MENDIDIH darah Ian Hamza mendengar rintihan meminta pertolongan itu. Tidak dapat menahan diri, Ian Hamza segera menjerkah.
Dia yang sudah bersedia dengan lampu dari telefon pintarnya menghala ke arah lembaga yang sedang bergerak-gerak.
Bertempik Ian Hamza sebaik cahaya lampu itu membias wajah yang sedang menangis ketakutan dan meminta pertolongan.
“ Kak Win!"
Ian Hamza mara ke depan lalu menarik tubuh lelaki yang sedang berada di hujung kaki Azwin sambil tangannya ingin merentap kain kurung yang dipakai wanita itu.
“ Kurang ajar kau!"
Ian Hamza naik hantu. Perasaan bengang dan marahnya bersatu. Terketap rahang Ian Hamza. Bengis wajahnya.
Kekuatan yang ada pada zahir lelakinya buatkan Ian Hamza bersedia melayangkan satu tumbukan padu ke wajah lelaki yang sudah dia tarik tubuhnya berdiri dan dipusingkan menghadap ke arahnya.
“ Bang***!” maki Ian Hamza. Bergema suara jantannya di ruangan pantri itu.
Susuk itu melayah ke belakang saat Ian Hamza melepaskan tumbukan. Cecair merah mulai keluar dari hidungnya. Ian Hamza tidak peduli walau tubuh itu bermandi darah sekalipun. Yang dia tahu, si bedebah itu harus di beri pengajaran.
“ Kau memang nak mati la si**!" Ian Hamza mara langkah. Susuk itu tidak sempat mengangkat wajahnya apabila sekali lagi tumbukan padu Ian Hamza singgah di perutnya pula sehingga menyebabkannya jatuh terduduk dan mengerang kesakitan.
“ Argh!"
“ Jahanam kau bina****!" maki Ian Hamza. Kaki panjangnya naik ke tengah belakang lelaki itu lalu menendang rusuk kirinya. Semerta tubuhnya tertiarap ke lantai.
Masih tak hilang rasa marah dan panas hatinya walaupun melihat susuk itu sudah tertiarap ke lantai. Berang yang bersisa buatkan Ian Hamza mahu melampiaskan lagi perasaannya.
“ Hidup menyusahkan orang!"
Kelengkang lelaki tersebut ditendang sekuat hatinya sehingga lelaki itu meraung-raung kesakitan. Akibat sepakan yang kuat pada alat sulitnya, lelaki itu juga langsung tidak dapat bergerak. Hanya suara raungannya saja memecah suasana sunyi pejabat.
Selepas merasakan musuhnya benar-benar tewas, Ian Hamza berlari mendapatkan Azwin yang sudah menangis teresak-esak di hujung meja pantri.
“ Allahuakbar!"
Terlihat separuh tangan baju sebelah kiri Azwin yang sudah terkoyak sehingga mendedahkan kulit lengannya. Tudung pula sudah tercampak entah ke mana. Kain kurungnya juga ikut terselak sehingga betis. Manakala rambut Azwin yang disanggul sebelumnya sudah berantakan lalu menutup hampir dari separuh wajahnya.
Ian Hamza sudah kering darah dan hampir rebah melihat keadaan Azwin begitu, namun akal yang waras membuatkan dia lekas bertindak. Jaket denim yang tersarung di badan cepat di buka lalu disarungkan ke tubuh Azwin. Kain Azwin ditarik menutupi kedua kakinya yang terselak. Tudung yang terdampar tidak jauh dari sisi Azwin dicapai lalu dipakaikan semula pada kepala wanita itu.
“ Kak Win, it's okay. I'm here!" Tubuh Azwin ditarik ke dalam pelukan cuba menenangkannya.
“ Ba-baby..to-tolong Kak Win.." tersedu-sedu Azwin berusaha untuk bersuara. Pelukan Ian Hamza di balasnya dengan tubuh badan yang menggigil hebat. Erat pelukannya sehingga suaranya teresak di dada Ian Hamza. Lirih kedengaran.
“ You're safe now. I'm here to be with you. Forever!" Air mata yang merembes di pipi Azwin di lap dengan kedua ibu jarinya. Kepala Azwin sempat dia kucup cuba menenangkan perasaan wanita itu yang dalam ketakutan melampau.
Azwin angguk. Ian Hamza lekas menarik Azwin bangun, tetapi belum sempat mereka berdua berdiri, lelaki yang dipukul Ian Hamza tadi mula bertindak menyerangnya kembali.
“ Jahanam kau!" teriak lelaki itu lalu menghadiahkan tumbukan ke wajah Ian Hamza sehingga Ian Hamza jatuh terlentang ke lantai.
“ Kau yang jahanam!" maki Ian Hamza walaupun kepalanya sudah berdengung dek hentakan lelaki itu. Tidak tinggal diam, Ian Hamza angkat tubuh lalu berdiri tegak. Azwin dia suruh berundur ke belakang.
Kekuda di pasang lalu tubuh lelaki yang berwajah syaitan itu dia serang dengan tendangan kuat. Kaki panjang Ian Hamza naik menendang perut lelaki itu sehingga jatuh tersungkur dan cepat dia bertindak dengan mengilas kedua tangan lelaki itu ke belakang.
“ Woi lepas lah...!" marah lelaki itu.
Ian Hamza tidak peduli dengan pertanyaan lelaki di bawah tubuhnya. Dia masih bertungkus-lumus bergelut dengan lelaki itu agar tidak terlepas dari pegangannya. Mencapai kain alas meja pantri lalu Ian Hamza ikat tangan lelaki itu sekuatnya.
“ Jangan harap!" herdik Ian Hamza. Dengan sekali hentakan tangan, belakang kepala lelaki itu dipukulnya sehingga lelaki itu pengsan.
.
.
SETELAH memberi keterangan di balai polis, Ian Hamza membawa Azwin pulang menaiki keretanya. Kereta Azwin masih ditinggalkan di Husynx Holding.
Masuk ke dalam kereta, Azwin kembali menangis teresak-esak. Ian Hamza membiarkan Azwin melepaskan rasa yang membeban perasaan wanita itu. Hampir sepuluh minit berlalu, tangisan Azwin mulai reda.
Ian Hamza tarik tali pinggang ke depan tubuh Azwin lalu dipasangkan pada bucklenya “ Mi amor.." seru Ian Hamza.
Azwin yang sudah selesa pada tempatnya mengalihkan pandangan ke arah Ian Hamza. Wajahnya masih sugul tetapi terlihat sedikit tenang berbanding tadi.
“ Kita ke hospital dulu ya?"
Azwin menggeleng dengan wajah yang berubah cuak tiba-tiba. “ No! Kak Win tak nak!" lirih suara Azwin. Air matanya kembali membasahi wajah.
“ Hey.. don't cry. I'm with you! We just go for basic check up and straight to home afterwards." pujuk Ian Hamza lembut.
Sempat jam di skrin Android player dikerling. Sudah menginjak angka sebelas dua puluh malam. Pada Izzah dan Husyn sudah dia khabarkan tentang insiden yang terjadi. Mengucap panjang Husyn mendengar kejadian yang menimpa. Izzah pula hampir histeria namun Husyn sempat menenangkan isterinya.
“ Kak Win tak nak. Please biy!"
Dia benar-benar nampak ketakutan sehingga tanpa sedar dia menarik tangan kiri Ian Hamza yang berada di stereng dan memeluk lengan lelaki itu. Ian Hamza membiarkan kerana dia tahu rasa yang membelenggu diri Azwin ketika itu. Azwin kembali menangis.
Ian Hamza menjadi sebak. Hatinya hancur melihat keadaan diri Azwin yang rapuh seperti itu.
Tarik nafas dalam, dia cuba redakan perasaan sendiri.
“ Okay..kita tak perlu ke hospital. Baby teman Kak Win balik rumah ya?!" ujar Ian Hamza.
Azwin menggeleng dengan tangisan hiba yang kian menjadi. “ Kak Win tak nak!"
Ian Hamza tarik nafas. Sakit hatinya mendengar tangisan Azwin yang lolos seperti itu.
“ Kak Win nak pergi mana?" tanya Ian Hamza lebih prihatin.
Azwin angkat bahu tanda tidak tahu. “Kemana-mana je asalkan tak jumpa mama dan papa dalam keadaan Kak Win macam ni..Please biy, bawa Kak Win." tekan Azwin sedikit memaksa.
Ian Hamza mulai buntu. Berfikir sejenak sebelum dia teringatkan suatu tempat.
“ Okay, baby teman Kak Win ke tempat lain. Tapi please jangan menangis lagi. I boleh jadi gila tengok Kak Win macam ni. Bunuh Pak Daud tu pun I sanggup." beritahu Ian Hamza lalu mengusap bahu Azwin yang dilapisi jaket denimnya. Cuba meredakan tangisan Azwin yang entah ke berapa kali.
Beberapa saat kemudian, tiada lagi kedengaran tangisan Azwin. Yang ada cuma sedu sedannya kian reda.
Ian Hamza sedikit lega. Dia tarik nafas. Cuba rasionalkan kepala sendiri dengan insiden yang berlaku. Nasib dia cepat ke pejabat mencari Azwin. Jika lambat entah apa yang akan terjadi tadi. Dia bersyukur kerana dapat menyelamatkan Azwin dari menjadi makanan lelaki nafsu serakah itu. Tak dapat dia bayangkan jikalau sesuatu yang buruk menimpa Azwin, pasti dirinya sendiri yang dipersalahkan.
Menukar haluan, Ian Hamza meneruskan pemanduan sehingga hampir dua puluh minit kemudian FK8 hitam Ian Hamza tiba di sebuah panthouse di sempadan Kuala Lumpur, Selangor.
Keluar dari kereta, Azwin yang kelihatan lemah dan trauma dia pimpin sehingga ke pintu rumah yang berada di hujung lot kondominium mewah itu.
“ Jom masuk."
Azwin pandang Ian Hamza namun tiada suara yang keluar. Namun dari pandangan wanita itu Ian Hamza tahu Azwin sedang bertanyakan dia di rumah siapa ketika itu.
“ Ini rumah baby. Kak Win duduklah sini sehari dua dulu. Dah okay nanti kita balik rumah mama ya." ujar Ian Hamza.
Azwin angguk. Dia akur dan masuk setelah pintu rumah Ian Hamza buka selesai menghalakan kad akses miliknya dan memasukkan nombor pin keselamatan.
Masuk saja ke dalam, Ian Hamza dudukkan Azwin di sofa di ruang tamu sementara Ian Hamza bergerak ke bilik tidur menyiapkan tempat tidur buat wanita itu.
Beberapa minit kemudian Ian Hamza kembali dengan membawa sepasang pakaian persalinan dan juga tuala.
“ Kak Win pergilah mandi. Baby keluar cari makan dulu. Kejap lagi kita makan." suruh Ian Hamza seraya meletakkan pakaian bersih miliknya di riba Azwin.
Setelah itu, Ian Hamza keluar dari rumah untuk membeli makanan. Dalam perjalanan sempat dia menghubungi Izzah memberitahu keengganan Azwin yang tidak mahu pulang ke rumah di dalam keadaan yang tidak terurus itu.
Izzah mulanya membantah keras namun hasil pujukan Ian Hamza akhirnya Izzah bersetuju agar syarat yang ditetapkannya diikuti Ian Hamza.
“ Baiklah. Tapi dengan satu syarat." tutur Izzah.
“ Syarat apa ma?"
“ Biar je Azwin tidur sana sampai dia rasa dia selesa dan nak balik sini. Tapi Yan kena balik rumah. Jangan mengada nak duduk sekali dengan dia dekat sana. Nanti cerita lain pula yang jadi."
“ Ya ma. Yan belum hilang akal lagi nak bersekedudukan dengan dia walaupun Yan risau dengan keadaan dia. Nanti minta Kak Suri bawakan anak-anak temankan dia dekat sini." putus Ian Hamza.
.
.
HAMPIR tiga hari insiden hitam yang berlaku Azwin sudah pulih dari trauma. Kehadiran Kak Suri dan anak-anak yang menceriakan harinya buatkan Azwin mula berfikir untuk pulang ke rumah.
Hubungan Azwin dengan Qiqi juga sudah pulih seperti sediakala membuatkan Azwin rasa begitu bersyukur.
Usai makan tengah hari sengaja Azwin meminta Kak Suri menghubungi Abang Khairul agar menjemput mereka di situ untuk di bawa pulang ke Villa Izzah.
Sementara itu sempat dia menemani anak-anaknya yang sedang bermain permainan video dari televisyen besar Ian Hamza di ruang tamu.
Seperti biasa Qiqi yang banyak mulut mula bersoal kepada Azwin.
“ Mama bila kita nak balik jumpa onie, tok pa dengan papa? Boring la dekat sini. Qiqi rindu rumah tok pa..."
Azwin tersenyum mendengar celoteh Qiqi.
“ Petang nanti kita balik. Uncle Khairul datang ambil kita."
“ Yeay!" Qiqi sudah bersorak riang. Iqie yang melihat kakaknya bersorak ikut bersorak juga.
“ Yeay! Alik papa!"
Azwin tergelak. Ubun-ubun Iqie digosoknya manja. “ Iqie rindu papa?"
“ Winduuuu!!" sengih Iqie seraya melentokkan kepalanya ke riba Azwin.
“ Mama pun rindu!"
“ Kenapa mama duduk sini? Ini rumah siapa? Mama gaduh dengan papa ke?" Qiqi bersoal. Banyak sungguh soalannya buatkan Azwin hilang diksi.
“ Mana ada mama gaduh dengan papa. Siapa cakap? Saja je mama nak duduk sini. Mama suka rumah ni, cantik selesa. Lagipun ni rumah papa. Qiqi suka duduk rumah papa tak?"
“ Suka. Tapi mama, kalau mama tak gaduh papa, kenapa muka papa luka-luka? Kesian papa. Semalam onie kata papa demam."
Azwin tersentak. Ian Hamza demam? Patutlah!
Semenjak tiga hari yang lalu dan selepas Azwin bertemu kali terakhir ketika waktu makan malam mereka, Ian Hamza sudah tidak memunculkan diri di hadapannya. Dia ikut tertanya-tanya keadaan lelaki itu. Hari ini mendengar saja bicara Nia Shaqila tentang keadaan diri Ian Hamza buatkan Azwin rasa bersalah dengan lelaki itu. Ucapan terima kasih pun belum sempat dia sampaikan atas kesudiannya membantu. Jika Ian Hamza tidak datang menyelamatkan pada malam kejadian, entah apa akan jadi pada nasibnya. Memikirkan hal itu, Azwin jadi kecut perut dan fobia.
Setelah agak lama berdiam, Qiqi bersuara semula. Kepalanya yang sibuk berpusing menilik ruang rumah yang besar dan selesa itu buatkan Qiqi tersenyum dan tersengih-sengih.
“ Qiqi suka rumah ni. Cantik dan besar. Nanti kita minta papa bagi kita tinggal sini boleh tak mama?"
Azwin tersenyum. Tentu boleh!
Jam digital di atas rak televisyen Azwin kerling. Satu lima minit petang. Cepatlah Abang Khairul sampai. Tak sabar nak balik Villa Izzah!
.
.
SETIBANYA mereka ke Villa Izzah, Dato' Husyn dan Izzah menyambut mereka di hadapan pintu.
Tubuh Azwin yang pertama dirangkul Izzah dan Husyn. Air mata kedua mertuanya merembes kerana gembira dengan kepulangan menantu kesayangan itu.
Berkali-kali tubuh Azwin dipeluk Izzah. Kalimat syukur tak henti-henti meniti bibirnya.
“ Syukur Win dah selamat. Terima kasih, sebab pulang ke pangkuan mama dan papa!" ujar Izzah sambil mengelap air mata di pipinya dan Azwin sendiri.
“ Semuanya berkat doa mama dan papa." ujar Azwin.
Selesai berpelukan, Izzah pimpin Azwin ke dalam. Tak lepas pelukannya ke tubuh Azwin. Hilang sudah perasaan risau dan takutnya sebelum ini. Mereka duduk di ruang tamu dan berbual seketika.
“ Papa akan ambil tindakan undang-undang pada syarikat sekuriti tu. Win jangan risau ya. Lepas ni papa akan suruh Yan hire bodyguard untuk Win. Setiap hal, dia akan pantau dan uruskan." beritahu Dato' Husyn selepas berfikir masak-masak.
“ Betul tu Win. Win tak perlu risau lepas ni." ujar Izzah.
.
.
Happy reading ♥️
Share this novel