Seo Yeon masih berdiri di tempatnya tidak berganjak walau kereta itu sudah semakin jauh. Jari-jarinya mencengkam plastik barang yang di bawa dengan erat dan cuba menahan debaran di dadanya. Salji halus turun perlahan mencipta perasaan asing yang sukar dijelaskan.
Kenapa Aiman buat macam ni?
Matanya masih melekat pada jalan yang kini kosong. Aiman bukan jenis orang yang macam ini. Malah, dia satu-satunya pelanggan asing yang selalu bertanya khabar. Dia juga selalu membuatkan dia tersenyum.
Tapi malam ini… dia seperti orang asing.
Seo Yeon menarik nafas dalam, menghembus perlahan. Dia menggigit bibir.
Mungkin aku silap. Mungkin aku yang terlalu berharap.
Perlahan-lahan, dia mula melangkah pulang.
---
Di Dalam Kereta GAZ-24 Volga
Aiman menutup mata sejenak. Tangannya di atas paha, menggenggam seluar slacknya erat. Bunyi enjin kereta yang perlahan mengiringi fikirannya yang bercelaru.
Perasaannya tidak tenteram.
Dia tak sepatutnya bertindak macam tadi. Tak sepatutnya buat Seo Yeon rasa dia tak wujud.
Tapi dia tahu, hubungan mereka atau apa saja yang mungkin wujud antara mereka tak boleh diteruskan di Pyongyang.
"Kenapa diam je dari tadi , encik Aiman ?"
Suara Park Jin Ho akhirnya memecahkan keheningan. Pemandu setianya itu menjeling melalui cermin pandang belakang.
Aiman menggeleng. "Tak ada apa-apa."
Park Jin Ho senyum kecil, matanya kembali ke jalan. "Aku dah lama kenal kau, Aiman. Aku tahu kalau ‘tak ada apa-apa’ tu biasanya ada lah tu."
Aiman mengeluh perlahan.
"Biar aku teka… kau diam macam ni kerana perempuan kat tengah jalan tadi, kan?” Park Jin Ho bertanya tanpa menyebut nama.
Aiman tidak menjawab.
Senyuman Park Jin Ho melebar sedikit. “Nampaknya kau dah terperangkap , Encik Aiman . Aku harap kau bersedia kalau ianya tak berakhir seperti yang kau harapkan.”
Aiman mengerutkan dahi. “Maksud kau?”
Park Jin Ho bersandar, mengangkat kening. “Kau ingat tak apa yang aku pernah cakap dulu? Jangan biarkan hati kau tersesat ke tempat yang tak ada jalan pulang.”
Aiman mendongak, memandang Park Jin Ho.
“Pandangan mata perempuan tadi…” Park Jin Ho bersuara perlahan. “seperti seseorang yang sedang menunggu… atau mungkin mengharapkan seseorang untuk merangkul badan nya. Dan aku rasa orang itu tak lain tak bukan adalah kau.”
Dia menghela nafas kecil sebelum menyambung, “Dan sekarang, kau dah pun serahkan hati kau pada dia… dan dia menyambutnya tanpa ragu.”
Aiman tak balas. Dia cuma mengalihkan pandangan ke luar tingkap melihat jalan-jalan Pyongyang yang semakin sunyi.
"Tapi kau tahu kan?" Park Jin Ho menyambung, suaranya lebih perlahan. "Di tempat ini… kisah seperti ini jarang mempunyai pengakhiran yang baik. Semua nya berakhir dengan tragis.
Aiman diam. Kata-kata Park Jin Ho benar.
Dia tahu peraturannya. Dia tahu batasannya.
Dia tahu Pyongyang bukan tempat untuk jatuh cinta.
_____
Seo Yeon – Apartmen Kelas B
Seo Yeon menanggalkan kot tebalnya dan menggantung di rak. Tangannya masih sejuk.
Ibunya masih duduk di meja makan, memandangnya dengan dahi berkerut. " Mana barang yang ibu suruh kau beli tadi Seo Yeon ?
Seo Yeon menggeleng, berusaha senyum. " Ada kat atas meja makan ."
Ibunya memerhatikannya seketika sebelum mengangguk perlahan. " ibu dah panas kan air kat tab mandi Seo Yeon mandi lah dulu sebelum makan"
Seo Yeon hanya mengangguk dan melangkah ke bilik air.
Saat air suam menyentuh kulitnya, tubuhnya sedikit menggigil bukan kerana kesejukan tapi kerana perasaan yang masih bersisa dalam dadanya.
Dia sepatutnya lupakan Aiman.
Tapi kenapa rasa itu masih ada?
---
Aiman – Kediaman Diplomatik, Munsu-dong
Aiman membuka butang kemejanya satu persatu menanggalkan kotnya lalu mencampakkannya ke atas sofa.
Dia ke dapur membuka peti sejuk dan menarik keluar sebotol air. Tegukan pertama terasa menyegarkan tetapi fikiran masih berserabut.
Dia berjalan ke balkoni membiarkan udara dingin menyentuh wajahnya. Dari tingkat ini dia dapat melihat lampu-lampu bandar Pyongyang yang samar-samar.
Fikirannya kembali kepada Seo Yeon.
Bagaimana kalau ini kali terakhir mereka bertemu?
Bagaimana kalau esok dia sudah tidak ada di sini lagi?
Aiman memejam mata.
Dia menarik scarf itu keluar dari dalam poket kotnya dan menggenggamnya erat.
Scarf kelabu yang Seo Yeon sendiri tenun untuknya.
Dia tak pernah membuangnya.
Dan malam Pyongyang terus membungkus rahsia yang tak terungkap di antara mereka.
Share this novel