BAB 56

Romance Completed 25726

SUHANA IVY meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Walaupun Muaz menawarkan diri untuk menghantarnya pulang tapi Hana tetap menolaknya. Lagipun, dia tidak mahu menganggu temu janji dia dengan Mitsuha.

"Hana, biarlah kami hantar Hana pulang. Lagipun, bahayalah." Pujuk Mitsuha.

"Tak apalah, Syuhada. Saya okey saja balik seorang diri." Kata Hana yang mula menyukai nama baru Mitsuha itu.

"Betul ni?" Muaz meminta kepastian dan Hana mengangguk.

"Kalau ada apa-apa telefon saya tau." Ujar Mitsuha. Risau pula dia mahu melepaskan temannya itu pulang bersendirian. Hana menyimpul senyuman.

"Ya. Kalau ada apa-apa nanti saya telefon, okey?" Hana mengangkat punggung.

"Kalau macam tu saya balik dulu. Jumpa lagi, assalamualaikum." Hana memberi salam dengan senyuman lalu mengorak langkah meninggalkan pasangan kekasih itu.

"Abang Muaz, saya risaulah. Saya rasa tidak sedap hati pula." Luah Mitsuha.

"Syu tak payah risaulah. Tahulah dia nak jaga diri." Kata Muaz.

HANA tiba di perhentian bas. Hatinya masih lagi sakit dengan kemesraan suaminya dan juga perempuan gedik itu. Mahu saja Hana menyerang mereka tadi tetapi ditahannya kerana dia tidak mahu menjatuhkan maruah suaminya itu sebagai pengarah syarikat Iris Star Holding.

Ketika dia sedang menunggu bas rapid, tiba-tiba sebuah kenderaan hitam pacuan empat roda berhenti di depannya. Hana pula sibuk melayan telefonnya dan langsung tidak menoleh ke arah kenderaan tersebut. Fikirnya, mungkin ada yang mahu turun di perhentian bas ini.

"Argh!!" Hana menjerit apabila tubuhnya ditarik kasar dan di bawa masuk ke dalam kereta hitam tersebut.

"Siapa korang, hah?! Lepaskan aku!" Hana menarik semula tubuhnya dan juga tangan yang di kunci oleh seorang lelaki berbadan kurus berpakaian hitam dan memakai penutup mulut. Hana mengerling ke tempat duduk hadapan. Seorang lelaki berbadan sasa berpakaian kemeja duduk di bahagian tempat memandu dan seorang perempuan pula duduk di sebelahnya. Hana tergamam.

"Edine, kau!" Terkejut bukan kepalang Hana apabila melihat wajah perempuan itu yang sedang mentertawakannya.

"Zac, pengsankan dia." Arah Edine. Aku cuak.

"Edine Lepaskan aku. Apa yang kau nak buat dekat aku, hah?"

Edine ketawa lagi. Dia langsung tidak mahu menjawab soalan Hana itu. Lelaki yang bernama Zac itu terus menekup mulut Hana dengan sapu tangan yang sudah diletakkan dengan ubat pengsan. Hana meronta-meronta mahu dilepaskan namun langsung tiada belas kasihan daripada lelaki itu. Hana semakin lemah. Pandangannya kelam dan akhirnya jatuh pengsan.

DIA tersedar apabila wajahnya disimbahi dengan air. Hana memandang sekeliling dengan perasaan yang takut. Dia langsung tidak tahu ke mana mereka bertiga itu membawanya. Ketawa itu kembali menyapa gegendang telingannya. Hana menoleh.

"Edine!! Lepaskan akulah!" Jerit Hana namun tidak diendahkan oleh Edine. Dua pembantunya itu berpeluk tubuh sambil memandang Hana dengan sinis.

"Kau nak aku lepaskan kau? Huh!" Sinis nadanya. Edine mendekati Hana dengan wajah bengisnya. Hana cuak. Dalam keadaan duduk tanpa ada apa-apa ikatan pada tubuhnya itu, Hana berdiri lalu berundur ke belakang.

Edine ketawa.

"Hei, perempuan! Mana kata-kata kau yang kau ni berani, tak takut dengan aku, huh?" Selangkah dia ke depan selangkah jugalah Hana ke belakang.

"Takut dengan Allah, konon. Ini yang kau kata kau takut dengan Dia?! Sebelum ni bukan main lagi tak takut dengan aku. Tapi, bila aku dah culik kau barulah kau nak takut dengan aku, ya. Dasar hipokrit!" Edine ketawa mengejek.

Hana berkali-kali menelan liur. Ya, dia memang takutkan Maha Pencipta. Tapi, dalam keadaan sebegini, sesiapa pun akan berasa takut. Lagi-lagi mereka membawanya ke tempat yang tidak ada penghuni dan dua lelaki itu bersenjatakan pisau yang tajam.

"Edine, jangan apa-apakan aku. Tolonglah lepaskan aku." Hana merayu.

"Kalau aku lepaskan kau, kau boleh ke bagi Aniq semula dekat aku?"

Hana tersentak. Tak, Aniq itu hanya milik aku. Dia cintakan aku. Kalau begitu aku tak boleh mengalah dengan perempuan ni, Hana memberi semangat pada dirinya. Dia mahu keluar daripada situ.

"Kalau kau lepaskan aku pun, aku tak akan beri suami aku pada kau. Aniq bukan barang yang boleh di tukar-tukar! Dia aku punya. Kau tak akan dapat memilikinya!" Jerit Hana. Matanya meliau mencari jalan keluar.

Edine menggeram. Saat itu, Hana memikirkan cara untuk menyelamatkan dirinya.

"Kau...." Matanya merah menahan amarah. Hana buat tidak tahu.

Hana mengumpul kekuatan. Dua lelaki itu sudah berpaling ke arah lain. Hanya Edine sahaja yang masih memakukan pandangannya ke arah Hana. Ini peluang! Getus Hana dalam hati.

Air liur di telan. Matanya ditumpukan ke arah pintu besar gudang yang terbuka luas itu. Dia hanya perlu menolak Edine jatuh dan terus berlari ke arah pintu tersebut.

Hana, kau boleh! Dia memberi semangat pada diri sendiri.

Dalam kiraan tiga dia terus berlari dan menolak Edine dengan kasar sehingga perempuan itu jatuh. Dia meneruskan lariannya ke arah pintu tersebut.

"Hoi, korang berdua! Kejar perempuan tu!" Arah Edine yang sudah terduduk. Dua lelaki yang baru sedar mangsa mereka telah melarikan diri terus mengejar Hana yang sudah jauh ke depan.

"Dapat!!" Lelaki yang berbadan sasa itu berjaya menangkap Hana semula. Hana merengus. Dia hampir dapat keluar daripada gudang tersebut. Hana meronta lagi.

"Kau memang nak kena dengan aku, kan?!" Edine meninggikan suara. Dia memandang dua lelaki di hadapannya bersilih ganti.

"Aku nak korang berdua rosakkan dia. Biar dia tahu langit itu tinggi atau tidak. Aku pasti Aniq tak akan hendakkan dia ini lagi kalau korang sudah rosakkan tubuhnya." Edine ketawa jahat. Hana terus meronta mahu dilepaskan. Namun, tangan sasa itu kuat menguncinya.

"Philip, peluang kita nak tebuk dia ni." Kata lelaki yang bernama Zac itu. Senyumannya lebar hingga ke telinga. Philip pula tersengih-sengih.

"Jom, bawa dia ke sana." Arah Philip yang sudah tidak sabar mahu memusnahkan hidup Hana.

"Lepaskan! Lepaskan!!" Air matanya jatuh membasahi wajah. Dia diletak dan di baringkan di atas lantai. Zac yang memandangnya seperti makanan itu laju mengonyakkan tepi lengan baju Hana.

"Jangan!! Jangan!!!"

Philip dengan Zac tidak mengendahkan suara Hana menjerit itu. Mereka berdua meneruskan tugas mereka. Philip mengunci tangan Hana sementara Zac pula di bahagian kaki Hana.

Edine yang melihatnya terus-terusan mentertawakannya. Puas hatinya melihat kemusnahan diri Hana itu.

"Korang teruskan. Aku nak rakam. Aku nak bagi dekat Aniq. Biar dia tahu yang isterinya ini curang dengan dia." Edine membuka video kamera dan merakam perbuatan mereka itu.

Hana semakin lemah. Separuh kain ditubuhnya sudah dikoyakkan.

"Hoi! Apa korang buat, hah?!" Sergah satu suara. Mereka cuak.

"Berani korang sentuh dia!!" Suara garau itu berlari mendapatkan Hana. Philip, Zac dan Edine laju melarikan diri.

"Mana korang nak lari, hah?!" Satu lagi suara garau menyergah mereka. Kedua-dua lelaki berpakaian hitam itu mengejar mereka bertiga. Nasib mereka malang. Hanya Philip dan Zac sahaja yang dapat mereka tangkap. Manakala Edine pula sudah jauh melarikan diri daripada tempat itu.

"Puan Hana, mari saya hantarkan puan pulang ke rumah." Kata lelaki berpakaian hitam itu. Seorang lagi temannya sudah membawa Philip dan Zac ke balai polis.

"Awak tahu nama saya..." Suaranya lemah.

"Ya. Saya kenal dengan Puan Hana. Puan tak usah risau. Puan sudah selamat sekarang. Biar saya hantarkan puan ke rumah dulu." Ujar lelaki itu.

Teresak-esak Hana menangis. Dia turutkan sahaja kata lelaki itu. Dia yakin lelaki yang ada di depannya ini seorang yang baik. Lelaki itu membuka kot hitamnya lalu meminta Hana memakainya. Mereka beriringan keluar daripada tempat tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience