Kipas berputar malas di siling mamak mengiringi perbualan yang semakin larut dalam gelak tawa dan nostalgia. Teh ais dalam gelas Aiman tinggal separuh straw yang masih di tangannya sekadar dimainkan tanpa niat
Di depannya Irfan ,Sofia serta Kamal dan Hafiz. Mereka bukan sekadar rakan biasa. Mereka semua sudah berjuang bersama nya sejak zaman INTAN menempuh latihan yang sama, menghadapi tekanan yang sama dan kini seperti biasa ketiga orang rakan nya sibuk membahan seorang lagi kawan dia iaitu Hafiz yang pernah kantoi tertidur masa sesi latihan protokol di Wisma Putra.
"Weh, dia punya berdengkur sampai trainer pause lecture. HAHAHA" Irfan ketawa besar sementara Hafiz hanya menjeling dengan muka tak puas hati.
" Well at least aku tak pernah kena revision speech menteri sampai lima kali macam si Aiman," Hafiz menyengih sambil menyuap roti canai.
Aiman hanya menggelengkan kepala tertapi senyuman tetap terbit di bibir nya walaupun kelat serta penuh pasrah dengan nasib
Weh, kenapa kau ungkit balik benda yang aku cuba lupakan? Biasalah, first posting of course lah aku excited. Jadi bila aku dapat first job tulis speech untuk menteri aku betul-betul all out lah siap rujuk Hansard supaya ayat power, berisi, penuh fakta.
Aku fikir, "Ini lah dia masterpiece pertama aku."
Tapi bila boss tengok? Dia tak cakap apa-apa pun. Dia cuma ambil pen, tulis besar-besar kat depan kertas tu "KURANG BERISI."Weh, hare betul Sekurang-kurangnya hargailah usaha aku sikit.
Meja mereka bergema dengan ketawa. Sofia hampir tersedak tetapi sempat mengawal diri walaupun matanya berair. Sementara itu, tiga lagi kawan dia terus tergelak tanpa henti menepuk meja dan terhuyung-hayang menahan tawa.
"Weh bro kau patut simpan kertas tu sebagai kenangan," sindir Kamal dengan senyum sinis . Dia kemudian menghulurkan RM50 sambil berkata "Nah, ambil ni. Pergi beli bingkai lepas kau balik nanti dan framekan terus speech tu."
Aiman hanya tersenyum nipis sambil menepis duit yang dihulurkan Kamal. Malam ni bukan sekadar malam nostalgia.
Dia ada berita besar yang nak disampaikan.
Dia letak gelas ke meja, tarik nafas panjang. Ini dia moment-nya.
"Weh, aku ada berita."
Mata semua berpaling kepadanya.
"Aku dapat posting luar negara."
Sofia ternganga. Hafiz berhenti kunyah. Irfan terus bersandar ke depan.
"Weh, serious? Mana? London? Paris? Washington?"
"Bukan."
"Ohh Kau dapat posting kat Tokyo? Brussels? New York?"
Aiman senyum kecil. Dengan tenang, dia letakkan ‘bom’.
"Pyongyang, Korea Utara."
BOOM.
Sofia yang baru merasa lega dari tersedak air tadi terus terbatuk-batuk manakala Irfan, Kamal, dan Hafiz mengambil masa lima saat untuk mencerna apa yang baru Aiman katakan.
Akhirnya, Hafiz bersuara.
"Kau biar betul, weh?"
Aiman mengangguk
"Aku kena lapor diri bulan depan."
Hafiz menggeleng perlahan. "Kau sedar tak, kau bukan pergi negara biasa. Kau pergi negara yang orang luar cuma tahu dari kaca tv je ."
Sofia masih keliru. "Weh, macam mana kau boleh dapat Pyongyang? Itu antara posting paling rare untuk diplomat Malaysia."
Aiman angkat bahu. "Aku dah lama request nak experience diplomacy yang betul-betul mencabar. Aku nak belajar realpolitik, nak tengok macam mana Malaysia manage hubungan dengan negara seperti Korea Utara."
Irfan menyilangkan tangan. "Aku tabik kau sebab berani, bro. Tapi jujur, kau tak rasa risau? Kau tahu kan kau tak boleh sesuka hati contact orang luar bila dah sampai sana."
Aiman tarik nafas. Dia tahu semua itu.
"Aku tahu. Tapi kalau kita nak jadi diplomat yang betul-betul faham dunia, kita kena keluar dari comfort zone. Kalau aku nak belajar, aku tak boleh pilih jalan yang senang je."
Sofia senyum kecil. "Damn, Aiman. Kau ini dah macam Henry Kissinger tapi versi Malaysia."
Hafiz ketawa kecil. "jangan samakan aku dengan si Kissinger tu. Orang tua itu banyak sangat kontroversi yang kurang sedap untuk didengari ,Sofea. Aku lebih prefer kalau kau compare kan aku dengan Razali Ismail 2.0 lah."
"Fine, fine," Sofia tersengih.
Irfan akhirnya menghulurkan tangan. "Weh, aku bangga gila dengan kau, bro. Jaga diri kat sana, okay?"
Aiman menyambut salam itu. Rasanya ini kali pertama dia benar-benar rasa ‘real’ tentang perjalanannya sebagai diplomat.
—
Wisma Putra, Bilik Taklimat Diplomatik
Tarikh 23/5/2016 sebulan sebelum berlepas ke Pyongyang
Aiman duduk di meja bulat bersama beberapa pegawai lain yang bakal dihantar ke pelbagai negara. Di hadapan, seorang diplomat veteran, Dato’ Azman, meneliti beberapa dokumen sebelum memandang ke arah mereka.
"Encik Aiman Mukhriz awak akan pergi ke Pyongyang bulan depan ?"
Aiman angguk.
Dato’ Azman bersandar. "Menarik. Bukan semua orang dapat peluang ni. Tapi awak tahu kan, ni bukan sekadar posting biasa?"
"Ya, Dato'. Saya dah buat research tentang keadaan semasa di sana."
"Bagus. Tapi research atas kertas tak cukup. Saya sendiri pernah bertugas di Pyongyang dulu. Saya nak awak tahu beberapa perkara dan dengar betul-betul."
Semua di bilik diam.
"Pertama, komunikasi. Jangan harap internet kat sana laju macam kat Malaysia ini. Semua komunikasi diawasi. Nak call keluarga pun kena ikut prosedur."
"Kedua, jangan terlalu ramah dengan orang tempatan. Mereka mungkin mesra, tapi awak tak tahu siapa yang memerhati."
"Ketiga, kalau ada kecemasan, ikut protokol. Jangan cuba buat keputusan sendiri. Ikut kedutaan."
Aiman mengangguk, mencatat nota.
Dato’ Azman senyum kecil. "Tapi jangan risau sangat. Kalau awak buat kerja dengan baik, pengalaman ni akan jadi salah satu yang paling berharga dalam hidup awak."
Lepas briefing, Aiman menghadiri kelas latihan bahasa Korea asas dan etika budaya Korea Utara.
Ketika selesai sesi terakhir, dia berdiri di luar Wisma Putra, memandang langit petang. Sebulan lagi, dia akan berada di dunia yang berbeza.
Share this novel