BAB 63

Romance Completed 25726

“ALHAMDULILLAH, semuanya sudah selesai. Baguslah dua orang itu sudah dipenjarakan. Sejak dulu lagi mama tak suka dengan Edine tu. Mama dah agak dia bukan baik orangnya.” Kata Datin Ruhaina. Selama ini firasatnya tentang Edine memang tidak baik.

“Terima kasih banyak sebab dah selamatkan anak umi. Umi tak tahu macam mana keadaan umi dengan yang lain kalau Hana tak ada.” Kata Puan Hanis. Wajahnya mula basah dengan air mata.

“Umi janganlah nangis. Aniq pun tak boleh hidup kalau isteri Aniq tak ada. Hana satu-satunya perempuan yang ada dalam hati Aniq. Dia sudah melengkapi hidup Aniq.” Aniq tersenyum hambar. Sedih melihat isteri yang belum sedarkan diri lagi.

“Yalah. Umi dengan ayah nak gerak dulu. Nanti, lambat pula sampai kampung. Kalau Hana bangun nanti telefon umi, ya.” Pesan Puan Hanis. Encik Syukri sudah menunggu di luar.

“Hati-hati dalam perjalanan tu, ya” Pesan Datin Ruhaina sambil bersalaman dengan besannya.


SATU HARI Aniq menjaga isterinya yang masih belum sedarkan diri itu. Aniq duduk di birai katil memerhatikan Hana. Sakit hatinya bila melihat luka pada leher isterinya. Perlahan-lahan dia mengusap luka itu. Apa yang terjadi kelmarin tidak mungkin dia akan biarkan terjadi lagi pada isterinya.

“Dear, bangunlah. Jangan buat abang macam ni.” Aniq beralih pada wajah polos Hana. Dia mengelus lembut pipi isterinya. Dia tidak sanggup kehilangan Hana lagi. Aniq tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar isterinya itu kembali sedar.

“Abang!” Jeritan Hana membuatkan Aniq tersedar dari lenanya. Sepanjang malam dia tidur dengan posisi duduk sambil memerhatikan Hana. Lantas Aniq mendapatkan isterinya. Kepala Hana diusap lembut.

“Shhh… abang ni. Suha jangan takut.” Aniq menenangkan Hana yang sedang mengigau. Hana membuka matanya. Suami di depan mata terus dipeluk. Tangisan mula kedengaran.

“Abang, Suha takut.” Pelukan dieratkan. Aniq mengusap belakang Hana. Dia mahu meredakan rasa takut yang bertandang di hati isterinya. Lama mereka begitu sehingga Hana tertidur di pangkuannya. Aniq merebahkan kembali isterinya. Dibetulkan posisi tidur si isteri.

HANA terbangun dari tidurnya. Terasa pinggangnya dipeluk erat. Hana mengerling ke sebelah. Wajah tenang Aniq dipandang lama. Sekali lagi Aniq menyelamatkan nyawanya. Dia tidak tahu sama ada dia masih lagi hidup atau tidak jika Aniq tidak menyelamatkan nyawanya.

Gerakan kecil Hana membuatkan Aniq tersedar. Sebaik dia membuka matanya, dia melihat isterinya sedang menangis. Aniq tersenyum kecil. Air mata yang mengalir di wajah Hana itu dikesat lembut.

“Suha ni cengeng. Asyik nangis je. Nampak muka abang mesti nangis.”

Hana ketawa kecil.

“Abang, terima kasih sebab abang selamatkan…”

“Shhh… Jangan cakap lagi pasal tu. Itu memang tanggungjawab abang untuk jaga keselamatan Suha.” Aniq membelai rambut panjang Hana.

“Cukup. Abang tak nak kita bahas pasal ni lagi. Apa yang penting sekarang Suha dah selamat dan kembali pada abang.”

Hana menyimpul senyuman.

“Jom,” Aniq bangun dari tidurnya. Senyumannya sungguh menggoda.

“Abang nak ke mana?” Tanya Hana. Aniq angkat kening.

“Solatlah. Hana tak nak solat subuh ke?”

Hana tersengih. Fikirannya ke arah lain.

“Abang pergi bersihkan diri dulu. Suha sediakan sejadah.” Ujar Hana. Aniq meninggalkan isterinya dan berlalu ke bilik air.


“ABANG suruh Suha sediakan semua bekalan ni nak ke mana?” Tanya Hana. Selepas solat tadi, suaminya menyuruhnya membuat bento seberapa banyak yang mungkin untuk bekalan mereka berdua. Hana pelik tapi diikutkan sahaja kehendak Aniq. Aniq sudah seperti Arissa dan juga Yana. Suka sangat dengan bento. Padahal, hidangan tu biasa saja. Mungkin juga sebab mereka suka dengan seni makanan.

“Ada la. Suha siapkan dan kemaskan apa yang patut dulu. Abang nak naik atas kejap.” Aniq terus meninggalkan Hana yang masih dalam kebingungan. Beberapa minit kemudian dia turun semula dengan membawa dua beg bagasi pakaian. Bertambah kerutan di dahi Hana melihat kelakuan suaminya itu.

“Abang nak buat apa dengan beg bagasi tu?” Tanya Suha. Aniq hanya membalas dengan senyuman.

“Dah siap semua?” Aniq mengubah topik. Dia tidak menjawab soalan isterinya itu. Hana hanya mengangguk.

“Kalau dah siap bagus. Kita gerak sekarang.”

“Hah?!” Laju Hana melangkah kaki ke tempat suami.

“Abang nak bawa Suha ke mana ni?” Hana garu kepala. Aniq menayang gigi putihnya yang tersusun rapi. Terserlah lesung pipi di sebelah kanan wajahnya.

“Secret. Dear naik atas, siapkan diri. Pakaian dear semua ada di sini dah. Tinggal dear je yang tak siap lagi. Pergi lekas.” Aniq menolak lembut bahu isterinya agar segera pergi menyiapkan diri. Hana memuncungkan mulut. Tidak puas hati dengan suaminya.

“Dah. Tak payah muncungkan mulut tu. Pergi cepat. Abang nak susun dulu barang-barang ni dalam kereta.” Aniq hanya ketawa bila melihat wajah tidak puas hati isterinya itu.

“Pakaian dalam Suha…” Perlahan suaranya namun dapat ditangkap oleh telinga suami. Aniq tersengih-sengih.

“Tak payah malu. Abang dah masukkan dalam ni pun.”

“Abang! Eee… buat malu saja. Benda tu biarlah Suha yang buat.” Wajahnya membahang. Malu. Aniq ketawa kecil. Hidung Hana menjadi mangsa cubitannya.

“Suha pergi cepat siap. Abang tunggu dekat luar.”

Hana mencebik. Dia terus naik ke atas menyiapkan dirinya.

JAUH perjalanan meraka dan Hana masih tertanya-tanya akan tempat yang ingin mereka pergi. Aniq seperti biasa akan senyum dan tersengih. Bila di tanya, suaminya langsung tidak menjawab. Geram Hana dibuatnya.

Hana bangun bila dirasakan kereta itu tidak lagi bergerak. Hana mengerekot. Aniq ketawa kecil melihat gelagat isterinya.

Hana keluar daripada kereta. Hampir senja baru mereka sampai ke destinasi. Dia melihat sekelilingnya. Dia kenal kawasan tersebut. Laju Hana memandang suami. Mereka berada di Jeti Kuala Kedah.

“Abang nak bawa Suha pergi Langkawi lagi ke?” Hana yakin suaminya membawanya ke sana. Tempat yang mereka pergi sebelum ini.

“Yup. Abang nak tebus apa yang tak sempat tempoh hari.”

“Abang nak tebus apa lagi? Kita kan dah keliling satu Langkawi.” Pelik Hana dengan kata-kata suaminya itu.

“Nanti, Suha tahu. Jom.” Aniq membawa beg bagasi mereka menaiki feri. Hana merengus. Dia membawa bakul kertas yang berisi bekalan mereka. Laju Hana mengejar suaminya yang sudah ke depan.


TIBA di Jeti Langkawi, Aniq terus menyewa kereta. Selesai urusan kereta, Aniq terus membawa isterinya ke destinasi utama mereka.

"Pelik." Jari Hana bermain-main di dagunya. Aniq mengerling sekilas sahaja isterinya yang duduk di sebelah.

"Apa yang peliknya dear?" Tanya Aniq.

"Yalah. Pelik sebab ke mana bento-bento yang lain tu pergi? Hilang macam tu saja. Nasib baik ada dua bento yang Suha letak dalam plastik lain." Sepanjang dalam feri tadi lagi Hana asyik memikirkan bento-bentonya yang hilang tiba-tiba itu.

"Itu... Itu salah Suha la."

"Eh, mana ada. Salah abang. Abang yang masukkan bento-bento tu dalam bonet tadi, kan?"

"Memanglah abang yang masukkan bento-bento tu dalam bonet kereta tapi sampai dekat Jeti seberang sana tu makanan-makanan tu dah hilang."

Hana mengerling tajam.

"Makanan-makanan tu hilang pun sebab abanglah. Apa yang abang buat masa tu, huh?"

Aniq tersengih. "Masa tu Suha pergi beli tiket dan makanan ringan, kan?"

Hana mengangguk sambil berpeluk tubuh. "Lepas tu?"

"Abang pergi tengok enjin kereta. Abang biarkan bonet kereta tu terbuka. Abang ada perasan juga orang lalu lalang dekat belakang kereta tu."

"So, salah siapa sekarang? Suha ke abang?"

Lagi sekali Aniq tersengih. "Okey. Okey. Salah abang. Suha tak payahlah kisah sangat pasal bento-bento tu. Nanti abang beli banyak bahan-bahan basah lepas tu Suha buatlah lagi bento, ya?"

"Senang je abang cakap. Malaslah cakap dengan abang. Nasib baik kita tak kebulur tadi." Hana merengus.

"Lagi bagus Suha tidur." Laju Hana menutup matanya dan membelakangi suami. Aniq ketawa kecil.

"Maafkan abang." Aniq mencium tangan si isteri lalu di genggamnya sambil dia memandu ke tempat destinasi.

HANA terkejut. Sebaik sahaja dia membuka matanya, dia berada di dalam sebuah bilik. Aniq yang baru keluar daripada bilik air itu dikerling dengan penuh tanda tanya.

“Dear dah bangun. Pergi bersihkan diri dulu. Lepas tu kita solat berjemaah.” Ujar Aniq.

“Macam mana Suha boleh ada dalam bilik ni?” Tanya Hana kebingungan. Aniq ketawa kecil.

“Abang yang angkat Suha. Abang bangunkan Suha tapi Suha tidur mati pula.”

Merona merah wajah Hana. Mesti ramai yang nampak suaminya mengangkat dia sewaktu dia tertidur tadi.

“Malu ke?”

Hana tersentak. “Err… Mestilah malu.” Dia menundukkan wajah.

Aniq tersenyum. Suka dia melihat wajah memerah itu.

“Suha pergi mandilah. Abang tunggu. Kita solat sama.” Lembut suaranya menyuruh isterinya pergi membersihkan diri. Hana menurut kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience