BAB 61

Romance Completed 25726

“ANIQ,” panggil Hana. Aniq memandangnya. Usia perkahwinan mereka sudah masuk dua minggu lebih.

Aniq mencebik bila Hana masih degil tidak mahu memanggilnya dengan panggilan ‘abang’. Dia meneruskan kembali aktivitinya mencuci kereta. Hana merengus. Segera dia mendekati suaminya itu.

"Elok-elok sebelum ni panggil abang sekarang Suha panggil nama semula." Aniq muncung sedepa. Sepanjang pagi tadi Hana asyik memanggilnya dengan nama.

"Suka hati sayalah. Siapa suruh awak buat salah. Saya dah cakap jangan layan si perempuan gedik tu. Yang, awak pergi angkat telefon dia tu dah kenapa, huh?" Hana menjeling tajam.

"Ish, Suha ni. Kita orang tak ada apa-apa dah. Dia telefon abang pun sebab nak bagitahu abang yang dia nak pindah balik ke luar negara. Apa yang Suha cakap tu betul. Dia berterus terang dengan abang. Dia suka abang tapi abang dah bagitahu dia yang hati abang ni cuma ada seorang saja."

"Siapa orang tu?" Hana angkat kening sebelah sambil berpeluk tubuh memandang suaminya.

"Kekasih hati abanglah." Aniq meneruskan cuciannya.

"Yalah, siapa dia?" Hana merengus.

"Cinta syurga abanglah. Bidadari abang yang berdiri di depan abang ni."

"Kereta tu?!" Hana buat muka marah. Aniq pula sudah ketawa. Memang betul di depannya ini keretanya tetapi bukan benda ini yang dimaksudkan olehnya.

Aniq geleng kepala. Dia meletakkan span cuci kereta di dalam baldi dan kemudian menuju ke arah isterinya yang sedang merajuk kepadanya.

"Dear ni merajuk sungguh dengan abang, kan." Tidak semena-mena pipi Hana menjadi mangsanya. Diciumnya lembut pipi gebu itu. Hana tersentak lalu menundukkan wajahnya yang sudah bertukar warna.

"Senang saja nak diamkan Suha ni." Aniq ketawa kecil.

"Suha, Chinta tu tak akan balik lagi ke sini. Dia dah move on dengan abang. Abang, kan dah tolak cinta dia. Satu-satunya bidadari abang yang cantik ni, Suha seorang je. You're the only one in my heart, okay." Sekali lagi dia mengucup Hana. Kali ini kucupan itu singgah di dahinya.

"Suha," panggil Aniq apabila isterinya diam membatu.

"Suha okey tak ni?" Tanya Aniq pula. Hana berdeham.

"Saya okeylah. Cuma, malu. Ish, abang ni pun kalau ya pun nak buat benda tu janganlah di luar ni. Malulah Suha." Hana memuncungkan mulutnya. Aniq ketawa dan pada masa yang sama dia geram melihat wajah isterinya itu. Lantas dia mencubit hidung si isteri. Hana mengadu.

“Suka hati dia saja nak cubit hidung orang. Sakitlah!” Marah Hana sambil menggosok hidungnya.

"Bukan sakit pun abang cubit." Aniq kembali meneruskan cuciannya yang tergendala sebentar tadi. Dia membuka pili air lalu membersihkan keretanya yang penuh dengan buih-buih pencuci kereta. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Dia mahu mengusik isterinya.

Aniq sengaja memancutkan air ke arah isterinya. Hana menjerit lalu memarahi Aniq. Aniq hanya ketawa bila melihat wajah geram isterinya.

"Apa main-main siram ni?! Suha tak sukalah!" Bentaknya. Baru sahaja dia mahu menyerang suaminya itu tetapi niatnya dibatalkan. Meremang bulu romanya apabila matanya menangkap sebuah kereta yang sama yang muncul sewaktu pertama kali dia menjejaki kawasan rumah ini. Kereta hitam itu berparkir tidak jauh dari kawasan rumahnya. Lelaki itu tersenyum dan langsung tidak melepaskan pandangannya pada Hana.

"Abang, jom masuk." Hana berasa tidak sedap hati. Aniq memandangnya dengan kerutan.

"Abang tak habis cuci kereta lagi ni. Suha tunggulah abang. Sekejap lagi abang siap. Teman abang sini, ya?" Aniq memujuknya. Hana mencebik.

Baru sahaja dia mahu membidas kata si suami tetapi dihalang pula dengan bunyi telefon yang ada di atas meja bulat tepinya itu. Hana segera menjawab panggilan tersebut.

Hana tersengih-sengih membalas panggilan itu. Rupanya daripada Mitsuha. Mitsuha sudah mengetahui hal yang berlaku pada Hana selepas Muaz memberitahunya kelmarin. Bukan main risau lagi Mitsuha kepadanya. Mujurlah keluarganya dengan keluarga suami tidak mengetahui hal ini. Kalau saja mereka tahu tentang hal itu pasti bermacam-macam lagi soalan yang diberikan oleh mereka kepadanya.

Hana melangkah masuk ke dalam rumah. Dibiarkan sahaja suaminya di luar mencuci kereta. Lelaki yang berada di luar kawasan rumahnya itu juga tidak dipedulikan olehnya lagi. Kalau sudah bercakap dengan teman baiknya sendiri, orang-orang disekelilingnya terus dilupakan.

"Hmmm... Hana. Sebenarnya saya telefon Hana ini bukan sebab itu saja. Err..."

“Naze? (Kenapa?)” Berkerut dahi Hana. Mitsuha ada masalah ke? Soalnya di dalam hati.

Hana mengerling sekilas apabila suaminya muncul di depan mata. Aniq menghenyakkan punggung di sebelah isteri.

"Siapa?" Bisik Aniq. Geli telinga Hana dengan hembusan nafas suaminya itu. Hana menolak tubuh suami jauh darinya.

“Hana, Hmmm… Watashi wa kuukou ni ikitai. (Saya mahu pergi ke lapangan terbang.)” Beritahu Mitsuha. Suaranya kendur di hujung talian.

“Itsu? (Bila?)”

“Kon’ya. (Malam ini.)” Jawab Mitsuha pendek.

Aniq mengerutkan dahi. Satu perkataan pun dia tidak faham. Sedang Hana berbual dengan Mitsuha di talian, otak Aniq ligat memikirkan cara lain untuk mengusik isterinya itu.

Aniq menarik Hana dekat dengannya. Hana memukul bahu Aniq lalu menjarakkan dirinya. Aniq tidak puas hati. Dia melentokkan pula kepalanya di bahu Hana. Hana sedar perbuatan suaminya itu lalu menolak lembut kepala si suami ke tepi. Hana masih meneruskan perbualannya dengan Mitsuha.

Hana memandang ke tempat lain. Ini peluang bagi Aniq untuk mengusik isterinya sekali lagi. Dia merebahkan tubuhnya dan kepalanya diletakkan di atas riba isteri. Hana menjerit, terkejut.

“Hana, what happen?” Tanya Mitsuha di hujung talian.

“Nothing. Cuma kaki saya tiba-tiba kebas.” Tipunya sambil tersengih. Sempat Hana menghadiahkan cubitan di pinggang suaminya. Aniq mengadu kesakitan. Dia menggosok bahagian yang dicubit.

Hana memberi isyarat mata kepada Aniq agar dia bangun daripada ribanya. Hampa. Suaminya langsung tidak mahu. Dia tetap dengan posisi baringnya dengan kepala di atas riba isteri. Hana geram.

“Okey, Syu. Malam nanti kami pergi sana.” Beritahu Hana sebelum menamatkan panggilan.

“Syu? Siapa tu?" Tanya Aniq setelah Hana meletakkan telefonnya di atas meja.

"Syuhada. Nur Syuhada a.k.a Mitsuha. Itu nama islam Mitsuha."

"Oh, cantik nama dia. Tapi, kenapa Mitsuha telefon?” Tanya Aniq. Matanya dihalakan ke arah rancangan televisyen.

“Dia nak kita pergi KLIA 2. Flight Syu malam ni. Dia nak jumpa saya dulu sebelum flight dia.”

“Okey. Kita pergi kejap lagi. Sekarang, abang nak Suha…” Aniq mengambil tangan Hana lalu diletakkan di atas kepalanya. Hana mengerutkan dahi. Dia mahu mengangkat tangannya semula namun Aniq cepat menangkap dan diletakkan kembali di atas kepalanya.

“Ish, abang bangunlah. Rimaslah macam ni.” Rungut Hana.

"Sekejaplah. Abang nak Suha urutkan kepala abang ni dulu. Peninglah." Aniq buat muka manja.

Hana menggeram dan kemudian tersenyum. Permintaan suami mana boleh ditolak. Nanti, tak bau syurga. Tangan kanannya laju mengusap kepala si suami. Walaupun Aniq tidak memandangnya, senyuman di bibir lelaki itu jelas menunjukkan dia suka.

ANIQ memandu masuk ke kawasan parkir. Mereka berdua sudah tiba di KLIA 2. Hana yang tidur di sebelah tempat pemandu itu tersedar bila kereta tidak lagi bergerak.

“Kita dah sampai ke?” Hana memisat-misat matanya.

“Dah sampai dah. Jom, turun.” Aniq mengajaknya keluar daripada kereta.

Keluar sahaja dari kereta, Aniq terus mengunci keretanya. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke pintu utama KLIA 2.

“Suha!” Pantas Aniq menarik Hana ke pelukannya. Sempat Aniq mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemandu kenderaan tersebut.

Hana terkesima. Jantungnya berdegup kencang. Sebuah kereta hitam meluncur laju ke arahnya tadi. Nasib baik, Aniq menariknya cepat. Kalau tidak, sudah tentu dia dilanggar oleh kenderaan itu. Hana beristighfar.

Terlintas di fikirannya tentang kereta hitam yang selalu berparkir di kawasan luar rumahnya. Kereta hitam itu sama seperti kereta yang mahu melanggarnya tadi. Fikirannya mula kacau. Takut kalau itu adalah pemandu yang sama.

“Dear, okey?” Tanya Aniq. Hana angguk perlahan. Aniq mengucap syukur kepada Allah. Mujur isterinya terselamat daripada kejadian yang hampir meragut nyawa itu.

“Jom, kita masuk. Nanti, Mitsuha terlepas flight pula.” Ujar Hana selepas dia menenangkan dirinya semula.

Aniq memaut pinggang Hana. Dia mahu Hana dekat dengannya. Tidak mahu kejadian tadi berulang lagi. Mereka beriringan masuk ke dalam.

Hana meliarkan pandangannya mencari kelibat Mitsuha dan tertancap pada satu figura yang amat dia kenal. Sah! Itu memang Encik Muaz.

Teman baiknya ada bersama dengan lelaki itu. Bibir mengukir senyuman lebar. Pantas Hana menarik tangan Aniq mengikut langkahnya.

“Syu” Jerit Hana dari jauh.

“Hana!” Mitsuha turut sama menjerit nama teman baiknya. Hana melepaskan tangan suami dan laju memeluk teman baiknya itu. Aniq dan Muaz menjadi pemerhati.

“Sedihnya, awak dah nak balik.” Hana masih tidak melepaskan pelukan.

“Me too. But, you don’t have to worry about me because I will tell you a big surprise!”

“Surprise? What it is?” Hana ingin tahu. Mitsuha melaraikan pelukan dan menuju ke arah Muaz. Tersenyum-senyum kedua pasangan tersebut.

“Korang berdua dah kenapa?” Tanya Hana. Muaz berdeham berkali-kali.

“Sakit tekak ke bro?” Tanya Aniq dengan bahasa kasualnya. Muaz tersengih.

“Cik Ivy. Tuan Aniq. Sebenarnya saya dah buat keputusan.”

Hana dan Aniq saling berpandangan.

“Keputusan apa?” Tanya Aniq. Wajah Muaz dan Mitsuha dipandang bersilih ganti.

“Actually, we will getting marry soon!” Serentak mereka berdua memberitahu pasangan suami isteri itu. Bulat mata Hana. Laju dia memeluk Mitsuha.

“Syu! Tahniah! Korang berdua, tahniah!” Ucap Hana.

“Suha ni. Tak payahlah sampai nak jerit-jerit. Malu orang sekeliling tengok.” Aniq geleng kepala. Hana tersengih.

“So, bila nak langsung?” Tanya Aniq.

“Err… Rancangannya dua bulan akan datang. Kalau Tuan Aniq tak keberatan bagi saya cuti…”

“Okey. Saya bagi awak cuti. Tapi selepas cuti saya selesailah. Saya masuk kerja nanti, awak baru boleh cuti. Macam mana?” Kata Aniq membuatkan Muaz tersenyum lebar. Topik mereka berlanjutan sehingga flight Mitsuha diumumkan.

Masing-masing mengucapkan selamat tinggal. Mitsuha tidak sabar untuk memberitahu keluarganya di sana. Sebelum ini, Mitsuha hanya memperkenalkan Muaz melalui aplikasi Skype sahaja. Kepulangannya nanti akan membawa berita gembira buat keluarganya yang sudah merestui hubungannya dengan Muaz.

“DAMN it! Sikit lagi dia nak mampus. Rosak rancangan aku!” Marahnya.

“Ada orang suruhan pun tak boleh pakai. Tak guna!" Dia menuju ke arah tingkap dengan air alkoholnya. Diteguknya rakus minuman tersebut. Sebelah tangannya dikepal kuat. Geram kerana rancangannya gagal lagi kali ini.

"Kau tunggu saja harinya, Aniq Rafisqy. Aku akan bunuh isteri kau tu. Aku akan buat kau rasa menyesal." Dia ketawa dan terus ketawa. Ruang tamunya itu bergema dengan tawa jahatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience