BAB 30

Romance Completed 25726

SELESAI menghadiri kursus kahwin dan juga membuat pemeriksaan kesihatan serta ujian HIV, Aniq terus membawa Hana ke restoran pilihannya. Sepanjang dia berada dalam kereta, Hana asyik tersenyum sahaja. Aniq pula berwajah masam.

“Awak kalah. So, kita tak akan kahwin selagi keputusan ujian HIV itu belum keluar.” Ujarnya gembira. Sewaktu mereka berada di hospital tadi, doktor mengatakan bahawa keputusan ujian itu akan keluar lambat dan Hana tahu keputusan itu akan mengambil masa sebulan lebih untuk siap.

“Jangan happy sangat, Suha. Abang dah minta doktor tolong percepatkan keputusan ujian tu. Kalau bukan minggu ni, minggu depan ujian itu akan keluar. Sebaik saja keluar keputusan, kita akan terus langsungkan perkahwinan.” Aniq mengerling Hana yang sudah bertukar wajah.

“Mana boleh macam tu. Saya tak setuju!” Hana mula membantah.

“Suha kena setuju juga.”

Hana diam.

“Suha, kan elok kalau kita percepatkan majlis perkahwinan kita? Buat apa kita nak lambat-lambatkan untuk perkara yang membawa kebaikan kepada kita, kan?”

“Elok tu memang elok. Tapi, masalahnya saya tak ada perasaan langsung dengan awak. Saya tak cintakan awak. Perasaan cinta tu tak timbul lagi. Awak faham, kan?”

“Perlukah perasaan cinta tu sebelum kahwin, huh? Kita boleh saja pupuk cinta tu selepas kahwin, kan? Bukankah bercinta selepas nikah itu lagi indah? Apa yang penting Suha dah kenal abang walaupun tak banyak seperti abang kenal Suha.” Aniq mengerling ke sebelah. Hana sedang mengajuk katanya.

“Macam ada je yang nak kena cubit pipi ni?”

Laju Hana memandang ke tempat pemandu. Pandangannya tajam. Aniq ketawa kecil.

"Saya tengah serius, awak boleh pula main-main dengan saya." Hana menjeling tajam.

"Abang pun serius juga. Apa pun yang terjadi, abang tetap akan kahwin dengan Suha."

"Tapi, saya tak suka awak. Saya tak cinta awak. Awak faham ke tak ni?" Hana mendengus.

"Kalau Suha tak cintakan abang, habis siapa? Si Faiz Dylan tu?" Nadanya sinis.

"Tak ada kena mengena dengan dialah. Saya tak ada apa-apa pun perasaan dengan dia tu!" Hana berpeluk tubuh.

"Yeke?"

Hana menggeram. Sakit hatinya bila lelaki itu mengungkit pasal Faiz Dylan.

"Ya. Saya dah buang jauh perasaan saya terhadap dia."

"Oh, jadi Suha betul ada perasaan dengan lelaki itulah, kan?" Aniq tahu tapi sengaja dia hendak mengusik gadis itu.

"Awak ni nak tengok saya bertukar jadi raksasa ke, hah? Saya malaslah nak ungkit pasal hal yang dah lepas. Lepas tu lepaslah." Omelnya.

"Saya tak cinta dia dan saya tak suka sesiapa pun termasuklah awak." Sambungnya lagi. Hana mencembungkan pipi menahan marah. Aniq mahu ketawa tapi tawanya mati apabila Hana memanggilnya.

“Saya nak tanya awak.”

“Tanyalah.”

“Awak kahwin dengan saya sebab apa? Awak memang suka saya atau awak ada sebab lain untuk kahwin saya?” Tanya Hana ingin tahu. Aniq mengukir senyuman kecil.

"Abang nak kahwin dengan Suha pun sebab umur abang dah 27 tahun. Tahun depan dah 28 tahun. tahun-tahun berikutnya akan bertambah setahun. Abang tak naklah kahwin lewat."

Hana menyeringainya. Nasib baik lelaki itu tidak perasan dengan perbuatan gadis itu.

"Eleh, ramai saja lelaki yang kahwin lewat. Tak jadi masalah pun dengan dia orang." Hana mencebik.

"Itu dia orang. Abang tak. Abang lain," dia mengerling sekilas Hana yang sedang membuat muka dengannya.

“Abang rasa Suha tak dapat lagi jawapan tu, kan?” Aniq baru terfikirkan sesuatu.

Hana mengerutkan dahi. “Jawapan? Jawapan apa? Bila masa awak bagi jawapan, huh?”

“Abang dah bagi, pun. Tapi rasanya Suha memang tak dapat lagi ni.” Ujar Aniq bila melihat wajah tunangnya berubah.

Hana bingung. Dia cuba mengingati kata-kata Aniq sebelum ini. Rasanya dia tidak temui jawapannya, pun. Sepanjang perkenalan mereka, dia hanya tahu cari gaduh saja dengan lelaki ni.

“Kalau Suha nak jawapannya, tunggu lepas kita kahwinlah.” Aniq mengenyitkan mata. Hana mencebik.

“Lepas kita kahwin abang tak kisah kalau Suha nak tanya abang banyak soalan. Abang akan jawab semampu yang abang boleh.”

“Tapi, kita berdua kan dah bertunang. Apa salahnya awak bagi jawapannya sekarang.” Hana tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Aniq itu.

“Tunang tak menjamin apa-apa, Suha. Kalau abang bagi jawapan dengan Suha sekarang pun belum tentu Suha akan dapat terima. Suha sendiri cakap yang Suha masih tak ada perasaan dengan abang, kan?”

Aniq mengerling sekilas. Makin berkerut wajah Hana diperhatikannya.

“Tapi, kalau Suha nak juga jawapan tu Suha boleh cari sendiri. Abang memang dah bagi jawapan tu dekat Suha.”

Hana mencembungkan pipi. Masalahnya aku tak tahu. Bila masa kau bagi jawapan dekat aku ni?! Geram Hana.

“Tak naklah bahas pasal ni lagi.” Hana terus membuang pandang ke luar tingkap.

“Aik, dah putus asa?”

“Bukan putus asa. Tapi, kalau cakap dengan awak buat saya pening kepala saja.” Ujarnya. Pandangannya masih dihalakan ke luar tingkap. Matanya tertancap pada satu gerai yang berada di tepi jalan.

“Aniq, berhenti!!” Terkejut Aniq dek suara tinggi Hana. Automatik dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.

“Hana! Kalau kita kemalangan tadi macam mana?!” Marah Aniq. Hana tersengih.

“Sorry… Saya nampak gerai dekat sanalah. Saya nak makan cendol.”

Aniq mengeluh. Enjin kereta sudah dimatikan. Dia mengerling ke arah gerai yang dimaksudkan oleh Hana itu. Matanya kemudian memandang Hana dengan renungan yang tajam.

“Kalau ya pun nak makan cendol, cuba bagi tahu elok-elok. Nasib baik I terus berhenti dekat tepi ni. Kalau tak, kita dah menyimpang jalan tadi.” Aniq masih dengan sisa marahnya. Hana diam dan berpaling wajah ke tempat lain. Aniq jadi serba salah pula bila melihat wajah masam tunangnya itu.

“Nak makan sangat cendol, kan? Jom, turun.” Aniq membuka seat belt lalu keluar daripada kereta. Hana masih kaku di tempat duduknya.

“Nak makan ke tak nak ni?” Tanya Aniq bila Hana tidak memberikan sebarang respons. Hana geleng kepala. Aniq mengeluh lalu masuk semula ke dalam kereta.

“Kenapa ni…?”

“Hantar saya balik! Saya nak balik! Tak ada mood nak makan dengan awak.”

“I…” Belum sempat dia menuturkan kata Hana mencelah.

“I nak balik! I tak nak makan, okey!” Hana membelakangi Aniq. Tidak mahu melihat wajah lelaki itu dan dia juga tidak mahu bercakap dengannya.

Ingat dia saja yang nak I, you dengan aku?! Benci! Aku baru nak mood baik dengan dia. Dia dah marah-marah aku balik. Aku dah minta maaf pun. Tak boleh ke lembut sikit kalau nak bercakap dengan tunang!

“Suha…”

“Shut up! Baik you pandu balik terus.” Hana terus melelapkan matanya.


ANIQ selamat memakirkan keretanya diperkarangan rumah. Hana laju membuka pintu dan menghempas kuat bila menutup daun pintu kereta itu semula. Dia tidak peduli dengan reaksi Aniq yang masih di dalam kereta.

Masuk sahaja ke dalam rumah agam itu, Hana berlagak tenang. Keluarganya masih lagi berada di situ sewaktu dia menelefon tadi. Anak matanya mencari sesuatu dan ternampak akan kelibat kakaknya. Hana memanggil Lina.

“Kak Lina, mana umi dengan yang lain?” Soal Hana. Lina yang baru turun dari tingkat atas itu terkejut dengan sapaan dari adiknya.

“Err… ada dekat atas. Awal Hana balik?”

Hana mengerutkan dahi. “Awal apa macam ni? Dah nak masuk maghrib, pun.”

“Kak, Hana nak balik. Hana tak nak duduk lama dekat sini.” Hana mula merungut.

“Eh, kenapa nak balik awal pula ni? Ayah baru je cakap tadi nak balik lepas isyak nanti. Tunggulah kejap lagi.” Beritahu Lina. Hana mengeluh.

“Bagi kunci.”

Lina memandang telapak tangan Hana dengan kerutan di dahi.

“Kunci apa?” Lina memandang semula adiknya.

“Kunci kereta.”

“Nak buat apa?”

Hana merengus. “Akak bagi sajalah.”

Lina yang tidak tahu apa-apa itu terus sahaja mengeluarkan kunci kereta yang berada dalam poket bajunya. Laju Hana mengambil kunci tersebut lalu keluar daripada rumah.

Pintu kereta MYVI hitam milik kakaknya itu dibuka kasar. Hana meloloskan diri ke dalam kereta. Enjin kereta dipanaskan. Aniq yang masih kaku di sana di pandang dengan perasaan benci. Baru sahaja Aniq mahu melangkah ke arahnya, Hana laju mengudurkan kereta dan terus meninggalkan kawasan tersebut.

HANA baru selesai membayar makanan ringan yang dibelinya disalah sebuah kedai. Dalam perjalanan menuju ke kereta kakaknya semula, dia ditegur oleh seseorang. Suara garau itu amat dikenalinya. Laju Hana menghadapnya.

“Faiz! Awak buat apa dekat sini?” Terkejut Hana dengan kehadiran lelaki itu di tempat seperti ini.

“Jalan dengan Lana. Dia ada dekat dalam lagi. Saya malas nak masuk. So, tunggu dekat luar sini je.”

Hana sekadar mengangguk.

“Awak tak balik Kedah lagi?” Tanya Hana.

“Lusa nanti balik sanalah. Nak enjoy dengan Lana dulu. Lagipun, dia sekejap saja dekat sini.”

Sakit pula hatinya mendengar ayat-ayat tersebut. Enjoylah sangat! Kalau enjoy pergilah ikut sekali bakal isteri kau tu! Hana jadi geram.

“Hana, saya nak minta maaf dekat awak.” Perlahan suara Faiz menuturkan kata maaf pada Hana.

“Maaf? Untuk apa lagi?” Bosan pula Hana dengar kata maaf lelaki itu. Hatinya masih geram kerana Faiz tidak jujur kepadanya.

“Pasal apa yang saya cakap dekat awak dengan uncle awak. Saya bohong awak. Saya tak patut cakap saya ke sana kerana majlis pertunangan kakak sepupu saya. Saya patut berterus terang saja dengan awak.” Faiz menundukkan kepalanya.

Hana menghela nafas berat. Dia malas hendak bertanya lagi. Dia memang marah dengan sikap tidak jujur Faiz itu.

“Saya tak tahu kenapa awak tipu saya tentang tu. Tapi Faiz, awak tak perlulah jelaskan sebabnya lagi. Tak ada gunanya sebab awak dah pun bertunang dengan Lana.”

Faiz senyum tawar.

“Hana, saya nak tanya awak sesuatu, boleh?”

“Tanya apa?”

“Awak dengan lelaki tu…” Faiz diam. Masih berfikir sama ada mahu terus bertanya ataupun tidak.

“Lelaki apa pula ni? Sudahlah. Saya nak balik ni. Maghrib pun saya tak solat lagi.” Hana malas hendak dengar soalan dari mulut lelaki itu lagi. Dia mahu cepat beredar dari situ. Hana buka langkah tetapi langkahnya mati bila Faiz memanggilnya semula.

“Apa yang awak nak lagi ni, Faiz?” Hana mula naik rimas.

“Awak marah-marah ni kenapa?” Tanya Faiz pelik.

“Kalau awak nak penjelasannya, saya akan cakap. Tapi, awak janganlah marah macam ni.” Faiz rasakan Hana masih marah dengan sikap tidak jujurnya itu.

“Tak perlu jelaskan. Saya tak marah pun. Saya faham kenapa awak bohong dengan saya tentang pertunangan awak. Dah lah, Faiz. Saya nak balik dulu. Kirim salam dekat Lana.” Hana terus meninggalkan Faiz. Wajah Faiz berubah sebaik sahaja kelibat gadis itu hilang dari pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience