BAB 48

Romance Completed 25726

LAGI tiga hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Saudara mara dari kampung sudah pun berada di sini. Hana agak terkejut juga kerana Aniq dengan rela hatinya menjadi penaja pengangkutan untuk keluarga besar Hana di kampung itu. Hotel, tempat penginapan ahli keluarga Hana juga ditanggung olehnya.

Suara tawa dan gurau senda yang bergema di ruang tamu rumah kakaknya itu tidak dipedulikan lagi. Malas dia hendak beramah mesra. Baik dia duduk di dalam bilik dulu sementara menunggu maghrib masuk.

Hana tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa tunangnya itu. Aniq sudah banyak keluarkan duit untuk persiapan perkahwinan mereka ini. Hana pula langsung tidak membantu apa-apa. Hana melihat dirinya di cermin. Pagi tadi dia dengan kakaknya serta Datin Ruhaina pergi ke spa. Agak lama juga mereka di situ. Kemudian, Datin Ruhaina membawa mereka shopping dan juga makan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Hana menghempas tubuhnya di atas tilam. Memikirkan bagaimana hendak membalas budi baik tunangnya. Kalau duit, Hana belum tentu lagi dapat membayar semua ini. Sedang dia berfikir, telefonnya berdering. Hana segera menjawab tanpa melihat siapa pemanggilnya.

“Assalamualaikum,”

“Hoi! Perempuan. Kau memang tak makan saman dengan aku, kan?!” Tengkingnya tanpa menjawab salam Hana.

Laju Hana bangkit. Dahinya berkerut. Dia memandang screen telefonnya. Nombor yang tidak diketahui. Dia melekapkan kembali telefon itu di telinga.

“Awak ni siapa? Tiba-tiba nak tengking orang!” Geram Hana dengan pemanggil tersebut.

Dia ketawa sinis di hujung talian. Ketika itu juga bunyi ketukan pintu biliknya kedengaran. Dia mencapai tuala lalu menutup kepalanya. Takut jika dilihat oleh tetamu yang bukan muhrim.

“Huh, Awak ni siapa?!” Dia mengajuk kata Hana.

Hana membuka pintu bilik. Tersembul wajah Aniq di depan mata. Hana mengerling lelaki itu sekejap dan kemudian fokus kembali pada talian tersebut.

“Buat-buat tidak tahu. Hei, perempuan kau tak ingat ke apa yang aku cakap tempoh hari? Kau tak takut?! Kau betul-betul nak menyesal atas perbuatan kau, hah?!” Tengkingnya.

“Baik kau batalkan perkahwinan kau dengan Aniq! Putuskan pertunangan kau dan pergi jauh dari dia. Aniq milik aku seorang saja!” Tengkingnya lagi. Hana diam. Baru dia tahu pemanggil itu adalah Edine. Tapi, macam mana perempuan seksi ini tahu nombor telefonnya?

“Kau dapat nombor aku dari mana, hah?!” Tanya Hana kasar. Edine ketawa sinis.

“Mana aku dapat kau tak payah tau. Yang aku nak sekarang, kau pergi jauh dari hidup Aniq. He is mine!” Edine menekan ayat terakhirnya itu. Hana mencebik.

“Suha, siapa telefon?” Aniq bertanya apabila melihat wajah tunangnya itu berubah.

Hana memandang Aniq dengan telefonnya bersilih ganti. Tanpa berfikir panjang Hana terus memberikan telefonnya kepada lelaki itu. Aniq terkejut dengan tindakan tunangnya. Dahinya berkerut.

“Kenapa?” Aniq memandang telefon itu kemudian memandang wajah tunangnya semula.

“Awak sajalah yang jawab. Saya malas nak marah-marah dengan perempuan tak cukup kain ni. Saya tak tahu mana dia dapat nombor telefon saya ni.” Jawab Hana selamba. Aniq seperti tahu siapa yang dimaksudkan oleh Hana. Lantas dia mengambil telefon Hana lalu dilekapkan di telinga. Hana masuk semula ke biliknya untuk mengambil tudung segera.

“Hoi, perempuan! Kau dengar atau kau saja nak pekakkan telinga kau tu! Baik kau batalkan perkahwinan korang sebelum aku buat kau lebih teruk lagi!” Marahnya bila Hana tidak memberi respons.

Aniq tergamam bila mendengar suara Edine di corong telefon itu. Wajahnya bertukar.

“Edine! Berani kau suruh Suha batalkan perkahwinan kami!” Marah Aniq. Tidak sangka perempuan itu mengugut tunangnya untuk batalkan perkahwinan mereka.

“Aniq?” Bertukar terus nada Edine bila mendengar suara Aniq.

“I tak sangka you begini. Berani nak ugut tunang I!” Suaranya keras.

“Aniq... I…”

“Bukan ke I dah bagi amaran dekat you sebelum ini? You dah bakar kereta-kereta syarikat I dan sekarang you nak ugut tunang I pula. You ingat I tak tahu apa yang you dah buat dekat Suha sebelum ini!”

“Bu... buat apa? I buat apa dekat dia?” Tanya Edine takut.

“Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu pula you ni, kan.” Sinis Aniq membalasnya.

“You tak dapat lari dari kesalahan you, Edine. I tak tahu you dekat mana sekarang. But, I will make sure yang you akan ditangkap dan I nak you masuk dalam penjara atas kesalahan yang you dah buat!” Aniq terus mematikan talian. Marah betul dia dengan perempuan itu. Aniq mengerling screen telefon tunangnya. Hilang sikit marahnya bila melihat wallpaper mereka berdua masih di guna pakai di screen telefon itu.

Hana keluar semula dari biliknya. Dia sudah siap dengan tudung segeranya. Pintu bilik ditutup rapat lalu menuju ke tempat Aniq sedang berdiri.

“Awak okey?” Tanya Hana. Wajah Aniq masih tegang.

“I’m okay. I got to go, now. Suha ambil ni.” Aniq memberikan semula telefon itu kepada Hana dan juga empat gulungan kertas kecil. Dia terus berlalu dari situ. Hana tergamam. Dia belum cakap apa-apa lagi lelaki itu sudah pergi. Hana geram dan masuk semula ke dalam biliknya.

Belum sempat pintu tertutup rapat, ada orang lain menolak dari luar. Rupanya, Mitsuha. Dia tersenyum kepada Hana.

“Sekejapnya tunang Hana jumpa Hana.”

Mitsuha menuju ke birai katil tempat Hana duduk.

“Saya pun tak tahu apa dia buat dekat sini. Jumpa tapi tak cakap apa-apa lagi. Dia terus pergi.” Ujar Hana sambil memasukkan gulungan kertas itu di dalam balang kaca yang diberikan oleh Aniq. Mitsuha hanya memerhatikannya sahaja. Malas dia hendak tanya pasal balang tersebut. Ada hal lain lagi yang penting dia hendak beritahu Hana.

“So, how my family? Are you okay with them?” Tanya Hana. Kali ini Mitsuha berjumpa dengan semua saudara mara Hana. Mitsuha senyum lebar. Dia baring di atas katil teman baiknya itu.

“I’m okay. Your family are so kind to me. Kalau macam ini, saya mahu tinggal dengan keluarga Hana la.” Mitsuha ketawa kecil.

“Boleh saja. Hmmm…” Hana baru terfikir tentang itu. Sekejap-kejap dia mengerling teman baiknya yang sedang berbaring menghadap dia.

“Mitsuha,”

“Hai. (Ya.)”

“Sejak awak kenal Encik Muaz tu, saya perasan korang berdua makin rapat je? Macam ada sesuatu.” Hana jungkit kening.

Tersentak Mitsuha dengan soalan Hana itu. Dia bangun dari perbaringannya.

“Hana sudah salah faham. Kami berdua bukannya rapat sangat. Lagipun, saya tak nak ganggu Hana. So, I decided to go out with him.” Mitsuha tersenyum-senyum memberi jawapan.

“Hmmm… Hana, kalau saya minta tolong dengan Hana, boleh?”

“Tolong apa?” Hana mengerutkan dahi. Selalunya, dia yang minta tolong dengan Mitsuha. Tapi, kali ini temannya itu pula yang mahukan pertolongannya.

“Masa majlis perkahwinan Hana… boleh tak Hana tolong pakaikan saya tudung?”

Bulat mata Hana mendengar permintaan temannya.

“Boleh. Tapi, takut awak tak selesa pula kalau awak pakai tudung nanti.” Ujar Hana. Siapa yang tidak biasa memakai tudung memang akan rasa panas. Itu yang dia takut jika Mitsuha memakai tudung semasa majlis perkahwinannya nanti. Dia takut sekiranya temannya merungut disebabkan tudung.

“Saya tahu kalau saya pakai tudung akan rasa panas. Tidak selesa. Tapi, saya nak cuba pakai juga. Saya teringin nak pakai tudung macam Hana pakai.” Melihat temannya yang bersungguh-sungguh mahu memakai tudung ketika majlis perkahwinannya nanti, Hana rasa terharu. Terdetik satu soalan yang ingin ditanyakan kepada Mitsuha tapi, Hana biarkan dahulu.

“Kalau awak dah cakap macam tu, saya okey saja. Nanti, saya pakaikan awak tudung masa majlis nanti. Tapi, awak nak jenis tudung yang macam mana? Banyak jenis tudung sekarang ni. Cara memakainya pun ada banyak gaya.”

Mitsuha ketawa kecil.

“Awak nak tudung bawal, tudung segera, tudung labuh, shawl..?” Hana meminta kepastian. Mitsuha ketawa lagi.

“Saya tak kisah pun Hana nak bagi saya pakai tudung apa. Yang penting saya nak cuba pakai. Nak rasa macam mana perempuan ni kalau dah bertudung.”

“Okey. Apa saja yang saya pakaikan untuk awak, awak mesti terima seadanya, ya?” Hana tersengih. Tidak sabar dia mahu tengok Mitsuha memakai tudung ketika majlis nanti.

JAM menunjukkan pukul 11.30 malam. Suara riuh rendah di bawah masih kedengaran. Mitsuha pula sudah pulang ke tempat penginapannya. Hana menyuruhnya tinggal di sini sahaja namun, teman baiknya itu menolak. Mitsuha dihantar pulang oleh Encik Muaz. Makin banyak persoalannya tentang mereka berdua. Tapi, nanti sahajalah dia tanyakan mereka berdua itu.

Hana terasa mengantuk yang amat. Dia mahu melelapkan matanya namun diganggu pula dengan bunyi deringan telefon yang berada di tepi bantal. Mahu tidak mahu dia kena juga menjawabnya. Dia terus menjawab panggilan tersebut tanpa memandang siapa pemanggilnya.

“Assalamualaikum,” Lemah suaranya memberi salam kepada si pemanggil.

“Waalaikumussalam. Abang ganggu Suha?” Suara garau di hujung talian itu langsung tidak mengejutkannya.

“Hmnm…” Itu sahaja yang keluar dari mulut Hana. Dia tahu itu adalah tunangnya.

“Kenapa awak telefon ni?” Tanya Hana sambil menguap. Dia menarik selimut naik ke paras dada. Telefon dibiarkan melekap di telinganya. Kedua-dua tangannya sudah memeluk bantal peluknya.

“Sorrylah ganggu Suha. Abang nak cakap sekejap je dengan Suha. Suha boleh tahan lagi mengantuk tu?”

“Hmmm… Apa yang awak nak cakap. Cakap saja. Saya dengar.” Suaranya timbul tenggelam kerana menahan kantuk.

“Maaflah sebab tadi datang tak cakap apa pun dekat Suha. Terus pergi macam tu je.”

“Mesti sebab perempuan seksi tu, kan? Abang jangan risaulah. Selagi Suha boleh lawan, Suha akan cuba. Lagipun, Abang ada untuk lindungi Suha, kan?” Ujar Hana. Dia tidak sedar lagi panggilannya sudah berubah. Matanya semakin layu. Aniq ketawa kecil di hujung talian.

“Suha, sebenarnya tadi abang datang cuma nak hantar baju pengantin Suha. Abang nak terus pulang tapi, umi dengan ayah suruh abang jenguk Suha dulu. Dia orang kata Suha tak nak turun. Dia orang suruh abang pujuk Suha.”

“Hmmm… Suha malas… nak tu…run tadi.” Tersekat-sekat Hana membalasnya. Dia sudah menutup matanya. Telinganya masih mendengar suara Aniq.

“Suha, empat gulungan kertas yang abang bagi tadi tu adalah yang terakhir untuk Suha. So, kalau Suha ada minat nak buka gulungan tu, bukalah. Baca apa yang abang tulis dalam kertas kecil tu.”

“Hmmm…”

“Abang nak bagi tahu lagi ni. Esok abang tak ada dekat sini. Suha jaga diri. Abang balik sebelum majlis berlangsung.” Beritahu Aniq. Tiada sahutan pula.

“Suha,” Panggil Aniq. Senyap. Hanya bunyi dengkuran kecil dari Hana sahaja yang didengarinya. Aniq ketawa.

“Dah tidur rupanya dia ni.” Aniq tidak terus mematikan taliannya. Dia masih mahu mendengar bunyi dengkuran kecil Hana itu. Dalam diam dia tersenyum sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience