BAB 7

Romance Completed 25726

MUAZ perasan wajah majikannya tidak seperti sebelum ini. Sepertinya ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran majikannya. Muaz memberanikan diri untuk bertanya.

“Tuan Aniq okey ke?”

Laju Aniq memandang pembantunya itu. Kening sebelah diangkat.

“Saya okey saja. Kenapa kamu tanya begitu?” Pelik Aniq. Tiba-tiba sahaja pembantunya bertanyakan soalan pelik. Muaz tersengih.

“Sebab Tuan Aniq tak macam sebelum ini. Maksud saya, tuan tak bersemangat seperti selalunya.”

Aniq menyandar di kerusi kerjanya. Dia menghela nafas berat. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya. Dia perasan perubahan dirinya itu berlaku selepas pertemuan pertama kali dia dengan gadis yang bernama Suhana Ivy itu.
Takkan aku ada hati pula dekat gadis tu? Tanpa dia sedari, dia tersenyum sendiri.

“Tuan senyum-senyum tu fikir siapa?” Makin pelik Muaz dengan kelakuan majikannya. Aniq berdeham beberapa kali.

“Saya senyum ke?”

Muaz angguk. Aniq tersengih panjang kemudian wajahnya bertukar serius. Muaz telan liur bila melihat wajah tersebut.

“Muaz, kau pernah jatuh cinta ke?” Tanya Aniq. Dia menggunakan bahasa kasual pula.

“Tak pernah lagi tuan. Kenapa? Tuan dah jatuh cinta dengan seseorang ke?” Macam tak percaya je tuan aku ni jatuh cinta, katanya dalam hati.

“Entahlah. Tapi, wajah dia asyik bermain dalam fikiran aku ni. Sejak pertama kali aku nampak dia memang aku ada rasa something dekat dia. Tapi aku tak tahu apa benda tu.” Aniq menyentuh dadanya yang berdegup kencang. Wajah Suhana Ivy bermain-main di mindanya. Muaz yang menjadi pemerhati itu tersenyum melihat kelakuan majikannya.

“Saya rasa tuan memang dah jatuh cinta dekat dia ni.” Muaz memberi pendapat. Laju Aniq memandangnya semula. Senyuman diukir buat pembantunya itu.

“Tapi, kalau tuan dah jatuh cinta dekat dia, Cik Edine macam mana pula?” Terlintas di fikirannya tentang perempuan yang selalu mengganggu hidup majikannya itu.

“She’s not special for me. Saya tak pernah rasa perasaan tu dekat dia. Saya hanya rasa benda ni dekat gadis bertudung tu je.” Kata Aniq. Muaz sekadar mengangguk. Dia kemudian meminta diri keluar daripada bilik pejabat majikannya. Sempat dia mengerling ke arah majikannya yang sedang hanyut di dunia sendiri. Muaz geleng kepala. Tak pernah lagi dia lihat perangai majikannya sebegitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience