Bab 20 : Tindakan balas Malaysia

Romance Series 1274

5:30 petang – Wisma Putra, Putrajaya

Di dalam bilik mesyuarat utama Wisma Putra, suasana semakin tegang. Datuk Seri Anuar Rahman duduk di hujung meja dikelilingi pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar dan wakil dari Majlis Keselamatan Negara (MKN). Di hadapan mereka, skrin besar menayangkan laporan terkini dari Pyongyang.

"Ini adalah krisis terbesar yang pernah kita hadapi dengan Korea Utara dalam sejarah hubungan diplomatik kita dengan mereka ," kata Datuk Seri Anuar. "Mereka kini secara terang-terangan menjadikan rakyat kita sebagai tebusan."

Seorang pegawai MKN, Brigedier Jeneral (B) Azman Khalid, bersuara, "Jika kita tidak bertindak tegas, ini akan menjadi preseden buruk. Negara lain mungkin melihat kita sebagai lemah dalam mempertahankan rakyat kita."

"Setuju," sahut Timbalan Menteri Luar, Datuk Shahrul Nizam. "Tapi kita tak boleh terburu-buru. Kita perlu pastikan keselamatan rakyat kita di sana dahulu sebelum membuat keputusan drastik."

Datuk Seri Anuar mengangguk. "Kita akan mulakan dengan tiga langkah: Pertama, kita panggil Duta Besar Korea Utara ke Wisma Putra segera untuk menjelaskan tindakan mereka. Kedua, kita pertimbangkan langkah balas diplomatik termasuk pengusiran duta mereka dari Malaysia. Ketiga, kita akan bekerjasama dengan negara sahabat untuk memberi tekanan kepada Pyongyang."

Semua pegawai mengangguk setuju.

---

9:00 petang – Kedutaan Korea Utara, Kuala Lumpur

Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, sedang duduk di pejabatnya apabila seorang pegawai memberitahu bahawa dia telah dipanggil ke Wisma Putra. Dia sudah menjangka perkara ini.

Sejak pagi tadi, dia menerima arahan langsung dari Pyongyang untuk menekan Malaysia supaya menggugurkan siasatan kes ini sekiranya tiada delegasi Korea utara yang terlibat dalam siasatan kes ini dan mengekstrak jenazah kim Jong nam ke Korea utara untuk ditukarkan dengan rakyat Malaysia yang berada di Korea utara . Namun, satu arahan yang membuat darahnya berderau. jika Malaysia enggan tunduk, maka rakyat mereka akan dihumban ke Kem 16.

Dia menarik nafas panjang sebelum bangun dan bersiap untuk menghadiri mesyuarat yang pastinya akan menjadi pertembungan diplomatik.

---

9:45 malam – Wisma Putra, Putrajaya

Kang Chol masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan ekspresi dingin. Datuk Seri Anuar sudah menunggunya bersama beberapa pegawai kanan Wisma Putra.

"Yang Berbahagia Datuk Seri," Kang Chol bersuara sebelum duduk. "Saya percaya ini mengenai kenyataan kerajaan kami?"

"Ya, Tuan Duta," Datuk Seri Anuar bersuara dengan nada serius. "Kami ingin mendapatkan penjelasan rasmi mengapa rakyat Malaysia kini tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara."

Kang Chol menyandarkan badan dan berkata, "Kerajaan kami hanya mahukan siasatan kes ini dilakukan dengan adil tapi kerajaan Malaysia tidak membenarkan kami untuk turut serta dalam siasatan ini maka kami tiada pilihan lain lagi datuk seri.

Datuk Seri Anuar tidak membuang masa. "Tuan Duta, Malaysia adalah negara berdaulat. Kami menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang negara ini . Tindakan menahan rakyat kami adalah pelanggaran hak asasi manusia dan mencabuli prinsip diplomasi antarabangsa."

Kang Chol tersenyum sinis sebelum menjawab " Saya telah menerima arahan daripada Pyongyang, Datuk Seri. Kerajaan saya menghendaki siasatan dihentikan serta-merta dan mayat Kim Jong-nam diserahkan kepada Korea Utara. Jika Malaysia enggan menurut maka rakyat anda di Pyongyang akan dihantar ke Kwanliso "Kem 16."

Datuk Seri Anuar mengetap bibir. Ancaman ini lebih kejam daripada yang dijangka. "Sekiranya kerajaan Korea Utara meneruskan tindakan sebegini, Malaysia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan balas."

Keheningan seketika.

Datuk Seri Anuar menarik nafas panjang menahan marah yang memuncak. Wajahnya tetap tenang, namun jelas kelihatan ketegangan di balik matanya. Dia kemudian menjawab dengan suara yang berat namun tegas, "Kang Chol, ancaman yang anda buat ini bukan sahaja menyinggung martabat Malaysia, tetapi juga keselamatan rakyat kami. Kami tidak akan tunduk kepada tekanan seumpama ini. Saya akan bawa usulan ini kepada Perdana Menteri "

Datuk Seri Anuar menghentak meja dengan kedua-dua tangannya, suara tegasnya bergema di dalam bilik. "Saya harap Pyongyang faham, Malaysia bukan negara yang mudah digertak. Tuan Duta, anda boleh beredar sekarang."

Wajahnya semakin keras, menunjukkan bahawa tiada ruang untuk perbincangan lanjut.

Kang Chol terdiam seketika, terpinga-pinga dengan tindak balas agresif itu. Sebagai seorang duta besar, dia tahu ini adalah langkah yang luar biasa dalam dunia diplomasi. Satu peringatan bahawa perbincangan kini berada di penghujungnya. Namun, dia tetap cuba mempertahankan pendiriannya dengan suara yang lebih rendah.

"Saya harap Malaysia akan berfikir dengan rasional sebelum membuat sebarang keputusan. Saya harap Datuk seri boleh menjadi jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara bukan menghancurkan" katanya, cuba mengekalkan sedikit kewarasan dalam nada suaranya.

---

10:00 malam – Putrajaya

Selepas pertemuan dengan Kang Chol, Datuk Seri Anuar segera menghubungi Perdana Menteri dan Menteri Luar melalui panggilan video.

"Kita tidak boleh bertolak ansur lagi," kata Datuk Seri Anuar dengan tegas. "Pyongyang ingin memaksa kita menyerahkan mayat Kim Jong-nam dan mereka mengancam untuk menghantar rakyat kita ke Kwanliso. Ini lebih daripada sekadar ancaman diplomatik. ini adalah serangan langsung terhadap kedaulatan negara kita."

Menteri Luar Malaysia dengan nada serius, bersetuju. "Saya akan umumkan kepada media esok. kita akan menggantung semua perbincangan diplomatik dengan Pyongyang sehingga rakyat kita dibenarkan pulang. Mereka sudah melampaui batas."

Perdana Menteri , Najib Razak kemudian bersuara dengan ketegasan yang sama, "Pastikan Staff kita di Pyongyang full alert.

Datuk Seri Anuar mengangguk, matanya tajam menatap skrin. "Saya sudah berbincang dengan MKN. Semua langkah keselamatan sudah diaktifkan. Negara kita tidak akan tunduk."

Malaysia kini bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang lebih buruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience