14 Februari 2017
Kedutaan Malaysia, Pyongyang
Aiman terjaga dari tidur.
Jam di dinding menunjukkan 3:47 pagi.
Fikirannya masih kabur antara mimpi dan realiti. Ada sesuatu yang mengganggu nalurinya. Nafasnya berat.
Dia bangkit dari katil, mencapai telefon. Tiada mesej. Tetapi perasaannya masih gelisah.
Bunyi deringan memecah keheningan bilik.
"Aiman, bangun sekarang. Datang ke pejabat segera."
Suara Duta Besar, Datuk Mohamad Nizan di hujung talian kedengaran tegang.
Aiman tersentak.
Tanpa bertanya lebih lanjut, dia mencapai baju sejuk, menyarung kasut, dan bergegas keluar. Di luar, angin Pyongyang berhembus dingin, menusuk ke tulang.
---
Pejabat Kedutaan Malaysia, Pyongyang
4:15 pagi
Di bilik mesyuarat kecil kedutaan, beberapa pegawai telah berkumpul. Komputer riba terbuka, skrin menayangkan laporan berita antarabangsa.
Di tengah skrin:
“Abang kepada Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong Nam, Dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.”
Dada Aiman terasa sesak. Tangannya mengepal.
Ya Allah. Aku baru sebulan di sini… sekarang ini pula yang terjadi.
Suasana bilik tegang. Beberapa pegawai Kementerian Luar Korea Utara (MFA DPRK) telah menghantar mesej melalui saluran diplomatik meminta penjelasan.
“Ini akan mencetuskan krisis diplomatik,” suara Datuk Mohamad Nizan memecah kesunyian. “Saya mahu laporan penuh dari Wisma Putra secepat mungkin.”
Telefon Datuk Mohamad Nizan berbunyi. Semua mata tertumpu kepadanya. Dia membaca mesej di skrin sebelum mengangkat wajahnya kepada pegawai-pegawai yang hadir.
"Wisma Putra baru dapat laporan awal dari KL. Kim Jong Nam disyaki dibunuh di KLIA pagi tadi. Polis masih menyiasat. Setakat ini belum ada butiran lengkap tertapi dua suspek wanita telah ditangkap iaitu seorang dari Indonesia dan lagi seorang dari Vietnam.
Aiman bertukar pandangan dengan Farid. Suasana bilik menjadi semakin tegang.
"Ini akan mencetuskan krisis diplomatik," suara Datuk Mohamad Nizan memecah kesunyian. "Saya mahu laporan penuh dari Wisma Putra secepat mungkin."
Aiman menelan liur. Dia tahu ini bukan sekadar kes jenayah biasa.
Ini adalah pembunuhan politik.
Dan Malaysia kini terperangkap dalam permainan kuasa Korea Utara.
---
6:00 pagi
Satu nota diplomatik dari Kementerian Luar Korea Utara tiba di kedutaan. Nada surat itu keras:
Mereka menuntut pembebasan rakyat Korea Utara yang ditahan di Malaysia.
Mereka menafikan penglibatan Kim Jong Un dalam pembunuhan ini selepas beredar spekulasi liar yang mengatakan pembunuhan ini dirancang oleh Kim Jung un
Mereka mengeluarkan amaran kepada Malaysia:
“Jika Malaysia gagal bertindak adil, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah sewajarnya.”
Aiman memandang duta.
"Apa maksud mereka dengan ‘langkah sewajarnya’?”
Datuk Mohamad Nizan menghela nafas panjang. “Ancaman halus. Kalau Malaysia enggan tunduk, mereka mungkin akan guna taktik lebih keras.”
Di luar tingkap, matahari mula terbit di ufuk timur.
Tetapi bagi Aiman, fajar itu membawa petanda buruk.
---
10:00 pagi
Bilik Mesyuarat Kedutaan Malaysia, Pyongyang
Aiman menggenggam telefon erat matanya menatap skrin phone dia yang memaparkan tajuk berita utama dari berita TV3
“WARGA KOREA UTARA DIBUNUH DI MALAYSIA”
Dia berpaling ke arah Farid, pegawai politik kedutaan, yang duduk di sebelahnya.
"Game over, man," bisik Farid perlahan.
Di hujung meja, Datuk Mohamad Nizan berwajah serius. Telefon kedutaan tidak berhenti berdering.
“Kita baru dapat panggilan dari Wisma Putra,” katanya. “Malaysia sedang menunggu maklumat penuh dari polis. Tapi kita boleh jangkakan reaksi dari Pyongyang tidak akan baik.”
Aiman menelan liur. "Mereka akan balas dendam, Datuk?"
Duta Besar menggeleng perlahan. “Belum pasti, tapi berdasarkan rekod, kemungkinan besar mereka akan tahan rakyat Malaysia di sini sebagai leverage.”
Ketegangan di bilik semakin terasa. Kedutaan Malaysia di Pyongyang kecil hanya beberapa pegawai dan segelintir staf tempatan. Jika ada apa-apa berlaku, mereka semua terperangkap.
“Saya mahu laporan situasi dihantar ke Wisma Putra dalam sejam.”
“Aiman, kau siapkan memo situasi. Maklumkan perkembangan di sini.”
“Farid, pastikan senarai penuh rakyat Malaysia di Pyongyang dikemas kini.”
Aiman mengangguk dan segera bergerak ke mejanya. Tangannya sedikit bergetar semasa menaip laporan. Setiap perkataan mesti tepat terlalu banyak atau terlalu sedikit kedua-duanya boleh membawa kesan buruk.
> “Kita ada berapa rakyat Malaysia kat sini, Farid?”
Farid menyemak senarai.
“Termasuk Sofiya, ada 8 orang. Tapi Sofiya paling vulnerable sebab dia pelajar. Kalau ada apa-apa, dia tak ada immunity macam kita.”
Aiman mengangguk. "Kita kena pastikan dia okay. Aku akan call dia sekejap lagi."
Tiba-tiba, loceng interkom kedutaan berbunyi.
Semua orang berpaling ke arah pintu. Seorang pegawai keselamatan masuk, wajahnya tegang.
"Tuan, ada pegawai Korea Utara di luar. Mereka mahu bercakap dengan Duta."
Hati Aiman berdegup kencang.
Ini baru permulaan.
---
Share this novel