap kali detik cemas itu berulang tayang di minda.
Ian Hamza tegakkan tubuh. Capai telefon bimbit dia cuba menghubungi Azwin namun dia batalkan setelah sesaat membuat panggilan. Berkali-kali sehingga dia sendiri menjadi stress.
Bukankah dia sendiri yang memberi Azwin ruang masa untuk berfikir dengan tenang. Jadi jika dia kerap muncul dihadapan Azwin pastinya wanita itu sukar untuk membuat keputusan nanti.
Menimbang baik buruk perkara itu, akhirnya Ian Hamza sendiri yang terngadah dengan perasaan yang menjerut diri.
Hari ini, walaupun dia tahu Azwin sudah kembali bekerja di pejabat Ian Hamza tetap cuba menjarakkan dirinya kerana tidak mahu kehadirannya menyukarkan keputusan Azwin.
Telefon yang baru diletakkan ke meja dicapai semula. Panggilan kepada seseorang di buatnya. Beberapa minit berlalu panggilannya bersambut.
“ Assalamualaikum ma.."
“ Waalaikumussalam."
“ Mama sihat?"
“ Tentulah sihat. Kalau tidak, lama dah papa awak bagitahu yang mama awak ni dah tak bernyawa." sindir Izzah.
Ian Hamza tertawa kuat. Seketika ketukan di pintu menganggu bualannya buatkan Ian Hamza menangguh perbualan dengan Izzah.
Menjarakkan sedikit telefon, dia memberi arahan kepada tetamu yang datang.
Pintu terkuak saat mendapat arahan. Ian Hamza tersentak apabila wajah Azwin yang muncul di situ.
Terkebil-kebil Ian Hamza memandang kerana otak tidak dapat mencerna dengan baik. Dan selebihnya tidak menyangka yang wanita itu sanggup mencarinya waktu itu.
Azwin berdiri tegak dengan senyuman tak lepas dari bibir memandang susuk Ian Hamza.
Suara Izzah di talian bergema kuat membuatkan Ian Hamza mendekatkan telefon ke telinga semula sambil meminta Azwin menanti seketika dengan isyarat tangan.
“ I have to go. Got something to do. See you when I see you." lembut bicara Ian Hamza.
“ Yelah." balas Izzah.
“ Bye. Love you.." ucap Ian Hamza mesra dengan wajah berseri.
Azwin yang sempat mendengar ucapan manis tersebut, terus berubah wajahnya. Azwin gigit bibir cuba meredakan perasaan pelik yang datang.
Ian Hamza menghampiri Azwin. “ Yes Kak Win, anything happen?" tanyanya.
“ Err, baby sibuk ke? Kalau sibuk tak apalah."
“ Busy sikit je but I can hold on. What's up?" soal Ian Hamza lalu beredar ke meja kerjanya semula. Azwin dia jemput untuk masuk.
“ Have a seat!"
Azwin akur lalu duduk. Dia tarik nafas seketika sebelum senyum singkat. Dia perasan nada Ian Hamza yang seperti tidak mengalukan kehadirannya saat itu.
“ Yes Kak Win?"
Azwin tersentak. Angkat wajah Azwin papar senyum nipis.
“ Kak Win ada hal nak cakap pasal kita."
Betulkan tie Ian Hamza lepaskan nafas. Hampir sejenak dia berjeda sebelum angkat wajah pandang Azwin. Hati di ketuk debar tak semena namun dia malas mahu melayan perasaan.
“ I think this is not a necessary place to talk about." balas Ian Hamza.
Azwin beriak serba salah. Tarik nafas dia lepas perlahan lalu tersenyum sendiri.
“ Oops! I'm forgot. Kalau macam tu Kak Win keluar dulu lah. Jumpa nanti."
“ Alright!" balas Ian Hamza lalu meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi.
Azwin berlalu keluar dengan seribu rasa yang menggugah perasaan. Tiba ke bilik tak semena air matanya mengalir laju. Tersedu-sedu Azwin sehingga merah wajahnya.
Entah kenapa dia berasa begitu berjauh hati dengan sikap Ian Hamza yang seperti tidak mengalukan kehadirannya.
Perasaan rindu yang ada tiga minggu ni bertambah parah dan menjadi lebih galau apabila Ian Hamza melayannya sebegitu.
Ketukan di pintu, meredakan tangisan Azwin. Cepat diseka air mata dan dilap menggunakan tisu.
Selesai, tetamu diluar dijemput. “ Come in." panggil Azwin.
Ambien Tengku Jefri berdiri di depan pintu dengan senyuman kacak bersama sejambak bunga ros merah di tangan.
Masuk ke dalam dan meja kerja Azwin dituju. Jambangan ros merah dihulur buat Azwin.
“ For you! May your health getting better!" ucap Tengku Jefri.
Azwin bangun dari duduk lalu menyambut huluran jambangan mawar merah pemberian Tengku Jefri dan diletakkan ke atas kerusi di sampingnya.
“ Thanks. Have a seat!" Azwin balas ucapan terima kasih seraya menjemput Tengku Jefri duduk.
“ Sorry kalau kedatangan I menganggu you. I datang nak berbincang something." tutur Tengku Jefri cermat.
Azwin betulkan letak suara sebelum senyum nipis ke arah lelaki yang berpakaian sut pejabat berwarna hitam itu.
“ It's okay. First day start kerja tak busy sangat. Hal apa yang you nak bincangkan. If about works, I'm very appreciate it."
“ Actually tentang lamaran I tempoh hari."
Mendengarkan itu, Azwin terus berasa geram. Mendidih perasaannya tak semena.
“ Maaf, Tengku. Saya rasa hal ini sudah jelas bagi pihak saya untuk pengetahuan Tengku. Saya tak berniat untuk menidakkan perasaan Tengku tapi saya betul-betul tak boleh terima Tengku dalam hidup saya. You deserves someone better." ujar Azwin tegas.
“ Rea dengar apa I nak cakap dulu. Tak boleh ke kalau kita mencuba. Bagi I peluang untuk you kenal siapa I. I janji akan ubah sikap I untuk you." tekan Tengku Jefri.
Azwin tarik nafas. Penat menangis tadi belum hilang, kini muncul pula rasa sesak di dada apabila di desak Tengku Jefri. Azwin mula bengang.
Bangun dari duduk. Azwin hala kaki ke pintu. Dia tarik kenop namun dihalang Tengku Jefri.
Pintu bilik yang sedikit terkuak kembali tertutup. Azwin terkejut apabila terasa susuk Tengku Jefri berada di belakangnya dan sedang menahan tangannya di kenop pintu.
“ Wait Rea..we need to talk about our feelings first! I can't let you go now. I really love you!" tutur Tengku Jefri.
“ No!!"
Semerta perasaan fobia Azwin menyerang. Dia mula anxiety. Seluruh tubuhnya bergetar. Kejadian hitam tiga minggu yang lalu mula bermain di mindanya. Azwin mula menjerit ketakutan. Tengku Jefri sempat menangkap tubuh Azwin yang hampir jatuh. Bersamaan itu pintu bilik Azwin tiba-tiba terbuka dari luar.
Susuk Ian Hamza terpacul di situ melihat Azwin yang sudah lembik dipangkuan Tengku Jefri. Semerta membuatkan Ian Hamza turut bertempik. Tubuh Azwin diterpa dan dia menolak tubuh Tengku Jefri kuat sehingga lelaki itu tersandar di pintu.
“ Kau buat apa pada dia hah!"
Tengku Jefri berdesis sakit sebelum bangun seraya membetulkan pakaiannya. “ Aku tak buat apa-apa pun lah. Rea yang menjerit tak tentu hala!" bengang Tengku Jefri membalas.
“ Kak Win..bangun Kak Win!" panggil Ian Hamza cemas. Pipi Azwin ditepuk berulang kali mahu menyedarkan wanita itu.
Sedetik Azwin mula tersedar apabila mendengar suara Ian Hamza yang dia kenali.
“ Baby!" lirih Azwin memanggil Ian Hamza dengan mata sudah merah menahan tangisan dan ketakutan.
“ It's okay! I'm here sayang."
.
.
Hai korang..happy reading ya. Happy Chinese New Year day 2..thanks yang masih stay, comment and tak sabar update selanjutnya. Nantikan tau! Salam Sayang ♥️
Share this novel