BAB 59

Romance Completed 25726

EDINE jadi tidak keruan. Rasa takut menguasai dirinya. Hampir sahaja dirinya di tangkap oleh lelaki berbadan sasa dua hari lepas. Mujurlah dia dapat melarikan diri. Dua orang suruhannya itu pula sudah di tangkap oleh mereka.

"Rizal!" Laju Edine memeluk lelaki itu sebaik sahaja dia muncul di hadapannya. Rizal tergamam.

"Edine, bila lagi you sampai ni?" Terkejut Rizal dengan kehadiran perempuan yang sudah mencuri hatinya itu. Sebelum ini dia ada memberikan kunci pendua kepada Edine untuk memudahkan perempuan itu masuk ke rumahnya.

"Rizal..."

"Edine, you dah kenapa ni? Kenapa menggelabah sangat ni, hah?" Tanya Rizal dengan air muka risaunya. Edine melepaskan pelukan. Dia memandang Rizal dengan keringat di dahinya. Rizal mengesat peluh itu.

"Rizal, tolong I. I... I..." Tersekat-sekat suaranya mahu bercakap.

"I apa?!" Rizal meninggikan suara.

"I hampir di tangkap."

"Huh?"

"I culik perempuan tu. I suruh orang-orang I rosakkan dia tapi mereka tak sempat. Mereka dah di tangkap oleh lelaki-lelaki berbadan sasa."

Berkerut dahi Rizal. "Siapa? You maksudkan siapa ni Edine?"

Edine tidak menjawab soalan tersebut. Dia tiba-tiba menggelengkan kepalanya. Rizal panik.

"Edine, kenapa ni? You okey ke tak ni?" Rizal menyentuh pipi perempuan itu. Wajah perempuan itu ditatap dengan lebih dalam.

"Edine..."

"Rizal. Tolong I, Rizal. Aku tak betul-betul tak boleh hidup tanpa Aniq. Aku nak perempuan tu mati. Aku nak dia mampus!!"

Rizal cuba mengwalnya. Edine sudah bertindak di luar kawalan. Dadanya di tumbuk kuat. Bajunya juga menjadi sasaran Edine melepaskan amarah. Habis poket kemejanya terkoyak.

"Edine, enough! Please, bertenang Edine. Kalau you nak perempuan tu mampus I boleh tolong you. Tapi, you janganlah berperangai begini. Sakit hati I tau." Rizal mencengkam kuat bahu perempuan itu. Edine terdiam. Tidak lama selepas itu dia menangis. Laju Rizal memeluk dan menenangkan Edine.

"Shhh... I akan tolong you. I janji Edine. Untuk you, I sanggup buat apa saja." Rizal mengetatkan pelukan tersebut. Giginya diketap menahan rasa sakit hati. Demi perempuan yang dia sayang dia sanggup berbuat apa sahaja, asalkan perempuan ini ada disisinya.

Mampus kau Aniq Rafisqy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience