Kota London masih di selaputi sisa ais putih walaupun musim sejuknya sudah habis ketika ini. Suhu negara yang terletak di hemisfera utara itu sudah berkurang sehingga ke paras minimum iaitu sebanyak 7.2°C hingga 7.6°C daripada sebelumnya. Kini, hampir ke penghujung Januari di mana cuacanya sudah beralih dari suhu tinggi yang mencapai suhu maksimum sebanyak dua kali ganda. Oleh itu, jangan ada yang cuba untuk duduk di luar rumah tanpa mahu memakai baju sejuk biarpun selapis. Kalau tidak di landa demam, mungkin juga akan di jangkiti selsema andai tidak berhati-hati.
“ Hachiuuu.."
“ Hachiuuu.."
Berkali hidungnya digosok setelah melepaskan bersin dek kerana udara sejuk yang menampar kulit ketika ini. Sejuknya terasa hingga ke tulang hitam.
Tambahan, Ian Hamza tidak mengenakan pakaian sejuk makanya mudah saja lelaki itu di serang virus selesema. Juga asbab kedegilannya yang mahu menunjukkan protes lantas ianya memberi mudarat kepada tubuh badan pula.
Malam semakin larut dan Ian Hamza masih kekal berdiri teguh memandang panorama di hadapan. Kabut malam bertambah pekat tetapi semua itu tidak di hiraukan. Baginya rasa dingin itu tidak sesejuk mana jika nak di bandingkan dengan rasa yang mencengkam hatinya sekarang. Sekeping hati milik Ian Hamza itu makin beku dek perasaan galau yang mengganggu.
Iris coklat milik Ian Hamza tunak memandang 'Eye of London' di hadapan dengan fikiran yang sarat dengan rasa kecewa dan lelah. Pusingan roda itu, nyata tidak dapat memukau Ian Hamza dari melupakan seseorang. Sungai Thames menjadi saksi, melihat tubuh tegapnya menjadi mangsa ributan angin sejuk.
“ Common man!" tubuh Ian Hamza disarungkan parka kelabu secara paksa.
“ I don't need it!" tolak Ian Hamza kasar. Suaranya menderam keras. Tidak mahu tubuhnya disarung baju sejuk berbulu biri itu. Gelagatnya sudah seperti anak-anak yang sedang merajuk.
“ Winter still around. It might be harm your body!" sama keras oktaf suara di sebelah membalas. Geram dengan kedegilan Ian Hamza. Dekat dua jam lelaki itu, bersidai di situ tanpa mengenakan pakaian sejuk buat Victoria risau.
Ian Hamza lepas keluh. Kepala di bawa toleh ke sebelah kiri. Pandang wajah Victoria dia senyum sinis.
“ Leave me alone Vict. I don't need your concern!” Gadis itu, tidak mahu mengalah mahu memujuknya biarpun sudah banyak kali Ian Hamza larang.
“ I can't let you do stupid things. Either you go home or I'll joint you. Your choice?" sinis juga bicara Victoria di sebelah menyuruh Ian Hamza agar membuat pilihan.
Apa? Ian Hamza fikir dirinya seorang saja boleh degil. Dia tidak boleh. Kalau lelaki itu pilih untuk sakitkan diri sendiri dengan cara menadah tubuh di bawah dinginnya angin hemisfera utara, Victoria juga mahu sibukkan diri berbuat begitu.
Baru Ian Hamza tahu yang Victoria pun sama saja keras kepala. Sama saja mahu tunjuk protes. Sama saja level gilanya dengan lelaki yang berasal dari Tanah Melayu itu. Di katakan dungu marah pula nanti. Hakikatnya, tindak tanduk lelaki itu mencerminkan tingkah lakunya yang sekarang. Sangat keanak-anakan.
Hanya di sebabkan penolakannya yang tidak mahu meneruskan hubungan cinta dua hala antara mereka, Ian Hamza mahu bertindak gila seperti itu. Victoria tak dapat hadam dengan cara Ian Hamza fikir sekarang. Dia tidak mahu hidup di samping lelaki yang tidak cintakan dia. Lebih lagi jika pentingkan kedudukan dan harta. Cukuplah dia menjadi mangsa dalam perkahwinan ibu bapanya yang berkahwin tanpa cinta sehingga akhirnya Tommy dan Elyse berpisah lalu buatkan hidupnya berantakan.
“ Get a grip, Vict! I don't want Tommy cut of my head because bring you dead too!" Ian Hamza memberi amaran lagi. Risau, Victoria di jangkiti sakit dan itu bakal membuatkan bapa Victoria marah kepadanya.
Victoria ketawa kuat sehingga berair matanya. Bahu Ian Hamza dicengkam kasar sehingga urat hijau timbul di kulit pergelangan tangannya yang putih.
“ You act like an insane and announce me about Tommy huh!" jeda seketika.
“ Look like you don't know Tommy well bro. He never waste his time for my life neither death. He only think about money and wealthy." marah Vict dengan wajah yang bersisa gelak.
“ Not me doing ridiculous thing but you Vict!" telunjuk Ian Hamza naik ke wajah Victoria. Batas marahnya sudah mencanak.
“ Never put the thing more worst or you'll regret it!" Ian Hamza mengingatkan.
“ Me?...oh bravo man!” Victoria tepuk kedua tangannya berulang kali sehingga dia puas.
“ Don't teach me Ian!" larang Victoria.
“ Leave that shit men!” dengus Ian Hamza. Keras suaranya memaksudkan. Penat sungguh mahu memahamkan seorang Victoria.
“ No! You can't simply ask me to do's and don'ts! I just love him." lantang suara Victoria membalas. Dia berang.
“ Okay..sinis Ian Hamza dengan jelingan tajam. I'll think we found the right answer. Leave me alone here!" putus Ian Hamza. Wajah bekunya di pasang lebih serius. Menutup segala ruang untuk terus tawar menawar bicara dengan Victoria yang sudah dia anggap seperti adik sendiri walaupun kenyataannya Victoria menganggap dia lebih dari itu.
“ Ian, please don't do this." suara Victoria mulai bergetar.
“ Enough Vict. You can't simply ask me to do's and don'ts! Back off!" ujar Ian Hamza dalam dengan memulangkan semula kata-kata Victoria di awal tadi serta menolak jauh tubuh gadis itu darinya.
Victoria tidak dapat menahan sebak. Air matanya mengalir laju. Dia tahu kalau seperti itu Ian Hamza menghalaunya, dia sangat yakin yang lelaki itu benar-benar sedang kecewa dengan keputusannya.
Gadis berbangsa Hebron itu, akhirnya terpaksa mengalah dan menurut kemahuan Ian Hamza.
Perlahan kakinya mengundur menjauh dari Ian Hamza yang masih berteleku memandang laut lepas dari London Bridge itu biarpun hatinya meronta meminta untuk menemani Ian Hamza.
Nyata kedegilan Ian Hamza tak dapat dia tundukkan. Lelaki itu sangat utuh dengan pendiriannya.
Mengenali Ian Hamza lebih lima tahun lepas sudah cukup buatkan Victoria kenal hati budi lelaki itu. Persahabatan yang terjalin semasa di universiti menjadi lebih erat dan bertambah kuat, selepas mengetahui perniagaan yang Ian Hamza uruskan adalah berkaitan dengan perniagaan bapanya.
Abang Ian Hamza, iaitu Iman Hazim merupakan rakan perniagaan Tommy yang menjalankan perkhidmatan airbnb secara atas talian dengan membantu mempromosikan perniagaan hotel dan motel serta pengangkutan untuk pelancong yang datang bercuti di tanah milik Tommy di Molessly, England.
Dari situ mereka menjadi rapat dan bersahabat baik kerana kerap kali bertemu. Lama kelamaan, Tommy mula tertarik dengan keperibadian Ian Hamza yang sangat baik dan menghormati orang lain biarpun berbeza agama dan budaya. Perasaan sayang dan kasihnya tumpah kepada Ian Hamza dan menganggap seperti anak sendiri.
Tommy juga berimpian agar Ian Hamza dapat menjadi pewarisnya untuk meneruskan legasi yang dia punya suatu hari nanti disebabkan lelaki itu tidak punya waris selain Victoria. Namun sayang sekali Victoria mencintai Steve yang tidak punya agama dan menjalankan perniagaan perjudian terbesar di daerah Sheffield itu.
Lebih malang, Victoria mendapat tahu yang Ian Hamza sanggup memenuhi hasrat Tommy tetapi sebenarnya tidak mencintainya. Kata Ian Hamza dia sayangkan Tommy dan sudah anggap Tommy sebagai bapanya dan tidak akan mempersiakan permintaan besar Tommy.
Victoria mula kecewa. Tommy sanggup gadaikan maruahnya sebagai anak demi melihat perniagaannya berlegasi dan berwarisi oleh Ian Hamza. Kata Tommy cinta boleh di pupuk tetapi legasinya akan musnah jika jatuh ke tangan yang salah.
Jadi nampakkan ke mana perhatian Tommy tumpah? Dia lebih pentingkan harta bendanya dari kebahagiaan anak sendiri.
.
.
“ I'm sorry Tommy!"
Lantas, wajah beriris biru Tommy angkat memandang Ian Hamza dengan sugul. Nafas panjang dia tarik lalu menghembus perlahan meminta penjelasan.
“ She still want Steve and I can't make your dream comes true." beritahu Ian Hamza turut sama kecewa. Rasa terbelah hatinya menyatakan keputusan Victoria semalam.
Perlahan senyum Tommy mengembang walaupun tidak mekar seperti selalu. Nampak benar hilang serinya. Dan itu buatkan Ian Hamza lebih bersalah.
“ It's okay Ian. I know you'll try hard. I'm thankful for your efforts. Whatever comes along, never doubt my love for you. You're still my choice." Tommy hulur tangannya menyentuh tapak tangan Ian Hamza yang sejuk itu lalu mengangguk. Menyalurkan kekuatan dan memberi semangat. Dia tersenyum lembut.
Ian Hamza kerut wajah. Tak faham dengan kata-kata Tommy.
“ I entrust you all my wealth and my precious girl to take care off. Please don't reject it. This is my hope. Just take it." ujar Tommy sungguh-sungguh.
Lama sudah dia rancang hal itu. Dia tidak mahu hanya di sebabkan penolakan Victoria impiannya gagal mahu menguatkan empayarnya.
Ian Hamza kelu. Tubuh yang sememangnya sudah terbaring tak berdaya itu lebih lemah longlai mendengar pernyataan Tommy yang dia kira sedar dan waras ketika lelaki itu mengungkapnya.
Langsung, bilik sakit yang menempatkan Ian Hamza yang sedang menerima rawatan akibat demam panas itu, menjadi hening dengan bicara Tommy.
Hanya tatapan mata dan usapan tulus dari Tommy membuatkan dia tidak mampu menolak kemahuan lelaki itu kali ini. Dia angguk tanda akur dan berjanji akan memegang amanah itu sebaiknya.
“ I just want you and Vict happy. Please find your bestest way to live the life."
LAPANGAN terbang Heathrow menyambut ketibaan Dato' Husyn dan keluarga kecilnya. Izzah dan Azwin sudah laju ke depan mengurus Iqie dan Qiqi yang terlalu aktif kerana pertama kali melihat dunia luar.
Qiqi paling teruja. Riuh mulutnya berceloteh itu ini mempersoalkan setiap perkara yang baginya pelik dan jarang nampak. Azwin hanya menurut gelagat dan tingkah comel Qiqi.
Rasanya inilah perjalanan yang sangat bermakna kerana dapat bersama anak-anak biarpun tanpa susuk Iman Hazim. Bermakna kerana seingatnya hampir dua tahun pemergian suaminya dia langsung tidak melihat dunia luar lagi. Rutinnya cuma sibukkan diri dengan bekerja dan seluruh masanya di habiskan dengan anak-anak. Sedih dengan kehilangan membuatkan dia menutup pintu hatinya untuk bergembira. Entah kali ini, apa yang merasuk dirinya sehingga bersetuju dengan cadangan Husyn untuk bercuti ke London? Sepertinya lewat waktu ini, provokasi dari Izzah yang mahukan anak-anaknya menikmati hidup yang lebih baik membuatkan dia bersetuju.
Satu jam perjalanan mereka lewati, sehingga tidak sedar mereka telah tiba ke rumah persinggahan Husyn di Cardiff. Ketibaan mereka disambut Ian Hamza yang sudah awal di maklumkan papanya.
“ Assalamualaikum pa, ma."
“ Waalaikumussalam." balas Husyn dan Izzah serentak.
Tangan kedua orang tua itu, Ian Hamza salam dan cium. Mereka berpelukan. Namun suara Iqie dan Qiqi menjerit kerana berebutkan mainan menbantutkan pertemuan anak beranak itu.
“ Iqie nanak..." jerit Iqie.
“ Ini kakak punya!" balas Qiqi garang sambil tarik patung yang di beli Husyn semasa mereka di kedai serbanika di lapangan terbang tadi.
“ Onie...tenok tatak!" nyaring suara Iqie memanggil Izzah. Fluffy toys dari rekaan arnab menjadi rebutan.
Ian Hamza tercengang. Husyn geleng kepala. Izzah sudah tak terkata apabila pertengkaran itu berakhir dengan Qiqi yang tersungkur lalu menangis kuat saat digigit Iqie pada bahagian lengannya sehingga meninggalkan kesan gigitan.
Iqie seringai gelak apabila dapat sesuatu yang dia hajati. Tak di peduli dengan tangisan si kakak yang meraung akibat sakit dan sebal dek barangannya dirampas si adik.
Mendengar kekecohan lekas Azwin merapati anak-anaknya kerana tadi dia sedang menjawab panggilan penting telefon .
“ Iqie kenapa?"
Iqie yang leka dengan mainan yang dia rampas dari si kakak tadi terkejut saat namanya diseru Azwin. Terus saja dia berlari ke arah Husyn dan menyorok di belakang datuknya kerana takut di marahi Azwin.
Azwin geleng kepala. Dia tahu kalau begitu gelagat Iqie pasti anak itu ada berbuat salah.
“ Qiqi?" pandangannya dilarikan ke arah Qiqi pula.
Belum sempat Qiqi menjawab, Ian Hamza mara dan duduk berlutut di hadapan Qiqi. Rambut Qiqi yang bertocang dua dia usap perlahan semerta Qiqi mengangkat pandangan dengan air mata yang masih bersisa di pipi dan tangisan sendu yang belum reda.
Ian Hamza jatuh kasihan melihat wajah sedih Qiqi. Menyeka air mata Qiqi, anak kecil itu diangkat ke dalam dukungannya.
“ It's okay Qiqi, nanti kita beli yang baru. Yang itu, biar adik yang main." pujuk Ian Hamza sambil mengusap lengan kecil Qiqi yang berbekas gigi Iqie.
“ Ohhh..sakit papa!" meringis Qiqi menarik lengannya dari tangan Ian Hamza. Sekali lagi air matanya berlinang.
“ Papa Yan minta maaf. Nanti kita letak ubat biar hilang sakit." pujuk Ian Hamza.
Qiqi mengangguk. Terus air matanya diseka dengan belakang tangan dan tersenyum. Reda sebalnya dengan Iqie yang sebentar tadi telah merampas barangannya apabila dipujuk Ian Hamza.
“ Good girl! Lepas ni kalau ada mainan, kena berkongsi. Kakak kena jadi kakak yang baik barulah adik sayang." nasihat Ian Hamza lantas menurunkan Qiqi dari dukungan. Qiqi senyum dan mengangguk faham.
Tq readers kesayangan..sedikit coretan utk anda. Buat yg bertanya tentang unlock chapter, WL buat free reading je. Jemput baca tp jgn la memandai copy pulak. Tak baik tau sebab WL nak readers semua enjoy2 n happy baca karya WL. Love u all always to the moon n never been back.
Share this novel