BAB 9 : Rindu Kepada Tanah Air

Romance Series 1274

Aiman terjaga apabila deringan telefon bimbitnya bergema dalam bilik. Matahari masih belum muncul sepenuhnya, dan Pyongyang masih diselimuti kesejukan pagi. Dia mencapai telefon dan melihat nama yang tertera.

Farid.

Aiman mengangkat panggilan. “Awal kau call aku ni.”

“Aku nak jumpa kau sebelum kau masuk pejabat. Tempat biasa, 30 minit lagi.”

Aiman menghela nafas sebelum bangun. Dia duduk di bucu katil seketika masih cuba menghilangkan rasa mamai. Tangannya mencapai kotak rokok di atas meja menyalakan sebatang sambil fikirannya melayang. Perbualannya dengan Pak Jin Ho kembali terngiang di kepala diikuti oleh peringatan daripada Farid sebelum ini.

"Lupakan dia Aiman ! "

Asap berkepul perlahan di udara, sementara fikirannya terus berputar sampailah bara rokok menyentuh jarinya.

“Adehh”

Dia tersentak menjentik puntung rokok ke dalam bekas abu sebelum menghembus nafas panjang. Setelah itu, dia menunaikan solat subuh membiarkan keheningan pagi meresap ke dalam dirinya seketika.

Beberapa minit kemudian dia sudah keluar dari kediamannya di Mundong-dong, berjalan ke kafe kecil tempat mereka selalu bertemu.

Di kafe, Farid sudah menunggu di meja biasa. Kopi hitam masih berasap di hadapannya.

Aiman menarik kerusi dan duduk. “Apa cerita?”

Farid tidak membuang masa. “Aku dapat info baru. Pegawai yang bertanya pasal kau tu bukan satu-satunya yang buat laporan. Ada seorang lagi pegawai berpangkat tinggi yang mula ambil perhatian tentang kau jadi mungkin dia ini yang mengarahkan orang untuk memantau gerak geri kau .”

Aiman mengetap bibir. “ Siapa ?

Farid menjawab, "Tak pasti, bro. Sumber aku tak sebut nama orang tu."

Jangan risaulah Farid tak payah nak gelabah sangat lah . Aku clean. Mereka takkan jumpa apa-apa.” jawab Aiman

Farid mengangguk tapi riak wajahnya masih serius. “Kalau mereka dapat bukti hubungan kau dengan Seo Yeon?”

Aiman menghirup kopi sebelum menjawab perlahan, “Aku dengan dia tak ada apa-apa lah , Farid. Cuma borak kosong.”

Farid merenungnya lama, seolah-olah cuba membaca sesuatu yang lebih dalam di wajah Aiman.

Aiman menghirup kopi, tapi fikirannya tiba-tiba melayang ke perbualannya dengan Seo Yeon beberapa hari lepas. Dia teringat bagaimana Seo Yeon bertanya tentang Malaysia

Dia hampir membuka mulut untuk menyebutnya, tapi cepat-cepat menahan diri. Kalau dia cakap tentu Farid akan membebel panjang.

Farid perasan perubahan riak muka Aiman. “Kau fikir apa?”

Aiman menggeleng. “Tak ada apa.”

Farid memandangnya dengan pandangan skeptikal. “Aiman…”

Sebelum Farid sempat menekan lebih lanjut, bunyi sudu jatuh ke lantai menarik perhatian mereka berdua. Seorang pelayan tergesa-gesa membongkok untuk mengutipnya, meminta maaf dalam bahasa Korea yang sopan.

Aiman mengambil kesempatan itu untuk mengalihkan perbualan. Dia mengangkat cawan kopinya dan bersandar ke belakang. “Aku rasa kau terlalu paranoid, Farid. Aku tahu apa aku buat.”

Farid masih kelihatan tidak puas hati, tapi dia akhirnya mengeluh perlahan. “Aku cuma tak nak kau menyesal di kemudian hari Aiman.

Aiman menghela nafas perlahan, jari-jarinya mengetuk perlahan permukaan cawan kopi. “Ok, ok… ini last. Aku takkan jumpa dia lagi. Tapi bagi aku chance to say goodbye.”

Farid mendengus kecil, bersandar ke belakang sambil menyilangkan tangan. “Kalau kau buat macam tu, lagi lah mereka curiga. Kau ingat mereka tu bodoh kah ?”

Aiman menjeling. “So kau nak aku buat apa?”

Farid menggeleng, jelas kecewa. “Aku dah kata awal-awal dulu kan? Masa kau jejak kaki kat sini elakkan interaksi yang tak perlu dengan locals kalau tak penting. Tapi kau.... Dia menghela nafas sebelum menyambung, “Macam ni je… kau buat macam biasa tapi jangan rapat sangat dengan perempuan tu. Keep it professional. Jangan ada apa-apa yang boleh jadi leverage untuk orang lain kenakan kau.”

Aiman mengangguk dan matanya merenung ke luar tingkap kafe. Di luar Pyongyang mula sibuk dengan orang ramai berjalan ke tempat kerja,kereta lama bergerak perlahan di jalan raya yang lengang. Dia tahu Farid ada alasan untuk risau tapi buat masa ini dia tidak boleh atau tidak mahu memikirkan kemungkinan terburuk

_______________

Kedutaan Malaysia, Pyongyang 2:00 PM

Setelah selesai mesyuarat pagi, Aiman kembali ke mejanya untuk menyelesaikan beberapa laporan sebelum seorang pegawai pentadbiran menghampirinya dengan ekspresi serius.

"Aiman, ada pelajar Malaysia nak jumpa kau."

Aiman mengangkat kening. Pelajar Malaysia? Hanya ada segelintir rakyat Malaysia di Pyongyang, dan kebanyakannya pegawai kedutaan atau ekspatriat.

"Pelajar?"

Pegawai itu mengangguk.

"Sofiya. Dia tunggu di lobi."

Aiman menyandarkan badan, menarik nafas perlahan sebelum bangun. Dia sudah biasa dengan gelagat Sofiya yang ceria, banyak cakap serta kuat menyakat.

Di lobi, seorang gadis bertubuh kecil dengan jaket musim sejuk tersenyum lebar. Rambut hitamnya dibiarkan lepas, pipinya sedikit merah akibat cuaca dingin. Dia melambai kecil.

"Abang Aiman!"

"Sofiya," balas Aiman, menyilangkan tangan di dada. "Apa hal sampai ke sini?"

Sofiya tersengih.

"Tak boleh ke saya datang melawat abang diplomat kita ni?"

Aiman ketawa kecil.

"Kau datang sini sebab bosan ke atau ada urusan rasmi?"

Sofiya menjungkit bahu, kemudian duduk bersilang kaki di sofa.

"Sebenarnya… aku nak ajak abang Aiman makan tengah hari."

Aiman menghela nafas kecil.

"Sofiya…"

"Jangan risau, bukan aku yang belanja," potongnya cepat, membuatkan Aiman geleng kepala.

Aiman akhirnya mengalah. "Baiklah. Kita pergi tempat biasa."

Aiman menolak pintu restoran kecil yang biasa mereka kunjungi. Aroma sup panas dan nasi berasap memenuhi ruang, memberikan sedikit kehangatan daripada kesejukan luar. Sofiya berjalan di sebelahnya, tersenyum lebar.

“Abang Aiman, serius aku rasa ni pertama kali aku ajak orang makan tengah hari kat sini,” katanya sambil melepaskan jaketnya dan duduk.

Aiman mengangkat kening. “Takkan la kau selalu makan sorang?”

Sofiya tergelak kecil. “Biasalah, geng universiti semua sibuk. Kalau keluar makan pun, aku yang selalu kena pilih tempat. Penat tau jadi ‘tour guide’ pelajar antarabangsa.”

Aiman tersenyum sambil mencapai menu. “Lepas ni kau buat je sistem giliran. Hari ni restoran pilihan kau, esok kawan kau pula pilih.”

Sofiya menjulingkan mata ke atas, pura-pura mengeluh. “Macam la diorang nak dengar cakap aku.”

Mereka membuat pesanan Aiman memilih naengmyeon, sementara Sofiya memesan bibimbap dan secawan teh panas.

“Jadi, macam mana hidup kau kat sini?” Aiman bertanya sambil bersandar di kerusinya.

Sofiya meletakkan sikunya di meja, bersandar dengan wajah yang penuh ekspresi. “Hmmm… antara menarik dan mencabar. Menarik sebab aku suka belajar benda baru, dan mencabar sebab… well, aku dekat Pyongyang.”

Aiman tergelak kecil. “Itu memang fakta yang tak boleh ubah.”

“Tapi serius,” Sofiya menyambung, “kadang-kadang aku rindu suasana Malaysia. Nak keluar beli teh ais atau makan roti canai tepi jalan. Kat sini… everything feels so… structured.”

Aiman menghirup teh panasnya perlahan sebelum mengangkat kening ke arah Sofiya. “Dah tu… kenapa kau pilih nak belajar kat sini?”

Sofiya, yang sedang menyuap bibimbap ke mulutnya, hampir tersedak mendengar soalan itu. Dia meneguk sedikit teh sebelum menjawab, “Haa… itu soalan yang aku dah jawab entah berapa kali dah.”

Aiman tersenyum tipis. “ Masa kau jawab soalan itu aku ada ke kat situ ? Tak ada kan so sila jawab pertanyaan saya ni cik Sofiya.

Sofiya meletakkan sudunya, bersandar ke belakang dengan wajah yang sedikit berfikir. “Mula-mula… aku dapat offer untuk belajar perubatan dekat beberapa tempat. Tapi bila aku tahu ada peluang untuk belajar kat Pyongyang, aku macam… why not?”

Aiman mengangkat kening. “Why not?”

Sofiya ketawa kecil. “Yelah, semua orang pergi UK, Australia, Russia… tapi Pyongyang? Rare kot! Aku suka benda yang lain daripada orang lain.”

Aiman mengangguk perlahan. “Rare tu satu hal… tapi kau tak takut ke?”

Sofiya terdiam seketika sebelum tersenyum. “Taklah… mungkin awal-awal dulu ada rasa nervous sikit. Tapi bila dah sampai sini, aku rasa… okay je. Universiti best, profesor semua baik dan yang paling penting, aku belajar benda yang aku memang nak belajar.”

Dia menyuap lagi sedikit bibimbap sebelum menyambung, “Lagipun, aku nak cabar diri aku. Aku nak buktikan yang aku boleh survive kat tempat yang ramai orang rasa ‘impossible’.”

Aiman tersenyum nipis. Dia boleh nampak Sofiya bukan sekadar suka mencuba benda baru, tapi dia juga ada semangat yang tak ramai orang ada.

“Kau memang jenis adventurous, eh?”

Sofiya tersengih. “Life is short, abang Aiman. Kalau semua benda nak main safe je, bila kita nak betul-betul hidup?”

Aiman termenung seketika mendengar kata-kata itu. Ada sesuatu dalam cara Sofiya bercakap yang buat dia teringat pada seseorang…

Seo Yeon.

Dia cepat-cepat menepis fikiran itu dan kembali fokus pada perbualan mereka.

“Baguslah kalau kau seronok kat sini,” katanya akhirnya. “Tapi kalau ada apa-apa masalah, jangan teragak-agak cari aku, faham?”

Sofiya mengangkat tangan, memberi tabik kecil. “Baik, abang diplomat.”

Setelah Sofiya menghabiskan suapan terakhir bibimbapnya, dia mengangkat wajah dengan senyuman nakal. “Okay, sekarang giliran aku pula tanya. Abang Aiman… kenapa boleh tercampak kat sini?”

Aiman tersenyum kecil sambil mengaduk baki tehnya. “Sebab aku yang minta.”

Sofiya menjulingkan matanya. “Serius? Abang sendiri yang pilih nak datang sini?”

Aiman mengangguk perlahan.

"Ya. Aku nak rasa sendiri macam mana diplomasi yang betul-betul mencabar. Nak tengok sendiri macam Malaysia urus hubungan dengan negara macam Korea Utara bukan setakat baca laporan atau dengar cerita orang.”

Sofiya memandangnya tak percaya. “Abang betul-betul pelik.”

Aiman ketawa kecil. “Mungkin. Tapi kalau nak faham dunia, kena pergi tempat yang jarang orang pergi.”

Sofiya menyandar, mengangguk perlahan. “Hmm… masuk akal. Tapi abang sendiri macam mana? Rasa okay ke duduk sini?”

Aiman tersenyum nipis. “Macam kau cakap tadi… antara menarik dan mencabar.”

Sofiya tergelak kecil. “Hah, nampak sangat abang tiru ayat aku.”

Aiman tersenyum. “Dah kau bagi jawapan yang paling tepat so aku quote lah balik jawapan bernas kau tu

Sofiya memandangnya sejenak sebelum berkata dengan nada lebih serius, “Abang rindu Malaysia?”

Aiman menarik nafas perlahan sebelum menghembusnya. “Kadang-kadang, ya. Bila bangun pagi rasa sunyi.

Sofiya diam seketika sebelum tersenyum kecil. “Aku pun kadang-kadang macam tu. Tapi sekurang-kurangnya, aku tahu abang Aiman ada kat sini. Rasa macam ada keluarga satu lagi.”

Aiman terkejut sekejap mendengar kata-kata itu sebelum dia tersenyum. “Macam adik-beradik lah ni?”

Sofiya tersengih. “Macam tu lah lebih kurang. Cuma jangan expect aku panggil abang ‘oppa’ pula.”

Aiman tergelak. “Jangan risau, aku pun tak ready nak dengar kau panggil aku macam tu.”

Mereka ketawa kecil bersama. Untuk seketika, tekanan kerja dan suasana sekeliling terasa sedikit lebih ringan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience