BAB 37

Romance Completed 25726

"SUHANA IVY!! Apa kena dengan kau ni, hah?!" Hana melepaskan marahnya di depan sebuah tasik. Sakit hatinya dengan tingkah laku perempuan itu.

Sebelum ni aku okey saja dengan lelaki tu. Kenapa sekarang ni aku beremosi pula bila ada perempuan lain dekat dengan dia. Kalau Edine tu aku tak kisah sangat, sebab Aniq memang tak suka dia. Tapi...

"Cinta? Perempuan di pejabat dia tu dia panggil dengan panggilan sayang macam tu..." Hana diam seketika. Fikirannya galau. Saat itu, dia teringat dengan perbualannya dengan Mitsuha.

"Ah, mustahillah. Mana mungkin aku jatuh cinta dengan lelaki tu. Aku tak suka dia walaupun dia tu cukup pakej." Hana cuba menidakkan perasaan yang muncul di benak hatinya itu.

Lama dia merenung air tasik yang tenang itu sambil memikirkan perasaannya.

"Aku rasa dia main-mainkan aku. Dia sengaja buat aku macam tu. Perempuan tu, kan pekerja dia. Apa saja arahan yang dia berikan mesti perempuan tu ikut. Aku rasa mereka berlakon saja tu." Hana membuat andaian. Saja mahu hatinya itu tenang kembali.

Tidak lama kemudian telefonnya berbunyi. Panggilan daripada Mitsuha. Dia baru teringat yang temannya itu mahu membawanya keluar berjalan.

"Ah, pedulikanlah dia tu. Malas aku nak fikir pasal hal ni. Lebih baik aku keluar dengan Mitsuha lagi bagus." Hana kembali ceria. Dia menjawab panggilan Mitsuha dan meninggalkan tempat tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience