bab16

Drama Series 6054

AZWIN tayang wajah geram melihat kemesraan Qiqi dan Ian Hamza ketika ini. Saling berpimpin tangan dengan Qiqi. Mulut kecil itu dari sejak sampai ke situ tak henti berceloteh membuatkan Rea Azwin rasa dia di pulaukan Qiqi dan Ian Hamza. Ian Hamza pula memang seratus peratus beri perhatian penuh pada anak itu. Sekarang ni aku mama Qiqi ke dia yang papa budak tu?

Sesekali Ian Hamza pandang Azwin yang tidak jauh dari mereka dengan senyum bergulanya. Azwin buat tak tahu. Malas mahu melayan kerana geramnya masih berbaki. Sebal kerana menyuruh Ian Hamza memujuk Qiqi yang akhirnya lelaki itu heret dia sekali untu menyertai aktiviti pra sekolah Qiqi. Kerja yang banyak di pejabat terpaksa dia tangguh lagi.

Kalaulah dia tahu yang dia terpaksa turut serta takkan dia beria suruh Ian Hamza pujuk Nia Shaqila.

Sambil Azwin berjalan, sambil sesekali matanya melirik nota penting yang ditampal pada penjuru dinding kaca akuarium yang menempatkan hidupan laut. Membaca informasi tentang hidupan yang terpelihara di alam sana.

“ Mama, come and join us!" gamit Ian Hamza setelah mereka memasuki terowong yang di beri nama 'the living ocean''.

Guru serta para pelajar dan parents yang lain ikut bertebaran di kawasan berdekatan melihat hidupan yang di pelihara.

“ Mama!" panggil Qiqi. Azwin menoleh. “ Can we raising this turtle?" seekor penyu dewasa berenang di hadapan Qiqi di tunjukkan anak itu.

Azwin tersenyum kemudian menggeleng. “ We can't. They lives in the sea."

“ Tapi dekat rumah, masa onie tengok tv Qiqi nampak penyu tinggal di darat. Maknanya kita boleh jaga dia la.."

“ Penyu boleh hidup di air dan darat. Dia akan naik ke darat untuk bertelur sahaja. Bila anak-anak penyu dah lahir, mereka akan berenang menuju ke lautan. Penyu takkan dapat hidup lama di darat. " timpal Ian Hamza setelah melihat Azwin bagai hilang jawapan untuk Qiqi.

Qiqi mengangguk tanda faham. Ketiga mereka berjalan lagi menelusuri terowong berkaca itu.

“ So cute!" teriak Qiqi sebaik kelihatan seekor kuda laut yang berenang mendekati cermin kaca.

“ Look likes what?" soal Azwin.

“ Erm... Seahorse!"

“ Good!"

“ Mama, look there! Why that fish face looks like that? " telunjuk kecil Qiqi terarah pula ke sebelah kiri Azwin. Ke arah Phirana tank.

Menoleh, beberapa kawanan ikan piranha sedang berenang merapati cermin akuarium yang menempatkan ikan spesies omnivor itu.

“ That's call red-bellied phirana!" celah Ian Hamza.

“ Scary la muka dia." ujar Qiqi apabila melihat ikan yang mempunyai wajah yang sedikit jelek kerana punya gigi yang tajam serta perutnya berwarna merah.

Ian Hamza dan Azwin tersengih saja mendengar celoteh Qiqi. Bergerak sedikit ke hadapan mereka menemukan kawasan pool touch pula.

Beberapa hidupan marin di pelihara di dalam pool di situ. Paling mengujakan Qiqi kerana dia dapat menyentuh hidupan tersebut.

“ Can I touch the stars one?"

Mendapat kebenaran mamanya laju saja Qiqi menyentuh tapak Sulaiman dengan tangan Ian Hamza ikut menimpal tangan kecil Qiqi. Dia risau kalau Qiqi mengangkat hidupan itu keluar dari air.

“ This is call.." belum sempat Ian Hamza meneruskan, Qiqi celah ayat papanya.

“ Starfish!"

“ Nope!" geleng Ian Hamza sengaja menyakat.

“ Then?" soal Qiqi ingin tahu. Konfius pula dia dengan binatang berbentuk bintang itu. Betullah Starfish!

“ Solomon's site!" Ian Hamza tergelak. Qiqi tayang wajah geram.

“ Sama la tu papa. In Malay we say tapak Sulaiman. In English we say starfish!"

.

.

HAMPIR sejam meneroka pusat aqua Marin itu, jelas wajah Qiqi dan anak-anak yang lain sangat teruja dapat mengikut aktiviti yang di adakan oleh pihak sekolah.

Wajah Qiqi bertambah ceria kerana dapat ke situ bersama mama dan papanya. Riang gelagat Qiqi sepanjang meneroka akuarium gergasi yang terisi dengan pelbagai jenis hidupan laut mahupun hidupan darat itu.

Ketika berselisih dengan seorang rakan lelakinya dia di panggil anak itu. Lambat-lambat Qiqi bergerak mendekati seorang pelajar yang berambut kerinting. Azwin dan Ian Hamza sekadar memerhati sambil meneruskan penerokaan hidupan marin yang lain di situ.

“ Mana papa kau?" tanya budak lelaki tersebut yang dikenali sebagai Aufa.

Qiqi menoleh ke arah Ian Hamza yang berdiri di samping mamanya Azwin. “ Tu.." tunjuk Qiqi. “Papa saya lah tu?"

“ Iya ke? Entah-entah saja awak suruh uncle tu berlakon jadi papa awak?"

“ Betul dia papa saya Aufa." tekan Qiqi. Wajah Qiqi sudah bertukar merah.

“ Awak ingat saya percaya ke? Awak tu anak pungut kan!" provok Aufa.

“ Itu papa saya lah! Saya tak tipu." marah Qiqi dengan nada yang tinggi. Akibat geram yang menguasai Qiqi menolak bahu Aufa sehingga tubuh Aufa tersandar di dinding akuarium.

“ Aduh!" Aufa mengaduh.

Qiqi sudah terlopong. Mulutnya ternganga akibat terkejut ditekup dengan tapak tangan. Dia tak sengaja tertolak Aufa.

Ian Hamza dan Azwin terkejut saat mendengar intonasi Qiqi yang meninggi. Lekas keduanya berpaling dan mahu menghampiri Qiqi serta pelajar yang bernama Aufa.

Belum sempat mereka mendekati, seorang wanita yang berambut blond dan berpakaian skirt paras paha menghampiri Aufa dan Qiqi lalu merangkul Aufa yang sudah tersandar di dinding akuarium.

“ Ya Allah, kenapa ni?" soal Shila cemas.

“ Si Qiqi ni mami, tiba-tiba je tolak I. I tanya baik-baik je tadi." tunjuk Aufa ke arah Qiqi. Wajahnya sedang tak puas hati ketika mengadu kepada ibunya.

Shila menggeleng. Diperiksa tubuh Aufa. “ Are you okay?"

“ Sakit sikit. Tapi tak apa mami, I kan kuat. Lelaki kuat tak akan rasa sakit." senyum Aufa meyakinkan Shila. Bajunya dikibas membuang kotoran. Sekilas, dia turut mengerling Qiqi yang masih terkejut di belakang maminya dengan pandangan sinis.

Setelah memeriksa tubuh Aufa yang tiada kecederaan, Shila berpusing tubuh. Qiqi yang menolak Aufa tadi dia pandang dengan senyuman. Belum sempat Shila menegur, Ian Hamza dan Azwin sudah menghampiri Qiqi.

“ Maaf puan, mungkin anak saya tak sengaja?" ujar Azwin. Tubuh Qiqi ditarik ke sampingnya. Serba salah di buatnya dengan tingkah Qiqi yang tak beradab itu.

“ It's okay. Biasalah budak-budak.” timpal Shila.

Ian Hamza menjatuhkan sebelah lututnya dan bertinggung lalu memaut bahu Qiqi. “ Are you okay honey?"

Qiqi angguk.

“ Say sorry and make an apology to your friend!" suruh Azwin.

Qiqi menggeleng. Wajahnya mula hendak menangis. Azwin sudah rasa hendak terbakar. Nia Shaqila sudah mula nak menghangatkan suasana. Bertambah geram dia dengan anak itu.

“ Qiqi, that's your fault. Make an apologise to your friend!" suara Azwin mula bergetar. Giginya diketap rapat. Renungannya bertukar tajam membuatkan Qiqi mula menangis.

“ Aufa yang salah. Dia cakap Qiqi anak pungut. Kenapa Qiqi kena minta maaf?"

“ Tak apa auntie. I dah maafkan Qiqi." ujar Aufa berlagak baik.

Ian Hamza bangun dan berdiri sambil menarik tangan Qiqi. Sebelum berlalu, dia pandang Shila dan Aufa berselang sebelum bersuara tegas memberi peringatan.

“ Next time, please remind your son to stay away from my daughter. Anak saya bukan anak pungut!"

Dia dengar budak berambut kerinting itu memanggil Qiqi dengan gelaran anak pungut tadi! Menyirap darah Ian Hamza. Tidak menunggu lama Ian Hamza orak langkah membawa pergi Qiqi dari situ. Bimbang lahar di hati di lampias kepada budak kecil yang biadap itu.

Bertambah rasa serba salah Azwin kepada dua beranak di depannya.

“ Saya minta maaf untuk pihak anak saya dan err pap-papanya puan..." tergagap-gagap Azwin.

“ Shila." Shila hulur tangan memperkenalkan diri.

Azwin sambut dengan senyum serba salah.

“ Azwin. Maafkan anak saya sekali lagi. Aufa, auntie minta maaf bagi pihak Qiqi ya." tutur Azwin kepada Shila dan Aufa.

Shila dan Aufa Jayden mengangguk menerima permohonan maaf itu.

.
.

LANGKAH Ian Hamza dan Qiqi yang bersaing laju buat Azwin rasa tak terkejar. Takkan dia mahu menjerit panggil Ian Hamza. Keadaan keliling masih dipenuhi orang awam dan pihak sekolah serta ibu bapa para pelajar.

Sudahnya Azwin berhenti seketika lalu tarik telefon pintar dari celahan beg tangan dan membuat panggilan kepada Ian Hamza.

“ Baby!" keras suara Azwin sebaik talian bersambung.

” Yes, mi amor?"

“ Stop your what's so ever mi amor!"

“ Yes, Rea Azwin Rashid!"

“ Where are you and Qiqi going?"

Belum sempat mendengar balasan suara Ian Hamza, bahu Azwin di langgar seseorang buatkan telefon pintar Azwin tercampak ke lantai. Terkejut Azwin sehingga dia mengaduh.

“ Auch!"

“ Ops! Sorry..." tegur suara seorang lelaki. Kelam kabut jejaka itu memohon maaf seraya mengambil telefon Azwin yang tercampak ke kakinya.

“ It's okay."

Lelaki itu menyerahkan semula telefon kepada Azwin. Sebaik kedua kepala mereka di angkat Azwin melopong. Jejaka bersut kelabu itu pula tersenyum nipis seraya menggeleng.

“ What's a coincidence!" ujarnya.

“ Tengku! Bu-buat apa sini?"

“ Ada hal sikit. You?"

“ Err.."

“ Take our daughter's participant on her school activities." jawab Ian Hamza dari belakang.

Tengku Jefri mengalih pandangan. Terlihat susuk Ian Hamza sedang memimpin tangan seorang budak perempuan yang comel mirip Azwin.

Azwin turut berpusing tubuh. Mendengar bicara Ian Hamza, Azwin ketap bibir. Mulut tu kan!

“ Oh, tuan CEO pun ada? More coincidence!" balas Tengku Jefri.

Ian Hamza papar wajah meluat. Rimas dengan pandangan sinis Tengku Jefri. Lelaki itu adalah musuh ketat dan tradisi dia dari dahulu. Dari alam sekolah lagi walaupun mereka tidak seusia. Lebih tepat Tengku Jefri adalah seniornya ketika di kolej engineering dahulu.

“ Azwin, are you okay?" Ian Hamza merapati. Tubuh atas bawah Azwin yang berpakaian kasual biru denim itu dia perhati. Mencari jika ada kecederaan di mana-mana selepas terdengar suara desahan Azwin sebelumnya.

“ No, I'm okay."

“ Kalau tak ada yang penting, we need to go!" ujar Ian Hamza sambil melirik ke arah Tengku Jefri yang masih berdiri tegak dengan wajah buaya daratnya.

Azwin angguk.

“ I'll get teacher permission first. We'll wait you infornt of the existence!" beritahu Ian Hamza sebelum beredar tanpa pamit kepada tetamu yang tak di undang itu. Tubuh kecil Qiqi semerta disauk dan diangkat ke dalam dukungan.

“ Let's go sweetheart!" ciuman mesra Ian Hamza di hadiahkan pada pipi Qiqi.

“ Okay papa!" sengih Qiqi seraya membalas ciuman hangat Ian Hamza dan leher papanya dipeluk erat.

“ I got to go!"

“ Baru nak ajak you ke restoren I. Dekat sangat dah. Next entrance' je..lagipun dah masuk lunch hour." ujar Tengku Jefri.

“ I'm sorry. Very appreciate for you invitation."

Tengku Jefri usap rahang yang tegang. Geram buat kali ketiga kerana pelawaannya di tolak Azwin.

“ Okay!"

Liar iris Tengku Jefri memerhati langkah Azwin yang beredar dari situ. Egonya mencanak naik.

Teringat akan janji dengan seseorang, lekas Tengku Jefri mahu beredar namun namanya di panggil sebelum sempat dia melangkah.

“ Daddy!"

Tengku Jefri tersenyum saat wajah anaknya terlayar di depan mata.

Riang anak itu berlari lalu mendepangkan tangan mendapatkan Tengku Jefri. Susuk tubuh kecil itu selamat masuk ke dukungan Tengku Jefri.

“ Hi Jay! Are you done?"

“ Almost!"

“ Dah nak habis pun.. baru nampak muka you!" tegur Shila dari belakang Jayden Aufa. Mukanya pandang Tengku Jefri dengan perasaan marah yang meluap.

“ I tetap sampai kan! Apa yang you tak puas hati sangat hah?"

“ Tak boleh ke you cuba luang masa untuk Jay sikit. Ini tak, busy 24 jam dengan kerja, meeting, seminar, site visit. Itu belum lagi alasan you sibuk di restoren lah, ini lah.." bebel Shila tidak puas hati.

“ Kalau you nak bebel you bebel sorang-sorang. I dah datang and nak tengok anak I. Bukan dengar you pertikaikan kerja I. Mind your own business Shila.." keras suara Tengku Jefri beri amaran.

.

.

PERJALANAN pulang terasa sangat lama. Pemanduan Ian Hamza walaupun santai terasa sangat merimaskan Azwin. Manakan dengan wajah Qiqi yang tiada secalit perasaan bersalah kerana menolak kawannya juga wajah tak berperasaan Ian Hamza tadi buatkan Azwin bertambah sakit hati.

Lebih parah, dengan Ian Hamza sekali dia rasa hendak marah kerana mengajar Qiqi tidak bertanggungjawab dengan tingkahnya yang tidak beradab tadi. Malu dia dengan Shila dan Aufa usah di cerita.

Kereta yang di pandu Ian Hamza membelok ke sebuah restoren makanan ringan. Berhajat mahu membawa Qiqi makan setelah berjanji dengan anak itu semalam.

" Nak ke mana?"

“ Makan."

“ Kak Win nak balik. Nak makan ke nak apa ke lepas Kak Win sampai rumah dulu." tegas Azwin bagi arahan. Malas berdiplomasi dengan Ian Hamza. Wajah tegang dia pamer. Lebih dia beri muka lebih naik tocang Ian Hamza dan Qiqi. Buat Azwin bertambah emosi. Begini hari-hari lebih cepat wajahnya berkedut.

Ian Hamza angkat bahu. “ Up to you!"

Pandang Qiqi melalui cermin pandang belakang, Ian Hamza panggil anak perempuan itu.

“ Qiqi, your mommy turn into piranha face! We have to cancel our plan!" Ian Hamza kenyit mata.

Qiqi angkat wajah takut-takut. Tidak berani bercakap lebih. Bimbang di marahi Azwin.

“ Okay papa."

Azwin menoleh seraya memberi jelingan tajam kepada Qiqi.

Happy Reading. Love you to the moon and never back!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience