Bab 10

Drama Series 6054

“ BAGAIMANA pendapat Yan dan Win?” soal Dato' Husyn. Tampang seriusnya berselang memandang Ian Hamza dan Azwin di depan.

Ian Hamza tarik nafas dalam. Wajah Azwin di depan di pandang. Kelihatan keruh setelah mendengar kata-kata Dato' Husyn. Buah fikiran Azwin harus di ambil kira.

“ Kak Win macam mana?" Ian Hamza turut bertanya.

“ Entahlah.." balas Azwin.

“ Mana boleh macam tu...hal ni sangat penting."

Azwin lepas nafas yang terasa berat saat itu. Wajah Ian Hamza dan bapa mertuanya di pandang berselang.

“ Terpulang pada papa. Baik untuk papa, baik juga untuk Win dan anak-anak."

Dato' Husyn angguk mengerti. Pandangannya beralih ke arah Ian Hamza semula. “ Yan?”

“ Tak ada cara lain ke pa?"

“ Ada tapi rasanya pilihan yang itu lebih sulit."

Ian Hamza mengeluh. Jemari kanannya naik memicit pelipis. Sakit kepala di buatnya.

“ Kenapa board tiba-tiba nak buat rombakan?"

“ Hasil dari syer saham Iman tidak memberi keuntungan kepada syarikat. Maka dengan itu ahli lembaga pengarah meminta syer Iman di jual untuk mengukuhkan kedudukan saham syarikat di bursa saham. Jika di jual, 10% dari hasil saham akan di berikan pada waris Iman sebagai tanda penghargaan."

“ Kenapa selepas dua tahun kita kehilangan abang Iman?" soal Ian Hamza tidak puas hati. Pening kepala apabila mendengar ahli lembaga pengarah yang lain berebut mahukan syer Iman Hazim.

Jika tidak di jual kedudukan saham syarikat Hijrah Hartanah Holdings di pasaran saham akan rugi memandangkan ada di antara pemegang syer sahamnya yang tidak membuat keuntungan. Untuk mengelakkan syer saham yang tak memberi pulangan keuntungan, maka ianya harus di jual kepada ahli lembaga pengarah yang mahu membeli.

“ Papa khilaf pada salah satu syarat pemegang syer yang berkuatkuasa hanya selama setahun jika sudah meninggal. Papa ingatkan syer Iman valid jika ada pewaris lelaki sahaja tetapi rupanya valid jika waris lelakinya cukup umur untuk di warisi."

“ Berapa umur kelayakan pewaris?"

“ 21 tahun. Jika sebelum perlulah di jual untuk mengukuhkan kedudukan syer di pasaran saham dan memberi kepercayaan kepada investor untuk melabur dan terus mempercayai kebolehan syarikat menguruskan hartanah mereka.”

Lebih kuat bunyi keluhan yang lolos dari bibir Ian Hamza. Sungguh dia buntu.

“ Sayang kalau nak jual. Saham abang Iman yang ke lima tertinggi selepas papa, Uncle Husni, Uncle Johan dan Aunty Mahani!"

“ Papa pun memang sayang nak jual. Kalau nak beri pada Azwin dia tak layak. Pertama sebab dia bekerja di bawah syarikat Husynx Niaga Holding. Kedua sebab Iman mempunyai waris lelaki." keluh Husyn. Dia sangat runsing.

“ Tak ada rezeki anak-anak pa. Tak apa Win redha. Dengan menjual, dapat menyelamatkan syarikat Win halalkan semuanya." pasrah Azwin memberi kata putus.

Ian Hamza tersentak. Wajahnya di paling mencari wajah pasrah si kakak ipar. Kenapa Kak Win nak mengalah jika ada cara lain untuk pertahankan hak anak-anaknya. Ian Hamza tidak puas hati.

“ Kalau kita proceed opsyen yang kedua macam mana pula cara dia?" tanya Ian Hamza. Selama ini dia tidak ambil peduli dengan saham-saham itu semua memandangkan Husyn dan Iman Hazim yang lebih mendominasi. Walaupun nama dia juga tersenarai sebagai pemegang saham tetapi syernya paling sedikit berbanding ahli lembaga pengarah yang lain.

“ Pembeli saham yang mahu membeli saham Iman wajib mempunyai syer yang paling besar dan banyak serta berkelayakan sebagai CEO.."

Ian Hamza telan liur. Benar kata papa, pilihan ini lebih sulit dan rumit. Lama Ian Hamza terdiam. Cuba menilai sebaiknya keputusan yang perlu di ambil dan di buat. Namun, mengingatkan hak anak-anak buahnya Ian Hamza rasa dia perlu masuk campur.

“ Apa pendapat papa dan mama kalau Yan proceed opsyen kedua?"

“ Mama harap Yan dapat fikir masak-masak sebelum buat keputusan.." ujar Izzah. Tidak mahu hal penting sebegini mendatangkan risiko yang buruk di masa depan.

“ Kak Win setuju?" soal Ian Hamza. Pandangannya di tala pada Azwin buatkan Azwin papar wajah pasrah.

“ Kak Win setuju kalau papa setuju." Azwin kembalikan tatapannya ke arah Husyn. Berharap Husyn dapat beri keputusan yang di fikirkan baik buat dia serta keluarga mereka.

“ So papa, I'll think we should proceed it!" yakin ucapan Ian Hamza seraya tersenyum puas.

Husyn dan Izzah berpandangan. Tidak percaya. Berasa terkejut dengan pernyataan Ian Hamza.

Ian Hamza tersenyum nipis. “ Papa mama jangan risau. InshaAllah..demi anak-anak Yan sanggup buat apa saja."

Husyn beriak tenang walaupun fikirannya sarat dengan hal-hal yang berat. Setidaknya separuh dari beban fikirannya menemui jalan penyelesaian walaupun risikonya sangat tinggi. Husyn tarik nafas lega seraya menghadiahkan senyuman buat anak, isteri serta menantunya.

“ Kita bincang bila Yan balik ke Malaysia nanti." akhirnya Husyn beri kata putus.

LAPANGAN Terbang Heathrow dituju Husyn dan ahli keluarganya. Mereka sudah bersedia untuk berangkat pulang ke Malaysia. Percutian selama seminggu di kota London kini sudah selesai. Tiba saatnya mereka kembali ke tanah air pula.

Qiqi sudah memulakan drama air mata. Menangis kerana tidak mahu berpisah dengan Ian Hamza. Jenuh dipujuk oleh Izzah dan Azwin tetapi Qiqi tetap tak mahu melepaskan tubuh Ian Hamza. Kedua belah kaki Ian Hamza, dipeluknya kemas.

Tarik nafas, Ian Hamza mula mencangkung, menyamai paras tubuh Qiqi. Bahu Qiqi dia paut dengan kedua belah tangan. Iris Qiqi dia tatap dengan senyuman kecil.

“ Qiqi balik dulu dengan mama, tok pa dan onie. Lepas papa habis kerja dekat sini papa balik jumpa Qiqi okay?"

“ Tak nak. Qiqi tak nak balik.." tersedu-sedu Qiqi tahan tangis.

“ Kalau Qiqi tak nak balik siapa nak jaga Qiqi dekat sini?”

“ Papa lah jaga."

“ Papa kerja...Macam mana nak jaga Qiqi? Lagipun Qiqi kena school..."

“ Qiqi tak nak pergi school. Semua orang tak suka kawan dengan Qiqi. Diorang cakap Qiqi tak ada papa.." sedu sedan Qiqi bertukar esakan kecil.

Ian Hamza lepas nafas. Mata Qiqi yang basah dengan mutiara jernih dihapus dengan kedua belah jarinya. Ian Hamza tunduk mencium pipi Qiqi dan memeluk anak kecil itu. Memberikan ketenangan padanya. Kali kedua mendengar ucapan Qiqi yang tak punya ayah buat Ian Hamza dihurung sebak dan dihenyak sejuta rasa pilu.

Bangun dari duduk, tubuh Qiqi diangkat ke dalam dukungan. Masih memeluk Qiqi dan menenangkan anak itu.

“ Bulan depan papa balik jumpa Qiqi dan Iqie bila papa dah habis kerja dan school. Sekarang Qiqi balik dengan mama dulu ya?"

“ Papa school?" Qiqi bertanya hairan.

“ Ya, papa school. Macam Qiqi jugak.."

“ Papa kan dah besar kenapa school lagi?"

“ Papa nak jadi pandai macam tok pa..macam papa kandung Qiqi..sebab tu papa kena pergi school. Qiqi pun kena pergi school juga.. barulah pandai macam tok pa...pandai macam papa Qiqi.."

“ Tapi Qiqi tak nak pergi school yang sekarang ni. Kawan-kawan dekat school tu tak suka Qiqi. Diorang cakap Qiqi anak pungut. Diorang nak kawan dengan orang yang ada papa dan mama je.." adu Qiqi sedih.

“ Tak apa, nanti pergi school Qiqi ceritalah pada kawan-kawan Qiqi dah ada papa. Qiqi datang London jumpa papa. Qiqi pergi persembahan muzikal Barbie dengan papa. Jalan-jalan dengan papa...nanti mesti diorang akan suka kawan dengan Qiqi.." ujar Ian Hamza memujuk.

Qiqi tayang wajah tak percaya. Iris matanya mula bersinar. Terumpan dengan pujukan Ian Hamza. “ Boleh cerita semua pada kawan-kawan macam tu?"

Ian Hamza angguk laju. Dia lega Qiqi sudah tidak menangis dan berwajah ceria.

“ Ya, cerita semuanya."

“ Okay..tapi.." wajah Qiqi kembali muram.

“ Tapi apa?"

“ Kalau kawan-kawan Qiqi nak tengok papa macam mana? Kawan-kawan Qiqi semua ada papa yang hantar diorang pergi school. Qiqi tak ada...mesti kawan tak percaya cakap Qiqi kalau Qiqi beritahu yang Qiqi dah ada papa.."

“ Qiqi beritahulah papa sedang school juga dekat London. Nanti habis school papa balik dan hantarkan Qiqi pergi school pula. Boleh?"

Lama berdiam diri, akhirnya Qiqi bersuara. “Bolehlah.." acuh tak acuh saja jawapannya buatkan Ian Hamza tersenyum nipis.

“ Sekarang siapa yang hantar Qiqi pergi school?"

“ Uncle Khairul. Kadang-kadang je mama."

Ian Hamza pandang Azwin yang berdiri tidak berapa jauh dari tempatnya mendukung Iqie. Azwin yang perasaan dirinya jadi perhatian mengalih pandangan. Lantas, Ian Hamza menggamit Azwin. Azwin mendekatinya.

“ Mama, nanti hantarkan Qiqi pergi school ya. Tak perlu suruh abang Khairul hantarkan Qiqi ke school dah.."

“ Kenapa pula?"

“ Sebab kawan-kawan Qiqi selalu ejek dia tak ada papa yang hantarkan school. Qiqi kan ada mama yang awesome so mama lah yang kena hantar Qiqi. Jangan suruh orang lain lagi." pesan Ian Hamza kepada Azwin.

Terjungkit kening Azwin mendengar pesanan Ian Hamza. Dah kenapa Ian Hamza beria mengarah dia macam Qiqi tu anaknya pula?

“ Kak Win sibuklah baby. Kadang-kadang je sempat..macam mana nak hantarkan Qiqi setiap hari ke sekolah?" Azwin berbisik di sebelah Ian Hamza tidak mahu Qiqi mendengar. Takut anak itu berkecil hati pula.

“ Carilah masa Kak Win. Kesian Qiqi. Nanti terganggu emosi dia. Dia masih kecil lagi..tak faham masalah orang dewasa."

Lepas keluh Azwin pandang Qiqi di sebelah Ian Hamza. Polos sekali wajah anaknya. Benar, kata Ian Hamza anaknya masih kecil dan belum faham setiap perkara, jadi tidak wajar dia membiarkan anaknya terus berada di dalam dilema.

“ Inshaallah, Kak Win tak janji tapi Kak Win akan cuba."

“ You are awesome!!" Ian Hamza memuji sambil mengenyitkan matanya.

Azwin menjeling geram.

“ Now, let's take a picture!.." ajak Ian Hamza. Telefon dikeluarkan dari poket parka.

Qiqi tepuk tangan gembira. “ Yeay!"

“ Eh, korang jelah yang bergambar. Kak Win malas."

“ Mama ni tak sportinglah." rengek Qiqi. “ Jomlah mama." desak Qiqi. Lengan baju trench coat Azwin ditariknya.

“ Qiqi dan papa aje ye.." pujuk Azwin.

“ Qiqi nak ambil gambar sekali dengan mama dan papa..nanti boleh tunjuk pada kawan-kawan yang Qiqi dah pernah datang London. Siap jumpa papa lagi..." sengih Qiqi.

“ Hmmm.. macam-macam.." Azwin geleng kepala. Malas mahu berdebat dengan si kecil Qiqi lagi. Lebih banyak alasan Azwin, lebih banyak juga ulah Qiqi.

“ Thank you my gorgeous mama!" usik Ian Hamza dengan sengihan.

Bertambah mencuka wajah Azwin digulakan lelaki itu. Belum pun habis sakit hati dengan ulah Qiqi, Ian Hamza pula menambah rasa.

Tidak menunggu lama, telefon dari poket parka dikeluarkan. Gambar mereka berempat bersama di abadikan di dalam lensa kamera. Berkeping-keping di ambil sampai Azwin mula bising kerana sudah lenguh mendukung Iqie yang tidak mahu duduk diam.

“ Baby, sudah-sudah lah tu. Lenguh dah dukung Iqie ni..."

“ Ala sekejap je, kalau Kak Win tak larat kita ambil gambar dalam posisi duduk pulak!"

“ Yelah-yelah. Last picture!” dalam protes Azwin mengiakan juga cadangan Ian Hamza.

Beberapa ketika Azwin dan Ian Hamza sibuk mengabadikan potret bersama anak-anak, Dato' Husyn dan Izzah mendekat lalu memberitahu tentang waktu pelepasan kapal terbang yang sudah semakin hampir.

“ Jom Win... Flight dah ready nak boarding tu.." ujar Izzah.

“ Okay.." balas Azwin lantas membetulkan letak dukungan Iqie di tubuhnya. Tangan kecil Qiqi yang masih bertaut dengan Ian Hamza, Azwin cuba capai.

“ Let's go Qiqi.."

Lambat-lambat Qiqi menghulurkan tangannya. Hatinya masih berbelah bahagi untuk meninggalkan Ian Hamza dan mengikut Azwin.

“ Bye papa!.." sayu suara Qiqi memandang Ian Hamza. Irisnya turut berkaca dan hampir menitis lagi.

“ Bye Qiqi.."

Ian Hamza peluk dan cium Qiqi. Bergilir juga dengan Iqie dan kedua papa dan mamanya.

Usai, Azwin terlebih dahulu berjalan masuk ke 'boarding line' bersama anak-anaknya. Tak lepas pandangan Qiqi dan Iqie ke arah Ian Hamza. Walaupun sudah jauh ke hadapan, anak-anak itu tetap tertoleh-toleh melihat Ian Hamza di belakang.

Dato' Husyn dan Izzah masih berdiri di sebelah Ian Hamza. Mahu menitipkan beberapa pesanan kepada lelaki itu.

“ Yan, nanti baliklah. Kesian budak-budak tu." ujar Dato' Husyn. Hati tuanya terkesan melihat cucu-cucunya yang bersedih kerana terpaksa berpisah dengan Ian Hamza.

“ Betul tu Yan..Qiqi tu dah besar, dia dah faham keadaan sekeliling. Mama harap Yan pertimbangkan perkara yang mama cakapkan haritu. Tolonglah..demi mama, papa dan budak berdua tu." pesan Izzah.

“ InshaAllah nanti Yan fikirkan. Apa-apa Yan update kemudian. Mama tu jaga kesihatan. Papa pun sama..." sempat Ian Hamza menitip pesanan kepada Husyn dan Izzah juga.

Izzah angguk dalam kesayuaan. Tubuh Ian Hamza dipeluk erat. “ Papa mama balik dulu."

Ian Hamza angguk dengan senyuman kecil.

“ Selamat jalan." tangan naik membalas lambaian Dato' Husyn dan Izzah.

Dari jauh masih terlihat kelibat Azwin dan anak-anak yang sedang melepasi pintu pemeriksaan. Hati serta minda Ian Hamza saling bertingkah dengan masalah yang berlaku juga pada permintaan Izzah serta pesanan hemah Husyn. Ian Hamza tarik nafas dalam. Cuba meredakan ribut perasaan yang sedang melanda dalam dada.

Kenapa cepat sangat Abang Iman pergi!!

Semuanya tak terluah..

Happy Reading. Selamat Menyambut Tahun Baru!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience