PULANG dari ofis, rumah tidak terus di tuju. Ian Hamza membelok ke arah pusat bandar. Niatnya mahu membawa Azwin keluar makan dan memberitahu sesuatu.
“ Kita makan dulu sebelum balik. Tengah hari tadi I tahu Kak Win tak keluar makan." tutur Ian Hamza sebelum sempat Azwin bertanya apabila melihat pemanduannya yang tidak menuju jalan pulang.
“ Kak Win makan je, tapi suruh Aishah tapaukan."
“ Lunch dengan rojak buah?"
Azwin tayang sengih. Dalam hati mengutuk Aishah. Siapa yang punya kerja lagi kalau bukan pembantunya itu yang sibuk nak jadi tukang penyampai pada Ian Hamza.
“ Makan jugak kan!"
Ian Hamza geleng kepala.
Setengah jam berlalu Ian Hamza tiba di sebuah restoren terkemuka di pusat bandar. Mereka beriringan masuk ke restoren dan memilih satu sudut yang sedikit terlindung agar mendapat privasi.
Ian Hamza dan Azwin duduk bertentangan seraya memilih menu hidangan makan malam apabila seorang pelayan lelaki datang ke meja mereka. Setelah selesai buat pilihan, pelayan pun berlalu pergi.
Ian Hamza betulkan letak duduk sebelum pandang Azwin lama sehingga wanita itu hilang tingkahnya.
“ Kenapa pandang Kak Win macam tu?"
“ Saja."
“ Tiada istilah saja-saja dalam hidup Ian Hamza Husyn yang Kak Win kenal!" giat Azwin.
Ian Hamza tersenyum. Senyumannya sangat manis sehingga menampakkan lekukan kecil di pipi kiri. Terserlah kekacakannya.
“ Nampaknya Kak Win sangat kenal dengan I. Jadi I rasa tak perlulah I selindung lagi. To be honest..I want to make it clear tonight." luah Ian Hamza satu persatu. Wajah Azwin masih setia dia pandang.
“ Nak berterus terang tentang apa?" Azwin jadi berdebar tiba-tiba. Ian Hamza nampak sangat tenang ketika itu.
“ I nak lamar Kak Win jadi my other half." lancar saja bibir Ian Hamza melafazkan lamarannya.
Azwin rasa kerusi yang dia duduk sekarang rasa hendak terbalik. Lantai restoren juga sudah nampak tinggi rendah walaupun dia sedang duduk. Kepala ikut terasa kembang berbayang. Jantung yang tadi berdegup laju dah terasa macam tercabut keluar dari soket. Dunia bagai terhenti dari putaran masanya. Tanpa sedar iris mata naik memandang wajah Ian Hamza di depan.
Tak semena bibirnya menjadi pucat dan tak berdarah. Bukan setakat pucat tapi bergetar hebat.
“ Baby se-sedar..tak..baby ca-cakap apa??" tersangkut-sangkut bicara Azwin.
Ian Hamza angguk dan kulum senyum.
“ I sedar apa yang I cakapkan. I nak lamar Kak Win jadi my wife! Sudi tak Kak Win jadi pemilik tulang rusuk I?" tanya Ian Hamza dengan penuh karisma seraya mengangkat tangan kanannya lalu di daratkan ke rusuk kiri.
Terkebil-kebil iris Azwin apabila mendengar ayat ulangan Ian Hamza yang lebih jelas.
“ Ta..ta..pi.."
“ Will- you-marry-me?" Ian Hamza tak jemu mengulang lamarannya sehingga Azwin terkelu. Tangan kiri mengeluarkan sesuatu dari poket kemeja kelabunya lalu disuakan ke hadapan Azwin.
Iris Azwin ikut terarah pada tapak tangan Ian Hamza di atas meja. Kotak baldu berwarna hijau granite berlambangkan logo Tiffany&Co di buka. Sebentuk cincin platinum diamond solitare menyilau pandangan Azwin.
“ I-ian..." Azwin panggil nama awal Ian Hamza sekali iris matanya juga naik lambat-lambat menatap wajah lelaki di hadapan. Dia masih tak percaya dengan ayat yang dituturkan lelaki itu.
“ Yes I am.." Ian Hamza kerdipkan matanya.
“ U-untuk a-apa se-semua ni? baby se-sedar tak Kak Win si-siapa?"
“ Sangat sedar Rea Azwin. I tengah lamar Rea Azwin jadi isteri I.." Cincin diamond itu di angkat ke arah Azwin.
“ I tahu cara ni tak proper. I minta maaf sangat-sangat. Tapi sebelum gosip dekat ofis jadi lebih mengarut lebih baik kita declare perasaan kita. And demi anak-anak I ikhlas nak jadi papa diaorang.."
“ Mama dan papa...."
Sekali lagi Ian Hamza mencelah. “ Actually mama dan papa memang nak Kak Win terus jadi menantu diaorang!"
“ Kita tak sepadan! Jarak umur kita berbeza." Azwin masih beralasan.
“ Sepadan atau tak bukan alasannnya kalau Allah dah tetapkan jodoh kita. Jarak umur juga bukan ukurannya untuk menolak perasaan kasih sayang yang ada.."
.
.
AZWIN ralit menyiapkan laporan untung rugi projek syarikat Indah Property sebelum pintu biliknya dikuak dari luar.
Begitu khusyuk membuat perbandingan jumlah kasar yang tertera pada lejar di paparan skrin PC sehingga tidak sedar ada suara yang menyapanya dari depan pintu bilik kerjanya.
“ Kak Win!"
Tiada respon membuatkan Ian Hamza terpaksa juga mengayun langkah masuk ke dalam.
Kaki panjang Ian Hamza berhenti betul-betul di hadapan meja kerja Azwin, namun wanita itu masih tidak menyedari kehadirannya membuatkan Ian Hamza berdehem.
“ Eh, baby! Sorry tak perasan." sengihnya.
Ian Hamza menggeleng. Kedua tangan dijatuhkan ke hadapan meja dengan tubuh ditundukkan sedikit ke hadapan seraya menjenguk ke hadapan PC Azwin. Terlayar di depan irisnya beberapa lejar akaun menggunakan Microsoft Excel.
“ Patut pun!" Tubuh ditarik ke posisi asal. Kedua tangan dilipat ke dada dengan mata menala wajah Azwin yang kelesuan.
“ Apa yang patut?" Tubuh disandarkan ke kerusi. Azwin kelegaan kerana dapat merehatkan tubuh setelah hampir tiga jam duduk mengadap kerja.
“ Dapat mengadap lejar, habis semua lupa. Khusyuk sangat buat kerja tu...Tak nak balik ke?" soal Ian Hamza.
Azwin berpusing ke arah PC semula lalu memerhati angka jam yang tertera. Membulat iris Azwin. Tujuh petang!
“ Astaghfirullahalazim.." Refleks otak, terus mulutnya menguap memberi tanda yang tubuhnya sangat letih. Azwin tutup mulut dengan belakang tangan.
“ Dah..dah jom balik. Mama call bising tadi Kak Win tak balik lagi. Menantu kesayangan buat hal, anak juga yang kena bebel." Ian Hamza mengomel sambil cekak pinggang. Dah serupa gaya mama saja.
“ Sorry, Kak Win bukan sengaja nak balik lambat. Indah Property tukar deadline tiba-tiba." Azwin bela diri. Dia bangun sambil setelah meregangkan tubuh.
“ Kerja-kerja jugak, kesihatan kena jaga. Nanti sakit, susah!"
“ Tahu..tapi bukan selalu pun.." jawab Azwin.
Ian Hamza yang dah berpusing untuk bergerak keluar terhenti dan kembali menoleh.
“ Ye bukan selalu. Kalau selalu siaplah Kak Win!!" ancam Ian Hamza dengan pandangan tajam.
Mencapai beg tangan dan beberapa dokumen penting, Azwin bergerak menuju ke arah Ian Hamza di tengah ruang bilik.
“ Kalau selalu pun kenapa?"
“ I berhentikan Kak Win kerja lepas tu kurung je kat rumah. Duduk rumah jaga I dan anak-anak je."
Bertambah kekehan Azwin.
“ Siapa nak bagi mandat kat awak? Jangan nak perasan sangat!"
“ Mandat tak mandat. Jangan macam-macam. Kalau tak malam ni juga I bawak Kak Win jumpa tok kadi." Ian Hamza memberi amaran.
Terus Azwin terdiam. Dengan Ian Hamza jangan di buat main. Kalau hitam kata dia hitam juga keputusannya. Semuanya buat Azwin kecut perut.
Tak semena fail dokumen di tangan dilibas ke tengah perut Ian Hamza kerana terlalu geram.
“ Berani la buat! Kak Win bawa anak-anak lari nanti." ugut Azwin pula dengan wajah garang tetapi masih terserlah kelembutannya.
“ Kak Win lari I kejar!" Laju Ian Hamza menangkap fail keras yang dah menghentak perutnya. Akibat tersalah tingkah, tangan kanan Azwin yang dipegangnya.
Mereka sama-sama terjeda. Tubuh juga ikut membeku. Iris saling bertentangan membuatkan perasaan yang ada kian bertambah getarannya.
Suasana menjadi hening, namun deringan telefon Ian Hamza yang berbunyi menyentakkan lamunan mereka. Terus Ian Hamza melepaskan tangan Azwin. Berpusing menuju pintu, lekas panggilan telefon di jawab.
Azwin menjadi kelu dan hilang diksi. Menggigil seketika tangannya. Baru hendak menstabilkan ritma jantung, suara Ian Hamza yang sedang mengepit telefon di celah telinga di depan pintu kembali mengambil alih perhatian.
“ Keep the document in the office. No work at home!" tegas arahan Ian Hamza.
Setelah dilarang Ian Hamza, Azwin terpaksa menurut. Azwin patah semula ke meja kerjanya lalu meninggalkan dokumen di sana dan terus bergegas keluar dari bilik.
.
.
KELUAR dari perut lif, Ian Hamza dan Azwin berjalan ke arah pintu keluar bahagian parkir kereta di tingkat dua bangunan HUSYNX HOLDING.
“ Kak Win balik dengan I je. Kereta tinggal sini. Nanti abang Khairul bawa balik." arah Ian Hamza.
Azwin terhenti dari melangkah. Dia pusing tubuh ke arah Ian Hamza.
“ Kenapa pulak?"
“ I tengok Kak Win macam tak larat je tu. Tak payah drive. Biar jelah kereta simpan sini."
“ Esok Kak Win kena jumpa client dekat Subang Perdana."
“ I hantar. " Ian Hamza beri kata putus.
“ Baby!" dengus Azwin.
“ No means no mi amor!"
Azwin mengeluh. Masam saja wajahnya, kerana protes dengan arahan Ian Hamza tadi. Dia melangkah mendahului lelaki itu.
Baru hendak menyeberangi laluan panjang menuju ke kereta, Azwin yang sedang berjalan di hadapan Ian Hamza tiba-tiba melayang dan hampir jatuh.
“ Kak Win!" Ian Hamza bersuara panik. Kelam kabut dia meluru ke arah Azwin yang setapak di depan dari langkahnya.
Nasib Ian Hamza sempat menyambut tubuh Azwin. Kalau tidak, tentu wanita itu sudah tergolek jatuh ke lantai bangunan.
Tidak jauh dari pintu keluar tadi, seorang pengawal keselamatan sempat melihat kejadian itu. Mendengar suara kuat Ian Hamza, langkah lelaki berbaju seragam putih dan hitam itu di halakan ke arah Ian Hamza.
“ Kenapa tuan?" soalnya.
Ian Hamza paut tubuh Azwin ke dalam pelukan lalu mengendongnya menuju ke kereta.
“ Entahlah Pak Daud. Puan Azwin pengsan tiba-tiba. Cepat tolong saya bukakan pintu kereta." ujar Ian Hamza sambil menyuruh pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Pak Daud itu.
Pak Daud lekas menurut. Kunci kereta Ian Hamza dicapai lalu Pak Daud membukakan pintu untuk Ian Hamza masukkan tubuh Azwin ke tempat penumpang belakang.
“ Terima kasih Pak Daud."
“ Sama-sama tuan!"
Berdesup laju Ian Hamza pandu kereta keluar dari kotak parkir bangunan HUSYNX HOLDING menuju ke pusat perubatan.
.
.
HAMPIR maghrib Ian Hamza dan Azwin tiba ke rumah. Masuk saja ke dalam rumah mereka di sapa Husyn dan Izzah yang sedang duduk di ruang tamu. Sepertinya kepulangan mereka memang di nanti.
“ Yan, Win duduk sekejap boleh? Papa ada hal sikit nak bercakap.." ujar Dato' Husyn serius.
Ian Hamza dan Azwin saling berpandangan sebelum Azwin mendahului langkah ke arah sofa yang di duduki mertuanya itu.
Azwin mengambil tempat di sebelah Izzah manakala Ian Hamza di hadapan Dato' Husyn yang setentang isterinya.
“ Hal apa papa?" soal Azwin dan Ian Hamza serentak.
Dato' Husyn tarik nafas sebelum menghembus perlahan sambil memandang isterinya. Izzah beri isyarat mata agar menyegerakan pertanyaan kepada anak dan menantunya.
Husyn menyelesakan sandaran badannya pada dada sofa sebelum membuka cerita.
Husyn berasa berdebar ketika hendak memulakan bicaranya tetapi melihat wajah Izzah yang mendesak buatkan Husyn terpaksa meneruskan penceritaan.
“ Petang tadi ada orang datang merisik Win. Tapi papa dan mama tak boleh buat keputusan apa-apa sebab ini soal hidup Win. Kalau boleh papa dan mama tak mahu masuk campur tapi memandangkan hal ni bersangkutan dengan cucu-cucu jadi papa dan mama terpaksa juga bertanya pada Win." ujar Husyn.
“ Kalau Win tanya mama, mama memang tak nak serahkan Win pada sesiapa. Sebab mama cuma nak Win jadi menantu mama je. Tapi mama faham kalau Win tak boleh terima permintaan mama. Jadi terpulang pada Win nak terima lamaran tersebut atau pun tidak." tambah Izzah pula.
Azwin terjeda sejenak. Terkejut. Ribut tak ada angin tak ada tiba-tiba ada yang datang merisik.
“ Merisik? Siapa?” soal Azwin.
“ Tengku Jefri!"
Nyaris Azwin terjerit. Iris matanya membulat.
“ Kata wakilnya tadi, dah lama Jefri perhatikan Win. Dia sukakan Win sejak Win kerja dengan Husynx Holding lagi. Tapi masa tu Win dah jadi isteri Iman. Sekarang bila dia tahu Iman dah meninggal, dia hendak cuba nasib." Husyn sambung cerita.
“ Win ada hubungan istimewa ke dengan Jefri?" soal Izzah
“ Tak, ma. Kami kawan biasa je. Win tak pernah ada teman istimewa sejak arwah abang Iman meninggal."
“ Gosip yang papa dengar di ofis tu macam mana pula?" soal Husyn.
Azwin baru hendak membuka mulut tetapi cepat saja di celah Ian Hamza. Wajah lelaki itu terlihat sangat tenang sedangkan Azwin sudah rasa jantungnya hendak putus.
“ To be frank, Yan memang sedang kenal rapat dengan Kak Win. Harap papa dan mama restui." balas Ian Hamza tenang.
Azwin jeling Ian Hamza geram dengan suara yang menderam perlahan. “ Baby!"
.
.
SUDAH berapa kali Azwin cuba pejamkan mata. Tapi sukar kerana kata-kata Husyn siang tadi buat kepalanya semak memikir tentang lamaran Tengku Jefri.
Jam dinding baru saja berdenting dua belas kali menandakan jam sudah menginjak ke angka dua belas tengah malam. Namun fikiran Azwin masih sarat dengan soal risikan tersebut.
Gambar perkahwinannya dengan arwah Iman Hazim yang tergantung di dinding bilik dia pandang melalui samar cahaya lampu tidur.
Azwin pandang lama sehingga dadanya terasa sesak. Ada rindu yang bersarang. Ada sedih yang bergenang. Ada sebak yang bertandang.
“ Abang..maafkan Win. Win buat semua ni demi anak-anak! Abang tetap istimewa dalam hati Win."
.
.
Happy reading.
Share this novel