BAB 65

Romance Completed 25726

Kejutan yang besar baginya. Aniq sudah membuat kawasan pantai itu menjadi cantik. Makan malam khas buatnya di tepi pantai. Meja bulat berada di tengah-tengah bentuk love yang dilukis oleh Aniq. Garisan love itu dihiasi pula dengan bunga-bunga ros merah dan juga lilin wangi. Hana sungguh terharu. Tidak sangka suaminya akan membuat kejutan seperti ini untuk dirinya.

"Suha patut berterima kasih dekat keluarga kita. Mereka semua pun terlibat dalam projek kejutan abang ni tau."

Hana tersenyum dan memeluk suaminya. Pelukan mereka kejap.

"Terima kasih, abang. Nanti, saya ucap terima kasih dekat mereka, ya." Hana meleraikan pelukan. Aniq menyimpul senyuman. Entah, ke mana pula mereka semua itu sudah pergi? Terus hilang dari pandang. Sempat Hana mencari-cari kelibat keluarganya itu tetapi tidak ada.

"Dia orang pergi jalan-jalanlah tu. Tak payahlah Suha risau dengan dia orang."

"Tahu-tahu saja Suha tengah fikir apa sekarang ni." Hana mencebik.

“Jom,” Aniq menghulurkan tangannya. Hana membalas huluran tersebut. Aniq membawanya ke tengah. Dia kemudian menarik kerusi untuk isterinya. Hana tersenyum.

“Abang yang buat semua ni ke?” Tanya Hana. Cantik hiasan yang ada di atas meja mereka itu. Siap di tabur dengan kelopak bunga ros lagi.

“Ya. Ini semua kejutan untuk Suha. Kejap.”

Hana mengerutkan dahi. Entah apa yang suaminya buat di bawah meja itu.

“Apa yang abang buat dekat bawah tu?” Tanya Hana dengan kerutan di dahi. Aniq mendongak. Bibir mengukir senyuman. Aniq berdiri dan menghampiri isterinya lalu duduk mencangkung. Dia kemudian memberikan Hana sebuah kotak baldu.

“Apa ni abang?”

“Ambil dan buka.” Aniq menyuruhnya. Hana teragak-agak hendak mengambilnya. Sekali lagi Aniq memberi isyarat untuk mengambil dan membuka kotak baldu tersebut.

Kotak baldu sudah berada di tangannya. Hana membuka perlahan kotak baldu tersebut. Bola matanya besar melihat seutas gelang tangan emas putih yang sangat cantik.

“Untuk Suha?” Hana meminta kepastian. Laju Aniq mengangguk. Aniq mengambil gelang tangan tersebut lalu dipakaikan di tangan kiri Hana. Hana menyimpul senyuman. Aniq kembali ke tempat duduknya.

“Suha, abang nak minta maaf dengan Suha.”

Hana mengerutkan dahi. “Kenapa pula?"

“Nah,” Aniq memberikan semula buku ilustrasi milik isterinya itu. Hana tergamam. Dia baru teringat tentang ini. Dia betul-betul sudah lupa tentang buku ilustrasi ini. Laju Hana mengambilnya.

Dia membelek-belek luaran buku itu. Kulit buku masih elok. Cuma dia perasan di tepi buku itu ditandakan dengan banyak pelekat warna-warni. Wajahnya penuh tanda tanya. Setahu dia, sebelum ini dia tidak pernah pula letak pelekat-pelekat ni semua.

Hana memandang suaminya. Aniq asyik tersenyum saja. Hana mengalihkan pandangannya pada buku itu semula. Tangannya bergerak membuka helaian yang diletakkan dengan pelekat.

Hana membuka helaian kertas yang diletakkan dengan pelekat pertama yang berwarna merah. Gambar ilustrasi si lelaki menolong si gadis bertudung menolak troli di sebuah pasaraya.

“Suha ingat masa kita pergi tesco? Suha tak nak abang tolong tolak troli tu, kan? Tapi, abang tetap buat juga.” Aniq tersengih. Hana tercengang.

Dia membuka helaian kertas yang dilekatkan dengan pelekat yang kedua. Si lelaki membawa banyak barang-barang shopping dan si gadis bertudung tersenyum melihat si lelaki. Ingatan Hana melayang pada situasi mereka berdua di IOI City Mall. Cumanya dia tidaklah gembira seperti gadis dalam gambar ni. Hana membuka lagi helaian seterusnya.

Gambar seterusnya di mana si gadis bertudung membuat kejutan kepada si lelaki di halaman rumah mereka. Hana tergamam. Dia sudah tentu ingat akan hal ini. Malam itu, dia membuat kejutan untuk Aniq. Tapi, hampa bila suaminya tidak balik-balik lagi. Hana memandang Aniq yang masih tersenyum. Dia menutup semula buku itu.

“Kenapa Suha tak teruskan?” Tanya Aniq. Dia tak suka ke?

“Nantilah Suha sambung tengok.” Hana tersengih kemudian dia mengukir senyuman manis buat suami.

“Abang Is, terima kasih. Terima kasih untuk semua ni. Abang dah buat Suha terharu sangat.” Hana mengukir senyuman. Jelas semuanya sudah terjawab. Aniq memang sayangkan dia. Ingin sekali dia mahu mengungkap kata cinta itu. Tapi dia malu.

"Abang Is?" Aniq mengerutkan dahi.

"Yalah. Aniq Rafisqy. So, Suha rasa Suha nak panggil abang dengan panggilan abang Is tu."

"Kenapa tak Isqy. Kan, sedap di dengar. Tak pun tukar jadi Ishq (cinta)"

"Tak nak. Lebih baik panggil abang Is."

"Okey. Tapi abang suka lagi kalau Suha panggil abang ni abang Ishq."

Hana buat muka marah. Ingat, aku tak tahu ke maksud Ishq tu. Kalau aku panggil dia macam tu nanti dia jadi nakal. Asyik nak menggatal, nak mengusik aku. Ish, tak naklah aku.

"Suha," panggil Aniq. Hana memandangnya.

“Apa yang abang buat ni semua untuk Suha. Sejak pertama kali kita jumpa, abang dah jatuh cinta dengan Suha. Abang dah tanya Mitsuha dengan keluarga Suha tentang apa yang Suha suka dan tak suka.”

Hana tergamam. Dia sudah agak suaminya akan cari tahu dari keluarga dan temannya.

“Cuma abang tak nak ungkap lagi perkataan tu selagi kita tidak ada status yang sah. Abang tak nak mensia-siakan cinta Suha yang abang miliki ini. Sebab tu abang bertekad mahu kahwin dengan Suha,”

Hana tertunduk malu.

“Abang yakin yang Suha dah baca semua kertas yang ada dalam balang kaca yang abang bagi. Abang yakin Suha dah tahu jawapan di sebalik itu, kan?” Aniq menarik tangan Hana dan digenggam erat. Sempat Aniq mengucup tangan itu.

“Sekarang, abang nak ungkap lagi sekali ayat tu…”

“Abang jangan!”

Aniq terkejut. Suha meninggikan suara kepadanya. “Kenapa pula?”

“Err… abang tak payahlah cakap benda tu dekat sini. Suha malulah.”

Aniq tersenyum. Ingatkan apa la tadi…

“Tak nak. Abang nak cakap juga.”

“Abang…”

“Abang suka Suha. Abang sayang Cik Bento abang ni. Abang cinta Suha. Suha bintang hati abang. Suha segala-galanya bagi abang.” Aniq mencium tangan itu sekali lagi. Hana terkesima. Wajahnya bertukar warna.

“Sekarang abang nak dengar dari mulut Suha pula. Suha sayang abang?”

“Nanti sajalah Suha bagi tahu.” Hana tersengih. Aniq buat muka tidak suka.

“Ala, cakap sajalah. Abang nak dengar ni. Please…” Rayu Aniq.

“Ish, tak naklah. Suha malu.”

“Nak malu apanya. Suha isteri abang. Tak salah ungkapkan ayat tu dengan suami sendiri, kan?”

“Tetap juga Suha malu. Nanti sajalah. Tunggu Suha bersedia.”

Aniq melepaskan tangannya. Dia mula merajuk. Hana sudah tentu tidak suka bila si suami merajuk. Ah, nanti sajalah kau pujuk Hana, bisik hatinya.

Beberapa minit kemudian pelayan resort datang membawa hidangan untuk mereka berdua. Hana dan Aniq menikmati makan malam mereka berdua tanpa sebarang perbualan. Selesai makan mereka menuju ke bilik penginapan mereka semula.

Hana tidak lepas memandang gelang tangan yang dipakai di tangan kirinya. Tidak mungkin dia akan lupa dengan apa yang terjadi hari ini. Senyumannya lagi lebar bila melihat buku ilustrasi yang berada dalam pegangannya. Banyak situasinya yang sama dalam buku tersebut. Tapi, dia harus pujuk suaminya itu. Salah dia sebab tidak menggembirakan hati suami.

Aniq membuka pintu bilik. Hana membuntuti dari belakang. Suaminya masih merajuk. Dia tidak tahu bagaimana hendak mula.

Hana cuak bila senyumannya tidak dibalas. Aniq berlalu ke bilik air. Namun, sempat dihalang oleh Hana. Wajah suaminya tidak beriak. Hana geram. Dia memang tak suka orang kesayangannya merajuk lama-lama. Hana menjengket. Pipi Aniq dicium.

“Suha minta maaf.” Hana menghadiahkan senyuman.

Aniq terkejut dengan tindakan isterinya. Senyuman mahu diukir tapi ditahannya. Dia mahu tengok sejauh mana Hana memujuknya.

“Abang, senyumlah. Maafkan Suha sebab buat abang merajuk dengan Suha.” Tubuh Aniq dipeluk olehnya. Aniq tidak membalas. Dia meneruskan lagi lakonannya.

Hana mengeluh bila suaminya tidak memberi sebarang reaksi. Hana mendongak sambil tangannya memeluk pinggang Aniq. Hana senyum serot. Aniq pula yang cuak. Entah apa pula yang akan dilakukan oleh isterinya ini.

“Abang pandanglah Suha.”

Seperti di jampi, Aniq menuruti saja kehendak Hana. Hana tersenyum senang.

“Abang kacaklah.” Pujinya. Aniq berdeham.

“Abang serius pun nampak kacak.” Hana mengukir senyuman manis.

“Suha tak tahu bila perasaan tu datang. Sehinggalah abang buat Suha rasa cemburu. Dengan Edine Suha tak pernah rasa benda tu. Tapi, bila dengan perempuan gedik tu Suha rasa tercabar. Rasa macam abang nak jauh dari Suha je. Tapi, bila Suha dah baca kertas-kertas dalam balang tu, Suha jadi yakin. Suha yakin dengan perasaan Suha ni.”

“So,” Aniq sudah tidak sabar mahu tahu jawapannya.

“Abang pun tahu jawapan tu, kan.”

“Tapi abang nak dengar dari mulut Suha sendiri.” Aniq mengeratkan pelukan. Rajuknya sudah hilang.

Hana mengumpul kekuatan. Dia menjengket lalu mencium pipi Aniq buat kali kedua. Aniq tersenyum. Suka dengan layanan itu.

“Suha cinta abang.” Hana terus menundukkan wajahnya. Malu. Aniq ketawa kecil. Comel.

“Abang ni dah kenapa?” Hana mendongak kembali dan melihat suaminya tersenyum nakal. Hana jadi tidak keruan. Aniq memperkemaskan lagi pelukan mereka.

“Abang nak Suha tunaikan permintaan abang, boleh?”

“Permintaan apa?” Wajah penuh tanda tanya. Makin lebar senyuman Aniq. Dia mengucup hangat pada dahi Hana. Kemudian kucupannya turun pada bahagian hidung Hana. Hana jadi kaku. Dia tidak membalas. Dia juga tidak melawan perbuatan suaminya itu. Aniq tersenyum.

“Suha benarkan abang, ya.” Suara gemersik itu menggoyahkan iman Hana. Aniq merapatkan wajahnya pada telinga Hana. Dia membisikkan sesuatu. Kata-kata indah diiringi dengan doa. Hana jadi bungkam. Aniq mencempung tubuh isterinya lalu di bawa ke atas tilam. Lampu di padam. Malam itu menjadi malam pertama mereka sebagai suami isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience