14 Februari 2017
Asrama Pelajar Antarabangsa Pyongyang Medical University
Aiman menekan nombor Sofiya.
Nada dering pertama. Kedua. Ketiga.
Dia menghela nafas. Walaupun jam baru menunjukkan 10:30 pagi, hari ini terasa lebih panjang daripada biasa.
Akhirnya, panggilan bersambut.
"Hello? Aiman?"
Suara Sofiya kedengaran mengantuk, sedikit serak.
"Sofiya, kau okay?"
"Hmm? Aku okay... kenapa? Kenapa call pagi-pagi ni?"
"Kau dah tengok berita?"
Ada jeda di hujung talian.
"Belum... kenapa?"
Aiman menghembus nafas perlahan.
"Kim Jong Nam kena bunuh di KLIA."
Kedengaran bunyi Sofiya bergerak, mungkin dia baru bangun dari katil. Suaranya berubah, lebih serius.
"Wait… what? Kau serious?"
"Seratus peratus."
Bunyi kertas diselak, diikuti bunyi klik tetikus. Sofiya mungkin sedang membuka berita di laptopnya.
"Ya Allah… VX? Itu chemical weapon, Abang aiman.
"Ya, aku tahu. Sebab itu aku call kau dulu. Kau sorang je rakyat Malaysia kat Pyongyang yang bukan dalam misi rasmi. Kau paling vulnerable."
Sofiya terdiam seketika.
"Jadi… sekarang macam mana?"
"Buat masa ni, stay low profile. Jangan cakap apa-apa pasal kes ni dengan sesiapa. Kalau ada pegawai Korea Utara tanya, bagitahu yang kau tak tahu apa-apa. Dan kalau boleh, jangan keluar sorang-sorang.”
Sofiya menghela nafas.
"Okay… Aku faham."
Aiman memicit pangkal hidung. Tekanan semakin meningkat.
"Kalau ada apa-apa yang rasa pelik atau mencurigakan, kau terus call aku atau Farid. Jangan buat keputusan sendiri."
"Aiman… Kau rasa mereka akan buat sesuatu kat aku?"
Aiman berfikir sejenak sebelum menjawab.
"Aku tak nak kau panik, tapi kita kena bersedia untuk kemungkinan buruk. Korea Utara bukan negara biasa. Mereka takkan duduk diam."
Sofiya tidak berkata apa-apa selama beberapa saat.
"Aku akan berhati-hati."
"Bagus."
Aiman mendengar bunyi ketukan pintu di talian Sofiya.
"Sofiya, siapa tu?"
Sofiya menahan nafas.
"Aku tak tahu... tunggu kejap."
Bunyi pergerakan. Pintu dibuka.
Aiman mengepal tangan.
"Sofiya?"
"It's just my roommate. Kau ni buat aku paranoidlah, Aiman."
Aiman menghela nafas lega.
"Baik. Aku akan update kau kalau ada apa-apa perubahan. Kau lock pintu sebelum tidur malam ni."
"Roger that, encik diplomat."
Sofiya masih di talian. Suaranya sedikit perlahan, seperti ragu-ragu.
"Aiman… boleh aku call parents aku?"
Aiman menggenggam telefon di tangannya sementara Sofiya masih menunggu jawapan. Dia faham perasaan gadis itu dalam keadaan genting seperti ini sesiapa pun pasti mahu mendengar suara ibu bapa mereka. Tapi ini bukan situasi biasa.
Dia menarik nafas dalam dan berkata dengan nada serius, "Aku kena rujuk Duta dulu. Kalau kau nak call, kita kena buat ikut prosedur supaya tak timbul masalah."
Sofiya mengangguk perlahan, wajahnya jelas menunjukkan keresahan.
Aiman segera menuju ke pejabat Duta Besar, di mana Datuk Mohamad Nizan sedang berbincang dengan beberapa pegawai lain. Tanpa membuang masa Aiman menjelaskan permintaan Sofiya.
Datuk Mohamad Nizan berfikir sejenak sebelum menjawab, "Kita tak boleh benarkan sebarang panggilan secara bebas. Kalau pihak Korea Utara tahu dia bercakap tanpa kawalan mereka mungkin akan mula sekat akses komunikasi kita. Tapi..." Dia berhenti seketika. "...Aku akan benarkan, dengan syarat panggilan dibuat dari talian kedutaan dan kita pantau."
Aiman segera kembali kepada Sofiya. "Kau boleh call, tapi guna telefon kedutaan."
Sofiya menelan liur sebelum mengangguk dan berkata " baik lah abang Aiman nanti Sofiya akan pergi ke kedutaan "
---
Pejabat Kedutaan Malaysia, Pyongyang
Telefon berbunyi beberapa kali sebelum panggilan disambut.
"Hello? Sofiya?" Suara ibunya kedengaran di hujung talian sedikit cemas.
Sofiya cuba mengawal suaranya "Mak... Saya okay. Jangan risau, ya."
"Kenapa suara kamu macam tu? Ada apa-apa jadi?"
Sofiya teragak-agak seketika. Dia tahu ibu bapanya pasti sudah membaca berita mengenai pembunuhan Kim Jong Nam dan ketegangan antara Malaysia dan Korea Utara.
"Semuanya baik-baik sahaja mak. Fiya masih di kampus dan semuanya okay," katanya, cuba berlagak tenang.
Ayahnya masuk ke talian. "Sofiya, dengar sini baik-baik. Kalau apa-apa jadi, jangan percayakan sesiapa kecuali pegawai kedutaan. Faham?"
"Faham, ayah."
"Kami dah call Wisma Putra tadi. Mereka kata kedutaan akan jaga semua rakyat Malaysia di sana."
Sofiya terdiam seketika sebelum berkata, "Ya, Duta dan pegawai lain semua ada di sini. Mereka uruskan semuanya."
Ada kelegaan di hujung talian, tetapi kebimbangan tetap tidak hilang.
"Jaga diri baik-baik, sayang. Kalau ada apa-apa hubungi kami Fiya ataupun kau pergi terus ke kedutaan."
"Ya, mak. Saya janji."
Aiman memberi isyarat bahawa panggilan harus ditamatkan.
"Saya kena pergi dulu, mak. Jangan risau sangat, ya?"
"Okay, Fiya. Assalamualaikum
waalaikumsalam mak
Klik.
Sofiya meletakkan telefon dan menutup matanya seketika, menarik nafas dalam. Aiman perasan tangannya sedikit menggeletar.
"Kau okay?" soalnya perlahan.
Sofiya mengangguk, memaksa senyuman. "Ya... Terima kasih, bang Aiman."
Sofiya tahu perbualan itu tidak banyak membantu menenangkan ibu bapanya, tetapi sekurang-kurangnya mereka tahu dia masih selamat.
Aiman tahu ini baru permulaan. Jika keadaan bertambah buruk, panggilan seperti ini mungkin akan jadi semakin sukar atau mustahil.
Share this novel