“ TEN minutes mama!" laung Ian Hamza dari muka pintu bila nampak Azwin mencuka tidak puas hati.
Kaki yang sedang menapak tangga nyaris terkehel gara-gara terkejut dek suara petir Ian Hamza. Azwin bertambah sebal.
Masuk saja ke dalam kereta suara ceria Qiqi melatari suasana. Bising dan riuh mulutnya berceloteh entah apa dengan Ian Hamza juga ikut sibuk melayan cerita Qiqi.
Azwin tidak menanggapi. Mac Book di tangan di buka. Sibuk mengaudit laporan untuk projek hartanah di ECO PARK, Sepang yang tergendala semasa dia bercuti menjaga Qiqi di hospital tempohari.
Ralit mengedit dan meneliti akaun, tidak sedar sekolah Qiqi semakin di hampiri.
“ Let's go." terdengar suara Ian Hamza mengajak Qiqi sebaik memakir kereta. Pintu kereta bahagian belakang, Ian Hamza buka dan Qiqi ikut turun.
Tok..tok..
Azwin angkat wajah. Tingkap kereta diturunkan.
“ Mama salam." pinta Qiqi. Qiqi tersenyum ceria dengan tangan kecilnya terhulur ke arah Azwin.
Azwin membalas salam dan memberi ciuman ke pipi Qiqi. “ School rajin-rajin tau!"
“ Baik mama." Qiqi tersenyum riang.
Azwin kembali menatap Mac Book di tangan sebelum sekali lagi di kejutkan dengan suara Ian Hamza.
Ian Hamza menjenguk ke tingkap. “ Mama tak nak masuk hantarkan Qiqi ke kelas?"
Wajah Ian Hamza yang berjarak tak sampai sekaki buat Azwin terkejut. Di tambah pula dengan bau haruman Versace Eros milik Ian Hamza yang mengganggu deria buatkan Azwin terkelu seketika.
Suara Ian Hamza kembali bertanya bersama ketukan jari di pintu buatkan Azwin tersedar.
“ Mama, jomlah.."
“ Baby jelah yang tolong hantarkan boleh? Kak Win nak settlekan dokumen kejap sebelum masuk meeting." balas Azwin.
“ Okay." Ian Hamza berlalu dan menuntun tangan kecil Qiqi masuk ke bilik darjahnya.
Beberapa minit berlalu Ian Hamza kembali ke kereta dan bergerak meninggalkan kawasan persekolahan Qiqi.
KERJA yang tertangguh tadi sudah disiapkan Azwin. Mac Book disimpan kembali ke dalam beg sandangnya. Azwin diam seribu bahasa. Tidak pernah dia berduaan dengan Ian Hamza di dalam kereta seperti itu membuatkan dia berasa janggal sekali. Paling tidak ada anak-anak yang menjadi penyeri antara mereka, tidaklah dia berasa kekok. Ini semua gara-gara Qiqi yang membuat onar di pagi hari. Kalau tidak sudah pasti sekarang ini dia sedang memandu Countrynya sendiri ke pejabat.
Sungguhpun begitu, basib Azwin sangat baik kerana Ian Hamza membuka playlist. Tidaklah terasa sunyi sangat suasana. MV Set Fire To The Rain baru bermula saat penyanyi Adele mengalunkannya.
Tanpa sedar, ulas bibir Azwin perlahan ikut menyanyikan lagu tersebut.
‘ I LET IT FALL, MY HEART
AND AS IT FELL, YOU ROSE TO CLAIM IT
IT WAS DARK AND I WAS OVER
UNTIL YOU KISSED MY LIPS
AND YOU SAVED ME
MY HANDS, THEY'RE STRONG
BUT MY KNEES WERE FAR TOO WEAK
TO STAND IN YOUR ARMS
WITHOUT FALLING TO YOUR FEET
BUT THERE'S A SIDE TO YOU
THAT I NEVER KNEW, NEVER KNEW
ALL THE THINGS YOU'D SAY
THAT WERE NEVER TRUE, NEVER TRUE
AND THE GAMES YOU PLAY
YOU WOULD ALWAYS WIN, ALWAYS WIN
BUT I SET FIRE TO THE RAIN
WATCHED IT POUR AS I TOUCHED YOUR FACE
WELL IT BURNED WHILE I CRIED
CAUSE I HEARD IT SCREAMING
OUT YOUR NAME, YOUR NAME
WHEN I LAY WITH YOU
I COULD STAY THERE, CLOSE MY EYES
FEEL YOU HERE FOREVER
YOU AND ME TOGETHER, NOTHING IS BETTER
CAUSE THERE'S A SIDE TO YOU
THAT I NEVER KNEW, NEVER KNEW
ALL THE THINGS YOU'D SAY
THERE WERE NEVER TRUE, NEVER TRUE
AND THE GAMES YOU PLAY
YOU WOULD ALWAYS WIN, ALWAYS WIN
BUT I SET FIRE TO THE RAIN
WATCHED IT POUR AS I TOUCHED YOUR FACE
WELL IT BURNED WHILE I CRIED
CAUSE I HEARD IT SCREAMING
OUT YOUR NAME, YOUR NAME
I SET FIRE TO THE RAIN
AND I THREW US INTO THE FLAMES
WHEN WE FELT SOMETHING DIED
CAUSE I KNEW THAT
THAT WAS THE LAST TIME
THE LAST TIME
SOMETIMES I WAKE UP BY THE DOOR
THAT HEART YOU CAUGHT
MUST BE WAITING FOR YOU
EVEN NOW WHEN WE'RE ALREADY OVER
I CAN'T HELP MYSELF FROM LOOKING FOR YOU
I SET FIRE TO THE RAIN
WATCHED IT POUR AS I TOUCHED YOUR FACE
WELL IT BURNED WHILE I CRIED
CAUSE I HEARD IT SCREAMING
OUT YOUR NAME, YOUR NAME
OH NO...
LET IT BURN
LET IT BURN
LET IT BURN
“ Your song?"
Tersenyum Azwin menggeleng.
Ian Hamza berkerut dahi ketika memandang sisi wajah wanita itu. Tidak faham. Bukankah Azwin menyanyi bersungguh tadi bagai tiada esok hari tetapi tidak pula menjadikan lagi itu kesukaannya.
“ Favourite artist!"
“ Not bad!"
“ Tapi tak boleh lawan penyanyi Bohemian Rhapsody awak tu. Legendary!" balas Azwin dengan sengihan.
Dahi Ian Hamza naik berlapis. Mengecil iris mata Ian Hamza kerana tak sangka Azwin tahu kesukaannya. “ Mana tahu?”
Azwin tergelak. “ Kalau dah sebesar alam segala poster band lagenda rock' tu tertampal di dinding bilik..siapa je yang tak tahu??"
“ Sejak bila jadi P.I ni?" Setahunya tiada sesiapa pun di benarkan masuk ke biliknya di rumah mama tu. Masa bila pula Azwin boleh terlepas ke sana?
“ Lupa ke masa awak tak ada selama ni siapa yang masuk kemas bilik yang dah macam khazanah purba tu?" Azwin jongketkan keningnya.
“ Abang Iman..." Ian Hamza tersenyum nipis bersama keluhan berat.
Azwin mengangguk. “ Tapi bukan ke Freddie Mercury tu pernah join band Ibex dan Milk Sour juga?”
Ian Hamza angguk. “ Sekejap je. Tahun 1969- Ibex, kalau tak silap. Lepas tu dia hit dengan band Queen jadi lead vocalist and pianist."
“ Sekarang band tu still available ke? Dia mati dah kan?"
“ Vanished after he died."
“ Sebab Aids kan!"
“ Hmm.."
Azwin tarik keluh. Sadis. “ Who he's partner?
“ Mary Austin and Jim Hutton."
“ Perempuan dan lelaki??" soal Azwin tak percaya. Bulat mata Azwin. Tapi lebih kepada terkejut sebenarnya.
Ian Hamza tergelak. “ Dahsyat la dia kalau dua-dua sekali.." Dia geleng kepala. “ Actually Mary tu memang girlfriend dia zaman belajar dulu sebelum dia jadi top singer. Lepas tu baru Jim Hutton. Kalau Kak Win nak tahu life story dia boleh tengok Bohemian Rhapsody punya film..Memang yang tu diorang lakonkan balik kisah hidup dia."
“ Oh ada ke?"
“ Ada.. nantilah bila-bila free kita tengok filem tu." beritahu Ian Hamza.
“ Okay..tapi kenapa ya baby suka dia?"
“ Ish, mintak simpang la. Bukan suka dia..more to music and lyrics by the way. His voice quite unic and his four-octav vocal range pun memang power. His flamboyant persona on stage very killing people yet impressive." terang Ian Hamza lagi.
Azwin mengangguk. Dia juga tahu serba sedikit kisah penyanyi rock terkenal British yang dikenali sebagai Farrokh Bulsara atau nama famousnya adalah Freddie Mercury itu. Selain menyanyi Freddie juga seorang penulis lirik lagu dan pemain piano.
“ Which one his killer songs?" tanya Azwin yang masih berminat untuk tahu.
“ Banyak. Tapi yang paling hit Bohemian Rhapsody, Don't Stop Me Now dengan We Are The Champions."
“ The most you love?"
Ian Hamza angkat kening. Wajah menyakatnya menyerlah. “ Kenapa nak tahu?"
“ Sebab nak faham kenapa tersuka sangat dengan rock band tu?"
Ian Hamza tergelak. Jari tangannya naik mengetuk stereng kereta dengan sengihan yang masih tak padam melihat reaksi Azwin yang benar-benar ingin tahu tentang penyanyi itu.
“ Killer Queen."
“ Oookayy.. Azwin angguk. Freddie ni talented tapi kesian mati macam tu pulak..." getus Azwin.
“ Tak ada apa yang nak di kesian kan.. Dia mati sebab salah diri sendiri. Mengamalkan gaya hidup seks bebas. Tambahan dengan kaum sejenis sampai berjangkit penyakit yang tak ada ubat tu."
Begitulah lumrah hidup manusia. Apabila kebijakan di salah guna sehingga akhirnya merosakkan hidup sendiri.
Menurut sumber yang dipercayai, Freddie Mercury mati sehari selepas mengumumkan berita penyakit AIDS yang di hidapinya di media. Kematian yang amat tragis sekali.
“ Hidup bertuhan dan berlandaskan nafsu semata memang buruk padahnya. Minta dijauhkan anak cucu dan keturunan kita dari berperangai sebegitu. Nauzubillah."
“ Jangan risau, Clan Hashim semuanya clean. Diorang cuma pencinta wanita je.." sengih Ian Hamza yang merujuk kepada susur galur keturunan papanya Husyn.
“ Itulah..terlebih mencintai wanita sampai terpaksa berpoligami. Uncle Johan, Pak Long Rijal, Abang Talhah semua tu beristeri lebih dari satu. Paling hampir, arwah ayah papa pun beristeri dua. Dah jadi macam legasi pula.." ujar Azwin apabila isu poligami itu dibangkitkan.
“ Allah menghalalkan poligami dan terpakai dalam undang-undang Agama Islam. Lebih-lebih lagi di Malaysia ni.. Tak ada yang salah.."
“ Itu kalau mampu. Kalau tak mampu dah jadi satu bentuk penganiayaan pula pada isteri dan wanita.”
” Yang tak mampu nak berpoligami tu sebenarnya nak mampus!!.." ujar Ian Hamza selamba.
Pecah tawa Azwin. Hilang sudah rasa kekok antara mereka. Berbual secara random sebegitu dapat menghilangkan kebosanan juga sebenarnya.
“ Kan beristeri lebih dari satu ni sunnah Rasulullah juga.." sengaja Ian Hamza menekan perkataan sunnah Rasulullah di situ.
“ Memang sunnah Rasulullah. Macam Kak Win cakap tadi. Itu kalau mampu. Kalau tak mampu tak ke jadi beban? Niat tak menghalalkan cara. Rasulullah berkahwin dengan perempuan yang kematian suami di medan perang khususnya untuk memartabatkan kehidupan wanita tersebut dan untuk menaikkan taraf wanita agar tak menjadi mangsa penindasan lelaki. Lelaki kena ada sifat adil kalau nak berpoligami. Setakat bercakap boleh adil tapi kalau tak boleh buat..itu dah salah. "
Terkebil-kebil Ian Hamza mendengar bicara Azwin tentang poligami. Begitu bersemangat.
“Betullah tu..Niat tak menghalalkan cara. Niat untuk menikah wajib kerana Allah."
“ Tahupun.."
“ Tahu je.."
“ Good boy..anyway, thanks for the ‘ Queen' story."
“ Thanks je?" kening Ian Hamza terangkat bertanya. Sengaja mahu menyakat Azwin.
“ Did a guy need a bouquet of roses?" sarkastik juga Azwin balas.
“ Dinner date perhaps.." Ian Hamza kenyit mata langsung membuatkan Azwin hilang kata-kata.
Senyuman yang menghiasi bibir Ian Hamza membuatkan dia terperangkap dengan kerinduan terhadap Iman Hazim. Watak yang hampir serupa namun punya jiwa yang berbeza. Segalanya tak terluah membuatkan Azwin di hurung rasa rindu.
Beberapa ketika baru Azwin tersedar yang Ian Hamza sudah membelok ke laluan yang salah.
“ Baby..ni bukan jalan nak ke ofis! Kita dah tersilap jalan.." Azwin menggelabah.
Ian Hamza senyum tenang. “ Memang ni bukan jalan nak ke ofis tapi baby nak jumpa kawan sekejap. Lepas tu baru kita ke ofis."
“ Eh, mana boleh. Kak Win ada meeting. Karang lambat, apa kata staff pula?"
“ Meeting pukul berapa?"
“ 10."
Ian Hamza kerling Osiris di tangan.“ Baru lapan dua puluh. Awal lagi. Jangan risaulah, tak ada siapa yang nak cakap apa. Kak Win kan menantu pengarah."
“ Itu tak bermakna Kak Win boleh salahgunakan status Kak Win. Kerja tetap kerja. Cepat lah baby, patah semula.." gesa Azwin.
“ Jangan risau nanti baby bagitau papa."
“ Ian Hamza Husyn..please, Kak Win kena masuk meeting!" tekan Azwin.
Ian Hamza keluarkan iphone lalu menghubungi seseorang. Azwin kerling dengan hujung mata.
Selesai bercakap di telefon, Ian Hamza pandang wajah Azwin saat berhenti di lampu isyarat. Dia senyum senget.
“ Meeting cancelled. Will adjourned until CEO updated."
“ Ian Hamza..Kak Win report papa awak salah guna kuasa!!"
“ Your welcome dearest lady.."
SELESAI berjumpa kawan merangkap seorang peguam bagi mendapatkan khidmat nasihat saham company, Ian Hamza meneruskan pemanduannya.
Azwin di sebelah dikerling. Seperti tadi Azwin masih membisu walaupun bermacam cara Ian Hamza cuba untuk buatkan wanita itu berbual dengannya.
Runsing dengan sikap bisu Azwin, dengan tanpa sengaja Ian Hamza membelok ke sebuah pusat membeli belah di tengah bandaraya itu.
Azwin kerut dahi saat Honda FK8 Ian Hamza lewati pintu masuk TRX tersebut.
“ Where you go?"
“ Shopping mall."
“ Ian Hamza this is not the right time to expenses!!" Azwin ketap bibir. Merah menyala wajah Azwin saat itu.
Sudahlah tadi sengaja Ian Hamza membatalkan mesyuarat pentingnya. Sekarang, dia mahu berbelanja pula. Azwin ingatkan dengan melancar mogok bisu Ian Hamza akan serik dan mahu menghantarnya pulang ke pejabat tetapi sangkaan Azwin jauh meleset apabila Ian Hamza sudah jauh memandu ke dalam terowong bangunan TRX ini.
Menarik brek tangan, enjin kereta di matikan Ian Hamza setelah FK8 itu diparkir elok di kotaknya.
“ Jom."
“ Nope..even an inch!"
Melorot bahu Ian Hamza. Tangan yang belum dijatuhkan dari stereng, tergenggam kemas di situ. Kepalanya di rehatkan ke tengah dada stereng. Keluhan terlepas dari bibirnya. Sesaat Ian Hamza jeda sebelum memusingkan wajah pandang Azwin yang sedang melancarkan perang dingin.
Ketat wajah Azwin usah di cerita. Kedua tangannya ikut di silang ke dada lagak anak kecil merajuk.
“ Out or I will piggyback you!"
“ Baby!!"
“ Kak Win!!"
Happy Reading. Salam 2025!
Share this novel
aik.. menggoda betul baby ni.. dh kuar aura sweet2..