Bab 5

Drama Series 6054

Ian Hamza senduk macaroni ke dalam pinggan lalu suap ke mulut. Baru hendak menelan, ayat Izzah hampir buatkan dia tercekik.

“ Apa kata, Yan je yang kahwin dengan Azwin!"

Kalut Ian Hamza cari air. Menggagau tangan mencapai gelas yang berisi air. Teguk laju, dia telan gopoh. Langsung tak tersisa baki.

“ Ma buat lawak antara benua ke ni?" berkerut wajahnya pandang Izzah.

“ This is not joke Ian Hamza Husyn. I'm serious! Tak payah nak terkejut sangat.."

“ Tak terkejut mama cakap.." Ian Hamza hela nafas. “ Ini soal kahwin mama. Soal hati dan perasaan. Soal hidup sebumbung, tidur sekatil, makan sepinggan. Soal susah senang hadap sama-sama. Bukannya semudah baca ABC, kira 123, hafal sifir semua. This thing about completing others soul."

“ Dahtu apa masalahnya? Yan tak ada calon isteri lagi kan? Azwin pun tak ada suami. Jadi, mama calonkan Azwin untuk Yan. Kan mudah, family kita tak berpecah ke mana. Anak-anak Iman, jadi anak-anak Yan jugak. Tak ada la mama runsing kena berpisah dengan Azwin, Qiqi dan Iqie."

Ian Hamza tergelak. Rasa lucu dengan kata-kata Izzah. Senangnya Izzah buat hipotesis begitu.

“ Ini soal hati dan perasaan ma!"

“ Soal tu semua boleh dipupuk. Boleh di baja dan disiram. Yang penting kemahuan dan usaha kita ke arah nak membentuk perkahwinan tu." bahas Izzah.

Tergeleng lagi kepala Ian Hamza. Mudah benar fikiran mamanya ini.

“ Mama yakin Yan mampu bahagiakan Kak Win?” tanya Ian Hamza.

“ InshaAllah, mama serah semuanya pada Allah. Allah akan permudahkan jika niat kita kerananya. Mama nak Yan bela nasib balu dan anak-anak yatim. Bukan ke itu kerja yang mulia? Rasulullah sendiri berkahwin lebih dari dua untuk memartabatkan hidup wanita yang kematian dan kehilangan suami. Tujuannya untuk bela agama dan bangsa. Selebihnya Allah hadiahkan dia dengan hidup yang lebih mulia."

Lama Ian Hamza terdiam. Berfikir serta menilai apa yang cuba di sampaikan Izzah.

“ Itu rasul ma. Yan ni manusia. Tak sama. Jauh nak capai tahap sempurna. Hidup Yan sendiri masih tunggang terbalik. Inikan pula nak membimbing anak-anak dan isteri.” Ian Hamza memberi pendapatnya pula.

“ Kerana ketaksempurnaan tulah kita perlu ada pasangan hidup yang perlu melengkapi diri masing-masing. Sebab tu Allah ciptakan manusia berpasang-pasangan. Dan Allah jadikan perempuan sebagai pemilik tulang rusuk lelaki untuk mendampingi. Sekurangnya ada isteri yang boleh perbetulkan jalan suami dia yang macam Yan ni..selalu aje hidup nak bersimpang sedangkan Allah dah banyak luruskan hidup Yan."

“ Yan tolong mama ya!" Izzah kembali bersuara apabila Ian Hamza masih berdiam. Tangan Ian Hamza, Izzah tepuk lembut dengan wajah penuh mengharap.

“ Kalau Yan dah ada calon isteri macam mana?" sengaja Ian Hamza bertanya. Mahu melihat reaksi Izzah.

“ Nampak gayanya mama terpaksa makan nasi berlaukkan hati serta ulam jantung lah.. tapi mama beritahu awal-awal, if you choose any others girl except Azwin, I'll not compromise to treat her like I treat Azwin. For your information, I only love her to be my daughter..." kata-kata Izzah seperti memberi amaran.

Ian Hamza tergelak kerana Izzah papar wajah mengancamnya. Nampak benar mamanya begitu memaksudkan kata-katanya.

“ Scary betul muka mama. Rasanya Yan bukan anak mama dah ni. Belum apa-apa mama lebihkan menantu dari anak!" sengaja Ian Hamza tayang wajah cemberut. Mengusik Izzah.

“ Ya mama mengaku mama lebihkan dia. Sebab dalam dunia ni Azwin tiada sesiapa melainkan kita. Dia amanah Allah dan amanat Iman. Jadi mama nak kumpul saham akhirat untuk jaga dan sayangkan dia selagi mama bernyawa." Yakin dan berkobar-kobar sekali semangat Izzah menyatakan keinginannya yang satu itu.

“ Mama sayangkan Azwin dan cucu-cucu mama tu. Mama tak nak kasih diorang terbahagi dengan orang lain. Please Yan, for the sake of our family." Lagi-lagi Izzah buat permintaan yang Ian Hamza rasa nak putus nyawa.

Tolak pinggan bersisa macaroni dengan garfu diletakkan bersama. Capai tisu, mulut yang tersisa keju serta kepingan cili dilap bersih.

“ Ma bakal bagi Kak Win cardiac arrest!.." keluh Ian Hamza. Bukan Azwin saja bakal dapat sakit jantung dengan permintaan mama, tapi Ian Hamza pun sama.

Mama oh mama!!!

“ Tak kisahlah sakit jantung ke, hempedu ke, yang penting Azwin tetap jadi menantu mama sampai bila-bila." noktah Izzah langsung tak memberi peluang buat Ian Hamza.

.
.

Cuaca yang redup membuatkan mereka sekeluarga dapat bersantai-santai tenang di Hyde Park. Cadangan Ian Hamza yang mengajak mereka sekeluarga berpicnic di kawasan padang yang luas membuatkan mereka semua bersetuju.

Qiqi dan Iqie seronok memberi itik makan tidak jauh dari tempat keluarga mereka bersantai. Ditemani Azwin dan Suri, penat keduanya mengejar Iqie yang sudah pandai berlari. Anak itu ligat mengejar itik-itik yang naik dari tasik apabila melihat orang ramai yang berkunjung ke situ untuk beriadah.

“ Iqie jangan lari nanti jatuh." larang Azwin. Dia sudah tercungap mahu mengepung Noah Shauqi yang tidak mendengar kata.

Berlari-lari anak Iqie masih seronok dan geram melihat itik gemuk yang terkedek-kedek berlari dikejarnya. Riuh mulut Iqie turut sama mengejek suara itik itu.

“ Quek..Quek..Quek.."

Sementara, Suri pula menemani Qiqi yang memberi makan tupai di bawah pokok tidak jauh dari kawasan tasik. Qiqi sudah bosan memberi itik makan jadinya dia meminta Suri menemaninya ke tempat tupai-tupai dan burung merpati pula.

“ Cute la squirrel tu acik Suri. Kita bawa balik boleh? Qiqi nak bela dia." pinta Qiqi. Tangan comelnya yang dipenuhi bijirin dan kekacang disua ke arah tupai-tupai yang berlari turun dari pokok oak.

“ Mana boleh Qiqi.. squirrel ni binatang peliharaan taman ni. Lagipun kita tak boleh bela tupai sebab dia binatang yang agresif. Dia boleh menggigit kalau dia rasa terancam." beritahu Suri.

“ Ooo.." mulut comel Qiqi membentuk huruf o.

Seekor tupai datang melompat-lompat namun dalam keadaan berjaga-jaga menghampiri Qiqi. Melihat telapak tangan kecil Qiqi dipenuhi kekacang dan bijirin, tupai itu mendekati dan mula memakan dari tangan Qiqi.

“ Come..come.." panggil Qiqi sambil melambai tangannya ke arah beberapa ekor tupai.

Tidak sampai sepuluh minit, lebih dari lima ekor tupai datang menghampiri dan mengelilinginya cuba memakan bijirin tersebut. Qiqi ralit dan teruja.

“ Awhh..so cute!”

Dari jauh Izzah memerhati menantu serta cucu-cucunya itu. Dia tersenyum gembira melihat wajah ceria Azwin serta anak-anak. Sudah lama dia tidak lihat Azwin segembira itu selepas ketiadaan Iman Hazim.

Teringatkan sesuatu, lekas Husyn yang ralit melihat pancutan air pancut dari tempat mereka dikuis Izzah. Husyn menoleh dan menaikkan keningnya bertanya.

“ Abang tengok Azwin tu!" Izzah mengarah Husyn supaya melihat Azwin yang sedang berlari anak memimpin Iqie sambil dikejar Ian Hamza dari belakang.

“ Kenapanya?"

“ Seronok je Win tu hari ni bang. Yan pun sama. Macam sepadan je diorang tu."

Husyn tergelak memandang Izzah lalu menggeleng kepala. Berasa lucu dengan kenyataan isterinya.

“ Dahtu takkan awak nak suruh budak-budak tu menangis pulak. Kan kita sedang bercuti. Mestilah diorang sedang berseronok."

“ Saya tahu la tu bang. Maksud saya dah lama tak nampak Azwin dan Yan happy macam tu. Bila ada Yan, nampak macam diorang tu sebuah keluarga yang lengkap je."

“ Biasalah Zah, dah lama dia berkabung biarkanlah dia seronok pulak. Kita pun tumpang seronok juga." ujar Husyn masih tidak dapat menangkap maksud yang ingin di sampaikan Izzah.

“ Isy..abang ni.." lengan Husyn ditampar perlahan. Geram dengan suaminya yang tak faham dengan hint yang di berinya tentang si menantu.

“ Eh, kenapa dengan awak ni Zah!.."

“ Abang tu.. tak nampak ke apa yang cuba saya nak sampaikan?..Ke abang sengaja buat-buat tak nampak?" selar Izzah.

“ Cuba cakap straight Puan Izzah oii..kalau berbelit berpusing mana saya nak faham. Saya ni bukan sasterawan A. Samad Said. Saya ni Husyn Arshad, seorang ahli perniagaan. Saya tahu buat duit je. Yang lain-lain saya tak tahu." panjang lebar Husyn bersyarah. Jarang sangat lelaki itu mahu bercakap lebih dari sepuluh patah kata tetapi dah kalau Izzah asyik bercakap berbelit begitu Husyn pun mula naik pening. Mulalah Husyn menyediakan teks ucapannya pula.

“ Saya nak jodohkan Win dengan Yan. Apa pendapat abang?"

“ Awak jangan memandai Zah. Apa kata Win nanti. Lagipun tak ada di buat orang jodohkan kakak ipar dengan si adik ipar." berkerut dahi Husyn pening mendengar pandangan Izzah. Terkejut pun sama.

“ Bukan salah pun jodohkan diorang. Seorang bujang seorang lagi balu. Tak ada salah kat mana." Izzah mempertahankan katanya.

“ Win dah tahu? Yan? Apa kata dia?"

“ Win saya belum tanyakan lagi. Tapi dengan Yan saya dah tanyakan dia. Dia tak beritahu apa-apa cuma dia cakap belum apa-apa saya lebihkan menantu dari anak." Izzah tergelak sendiri saat mengingati ujaran Ian Hamza pagi tadi..“ Tapikan bang..instinct saya sebagai ibu, yang diorang akan setuju nanti. Saya bukan apa, saya tak nak berpisah dengan Win dan cucu berdua tu. Saya tak sanggup berpisah dengan diorang andai satu masa nanti Win bertemu jodoh lain." Izzah bersuara sedikit sebak.

Husin tarik keluh. “ Abang pun tak nak berpisah dengan diorang. Tapi abang rasa cadangan ni bukan yang terbaik. Azwin tu ada hati perasaan. Dia berhak untuk memilih pasangan dia. Kita tak ada hak nak tentukan jodoh dia. Lagipun dia bukan anak kita, dia cuma menantu."

“ Tak apalah bang, saya cuma berharap. Saya harapkan sokongan dari abang.. Saya nak cuba dulu. Abang pun, kalau boleh cuba lah bercakap dengan Win dan Yan. win tu lembut orangnya. Kalau dengan abang dia boleh bertolak ansur juga. Dan saya harap sangat Win dengan budak berdua tu tetap jadi hak kita. Tak perlu kita berkongsi kasih sayang mereka dengan orang lain." sungguh-sungguh Izzah cuba memahamkan Husyn dengan kehendaknya.

“ Ikut awak lah Zah. Abang akan doa yang baik-baik je nanti. Tapi awak kena janji dengan abang yang awak kena terima apa pun keputusan Win. Jangan paksa dia dengan benda yang dia tak suka kalau tak nak dia hilang kepercayaan dengan kita." nasihat Husyn buat Izzah.

“ Terima kasih bang." senyum Izzah mengembang. Seakan dapat melihat sinar yang lebih terang kini apabila mendengar pesanan suaminya.

Cuaca sejuk mulai terasa apabila jam menginjak petang. Izzah dan Husyn mula meminta menantu serta cucu-cucunya bergerak meninggalkan kawasan riadah Hyde Park setelah Ian Hamza datang dengan kereta menjemput mereka di pintu gerbang taman tersebut.

Qiqi dan Iqie berlari anak sebaik dipanggil tokpa mereka. Iqie berlari laju namun tiba-tiba kakinya tersadung batu kerikil dan menyebabkan tubuh kecilnya yang belum kuat tergolek dan kepalanya terhentak ke tanah.

Qiqi yang paling hampir dengan adiknya menjerit mendapatkan Iqie. Terkejut dengan insiden itu, dia menangis.

“ Mama! Tok pa!" jeritnya lantang.

Azwin berlari kalut mendekati Iqie dan Qiqi. Diterpa tubuh Iqie yang sedang terbaring lalu dicempung anak kecil itu. Suara tangisan Iqie pecah sebaik didukung Azwin. Panik Azwin jadinya.

Ian Hamza yang baru berhenti memakir kereta dan turun membuka pintu, terkejut apabila mendengar suara nyaring Iqie menangis.

“ Kenapa tu?" tanyanya pada Husyn yang kalut membuka pintu belakang MPV.

“ Cepat Yan, kita bawa Iqie ke hospital. Dia jatuh tadi. Papa takut dia ada fractured kat mana-mana pada body dia."

“ Ya Allah!" Ian Hamza turut kalut selepas mendengar insiden yang tiba-tiba terjadi.

“ Yan tolong Kak Win pujuk Iqie tu. Biar papa yang drive." suruh Husyn. Dia tahu, Iqie agak mesra dengan Ian Hamza. Mana tahu kalau-kalau dipujuk Ian Hamza nanti, tangisan dan kesakitan Iqie akan berhenti.

Ian Hamza menurut sebaik mereka semua sudah masuk ke perut kereta. Duduk bersebelahan dengan Azwin, Iqie diambil dan dipangkunya berhati-hati. Beberapa saat dipujuk Ian Hamza, tangisan Iqie berhenti membuatkan Azwin kelegaan.

“ Pa, tak perlu ke hospital dah kut. Iqie dah berhenti nangis ni." ujar Azwin tidak mahu menyusahkan bapa mertuanya.

“ Tak boleh Kak Win. Walaupun dah berhenti menangis, kena bawa juga Iqie ke hospital untuk check up. Biar kita hati-hati sikit. Lagipun Iqie still baby." sangkal Ian Hamza.

“ Tak apa. Dia okay dah tu. Dia terkejut je tadi." ujar Azwin semula. Dia sungguh-sungguh tidak mahu menyusahkan Husyn.

Ian Hamza dan Husyn tidak dapat berbuat apa sementelah Azwin benar-benar tidak mahu membawa anaknya ke hospital. Langsung, Husyn berpatah balik untuk pulang ke rumah penginapan mereka.

Sepanjang perjalanan, Iqie berada di ribaan Ian Hamza walaupun banyak kali mahu diambil Azwin. Dia ralit menonton rancangan kartun abc nya di telefon pintar Ian Hamza. Sudahnya, Azwin give up untuk memujuk si anak dan membiarkan saja Iqie di atas ribaan adik iparnya.

Hi, Baby Dan Kak Win kembali bersiaran. Selamat membaca. Segala komen anda amat sy hargai. Terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience