Bab 26

Drama Series 6054

MELANGKAH ke pintu, bilik berwarna hitam legap itu diketuk berulangkali namun tiada sahutan membuat tangan Ian Hamza menarik kenop pintu lantas menolaknya. Ian Hamza tarik nafas seketika. Anak rambut yang berjuntai di kepala di raup seketika sebelum kaki panjangnya melangkah masuk ke dalam walau tanpa kebenaran pemilik kamar bernuansa putih biru itu. Saat terpandang suasana bilik itu,terus hati menjadi tenang dan damai. Semerta senyumannya merekah. Namun hanya seketika sebelum pasang semula wajah serius dan kerasnya saat terpandang susuk Rea Azwin di meja kerjanya.

Iris Ian Hamza di sajikan dengan susuk di depan yang sedang terlelap di meja kerja itu. Sempat Ian Hamza menggeleng melihat telatah Azwin. Letih sangatkah sehingga tertidur? Monolog hati Ian Hamza.

Tidak jadi meneruskan langkah, tubuhnya berhenti lalu bersandar pada dinding pintu bilik Azwin. Kedua tangannya disilang ke dada. Lama Ian Hamza perhatikan susuk wanita itu. Hatinya sedikit tersentuh.

Namun tidak lama, apabila Ian Hamza terlihat susuk Azwin yang tiba-tiba menggigil seperti menahan kesakitan. Tidak semena juga suara wanita itu terbit sehingga menjadi tangisan yang panjang dan lirih.

“ Eh Kak Win!"

Ian Hamza terkejut. Terus tubuh di bawa mendekat ke arah Azwin.

Panggilan Ian Hamza tidak mendapat balasan. Yang kedengaran cuma tangisan yang lebih panjang dan lirih saja. Ian Hamza bertambah cuak.

Menjatuhkan lutut posisi badannya ditunduk sedikit mencari wajah Azwin yang terlindung di balik lengan wanita itu.

Tangan kanan naik menyentuh bahu Azwin cuba menyedarkannya.

Berasa tidurnya terganggu pantas Azwin membuka mata. Terpisat-pisat wajah Azwin saat terpandang Ian Hamza yang berada hampir di depan mata.

Terus tubuh ditegakkan.

“ Baby.."

“ Ya.." Melihat Azwin sudah kembali sedar, Ian Hamza bangun dan tegak berdiri.

“ Are you okay?"

“ Err..o..okay kut."

Ian Hamza picing mata. Hairan dan sedikit pelik. Baru sekejap tadi dia terkejut melihat Azwin yang sedang menangis bersungguh-sungguh sehingga buatkan dia panik. Sekarang dia memberi penjelasan sebegini pula. Haih!

Azwin yang perasaan perubahan riak wajah Ian Hamza cepat menjelaskan semula. “ Sorry Kak Win terlelap tadi. Maybe tiga minggu berehat ni dah jadi rutin waktu-waktu sekarang Kak Win tidur. I can't help it. By the way, baby ada hal ke datang sini?" soal Azwin seraya mengelap wajah yang basah secara menyorok.

Kepala yang masih berat dan mendap masih tidak dapat berfikir dengan jelas tetapi dia sedar yang tadinya dia sedang bermimpi sesuatu yang tragik. Mimpi di datangi Tengku Jefri dan lelaki itu bertindak diluar batasan membuat Azwin trauma tiba-tiba.

Tidak berkata apa-apa, Ian Hamza sudah melangkah ke hadapan meja. Menyeluk tangan ke dalam poket, sesuatu dikeluarkan sebelum diletakkan di hadapan Azwin.

“ Might, you drop it in my office or something I'd don't know what's the matter happened to you and you'd bringing it up to me huh?" soal Ian Hamza tajam.

Azwin berdebar-debar. Iris mata menangkap kotak Tiffany Co berwarna hijau granite itu di atas meja.

Alamak! Dia tercicirkan tadi di bilik Ian Hamza ke?

Ya Allah, macam manalah dia tak boleh perasan. Ini mesti gara-gara cemburu dan sakit hati saat mendengar perbualan Ian Hamza di telefon tadi. Kata-kata dan penolakan Ian Hamza sebelumnya juga mungkin menyebabkan dia tercicirkan cincin itu.

“ Kak Win?" seru Ian Hamza.

Wajah mendongak menatap sepasang mata helang milik Ian Hamza. Hati lebih tak keruan melihat wajah serius yang jarang ditonjolkan seperti itu.

“ Any explanation?" kening kiri Ian Hamza terangkat bertanya.

“ Err...Kak Win.." tergagap-gagap Azwin mahu menjelaskan sehingga buat Ian Hamza hilang sabar.

“ Keep it safely. I assume giving you a best present."

Azwin tercengang seketika. Kembali ke alam nyata pun setelah terdengar pintu biliknya dihempas kuat sehingga menerbitkan bunyi dentuman keras. Sedar-sedar saja susuk Ian Hamza sudah hilang dari pandangan. Azwin terkaku dan membeku. Air mata kembali menganak sungai semula di pipi.

“ Biy!" lirih suara Azwin menyeru nama manja Ian Hamza itu. Perasaannya kucar kacir sehingga kepala diserang migrain yang agak agresif.

.
.

JARUM jam sudah hampir ke pukul empat setengah petang. Teringatkan pesanan Dato' Husyn sebelumnya agar pulang ke rumah sebelum pukul enam petang buatkan Azwin lekas menyiapkan beberapa kerja yang ada. Pesan Dato' Husyn; agar Azwin perlu tiba ke rumah sebelum pukul enam petang bagi mengelakkan perkara buruk menimpa menantunya itu lagi. Lagipun pembantu peribadi yang di upah Dato' Husyn belum lagi melaporkan diri atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Oleh itu, jalan selamat adalah menyuruh Azwin menamatkan awal kerjanya.

Beg tangan di ambil dari laci meja sebelum terdengar pintu biliknya tiba-tiba dirempuh seseorang.

Azwin kembali menyimpan tas tangan Channel hitam itu ke dalam laci apabila susuk Tengku Jefri terjengul di muka pintu bersama Aishah yang berada di belakang badan tegap Tengku Jefri dengan wajah serba salah.

“ Sorry Puan Azwin, saya dah halang tapi Tengku.." belum sempat Aishah melanjutkan penjelasan Tengku Jefri terus mara ke meja Azwin.

“ It's okay Shah. You boleh keluar dan tinggalkan pintu dalam keadaan terbuka." suruh Azwin.

Aishah menurut. Sekelip mata susuk Aishah hilang dan Tengku Jefri mengorak langkah ke meja Azwin. Tanpa sempat di persilakan, Tengku Jefri melabuhkan duduk.

“ Yes, may I help you Tengku Jefri?"

“ Rea..kenapa tak beritahu I you di timpa musibah? Risau I bila dapat tahu."

“ Tak ada apa yang perlu dirisaukan Tengku. Saya baik-baik aje. Lagipun saya ada keluarga yang pentingkan keselamatan dan kesejahteraan saya. Jadi, saya tak perlukan orang luar untuk khuatirkan keadaan saya."

“ Rea..I sayangkan you. Of course I risaukan you. Terkejut I bila dapat berita tu. Kalau I tahu siapa orang yang berperilaku iblis macam tu siaplah. I kerjakan dia cukup-cukup."

Azwin tersenyum. “ It's okay. Benda dah jadi. Nak menyesal pun tak guna. Lagipun papa dah serahkan kes pada pihak berkuasa memandangkan negara kita ada undang-undang yang sangat telus. Jadi you tak perlu risau untuk memberi hukuman pada pelakunya. Yet, I have Allah. He will help me whenever I need it. Thanks for your concern."

Tengku Jefri tarik keluh.

“ Rea..I really love you! Tak boleh ke beri I peluang walaupun sekali untuk you terima I?"

“ Tengku..berapa kali nak I beritahu you. I tak akan terima sesiapa. I masih sayangkan arwah suami I. Tolonglah faham."

“ Rea please, satu saja peluang. I janji akan beri yang terbaik untuk you. I akan pastikan you dapat lebih dari apa yang you ada sekarang. Just once chance!" rayu Tengku Jefri tidak jemu.

Azwin kaget. Terasa ayat yang ditutur Tengku Jefri saat itu bagaikan dejavu. Seperti berulang tayang lagi dalam mindanya. Tidak mahu mencetus perkara yang tidak diundang Azwin berhasrat mahu pulang. Dia mulai rimas melayan Tengku Jefri. Dia sudah jelas dengan niat lelaki berpangkat tengku itu membuatkan dia perlu berhati-hati. Risau perkara buruk menimpanya seperti di dalam mimpi tengah hari tadi.

“ Err..I got to go." Azwin bangun dan mencapai tas tangan dari laci meja.

“ Rea..please, I need to talk to you. Tolong dengar penjelasan I." rayu Tengku Jefri. Dia membuntuti langkah kaki Azwin sehingga ke depan pintu.

“ Enough Tengku. Keputusan I tetap sama. Nothing can't change it. You kena terima kenyataan yang antara kita tak ada jodoh. I'm not interested in this relationship. Terima kasih atas perhatian you. I hargai sangat-sangat." ujar Azwin dengan penuh rendah hati. Bimbang jika dia berkeras, Tengku Jefri akan bertindak kasar pula.

Tengku Jefri tarik nafas dalam sebelum menghembusnya dengan rasa kecewa. Pandang wajah Azwin yang sangat manis, Tengku Jefri akhirnya akur dengan keputusan wanita hati besi itu.

“ Kalau dah macam tu kata you, apa lagi yang boleh I lakukan. Walaupun I benar-benar kecewa dengan keputusan ni. I harap kita masih boleh berkawan kan?"

“ Of course boleh." Azwin memberi jaminan. Lega dia akhirnya Tengku Jefri mahu menurut.

“ Tapi I akan tetap kenang you sebagai insan yang istimewa di hati I. Semoga you baik-baik selalu. Kalau you perlukan pertolongan I, just call me. As soon as possible I akan sampai untuk you." ujar Tengku Jefri dengan nada positif walaupun hatinya saat itu sedang menangis dan pecah berkecai seperti kaca yang jatuh terhempas ke lantai. Walaupun perit menerima kenyataan tetapi setidaknya Rea Azwin masih mahu menerima huluran persahabatan darinya. Itu sudah memadai.

“ InshaAllah. Terima kasih Tengku." ucap Azwin dan berlalu dari hadapan Tengku Jefri meninggalkan lelaki itu dengan perasaan yang terluka.

Sementara, dari balik dinding pemisah jabatan kewangan berdiri seseorang. Ralit dia memerhatikan susuk Azwin dan Tengku Jefri yang sedang berinteraksi.

Hatinya sedikit kecewa dan terluka. Namun, dia telan segalanya kerana perasaan sayang yang wujud di hati tak mungkin dapat dilenyapkan sekelip mata. Walaupun dia perlu mengambil masa yang lama untuk menghadamnya.

.
.

Pulang ke rumah Azwin kelihatan tidak bersemangat sekali. Menapak gontai, kakinya melangkah terus naik ke tingkat atas sehingga tidak perasan akan kehadiran mertuanya di hujung kawasan rehat rumah agam itu.

Dato' Husyn dan Izzah perasaan wajah yang membelenggu sang menantu buatkan mereka berpandangan sesama sendiri.

“ Kenapa tu?" soal Dato' Husyn.

“ Entahlah bang. Pagi tadi elok je berseri-seri." balas Izzah.

“ Banyak kerja ke? Atau dia masih teringat kejadian hitam tu?" Dato' Husyn berteka teki sendiri.

“ Kalau banyak kerja, nanti abang kurangkan lah kerja untuk dia. Tak adalah dia tertekan sangat. Kalau masalah hari tu, apa kata kita bawa Win pergi vacation atau bawa dia buat treatment. Mungkin dia masih trauma.." Izzah memberi cadangan.

Lama Dato' Husyn termenung sebelum tersenyum.

“ Bagus juga cadangan awak pasal vacation tu. Tapi kan kenapa abang rasa awak yang sebenarnya nak pergi bercuti?"

Izzah geram. Dia menjeling Dato' Husyn di sebelah langsung menampar peha si suaminya.

“ Abang ni kan! Kalau tak perli saya memang tak sah hidupnya ye..Ada je nak mengata saya." Izzah pura-pura merajuk.

“ Hahaha.." Dato' Husyn ketawa besar.

Mencapai tangan Izzah lalu di bawa ke ribanya sebelum mengelus lembut tangan isteri kesayangannya itu.

“ Lagi awak marah lagi cepat tua Raudatul Izzah. Tapi jangan risau sebab saya tetap dan masih sayangkan awak seperti hari pertama kita bertemu dulu." Dato' Husyn cuba mencairkan hati isterinya walaupun kata-katanya membuat Izzah bertambah cemberut.

“ Abang ni kan...sama aje dengan perangai anak bertuah abang tu..Agaknya kan si Win tu balik dengan muka masam tadi mesti sebab si Yan yang buat hal. Dah ada peluang tak reti nak guna untuk rebut hati kekasih. Yang dia tahu ego tak sudah. Tak faham saya!" leter Izzah sambil menarik tangannya dari genggaman Dato' Husyn. Geram kepada Ian Hamza dilepaskan kepada suaminya.

Dato' Husyn geleng kepala.

“ Tapi pasal treatment tu kita nak buat treatment apa?"

“ Saya ada google kes-kes trauma macam ni. Mungkin kita perlukan khidmat psikologi untuk bantu Azwin. Mana tahu berguna dan berjaya hilangkan trauma dia." tutur Izzah.

“ Betul juga cakap awak tu. Kenapa la saya tak terfikir sebelum ni?"

“ Abang tu mana nak fikir hal-hal sebegini. Yang abang tahu buat duit je kan!"

Dato' Husyn tersengih mendengar sindiran isterinya.

“ Mesti la abang asyik fikir macam mana nak buat duit. Isteri abang yang cantik jelita ni kan pandai guna duit. Tambah-tambah bab nak bercuti." Dato' Husyn pulangkan perliannya semula.

Sekali lagi peha Dato' Husyn menjadi mangsa tamparan Izzah membuat lelaki separuh abad itu menyengir menahan pedih.

Malas mahu memanjangkan debat, Izzah bangun dan mahu berlalu sebelum di tegur semula suaminya.

“ Nak ke mana tu?"

“ Nak naik atas pujuk Win."

“ Eh, kenapa nak pujuk pulak? Win bagitahu dia merajuk ke?"

“ Memang dia tak bagitahu. Tapi saya ni ada instinct keibuan dan kewanitaan. Kalau nak harap anak abang yang pujuk, alamatnya makan hati berulam jantung la menantu saya tu. Lelaki pandai berjanji saja. Tapi nak tunaikan janji tak reti. Sudahnya hati perempuan aje yang selalu tersakiti."

“ Yelah Datin Raudatul Izzah oii. Pergilah pujuk menantu sayang awak tu. Kalau ada apa-apa pertolongan dari saya, bagitahu."

“ Alang-alang abang usulkan pertolongan. Apa kata abang tanyakan si anak bertuah abang tu apa yang jadi. Lepas tu nasihatkan dia apa yang patut."

“ Iyalah."

Izzah berlalu ke tingkat atas untuk mencari Azwin manakala Dato' Husyn pula mencapai telefon bimbitnya dan membuat panggilan kepada seseorang.

.
.

Haiii korang. Maaf lambat sangat update. Thanks yang sudi tunggu. Baby dan Kak Win dah kembali.

Share this novel

jue
2025-03-14 18:59:53 

huhuhu..mana lama menghilang


NovelPlus Premium

The best ads free experience