Bab 22

Drama Series 6054

SEBELUM PULANG, sempat Dato' Husyn meminta maaf kepada keluarga Tengku Jefri. Dia tidak mahu hanya kerana penolakan ini, buatkan keluarga Tengku Jefri berdendam dengan keluarganya terutama Azwin. Sebolehnya dia tidak mahu memusuhi sesiapa agar keselamatan keluarganya sentiasa terjamin dan berada dalam keadaan yang sejahtera.

“ Saya dan isteri minta maaf bagi pihak Azwin. Kami tak boleh berbuat apa dengan keputusan yang dah di ambilnya. Lagipula ini kehidupan dia, kami tidak dapat campuri urusan peribadinya. Harap keluarga Datin Tengku dan Che Puan faham kehendak Azwin. Kami minta diri dulu. Maaf sekali lagi." ucap Dato' Husyn merendah diri.

Datin Tengku Mariza dan Che Puan Khalila sekadar memerhati saat Dato' Husyn dan Izzah keluar berpapasan dari pintu rumah.

Tiada sebarang kata mahupun secangkir senyuman buat pasangan itu kerana rasa sakit hati dan malu yang begitu menguasai diri.

Tengku Jefri pula awal lagi sudah menghilangkan diri sebaik mendengar pesanan yang di bawa Dato' Husyn tadi.

.
.

TENGKU JEFRI bertindak melepaskan geramnya dengan menendang tayar Ferrari merahnya berkali-kali sehingga kakinya berasa kebas.

Tidak cukup dengan itu, jeritan suaranya kuat bergema apabila dilampiaskan perasaan yang terbuku di dada. Seluruh pelusuk kawasan berbukit itu bergaung dengan suara jantan Tengku Jefri.

Setelah puas, dia terduduk lemah di atas but keretanya sambil merenung ke tengah bandar dari puncak bukit. Merintih kerana kecewa.

Keadaan diri Tengku Jefri jelas tidak terurus dengan rambut yang sudah kusut masai. Butang kemeja juga sudah terbuka separuh dan bajunya sudah berkedut seribu.

Akal sudah tidak boleh berfikir dengan baik apabila tanpa segan dia mencapai tin minuman biru putih yang bergambar harimau di sebelahnya. Tin minuman beralkohol itu di bawa ke bibir. Seperti sudah biasa meneguk air kencing syaitan itu, rakus sekali lagak Tengku Jefri menghabiskan baki minumannya.

Tin minuman yang sudah kosong di baling jauh ke tengah perut bukit. Sekali lagi Tengku Jefri menjerit melepaskan perasaan kecewa apabila cintanya di tolak seorang wanita. Namun tindakan itu tidak mengurangi perasaan yang ada. Malah Tengku Jefri berasa lebih terbeban saat wajah dan senyuman manis Azwin terlayar di pandangan.

“ Kenapa Azwin? Kenapa? Kenapa you tolak lamaran I?" lirih suara Tengku Jefri bertanyakan sendiri pada angin yang berhembus. Dia benar-benar patah hati.

.
.

JAM sudah menginjak enam empat puluh lima minit petang. Tetapi Azwin belum menampakkan bayangnya buatkan Ian Hamza kegelisahan.

Sekejap-sekejap dia pandang ke luar rumah. Menunggu jika kereta Azwin tiba ke perkarangan Villa Izzah. Tetapi tidak juga kunjung tiba. Hatinya resah.

Sesekali telefon pintar juga di tilik. Melihat jikalau ada panggilan dari Azwin. Namun hampa.

Sejak sejam yang lalu, sudah beberapa kali Ian Hamza cuba mendail nombor Azwin tetapi hanya mesin suara yang menjawab panggilannya. Ian Hamza bertambah tak tentu arah.

Tindakannya membuatkan Izzah yang sedang menjurus pokok-pokok bunga di depan laman memerhati gerak-geri Ian Hamza yang seperti cacing kepanasan.

Menutup pili air, Izzah hampiri Ian Hamza yang sedang duduk di pergola kayu.

“ Kenapa mama tengok Yan gelisah semacam je. Tunggu Azwin ke?" tegur Izzah.

Tangan meraup wajahnya yang sedikit tertekan. Nafas dilepas perlahan. Ian Hamza menoleh dengan senyum singkat.

“ Risau Kak Win tak balik lagi ma. Dah pukul berapa ni. Yan call tak berjawab. Asyik masuk voice mail je." jelas Ian Hamza.

Izzah senyum. Peha Ian Hamza digosok lembut. “ Kejap lagi balik lah dia tu. Jalan jammed agaknya." Izzah cuba redakan perasaan risau Ian Hamza.

“ Mungkin la. Tapi phone pun masuk voice mail je. Tu yang Yan risau.Takut ada emergency apa-apa je." ujar Ian Hamza. Fikirannya masih tak boleh bersangka baik. Lemah segala sendi bila teringat yang tidak-tidak.

“ Tak ada apa lah. Jangan risau sangat. Kita doa yang baik-baik je." tambah Izzah.

“ Baik ma."

Hening sejenak. Izzah pandang Ian Hamza semula. Riak anaknya yang tertekan masih menonjol. Izzah geleng kepala.

“ Yan, mama tanya sikit boleh?"

“ Ya ma?" datar saja suara Ian Hamza apabila dia tidak begitu fokus dengan pertanyaan Izzah. Tangannya sibuk menaip mesej di aplikasi hijau.

“ Yan betul ke serius dengan Azwin?"

Ian Hamza menatap Izzah sebaik mendengar nama Azwin yang meniti di bibir mamanya.

“ Serius ma."

“ Yan terima Win sebab mama ke?" tanya Izzah inginkan kepastian.

“ Kenapa mama cakap macam tu?"

“ Mama tak nak Yan terima Win semata sebab mama atau sebab-sebab lain. Mama harap Yan terima dia sebab Yan memang sayangkan dia dan nak halalkan dia sebagai isteri yang sah di sisi Allah. Yang akan mencintai isterinya layak seorang isteri."

Giliran Ian Hamza tarik nafas dalam. Iris Izzah ditatapnya lembut. Capai tangan kanan Izzah, Ian Hamza genggam erat.

“ InshaAllah ma, Yan terima Kak Win sebab sayang dan sukakan dia. Memang pada mulanya sebab mama yang minta Yan terima dia. Tapi lepas Yan fikir semula, Yan rasa Yan memang dah jatuh cinta pada dia. Yan mahu lindungi dia dan anak-anak selayaknya sebagai seorang suami.

Lebih lama Yan kenal dia lebih banyak sisi baik dia yang Yan nampak dan suka. Dia ada ciri-ciri wanita yang Yan cari. Jadi tak perlu Yan susah payah cari dan berkenalan wanita kat luar sana kalau yang depan mata dah mudahkan urusan Yan. Lagipula dia juga jadi pilihan mama. Orang kata selalunya yang jadi pilihan ibu bapa ni lah yang lebih tepat dan sesuai untuk jadi pasangan kita.

Hmm..dan sebenarnya..." lambat-lambat Ian Hamza pandang Izzah dengan sengihan.

Cara Ian Hamza sedikit mencurigakan Izzah. Langsung dia bertanya.

“ Apa yang sebenarnya? Yan ada sorok apa-apa dari mama ke?" nada Izzah serius.

“ Yan..err, dah lamarrr Kak Win.." ujar Ian Hamza sedikit tergagap-gagap.

“ Lamar Azwin? Bila? Kenapa Yan tak cerita pada mama?" terkejut Izzah. Berkerut wajahnya.

“ Tiga hari lepas."

“ Bertuah punya budak!" Izzah tampar bahu Ian Hamza sehingga lelaki itu mengaduh manja.

“ Habis Azwin cakap apa? Dia setuju tak?" buru-buru Izzah bertanya.

“ Dia belum bagi keputusan. Yan suruh dia fikir dulu. Sebab Yan tak nak bagi tekanan pada dia. Takut kalau dia buat keputusan untuk terima Yan semata sebab desakan keadaan sekeliling. Terutama hal Qiqi dan mama yang memang nak dia jadi menantu mama sampai bila-bila." cerita Ian Hamza.

“ Tak apalah kalau Yan cakap macam tu. Tapi mama rasa mama nak risik dia ikut adat juga. Mama tak mahu dia fikir yang mama ambil mudah sebab dia balu. Macam mana mama risik dia untuk arwah Iman macam tu juga mama nak risik dia untuk Yan. Dua-dua anak mama. Jadi mama kena berlaku adil." ujar Izzah sungguh-sungguh. Dia sudah lama merancang dan berhajat begitu.

“ Ikut mama lah. Yan ikut je mana yang baik. Asalkan tak berlebihan dan sesuai dengan keadaan. Tapi apa-apa Yan harap mama tanya dulu pada Kak Win. Yan lelaki tak kisah semua hal-hal adat ni. Janji dapat kahwin dengan Kak Win."

“ Amboi..gatal jugak Yan ni!" sindir Izzah dengan ketawa. Peha Ian Hamza sempat di cubit manja.

Ian Hamza tergelak. Dia geleng kepala pening. “ Dah mama yang beria suruh Yan kahwin dengan Kak Win kan! Bila Yan beria mama kata Yan gatal pulak!"

Izzah tergelak. Ian Hamza memang seorang anak yang sering menurut segala kemahuannya. Pendek kata anak itu memang menjadi anak kesayangannya sejak dari kecil. Pandai mengambil hati dan menceriakan suasana hidupnya. Izzah bersyukur dengan kurniaan anak seperti Ian Hamza.

“ Okaylah ma..Yan nak keluar sekejap. Nak cari Kak Win. Risau dia tak balik lagi. Pasal hal nikah kahwin tu nanti Yan bincang dulu dengan Kak Win macam mana. Lepas tu Yan update mama ya." beritahu Ian Hamza seraya bangun dari duduk. Punggung seluar dikibas-kibas sebelum melangkah meninggalkan Izzah yang tersenyum panjang.

.
.

HUSYN sudah siap hendak tidur. Baru saja dia mahu tarik comforter rapat ke dada, suara Izzah pula memanggilnya. Tak jadi dia hendak lelapkan mata.

Pandangannya di bawa beralih ke sebelah kiri. Menatap iris Izzah yang tersenyum ceria.

Hairan tetapi Husyn bersoal juga apa kemahuan Izzah saat itu.

“ Kenapa Zah. Senyum sejak tadi tak lekang-lekang. Awak ada apa-apa ke nak minta dengan abang ni?"

Kebiasaan Izzah jikalau mahukan sesuatu pasti isterinya itu bersikap manja seperti itu buatkan Husyn sudah arif dan faham dengan sikap Izzah.

“ Bukan nak minta apa. Cuma nak bercerita hal anak menantu je."

Tongkat kepala dengan tangan kanan Husyn naikkan sedikit tubuhnya menanti bicara Izzah. Menunjukkan sikap pedulinya pada penceritaan isteri.

“ Kenapa?"

“ Siang tadi Yan cerita dengan saya pasal Azwin. Dia dah confrant Win pasal perasaan dia. Bertuah anak abang tu, tak menyempat sangat. Boleh pula dia lamar Win tak ikut adat. Siap bagi cincin lagi." bebel Izzah.

“ Nampaknya betullah gosip dekat opis yang tersebar sebulan dua ni pasal diorang. Alhamdulillah. Lega abang dengar. Tak ada la orang buat fitnah dan bergosip hal yang tak betul. Hmmm..habis tu apa kata Win?" tanya Husyn ingin tahu.

“ Yan cakap Win belum bagi keputusan. Dia bagi masa pada Win untuk fikir. Dia tak nak terlalu mendesak buat Azwin rasa terpaksa terima dia semata sebab saya yang suruh dan juga sebab anak-anaknya."

“ Baguslah kalau macam tu. Saya sokong tindakan Yan tu. Jadi apa yang awak kisahkan?"

“ Tak ada lah saya kisahkan apa. Cuma saya bebelkan Yan tentang cara dia confront Azwin. Tak manis dan tak elok."

“ Alah, hal orang muda apa yang nak dikisahkan. Zaman sekarang zaman moden. Selagi tak langgar syariat cukuplah. Kalau Azwin terima Yan mudah la kerja kita. Diorang dah suka sama suka kita kahwin kan sajalah. Selesai masalah." tutur Husyn.

“ Inilah orang lelaki. Semua benda nak ambil mudah. Win tu walaupun statusnya balu, dia tetap seorang perempuan. Anak kita tu lelaki. Kalau nak sunting bakal isteri mestilah beradat. Takkan nak main langgar saja. Saya tetap nak risik Azwin ikut adat. Apa pendapat abang?"

“ Ikut awaklah Zah. Asalkan tak membebankan Azwin sudah. Abang sokong je.." ujar Husyn malas merunsingkan kepala. Kalau dah itu kehendak Izzah, apa lagi yang boleh dia katakan selain menurut.

.
.

HONDA FK8 hitam Ian Hamza membelah pekat malam. Hatinya masih tak tenang selagi tidak mendapat khabar dari Azwin.

Telefon pintarnya sudah berkali Ian Hamza cuba hubungi namun seperti awal tadi, jawapannya tetap sama.

“ Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi!" suara operator talian yang menjawab.

Ian Hamza buntu. Hati semakin resah bila bertanyakan pada mama di rumah tentang kepulangan Azwin. Kata Izzah, Azwin masih belum pulang.

Terus jalan ke pejabat di tuju Ian Hamza. Hanya satu tempat itu saja yang dia rasa kukuh untuk Azwin berada kerana wanita itu seorang wanita yang kuat bekerja. Tidak mengisahkan hal seperti apa pun, Azwin sanggup menghabiskan masa di situ semata mahu menyiapkan kerjanya.

Setengah jam pemanduan, Ian Hamza tiba ke pejabat. Petak parkir kereta Azwin diperhatikan sebaik dia memasuki kawasan basement kereta di bangunan Husynx Holding. Nyata, Country merah Azwin masih berada di sana buatkan Ian Hamza melepaskan rasa lelah di dada. Dia menghembus nafas lega.

Parkir kereta, Ian Hamza keluar dari FK8 menuju ke lobi sebelum berbual seketika dengan pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk itu.

Menuju lif, Ian Hamza tekan butang aras 8 sebelum menanti pintu lif terbuka dan dia meloloskan diri ke dalam.

Lima saat berlalu akhirnya Ian Hamza tiba ke bahagian kewangan. Bahagian yang juga sama aras dengan pejabatnya itu di tuju. Dari luar, bahagian itu kelihatan gelap saja. Ian Hamza berasa hairan melihat keadaan pejabat yang sepertinya tidak berorang itu. Masakan Azwin menghabiskan kerja dalam keadaan yang bergelap. Hati Ian Hamza tak semena diasak risau dan debar yang tiba-tiba.

Melangkah mendekati suis lampu, sumber cahaya itu dihidupkan. Namun tiada cahaya lampu yang menyala membuatkan Ian Hamza lebih pelik.

Saat dia hendak melihat dengan lebih terperinci pada suis utama eletrik, terdengar suara perempuan seperti sedang meminta tolong.

Ian Hamza tidak sedap hati. Dia meninggalkan suis elektrik lalu menuju ke arah sumber suara yang datangnya di hujung pantri bahagian kewangan itu. Deria rasanya mengesan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku apabila mendengar suara serak lelaki yang sedang mengekeh ketawa namun menyeramkan.

Perlahan kaki Ian Hamza menjengket ke arah sana. Sebaik tiba di hadapan pintu pantri Ian Hamza terlihat kelibat seorang lelaki dari bahagian belakangnya sedang merangkak dalam gelap. Seolah olah sedang mengejar sesuatu di hadapannya. Kekehannya menjadi-jadi dengan suara seperti orang yang gila seks.

“ Sayang..jangan lari.."

Ian Hamza tertegun. Dia berdiri kaku cuba mengamati suasana gelap itu. Dari samar lampu jalan yang mencelah ke tingkap pantri terlihat kelibat seseorang yang sedang berundur dengan suara ketakutan.

Happy reading. Thanks yang support karya WL. Luv I all..

Share this novel

jue
2025-01-26 15:54:14 

makin menarik.... tq update sis


NovelPlus Premium

The best ads free experience