BAB 58

Romance Completed 25726

HANA tersedar bila ada sesuatu yang menyentuh pipinya. Perlahan-lahan Hana membuka mata. Terbeliak matanya bila mendapati suami ada di depan mata. Ketika itu juga bayangan Aniq dengan Chinta bermain di mindanya. Hana pantas bangun daripada tidurnya. Dia menyeringai menahan kesakitan pada tubuhnya. Baru hari ini dia terasa belakang tubuhnya itu sakit. Mungkin juga disebabkan oleh kekasaran dua lelaki itu terhadapnya kelmarin.

"Suha! Suha okey tak ni?" Laju Aniq bangun apabila terdengar suara isterinya yang sedang mengerang kesakitan.

"Nampak saya ni okey ke, hah?" Dalam keadaan begitu pun sempat lagi dia memarahi suaminya.

Aniq terasa hati tapi rasa hati itu di buang jauh. Dia memang rasa bersalah dengan isterinya. Dia tidak menjaga Hana dengan baik.

"Suha, abang minta maaf sebab tak jaga Suha dengan baik. Abang dah tahu semua yang terjadi kelmarin. Orang suruhan abang yang bagitahu." Beritahunya. Dia mahu menyentuh Hana tapi isterinya laju melarikan diri ke arah sofa.

“Suha betul-betul marah dengan abang ke?" Aniq mendekati isterinya.

“Suka hati sayalah! Awak keluar dari bilik ni sekarang juga!” Hana menghalau suaminya. Hatinya tidak terkesan pun dengan kejadian kelmarin cuma hatinya lebih sakit apabila teringat adegan mesra si suami dengan perempuan gedik itu. Hana membelakangi Aniq.

“Suha, abang tahu abang salah. Abang janji lepas ni abang akan jaga Suha dengan baik. Abang tak akan bagi oang lain apa-apakan isteri abang ni." Sekali lagi Aniq menyentuhnya namun di tepis kasar oleh Hana. Aniq terkesima.

"Suha nak abang merajuk lagi ke?" Aniq memancing reaksi Hana.

“Pergilah merajuk. Lepas ni, saya malas dah nak pujuk awak! Suruh saja si Chinta tu pujuk awak!” Marah Hana.

Aniq tersentak. Bukan kejadian kelamrin rupanya yang isterinya ini sedang marahkan tapi, rupa-rupanya pasal teman sekerjanya itu.

“Chinta?! Apa kena mengena abang dengan Chinta ni?” Berkerut dahi Aniq bila nama Chinta di sebut.

Turun naik nafas Hana bila adegan mesra itu tidak berhenti bermain di mindanya. Hana bangun tapi duduk semula.

"Aduh," Hana menyentuh lengannya dan kemudian beralih pada tubuhnya pula. Aniq panik.

"Dear, dear okey tak ni. Kita pergi hospital, nak?"

Tajam mata Hana mencerlung tepat ke anak mata Aniq. Senyuman sinis dihadiahkan buat suaminya.

"Sakit badan ni apalah sangat berbanding dengan sakit hati saya ni dengan adegan mesra awak dengan perempuan tu." Sakit betul hatinya bila kemesraan dua pasangan itu masih tidak hilang di ingatannya.

“Suha…” Aniq cuba menenangkan isterinya. Hana laju menjarakkan tubuhnya dari suami.

“Saya pergi tempat kerja awak sebab saya nak bagi bento yang saya buat tu untuk awak tapi…” Hana cuba menahan air matanya yang mahu jatuh. Dia kemudian tersenyum sinis.

“Saya dah buang bento tu dalam tong sampah. Saya tak suka awak bermesra dengan si Chinta tu!” Hana melepaskan geram. Aniq sudah tentu tercengang.

“Suha, abang dengan Chinta…”

“Awak ingat saya tak tahu siapa Chinta tu?! Dia teman seuniversiti awak, kan? Muaz dah bagi tahu saya semualah pasal Chinta tu. Saya tahulah saya ni orang bawahan yang boleh awak guna dan permainkan perasaan ikut suka hati awak. Chinta tu memang sepadan dengan awak. Kaya tak macam saya. Dia cantik dan bergaya. Memang sesuailah dengan awak.” Hana laju memintas katanya. Sinis bicaranya. Segala rasa sakit hati diluahkan. Rasa sakit pada tubuhnya itu tidak dipedulikan lagi olehnya.

Aniq terkesima. Tidak sangka mulut mungil itu mengeluarkan kata-kata seperti itu. Aniq mendekati Hana. Dia mahu beri penjelasan.

“Jangan dekat!” Amaran Hana. Pandangannya masih tajam kepada suaminya.

“Suha, apa yang Suha nampak tu tak seperti apa yang Suha fikirkan. Abang dengan Chinta tak ada apa-apa pun.”

“Tak payah berabang-abang dengan saya. Saya tak suka!” Hana bingkas bangun menuju ke katil semula.

Aniq masih dalam keadaan tenang. Apa yang isterinya fikir itu semuanya tidak betul. Aniq menuju ke katil. Dia perlu jelaskan hal yang sebenar. Dia memanjat naik ke atas tilam dan terus memeluk Hana yang membelakanginya.

Hana terkejut bila terasa ada tangan melingkari pinggangnya. Dia tidak mahu menoleh sebaliknya meronta minta dilepaskan. Aniq mengetatkan lagi pelukan di pinggang itu.

"Sakitlah!" Jerit Hana.

“Lepaskanlah!” Hana menarik tangan Aniq agar melepaskannya. Namun, pelukan lelaki itu terlalu kuat.

“Shhh… Suha diam kalau tak abang makan Suha sekarang.” Dia memang mahu melepaskan pelukan itu tapi hati isteri perlu dipujuk terlebih dahulu. Jadinya, dia terpaksa berkeras dengan isterinya itu.

Hana membeku. Faham dengan apa yang dimaksudkan oleh suaminya. Haruman Aniq menusuk masuk ke rongga hidungnya. Hana mula berdebar.

“Aniq, boleh tak awak lepaskan saya sekarang. Saya rimaslah.” Walaupun kaku, Hana tetap mahu Aniq melepaskan pelukan tersebut.

“Abang tak nak. Suha dengar dulu apa yang abang nak cakap, boleh?” Sebelah tangannya membelai rambut panjang Hana. Hana jadi tidak keruan dengan kelakuan suaminya.

“A… Aniq… awak tahu kan…”

“Shhh…” Aniq mendiamkan Hana. Belaian pada rambut panjang itu diteruskan.

“Abang tak tahu pun Suha pergi sana. Abang minta maaf kalau buat Suha sakit hati dengan kelakuan abang. Apa yang Suha nampak di sana bukan seperti yang Suha fikirkan. Abang dengan dia kawan saja.”

Kawanlah sangat!

“Abang tak kisah Suha kaya atau miskin. Tapi, Suha kena tau yang abang tak pernah main-mainkan perasaan Suha. Apa yang abang buat semua ini pun sebab Suha. Abang nak Suha dalam hidup abang.” Luah Aniq. Dia mencium bau harum rambut milik isterinya itu. Hana menarik rambutnya ke depan. Tidak suka dengan belaian tersebut.

Aniq senyum serot. Dia mahu mengusik Hana lagi. Pantas wajahnya diletakkan di atas bahu isteri. Hana semakin rimas. Dengan tenaga yang ada Hana terus bangun dari perbaringannya. Pandangan tajam dihadiahkan kepada suaminya. Aniq ketawa kecil. Dia juga bangun daripada posisi baringnya.

“Kenapa Suha ni? Abang baru buat macam tu, Suha dah menggelabah.”

Hana mengetap bibir. Pantas dia bangun dan menuju semula ke arah sofa. Marah betul dia dengan suaminya. Aniq menghela nafas berat.

“Suha, abang minta maaf kalau abang dah buat Suha marah. Abang dengan Chinta tak lebih daripada kawan pun,”

Hana buat tidak dengar. Aniq memerhatikan isterinya dari tempat dia duduk.

“Suha ingat abang tak tahu yang isteri abang ni jeles dengan Chinta. Itu maknanya Suha dah mula sayang dekat abang, kan?” Bibir mengukir senyuman. Hana buat tidak tahu.

Hana baring membelakangi Aniq. Hana menutup mata. Malas dia hendak mendengar penjelasan suaminya.

“Suha, please jangan macam ni. Kita baru saja kahwin. Tak naklah gaduh-gaduh. Suha tak suka macam ni, abang lagilah tak suka.” Aniq turun dari katil dan menuju ke tempat isterinya tidur.

“Abang tak ada niat pun nak sakiti hati Suha. Kalau Suha tak nak abang layan Chinta lagi, abang akan buat. Asalkan Suha tak merajuk, tak marah dengan abang lagi, okey?”

“Janji yang abang tak akan layan mesra dengan perempuan tu?” Hana masih membelakanginya. Tidak sedar yang dia sudah memanggil Aniq dengan panggilan abang.

“Abang janji!” Aniq mengangkat tangan.

“Abang janji yang Suha ni satu-satunya bintang di hati abang?”

Aniq tergamam. Dia seperti pernah dengar perkataan itu. Panggilan nama juga sudah berubah.

“Abang! Abang janji atau tidak ni?!” Hana berpaling menghadapnya. Marahnya masih bersisa.

“Suha, dah baca kertas-kertas dalam balang tu ke?” Tersenyum-senyum Aniq mengutarakan soalannya. Hana terkena. Pantas dia bangkit mahu melarikan diri. Namun, tubuhnya pantas ditangkap oleh Aniq. Mereka duduk di sofa. Tangan Hana dalam genggaman Aniq.

“Cepat bagi tahu abang. Suha dah baca kertas-kertas tu, kan?”

“Mana ada saya baca. Awak lepaskan sayalah.” Hana menarik tangannya. Aniq tidak mahu melepaskan tangannya. Sebaliknya, dia memaksa Hana merebahkan kepala di atas ribanya. Hana mendengus dengan paksaan suaminya.

“Aniq saya tak naklah.” Aniq tidak peduli. Dia merebahkan juga tubuh Hana. Kepala Hana pula di atas ribanya. Puas hati!

Eee… Aku tumbuk juga dia ni. Aku tak nak. Dia paksa aku juga! Ni, kau punya pasal la Hana! Siapa suruh celopar mulut, marah Hana dalam hati. Dia menutup dirinya dengan selimut. Aniq yang memandangnya tidak dipedulikan. Hana menutup separuh wajahnya dan menghadap ke tempat lain.

Aniq memerhati Hana yang masih tidak selesa dengannya. Aniq tersenyum nakal. Rambut Hana menjadi mangsa. Dibelai manja lagi rambut panjang milik Hana itu. Hana pula makin tidak keruan dengan perbuatan suaminya itu.

“Suha cepatlah bagi tahu abang. Suha dah baca, kan?” Aniq masih dengan soalan yang sama.

“Saya tak baca pun. Awak, rimaslah macam ni.” Hana menafikannya. Tangannya pula memukul tangan Aniq yang membelai rambutnya. Dalam keadaan itu pun sudah cukup merimaskannya. Aniq geram.

“Kenapa dah tukar panggilan ni? Tadi elok saja panggil abang.” Pipi gebu Hana dicubit lembut. Hana mendengus. Aniq ketawa kecil mendengar dengusan si isteri.

“Tadi tu tak sengaja. Saya tak biasa lagi.” Alasan Hana. Langsung tidak memandang suaminya.

“Okey. Abang dah anggap yang Suha dah baca kertas-kertas dalam balang tu. Maknanya, Suha dah tahu isi hati abang, kan?” Dia memandang isterinya. Hana sedang mengajuk kata-katanya. Tersenyum Aniq melihat kerenah Hana.

“Suha, abang betul-betul minta maaf dengan Suha. Abang minta maaf pasal Chinta tu dan abang juga minta maaf pasal apa yang terjadi dekat isteri kesayangan abang ni."

Hana tersentuh. Perlahan-lahan dia memalingkan wajahnya menghadap suami. Wajah Aniq dipandang lama. Hana tersenyum nipis.

"Okey. Suha maafkan. Pasal Chinta tu, abang jangan terlalu rapat dengan dia. Kalau boleh tak payah langsung layan dia tu. Suha boleh rasa yang dia tu ada hati dekat abang tau tak?" Hana memuncungkan mulutnya. Memandangkan suaminya sudah tahu isi hatinya, biarlah dia teruskan sahaja dengan panggilan baru itu.

"Kalau itu mahu Suha, abang turutkan saja." Aniq membelai lagi rambut isterinya.

"Pasal Edine tu..." Riak wajah Hana berubah. Dalam keadaan posisi baringnya itu laju dia memeluk pinggang si suami. Aniq terkesima. Dia boleh rasa bajunya basah dengan air mata isterinya itu.

"Suha takut..."

"Suha janganlah nangis. Abang, kan ada untuk melindungi Suha. Abang pasti Edine akan di tangkap juga nanti. Kita tunggu masa saja yang menentukannya. Suha jangan takut, ya?" Aniq mengusap belakang tubuh isterinya. Kesian sungguh dia dengan isterinya itu. Dia janji dia akan menangkap orang yang telah mencederakan isterinya ini.

Hana mengangguk perlahan tanpa berpaling ke arah suaminya. Pelukan dieratkan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience