IAN HAMZA tersenyum panjang saat melihat bola putih bersaiz kecil itu melantun jauh sehingga sayup mata memandang ke tengah lapangan padang sebelum jatuh di kawasan pole lalu bergolek masuk ke dalam lubang.
“ Nice shot pa!" teriak Ian Hamza seraya bertepuk tangan. Dia teruja dengan pukulan yang bertenaga dari si bapa.
Pukulan yang sangat bertenaga dari Dato' Husyn walaupun kekuatannya tidak lagi seteguh kala muda buatkan Ian Hamza sangat memuja cara permainan papanya itu. Tangkas.
Dato' Husyn tersenyum nipis. Kayu golf kesayangannya diberi kepada kedi di sebelahnya untuk diuruskan.
Sarung tangan di buka dan perlahan Dato' Husyn menapak ke meja rehatnya diikuti Ian Hamza.
“ Proud of you pa. Usia macam ni pun masih bertenaga." puji Ian Hamza dengan bangga.
Saat duduk berhadapan Husyn masih diam tidak berkata apa-apa. Hanya senyuman kecil terukir di bibirnya sambil mencapai botol mineral yang tersedia lalu meneguk air putih itu senafas.
“ Kehebatan bukan diukur dengan usia tetapi diukur dari seberapa banyak ujian dan dugaan yang berlaku dalam hidup manusia Yan..Dan satu yang paling kita kena ingat ialah hidup ini adalah aturan Tuhan. Hebat macam mana sekalipun, semuanya Tuhan yang izinkkan. Tanpa keizinan-NYA semua yang ada hari ni pada kita tak bermakna." usai menghabiskan minuman Husyn bersuara.
Ian Hamza sangat bersetuju dan tidak menyangkal kenyataan itu.
Sedar tak sedar papa sudah menjangkau lebih enam puluh tahun, pastinya banyak asam garam dan pelajaran hidup yang berguna pernah dilaluinya.
“ So.. how's your life after being CEO?" soal Dato' Husyn memulakan mukadimah.
Ian Hamza tersenyum kecil sambil menjawab. “Macam yang papa nampak sekarang ni. Quiet busy."
Dato' Husyn angguk faham. Dia nampak semuanya. Kerja keras Ian Hamza untuk mendapatkan semula share saham Iman Hazim serta penat lelahnya menjenamakan semula branding syarikat. Dia nampak usaha keras itu. Apatah lagi pemegang saham juga turut memberi pujian dan meletakkan harapan yang tinggi kepada Ian Hamza. Sedikit sebanyak dia berasa lega kerana anaknya boleh diharap untuk melebarkan lagi sayap kejayaan buat Husnyx Group. Dia yakin tidak lama lagi nama Ian Hamza akan memberi kejayaan pada perniagaan syarikat mereka.
“ Tahniah Yan. Papa bangga dengan Yan. Papa yakin Yan akan menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari.” ujar Husyn. Bahu Ian Hamza ditepuk lembut memberi keyakinan dan semangat.
“ Terima kasih pa atas sokongan. Yan hargai sangat-sangat. Tanpa papa dan mama Yan tak mungkin berjaya sampai ke tahap ini. Semuanya berkat doa papa dan mama juga."
“ Sama-sama. Jika ada apa-apa bantuan yang Yan perlukan jangan segan beritahu papa.."
Ian Hamza mengangguk tanda beri perhatian. “Insha Allah pa.Oh ya, boleh Yan tahu sebab apa papa ajak Yan jumpa hari ni. Ada masalah apa-apa ke yang papa nak Yan bantu?"
Husyn tersenyum kecil. Terus dia teringat akan pesanan Izzah setelah Ian Hamza bertanyakan tentang tujuan mereka bertemu pagi ini.
“ Oh, sebenarnya mama yang suruh papa tanyakan pada Yan..." Husyn jeda sambil melurut janggut pada wajah. Dia tersenyum kecil.
“ Tentang apa tu? Serius aje bunyinya." Ian Hamza lebih fokus menatap Husyn.
“ Biasalah mama Yan tu. Semua benda dia ambil serius. Selagi tak dapat jawapan selagi tulah dia cari tahu." Husyn hela nafas perlahan.
Ian Hamza tergelak kecil. Dia faham sangat perangai mamanya yang satu itu.
“ Apa yang mama nak tahu? Tapi kenapa mama sendiri je yang tak tanya pada Yan?" Ian Hamza kerut wajah tertanya.
“ Yan lupa ya..dah berapa lama Yan tak balik rumah? Bila mama nak jumpa Yan?.." Husyn jongket kening.
“ Yan bukan tak nak balik tapi Yan sibuk renovate penthouse. InshaAllah nanti dah selesai Yan balik. Selalu kalau apa-apa mama call Yan je."
“ Ya, papa faham. Papa bukan apa, malas nak dengar mama membebel je. Tambahan pulak Iqie dan Qiqi pun asyik tanya je mana Yan. Tak tahu dah nak cakap apa dengan budak berdua tu. Yan tahukan sejak balik London mereka sangat manja dengan Yan. Mereka rindukan Yan tu..kesian pula Azwin nak melayan kerenah mereka seorang diri. Kadang papa tengok dia banyak termenung. Banyak menyendiri lagi-lagi lepas kes cabul tempohari. Papa dan mama risau keadaan dia. Takut dia jadi tertekan dan boleh mudarat pada kehidupan dia dan anak-anak pulak." keluh Husyn.
Ian Hamza jeda seketika sebelum meraup wajah. Sedikit terkesan dengan cerita papa. Tarik nafas dalam, dia hembus perlahan.
“ Ada lebih kurang 30 peratus lagi sebelum proses pengubahsuaian tu siap. InshaAllah selesai Yan akan balik. Cakap dengan mama jangan risau pasal Yan. Yan tahu uruskan hidup sendiri. Hal budak-budak nanti ada masa Yan jumpa mereka."
Husyn geleng kepala. Lain yang hendak disampaikan lain pula yang Ian Hamza faham.
“ Mama bukan kisah hal Yan yang dah besar panjang ni. Mama tu kisahkan si menantu kesayangan dia dengan cucu berdua tu. Kalau pasal Yan tak adanya mama nak membebel pada papa. Yan tahu kan mama tu sayangkan Azwin dan anak-anaknya macam mana? Bila tengok Azwin macam orang hilang semangat dia sangat risau. Lagipun bukankah Yan dah berjanji dengan mama nak bertanggungjawab pada dia dan anak-anaknya?"
Ian Hamza tarik nafas dalam sebelum hembus. Pandang wajah Husyn dia tersenyum kelat.
“ She gave back my ring."
“ Bila?"
“ Bulan lepas."
“ Maksudnya dia reject Yan?"
“ Iyalah kut. Sebab Yan jumpa cincin tu di bilik ofis lepas balik dari site visit hari tu."
“ Ada tanyakan Azwin kenapa dia pulangkan?"
Ian Hamza geleng kepala. Wajahnya keruh.
“ So you just jump into the conclusions that she rejects your proposal?"
“ Sort of."
Husyn geleng kepala terus dia tertawa besar. Ada cerita rupanya. Patutlah seorang ke selatan seorang ke utara.
Ian Hamza tayang wajah tak faham dengan reaksi Dato' Husyn. Hairan dengan papanya yang ketawa macam tiada hari esok. Dia buat lawak kah?
“ Pernah dengar satu pepatah lama? Actually pepatah Inggeris dulu-dulu..” Husyn angkat kening. Senyumannya lebar setelah reda tertawa.
Ian Hamza geleng kepala. Kecewa yang dialami membuatkan dia malas untuk mengingat dan berfikir tentang pepatah yang dikatakan. Sudahnya dia jungkit bahu.
“ Love is a black remedy that cursed two hearts into blinded..."
“ How's?”
“ IQ level lelaki akan jatuh hingga ke tapak kaki apabila hanyut dengan cinta. They're come so numb and blind. They also can't think relevant..yang betul dikatakan salah yang salah dikatakan betul. Cemburu pun antara faktor jugak." ujar Dato' Husyn senget.
“ Nonsense.!" Ian Hamza sukar untuk percaya. Dia seorang yang realistik.
“ Fikir-fikirkanlah Yan. Cuma satu je pesanan papa yang mama minta sampaikan..hati wanita itu ibarat kerak nasi..keras di luar tapi lembut di dalam." tutur Husyn.
Bangun dari duduk, Husyn bergerak untuk beredar. Sempat dia menoleh ke arah anaknya dengan pandangan yang penuh harapan.“ Orang lelaki tak boleh cepat patah semangat.Kena bertindak sejuta langkah ke depan. Anggaplah cinta itu sebagai peperangan demi mendapatkan kemerdekaan jiwa wanita yang dipuja. Belajarlah untuk jadi lelaki pelindung kerana wanita sifatnya lemah. Mereka sentiasa memerlukan seorang lelaki yang teguh pendirian untuk memperjuangkan diri mereka." titip Husyn terakhir kali.
Ian Hamza termangu sendiri. Bayangan Dato' Husyn dia pandang sehingga kelibat itu menghilang bersama para pengikutnya.
Seminggu berlalu..
Kata-kata papa masih menganggu fikirannya. Malam itu, sekali lagi pesanan mama dan papa mengucar kacirkan hidupnya sehingga menyebabkan dia tidak boleh tidur. Sekejap dia pusing ke kanan, sekejap ke kiri. Berkali-kali dia cuba lelapkan mata namun tak berjaya.
Pandang jam didinding, Ian Hamza mengeluh. Dua pagi. Matanya masih terkebil-kebil tidak boleh lelap. Segar malah tidak mengantuk. Setiap kali dia cuba pejam setiap kali itulah bayangan dan senyuman Azwin menghantuinya. Seksa dia rasakan kerana terpaksa menanggung rindu di hati.
Separuh hatinya memaksa dia untuk terus bertahan dengan rasa cinta yang ada. Separuh lagi pula memaksa agar dia melepaskan saja perasaan itu. Buntu Ian Hamza dibuatnya.
Seketika telefon bimbit dicapai dari meja katil. Galeri di buka lalu penuh gambar Azwin dan anak-anaknya memenuhi ruang pandang. Gambar ketika mereka bercuti di London tempoh hari menggamit memori. Dia tersenyum sendiri menilik serta mengingat kenangan manis yang terjadi di sana. Dia tersenyum sendiri. Semuanya indah saat itu.
Lihat wajah Azwin buatkan dia rasa sangat tenang. Malah, tak jemu memandang. Bahkan terasa seperti ada kuasa magis yang buatkan dia selalu mahu menatap ke dalam mata hazel Azwin. Cinta yang dia rasa sangat luar biasa. Rindunya tak pernah surut dari lubuk hati. Malah makin mengganas tanpa henti.
Pandangan Ian Hamza terarah pada anak-anak pula. Melihat cerianya wajah kedua beradik itu buatkan dia rasa bahagia tak terkata. Perasaan untuk melindungi mereka berkobar-kobar. Namun saat mengenang bicara Azwin bersama Tengku Jefri trmpohari, hatinya rasa tersungkur semula. Perit untuk menerima kenyataan. Walaupun bukan secara terang-terangan Azwin memberi kata putus dia bagaikan sudah tahu jawapannya.
Raup wajah, Ian Hamza beristighfar menepis segala rasa. Telefon dikembalikan semula ke tempatnya. Malas mahu melayan ayan yang tak berkesudahan dia menuju keluar bilik.
Mencapai alat kawalan jauh, televisyen di buka. Beberapa siaran AXN dia pilih dan menonton tetapi tidak dapat menamatkan perang di jiwa. Banyak kali Ian Hamza mencari siaran yang bersesuaian tetapi tiada satu pun yang menarik minatnya. Sudahnya alat kawalan jauh dicampakkan ke sofa.
Bangun dari duduk, Ian Hamza melangkah ke arah laptop yang tersadai di atas bar pemisah ruang rehat. Bercadang mahu meneliti beberapa proses pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak pereka dalaman dari rakaman CCTV yang terdapat di rumahnya itu.
Sambil meneliti beberapa klip tiba-tiba Ian Hamza terperasan akan klip video yang memaparkan wajah Azwin dan anak-anaknya. Paparan berdurasi tiga minit setengah itu menarik perhatian lalu dimainkan.
Suara Qiqi dan Azwin saling menerjah pendengaran. Tersenyum Ian Hamza mendengar celoteh Qiqi dan Azwin berkisar rumahnya itu sehinggalah dia mendengar pertanyaan Qiqi yang membuatkan dia tak percaya. Tidak puas hati, Ian Hamza mainkan semula klip video tersebut.
“ Mama rindu papa?" soal Qiqi.
Dengan wajah malu-malu Azwin mengangguk. “Mestilah mama rindu p papa." Senyumannya ceria dan bertenaga.
“ Kalau macam tu jomlah kita balik rumah onie dan tok pa jumpa papa. Onie cakap semalam papa demam. Sian papa." Qiqi tayang wajah suram. Sedih barangkali.
“ Papa demam?" riak ceria Azwin berubah risau.
“ Papa demam. Sian papa." angguk Qiqi menjelaskan.
“ Ok, kejap lagi kita balik." Azwin beri kata putus.
“ Yeay! Tak sabar nak jumpa papa." Qiqi bersorak riang dengan wajah ceria.
“ Mama pun tak sabar jumpa papa." perlahan suara ayu Azwin membalas.
Terkejut Ian Hamza mendengarnya. Nyaris tak terbalik duduknya dari kerusi tinggi itu. Tidak percaya mendengar perbualan dua beranak itu. Berulang kali dia mainkan klip video tersebut sehingga dia tersenyum puas.
Beberapa detik baru dia teringatkan tentang kepulangan Azwin yang buru-buru mencarinya di bilik sewaktu dia diserang demam tempohari. Wajah Azwin ketika itu sangat lain. Berseri dan bercahaya. Sangkanya kerana Azwin sudah pulih dari trauma kejadian buruk yang menimpa.
Ya, wajah berseri Azwin tempohari juga masih sama kelihatan saat mendatanginya di bilik pejabat. Namun setelah dia menolak permintaan Azwin untuk berbincang tentang hubungan mereka terus wajah ayu itu berubah.
“ Shit!" Ian Hamza bagai terjaga dari mimpi yang panjang. Tanpa sedar dia menghentak kuat permukaan kaunter bar sehingga kedudukan laptopnya bergerak dan hampir jatuh.
Ian Hamza raup muka. Kata sesalan berbakul keluar dari mulutnya. “ Damn it! Bodoh betul aku ni rupanya. Patutlah papa cakap level IQ lelaki ni boleh jatuh sampai tapak kaki bila hanyut dengan perasaan."
Ian Hamza hembus nafas kuat. Geram dengan kecuaian diri sendiri yang tidak berfikir panjang sehingga mengakibatkan masalah.
Happy reading
Share this novel