BAB 64

Romance Completed 25726

DESTINASI pertama mereka adalah kereta kabel Langkawi. Aniq mahu kembali ke destinasi tersebut. Bila Hana dapat tahu sahaja tempat yang ingin mereka tujui, dia mula rasa takut. Aniq mahu mengajaknya naik kereta kabel.

“Abang, boleh tak…”

“No. Dear mesti ikut abang. Kita naik sama-sama kereta kabel tu, okey?” Aniq mengeratkan lagi pelukan pada pinggang ramping Hana itu.

“Suha jangan takut. Trust me. I will make you comfortable.” Aniq mengenyitkan matanya. Riak wajah Hana langsung tidak berubah. Dia masih takut. Gayat dengan ketinggian.

Selesai membeli tiket, Aniq langsung menarik Hana mengikutnya ke dalam. Sebentar lagi mereka berdua akan menaiki kereta kabel. Hana mengeraskan tubuhnya namun perbuatannya itu sia-sia sahaja. Aniq yang kuat terus menarik tubuh genit itu mengikut langkahnya.

Giliran mereka sebentar lagi. Jurugambar sudah pun mengambil gambar mereka berdua. Saat pintu kereta kabel itu terbuka, Aniq terus melangkah masuk ke dalam. Laju dia menarik tangan Hana. Hana terjerit kecil. Dia menutup matanya rapat. Kereta kabel bergerak naik ke atas.

Aniq tidak habis-habis mentertawakan isterinya. Hana masih menutup matanya rapat. Pinggang Aniq dipeluk erat.

Aniq boleh rasakan getaran tubuh Hana itu. Memang isterinya dalam ketakutan. Aniq langsung tidak menjarakkan tubuhnya pada Hana. Dia cuba menenangkan Hana sebaik yang mungkin.

Hampir sejam mereka di atas melihat keindahan sekeliling Pulau Langkawi. Aniq tidak habis-habis mengambil gambar mereka berdua. Hana pula langsung tidak melepaskan pautan pada lengan suami. Sekejap-kejap matanya memandang ke bawah. Perasaan takut menguasai dirinya.

PENAT berjalan sekitar kawasan kereta kabel Langkawi, Aniq terus membawa Hana pulang semula ke Pelangi Beach & Spa Resort. Aniq memilih tempat itu memandangkan isterinya suka dengan kawasan tersebut.

Malam itu, Aniq meminta Hana memakai pakaian yang dibelinya sewaktu mereka berada di KL. Aniq menunggunya di pantai. Katanya ada kejutan untuknya. Hana yang begitu teruja terus menyiapkan dirinya.

Beberapa minit kemudian dia turun ke bawah menuju ke tempat yang di arahkan oleh Aniq. Langkahnya mati apabila seorang berdiri di depannya dengan senyuman. Tiba-tiba pipinya dikucup lembut.

"Kak Lina! Akak buat apa dekat tempat macam ni?"

"Akak saja jalan-jalan dekat Langkawi ni. Akak nak cari barang untuk kafe kita."

Hana membulat. "Akak serius ke? Akak nak ambil alih kafe uncle Han?" Bukan main teruja lagi Hana mendengarnya. Laju dia memeluk kakaknya.

"Dah. Dah. Nah, tadi akak singgah kejap kedai bunga. Akak tahu Hana suka bunga ros, kan? Ni untuk Hana. Sepatutnya, bunga ni akak nak pos pergi tempat kamu tapi memandangkan jumpa kamu di sini, bagi teruslah." Lina ketawa kecil. Bukan main lagi senyuman lebar Hana itu. Hana mengambilnya dan menghidu haruman bunga ros berwarna merah. Dia perasan ada tag pada bunga ros itu. Dia memandang kakaknya dengan kerutan.

"Cik?"

"Itu nama empunya kedai bunga tu. Err... Hana, akak nak gerak dulu. Ada benda lagi yang akak nak cari ni." Belum sempat Hana bersuara kakaknya terus menghilangkan diri. Hana jungkit bahu. Dia meneruskan langkah.

Tidak sampai 10 minit berjalan, orang lain pula menghalangnya pergerakkannya. Senyumannya lebar. Kalau tadi itu kakaknya, sekarang yang berdiri di depannya ini pula kakak iparnya.

"Kak Fidah!" Laju Hana memeluk kakak iparnya.

"Eh, Hana. Tak sangka pula kita boleh berjumpa dekat sini." Kata Rafidah. Matanya meliau mencari sesuatu.

"Akak cari apa?" Hana juga turut sama mengikut rentak kakak iparnya.

"Akak cari suami akak dengan Yana. Tadi, suami akak suruh tunggu sini. Sekarang akak pula yang kena tunggu mereka berdua." Rafidah mengeluh.

"Oh, ingatkan akak cari kak Lina. Sebab tadi Hana terserempak dengan dia."

"Eh, kakak Hana pun ada dekat sini ke? Akak memang tak perasan pun. Dia datang sini buat apa?" Tanya Rafidah.

"Beli barang. Akak?" Tanya Hana pula.

"Suami akak bawa akak bercuti. So, akak cadang tempat inilah."

Terangguk-angguk Hana dan ketika itu dia perasan ada sesuatu pada genggaman kakak iparnya.

"Bunga ros?"

"Oh, ini akak jumpa tadi. Agaknya seseorang dah jatuhkannya. Hana ambillah." Rafidah memberikan bunga itu kepada adik iparnya. Teragak-agak pula Hana mahu mengambilnya.

"Bento?" Sama seperti bunga ros yang kakaknya beri, bunga ros ini pun ada tagnya sendiri.

"Oh, ini kerja Yana. Dia yang tulis. Fikirannya asyik bento. Bento. Bento. Lepas ni, Hana kena buatkan untuk dia, ya. Kasihan pula akak tengok anak akak tu."

Hana tersenyum. "Tak ada masalah. Untuk Yana, Hana okey saja."

"Hmmm... Akak, Hana pergi dululah. Aniq tunggu Hana ni." Hana terus meninggalkan Rafidah yang masih menunggu suami dan anaknya di situ.

Tidak lama kemudian dia ternampak dua kelibat sedang berlari ke arahnya.

"Abang Harith? Yana?"

"Eh, aunty Ivy ada dekat sini? Aunty nak bento." Laju Yana mendekati Hana namun sempat di halang oleh Harith.

"Ish, mulut Yana ni. Nanti, saja ayah belikan bento untuk Yana, ya?"

"Tak nak! Tak nak!" Rengek si Yana. Hana yang memandang kerenah dua beranak itu hanya tersengih.

"Abang Harith, tadi kak Fidah cari abang dengan Yana." Beritahu Hana.

"Yeke? Ala, mesti ibu marah kita ni. Ini semua pasal Yana la."

"Apa pula Yana. Ayah yang salah. Yana suruh beli bunga lily. Kenapa ayah beli bunga ros pula?" Yana pula memarahi ayahnya.

"Ish, Yana ni. Tak baik tau marah ayah. Nanti, tak masuk syurga tau." Hana menasihatinya. Yana tersengih.

"Kalau macam tu..." Yana mengambil bunga ros di tangan ayahnya dan kemudian memberikan kepada Hana. Bukan satu tapi dua kuntum bunga ros yang Hana dapat dari mereka.

"Bye, aunty! Jumpa lagi. Jangan lupa bento Yana!" Yana menarik ayahnya meninggalkan Hana yang masih terpacak di situ. Hana garu kepala yang bertutup. Di tangannya sekarang ada empat kuntum bunga ros. Sama seperti dua kuntum yang dia dapat tadi, bunga ini juga ada tagnya.

"I? L?" Hana memandang semula abang iparnya dengan Yana yang sudah jauh meninggalkannya.

"Pelik." Hana meneruskan langkah lagi dan tidak lama kemudian dia ternampak Arissa sedang berlari-lari anak menuju ke arahnya.

"Apa sebenarnya yang dah terjadi ni?" Makin berkerut dahinya memikirkan hal yang berlaku sekarang ini.

"Kan, Arissa dah cakap aunty Ivy memang otak udang." Bersahaja si Arissa memerli auntynya sendiri sebaik sahaja dia mematikan langkah di depan auntynya. Hana menggeram.

"Eh, eh, budak ni. Muncul-muncul terus perli aunty, ya." Hana mencebik.

"Nah," Arissa terus memberikan bunga ros merah itu kepada Hana. Hana menyambutnya dengan kening terangkat.

"Arissa pun ada bunga ros ni?" Hana mengerling tag pada bunga ros itu.

"O?" Hana memandang semula anak buahnya itu.

"Arissa tahu apa-apa ke yang aunty tak tahu?"

"Mestilah tahu. Aunty tu je yang tak tahu. Aunty memang tak dapat agak ke apa yang berlaku sekarang ni?"

Hana geleng kepala. Arissa menjulingkan mata ke atas.

"Tak tahu, jomlah." Arissa tidak menjawab sebaliknya menarik tangan Hana mengikutnya.

"Ke mana?"

"Ada la." Arissa tersengih. Hana ikutkan sahaja rentak budak itu.

Sampai di tempat tersebut, Hana ternganga. Terkejut dengan apa yang di lihat di depan mata. Semua keluarganya dan juga Aniq ada di situ.

"Terkejut tak?" Puan Izati menghampirinya lalu memberikan bunga ros yang sama kepada Hana. Hana tersenyum dan menerima bunga tersebut. Masing-masing memberikan bunga kepada Hana. Pelukan daripada umi dan mama Hana la yang paling lama. Mungkin terlalu rindu dengan Hana, padahal, baru sahaja beberapa hari yang lepas mereka berjumpa.

"Nenek-nenek Arrissa yang Arissa sayang, sudahlah peluk-peluk tu. Kita ada aktiviti lagi ni." Arissa yang petah bercakap itu laju meleraikan pelukan orang tua di depannya.

"Ish, Arissa ni kacau daun saja tau." Hana memuncungkan mulut.

"Suka hati Arissa la. Aunty Ivy bacalah apa yang ada dalam tag bunga tu."

"Aunty Ivy, cepatlah baca. Cepatlah." Gesa Yana pula.

"Okey. Okey. Aunty bacalah ni." Hana melihat semua tag yang ada pada bunga ros merah itu.

"Cik... Bento.... I... L... O... V... E... Y... O... U...?" Hana mengerdipkan mata beberapa kali. Tag bunga dan dua orang budak di depannya itu dipandang bersilih ganti dan kemudian pandangannya beralih pula pada keluarganya.

"Cik Bento, I love you." Terkejut Hana apabila suara garau berbisik di telinganya. Hana berpaling ke belakang.

"Abang!" Hana tergamam melihat suaminya di depan mata.

"Semua ni..." Hana tidak dapat meneruskan kata. Dia betul-betul terharu.

"Ya, semua ni abang yang rancang. Abang bawa keluarga kita pergi bercuti. Pasal bento-bento yang hilang tu sebenarnya abang beri dengan dia orang ni. Kasihanlah dia orang tak makan atas feri tu."

Hana melopong. "Tapi... Tapi kenapa Suha tak perasan pun mereka..."

"Mama dengan yang lain ikut feri lain." Beritahu Datin Ruhaina.

"Tugas umi dengan yang lain sudah selesai. Aniq bawalah Hana pergi makan." Kata Puan Hanis. Encik Syukri dan Encik Han masing-masing menyampaikan kata sebelum Aniq membawa Hana ke aktiviti seterusnya. Dia masih lagi ada kejutan untuk si isteri tercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience