Bab 7

Drama Series 6054

MASUK saja ke rumah, pintu utama itu Victoria banting kuat. Sambil berjalan hentak kaki, sofa dia tuju. Beg sandang di bahu turut di hempas. Emosinya makin tak terkawal apabila suara Tommy menegurnya.

“ Finally, you know the way to comeback huh?"

Tatapan sakit hati Victoria tayang, buatkan Tommy gelak besar.

Lelaki itu geleng kepala. Berjalan keluar dari ruang dapur, mug berisi kopi panas di tangan dihirup perlahan sambil dia duduk berhadapan dengan anak gadis itu. Iris matanya masih tak lepas pandang wajah Victoria yang mencuka.

“ You know dad why i'm tired to come back here?" lesu suara Victoria bertanya. Seakan hilang nikmat untuk berbual-bual dengan darah daging sendiri.

Tommy angkat bahu.

“ Every time we see, you always treat me like strangers! Can't you treat me like your own daughter?"

“ Then, act like my own daughter!"

Victoria ketawa kuat. Berdekah-dekah jadinya. Hati yang sakit bertambah rapuh. Dilayan seperti orang asing oleh Tommy butakan dirinya rasa seperti tidak punya keluarga. Segala kata-kata Tommy dia harus ikut. Kadang sampai dia rasa bukan seperti manusia. Dirinya ibarat seperti sebuah robot yang di program mengikut kehendak dan kemahuan si jurutera.

Nafas lelah dia tarik. Kaki langsung disilang, dan kedua tangan didakap ke dada. Wajah bersahaja Tommy saat itu buatkan hatinya benar-benar terbakar. Kalau tak difikir Tommy itu bapa kandungnya, sudah lama dia hamun lelaki itu sepuasnya. Agar lega rasa yang sedang beramuk dalam dasar dada.

“ Leave that shit man, marry Ian and work the company's!" Victoria ulang satu persatu ayat Tommy sebelumnya selesai ketawa tadi.

“ Well-done!" Tommy tepuk tangan. Bangga kerana Victoria mampu mengingati lagi kemahuannya.

“ You don't know well what your lovely Ian doing at your back huh!” ujar Victoria sinis.

Tommy senyum.

“ And you don't know well what the kindest Ian can do it for you! You deserves his well. Not that bastard Steve."

“ You're too much Tommy. Don't judge Steve. And, I think you don't know truly face of Ian huh.?? He had a son! He was married!" jerit Vict berang. Masih cerah ingatannya mengenang kejadian manis di hospital tadi. Dia tidak lupa.

Susuk seorang wanita sedang mencium pipi Ian Hamza sambil mengambil anak kecil dari dukungan lelaki itu. Malah sempat dia lihat pandangan mata mereka yang penuh dengan nyalaan api cinta membuatkan hatinya bagai disiat-siat.

“ Then, what's wrong?"

“ You know he's married and wants him to marry me even he's not love me? Sounds you're crazy man!" marah Victoria.

Apakah bapanya sudah tidak waras sehingga mahukan dia menjadi isteri lelaki yang sudah berkahwin dan punya anak sedangkan Tommy tahu lelaki itu tidak cintakannya? Lebih gila mahu serahkan semua pemilikan hartanya untuk Ian Hamza.

Tommy sedikit pun tidak memberi ruang dan peluang untuk dia dan Steve sedangkan Steve begitu setia mahu menunjukkan kesungguhan untuk memiliki Victoria. Dia rasa sangat kesal. Hanya di sebabkan perniagaan jahat yang di jalankan Steve membuatkan Tommy turut membenci lelaki itu sekaligus melarang hubungan mereka berdua. Sungguh Victoria tidak faham dengan fikiran bapanya. Hanya semata kerana sifat dan kerjaya, Tommy lebih memilih Ian daripada Steve yang lebih mencintainya. Nyata, Tommy sangat pentingkan diri sendiri dari anak sendiri.

“ Love is blind. You can't live with love. Love just ruin your entire life." nasihat Tommy.

“ Yeah I know. I was born without love and so you want the same thing goes for me. Let Ian without love marrying me. And simply give your wealth to him. You're cruel Tommy!" jerit Victoria dengan air mata yang merembes di pipi.

Bangun dari duduk dengan wajah yang merah kerana terlalu marah, Victoria rempuh kerusi Tommy kasar.

“ I hate you!!!!!”

Pintu utama sekali lagi dihempas kasar sehingga membuatkan bahu Tommy ikut terhenjut.

.
.

IAN Hamza selesai berjoging. Pulang ke rumah dia terlihat Iqie dan Qiqi duduk di laman depan sambil duduk bersantai di buaian. Ian Hamza mendekati kedua beradik itu lalu menegur mereka.

“ Hi little kids! What are you doing?"

Ubun-ubun Qiqi dan Iqie digosok perlahan sambil menarik pipi montel Iqie juga.

Mendengar suara Ian Hamza kedua beradik itu tersenyum lalu Iqie bangun dan berdiri sambil mengangkat tangannya minta di dukung. Ian Hamza lantas mengangkat Iqie dan duduk semula di sebelah Qiqi. Pipi Iqie dia gomol geram. Terlalu comel.

“ Nothing. Tunggu mama dengan onie bawa breakfast." balas Qiqi.

Ian Hamza angguk.

“ Lepas makan Iqie dan Qiqi ikut papa Yan nak?" ajak Ian Hamza.

Bersinar mata Qiqi. “ Nak..nak.."

Mendengar suara kakaknya mengatakan itu, Iqie ikut menjawab walaupun tidak faham apa yang di cakapkan kakak dan Papa Yan nya.

“ Iqie nanak.."

Ian Hamza tergelak. Pening dia dengan bicara Iqie yang selalu terbalik itu. Jika mahu dikatakan nanak..jika tidak mahu pun dikatakan nanak. Entah mana satu yang dia mahu.

“ Kita nak pergi mana papa?" soal Qiqi teruja.

“ Hurmmm.. Ian Hamza buat gaya berfikir..first, pergi ofis lepas tu jumpa kawan Papa Yan then kita keluar pergi Royal Albert Hall." ujar Ian Hamza.

“ Okay.. tapi ada apa dekat Royal Albert Hall tu?" soal Qiqi.

“ Muzikal concert in filming."

“ Wow! I can't wait.." balas Qiqi tak sabar. Ian Hamza tersenyum. Bahagia melihat wajah gembira anak kecil itu. Sekali lagi ubun-ubun Qiqi dia usap penuh kasih.

“ Yan baru balik?" soal Izzah tiba-tiba yang muncul bersama Azwin.

“ Ya, ma." balas Ian Hamza singkat.

Sempat dia melirik ke arah Izzah dan Azwin. Mereka keluar membawa beberapa hidangan makan pagi ke laman depan itu. Kata Izzah sengaja dia mahu menikmati makan pagi dengan suasana sejuk di luar saat di tanya Azwin. Barulah macam duduk dekat tempat sejuk kata Izzah. Asyik makan dalam rumah saja, selera makannya boleh hilang. Tidak membantah, Azwin turut segala kemahuan Izzah.

Talam berisi kopi serta coklat panas serta marshmallow diletakkan Azwin ke meja. Izzah pula membawa talam berisi croissants dan inti berry serta kek keju telur dan macaroni bakar untuk hidangan cucu-cucunya.

Tidak lama muncul pula susuk Husyn di situ dan Izzah menjemput mereka semua menikmati hidangan pagi yang menyelerakan.

“ Yan tak makan?” soal Izzah.

“ Yan baru balik jogging ma..takkan nak makan. Penat-penat dah pecahkan kalori takkan nak tambah balik."

“ Hurm..yelah. Nak jaga badan sangat nanti sakit baru tahu. Awak tu dah la hidup bujang, kalau sakit bukan ada orang nak jaga pun." bebel Izzah.

“ Sampai masa nanti kahwin la dia. Awak ni risau sangat Zah. Yan bukan budak kecil. Tak pun, susah sangat awak ajaklah anak bujang awak ni balik duduk Malaysia senang awak tengokkan." Husyn mencelah.

“ Ha, itulah matlamat saya bercakap ni." ujar Izzah sambil menjeling Ian Hamza.

“ Habis exam last semester ni balik Malaysia terus Yan. Mama risau Yan duduk London ni lama-lama. Takut mama dapat menantu mata biru pulak nanti." tambah Izzah.

Ian Hamza geleng kepala. “ Mama takut Yan sakit tak ada orang jaga atau mama takut Yan bawak bakal bini mata biru untuk mama?" seloroh Ian Hamza.

Izzah jeling geram. “ Dua-dua."

Husyn dan Azwin tergelak. Ian Hamza ikut sama gelak termasuklah kedua beradik yang tidak tahu hujung pangkal cerita.

Ian Hamza ralit melayan Iqie bermain kereta kecil di tangan anak itu sambil disuapkan makanan oleh Azwin.

Izzah cuit Husyn dan menunjukkan gelagat kedua anak menantunya yang kelihatan sangat sepadan melayan Iqie.

Husyn geleng kepala. Izzah tersengih suka.

Asyik mereka dengan aktiviti masing-masing, suara Qiqi menganggu semua.

“ Mama, lepas makan papa janji nak bawa Qiqi dan Iqie keluar. Boleh tak mama Qiqi nak ikut papa?" soal Qiqi dengan mulut terkembung-kembung di penuhi marshmallow.

“ Nak pergi mana?" tanya Azwin pandang anaknya. “ Qiqi makan elok-elok lah. Masa makan mana boleh bercakap. Habiskan makanan dulu." suruh Azwin.

Susah payah Qiqi habiskan marshmallow kenyal itu sebelum menelannya bersama air coklat panas. Punya dia teruja nak beritahu pada Azwin tentang ajakan Ian Hamza tadi.

“ Pergi mana papa? Qiqi lupa.." seringainya dengan mulut comot dipenuhi coklat dan marshmallow tadi.

Ian Hamza tergelak. Iqie di sebelah kanan diubah ke peha kiri agar membolehkan tangan kanannya capai tisu. Mulut Qiqi yang bersisa coklat di bersihkan hati-hati.

“ Pergi ofis..lepastu jumpa kawan Papa Yan sekejap then kita pergi Royal Albert Hall." ulang Ian Hamza.

“ Ha yang tulah mama.." jawab Qiqi selepas mendengar Ian Hamza menutur ayat siaran ulangannya. Tersengih-sengih Qiqi kerana terlupa tadi.

AWin geleng kepala. Macam-macam hal anak daranya itu.

“ Boleh lah mama.." Qiqi goyang tangan Azwin minta kebenaran.

Azwin pandang Ian Hamza. “ Tak susahkan baby ke? Dua-dua orang pulak tu.." soal Azwin.

“ Tak."

“ Baby bawak Qiqi jelah. Iqie tinggal je dengan Kak Win." cadang Azwin. Dia keberatan mengizinkan Iqie mengikut Ian Hamza. Bimbang adik iparnya akan susah menjaga dan mengasuh Iqie yang agak lasak itu.

“ Iqie itut. Iqie itut.." rengek Iqie tak semena. Terus bangun dari ribaan Ian Hamza, Iqie peluk erat leher Ian Hamza seperti tidak mahu melepaskan. Kepalanya disorokkan ke celah dagu lelaki itu.

Husyn, Izzah dan Ian Hamza tergelak.

“ Ye, papa tak tinggal Iqie." ujar Ian Hamza. Punggung besar Iqie bersarung Pampers ditepuk manja.

“ Tak boleh langsung berenggang Iqie ni.." omel Izzah.

“ Manja macam Yan lah. Kalau tak, tak adanya Iman panggil dia baby." ujar Husyn pula. Dan, sehingga ke hari ini, dengan Azwin sekali berjangkit panggil dia 'baby'.

“ Ish papa ni. Jangan black mail Yan lah.." marah Ian Hamza pura-pura. Segan cerita lama di ungkit papanya. Beza sepuluh tahun dengan si abang buatkan dia begitu manja dengan Iman Hazim dan sifat Iman Hazim yang rajin melayan membuatkan dia sangat selesa dengan abangnya setiap kali Izzah dan Husyn sibuk menguruskan empayar perniagaan mereka suatu ketika dulu.

“ Papa, Iqie ituttt.." Iqie masih merengek. Takut sangat ditinggalkan bapa saudaranya.

“ Tak payah lah Iqie. Iqie duduk dengan mama je. Nanti susahkan Papa Yan. Iqie nak susu lah, nak makanlah, nak tidur lah.. Tangan Iqie pun belum okay lagi tu.." bebel Azwin. Tubuh Iqie cuba diambil dari Ian Hamza.

Iqie meraung terus. Tubuh Ian Hamza lebih kuat Iqie peluk. Tidak mahu diambil Azwin.

“ Nanak papa. Nanak mama.." Iqie meraung kuat. Iqie walaupun kecil, suaranya boleh tahan nyaring. Naik bingit telinga sesiapa yang mendengar.

“ Win ikut jelah sekali. Lagipun mama dengan papa nak ke Covent Garden. Nak jumpa kawan lama." cadang Izzah.

“ Tak pelah ma, Win dekat rumah je." Azwin menolak. Dia rasa malas untuk keluar. Dengan cuaca yang sejuk seperti itu, malas sekali dia mahu bersiap memakai pakaian yang berlapis-lapis. Lagi-lagi mahu mengurus anak yang banyak tenaga seperti Noah Shauqi, lebih berganda malas Azwin.

“ Papa bawa datang London suruh bercuti bukan duduk rumah. Ikut je Yan bawa anak-anak berjalan. Kejap lagi papa transfer elaun ke akaun Win." suruh Husyn juga.

“ Tapi pa.." tak sempat membantah, Husyn memintas.

“ No tapi-tapi.."

“ Yan pun nanti papa tambah elaun. Bawa Kak Win dengan anak-anak keluar." Husyn memberi arahan tegas.

“ Okay boss!"

Azwin tarik keluh. Tidak mampu membantah lagi apabila Husyn sudah membuat keputusan muktamad.

.
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience