BAB 13 : TEKANAN PYONGYANG

Romance Series 1274

Ruang Tamu Kedutaan Malaysia, Pyongyang

Suasana menyesakkan. Tiga pegawai dari Kementerian Luar Korea Utara berdiri di hadapan Datuk Mohamad Nizan.

Lelaki berkaca mata dengan jambang nipis dan jaket kelabu melangkah setapak ke depan. Wajahnya neutral, tetapi ada tekanan tersirat dalam renungan matanya. Suaranya terkawal tidak meninggi, tidak menekan tetapi setiap ayatnya membawa beban diplomasi yang berbahaya.

"Kerajaan kami menuntut akses penuh terhadap rakyat kami di Malaysia. Tanpa sekatan."

“Datuk Mohamad tidak menunjukkan sebarang reaksi terburu-buru. Dia sekadar menyesuaikan posisi duduknya, bersandar sedikit lalu merapatkan jari-jemarinya.

"Sebarang permintaan berkaitan warga Korea Utara di Malaysia akan dikendalikan mengikut prosedur diplomatik yang ditetapkan. Pihak berkuasa Malaysia masih menjalankan siasatan dan sebarang akses yang diberikan mestilah tidak mengganggu proses itu."

Sejenak, suasana menjadi lebih berat. Pegawai Korea Utara itu tidak berganjak. Dia tidak memerlukan penjelasan dia mahukan kepastian.

"Kami mahu kepastian bahawa rakyat kami selamat dan tidak ditindas."

Nada yang lebih keras, lebih menekan.

Datuk Mohamad mengekalkan ketenangannya, namun kali ini nadanya sedikit mengeras.

"Keselamatan mereka terjamin selagi mereka mematuhi undang-undang Malaysia. Seperti yang saya nyatakan ini adalah siasatan jenayah yang berlaku di negara kami. Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang campur tangan yang boleh mencemar kredibiliti penyiasatan kami."

Seorang lagi pegawai Korea Utara, yang lebih muda, kelihatan mahu menyampuk, tetapi lelaki berkaca mata itu mengangkat tangan sedikit menandakan cukup.

Dia memerhati Datuk Mohamad sejenak seperti sedang menilai sejauh mana keteguhan pendirian pegawai kementerian luar korea itu.

"Baik, kami akan sampaikan ini kepada pihak atasan kami. Tetapi kami harap kerajaan Malaysia memahami kepentingan isu ini kepada Pyongyang."

Jawapan yang tidak menjanjikan apa-apa namun juga tidak menolak.

Tetapi dua pegawai lain yang berdiri di sisinya nampak terlalu fokus pada Aiman.

Aiman dapat rasa pandangan mereka meneliti setiap pergerakannya.

Salah seorang daripada mereka, berambut pendek dan berwajah tajam, menarik sesuatu dari poketnya. Dengan gerakan perlahan tetapi disengajakan, dia menyelitkan dua keping gambar di hadapan Aiman cukup rendah supaya hanya Aiman yang dapat melihat.

Jantung Aiman terhenti sesaat.

Dalam gambar itu, wajahnya dan Seo Yeon jelas terpapar.

Aiman menelan liur. Tangannya mengepal di sisi, tetapi dia memaksa dirinya untuk kekal tenang.

Pegawai itu tersenyum nipis. “Kau kenal perempuan ini?”

Suara dia perlahan, tetapi menusuk.

Aiman mengeraskan rahangnya. “Saya tidak kenal dia.”

Pegawai itu tidak berkata apa-apa untuk beberapa saat, sekadar merenung Aiman, seolah-olah cuba membaca pergerakan matanya.

Kemudian dia tersenyum nipis, menyimpan semula gambar itu ke dalam jaketnya.

“Baiklah.”

“Tapi, kalau kami dapat tahu ada rakyat kami yang menjalinkan hubungan dengan orang luar secara tidak sah…”

Dia menepuk perlahan poket jaketnya.

“… itu boleh jadi masalah besar.”

Nada suara dia tidak berubah, tetapi mesejnya jelas.

Datuk Mohamad perasan perubahan ekspresi Aiman, tetapi memilih untuk tidak bertanya.

Perbincangan diteruskan selama beberapa minit lagi sebelum pegawai Korea Utara itu beredar. Tetapi minda Aiman sudah jauh melayang.

---

Pejabat Duta Besar, Kedutaan Malaysia

"Aiman, masuk ke pejabat saya."

Suara Datuk Mohamad Nizan tegas.

Aiman mengikut, mengetahui bahawa duta pasti telah melihat sesuatu.

Pintu pejabat tertutup. Datuk nizan bersandar di kerusi, memerhati Aiman beberapa saat sebelum bersuara.

"Apa yang mereka tunjuk pada kau tadi?"

Aiman menghela nafas perlahan. “Gambar aku dengan seorang perempuan Korea Utara.”

"siapa ?"

nama dia seo Yeon

Aiman memilih untuk tidak berbohong secara total.

"Dia bekerja di sebuah stesen minyak. Saya pernah berbual dengan dia beberapa kali."

Duta mengangguk perlahan. Matanya tidak lepas dari wajah Aiman.

"Dan kau fikir mereka saja je tunjuk gambar itu tanpa sebab kat kau ?"

Aiman terdiam.

"Aiman, ini bukan amaran biasa."

"Bila mereka tunjuk sesuatu, itu bukan sekadar ancaman. Itu isyarat bahawa kau berada dalam radar pengawasan mereka dan mereka tahu perihal kau dan perempuan itu . Mungkin mereka akan... hmmm .. Aiman dalam situasi sekarang ini aku rasa kau patut jauhkan diri dari pada dia kerana mereka sedang tunggu kau buat kesilapan."

Aiman menyedut nafas perlahan.

"Saya faham, Datuk. Saya akan jauhkan diri."

Datuk Mohamad mengangguk. Tetapi sebelum Aiman beredar, dia berkata satu perkara lagi.

"Aiman, ini bukan cuma tentang kau.

"Kalau kau tak jaga langkah kau… orang lain yang akan terima akibatnya. Dan perempuan itu... Aku tak tahu sejauh mana kau kenal dengan perempuan Korea utara.. lupakan dia dan itu adalah arahan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience