BAB 7 : Salji di stesen Minyak kwangbok

Romance Series 1274

Aiman menyandarkan tubuh ke kereta menghembuskan nafas perlahan. Salji turun semakin lebat, menyelaputi jalan dan bumbung stesen minyak dalam lapisan putih tebal. Lampu neon di papan tanda berkelip-kelip memantulkan cahaya jingga samar pada permukaan jalan yang basah.

Seo Yeon masih berdiri di sisinya, tangan bersarungnya menggenggam erat jari-jarinya sendiri. Hembusan nafasnya kelihatan dalam udara sejuk.

Di seberang, pemandu kereta diplomatik Pak Jin Ho sudah bergegas ke tandas kecil di tepi bangunan stesen minyak merungut perlahan tentang sejuk yang menggigit tulang. "Lima minit, Encik Aiman! Air dah banyak sangat ni!"

Aiman hanya mengangkat tangan tanpa berpaling, fikirannya masih pada Seo Yeon.

"Aku tak sepatutnya cakap macam tu tadi," kata Seo Yeon tiba-tiba, suaranya lebih perlahan daripada angin yang bertiup.

Aiman menoleh ke arahnya. "Maksud kau?"

Seo Yeon menelan liur, matanya melirik ke arah kamera CCTV kecil yang dipasang di sudut bangunan stesen minyak. Seperti bayang-bayang yang selalu wujud tetapi tidak pernah disebut, kehadirannya cukup untuk mengingatkan mereka tentang dunia di sekeliling.

"Tak bagus kalau ada orang dengar," dia membisik.

Aiman faham maksudnya. Di negara ini setiap kata-kata boleh menjadi perangkap setiap perbualan boleh dijadikan bukti pengkhianatan.

Dia mengangguk perlahan. "Aku faham."

Seo Yeon mengalihkan pandangannya ke jalan yang sunyi. Tiada kereta lain. Tiada orang lain. Hanya mereka berdua dan kesejukan Pyongyang. Di radio kecil di dalam stesen lagu Korea lama berkumandang perlahan melankolik seperti bayang masa lalu yang tidak boleh digapai.

"Kau diplomat. Kau boleh keluar bila-bila masa," katanya tanpa menoleh ke arahnya. "Tapi aku?"

Dia ketawa kecil bukan kerana gembira, tetapi kerana ironinya. "Aku hanya boleh bermimpi."

Aiman ingin berkata sesuatu tetapi dia tahu kata-kata tidak akan mengubah realiti.

Salji terus turun menyelimuti dunia dalam kesunyian yang hampir mustahil ditembusi. Dia menoleh ke arah Seo Yeon melihat sebutir salji melekat di hujung rambutnya.

Secara refleks tangannya terangkat ingin membetulkan skafnya yang longgar tetapi dia terhenti sejenak. Jarak di antara mereka terlalu dekat. Terlalu berbahaya.

Seo Yeon menyedari pergerakannya tetapi tidak berganjak. Matanya bertemu dengan mata Aiman. Mereka saling berpandangan penuh

"Kalau aku boleh pilih..." bisiknya, suaranya hampir tenggelam dalam angin malam. "Aku nak ikut kau keluar dari sini."

Aiman membuka mulut ingin memberi jawapan tetapi bunyi pintu tandas terbuka dengan kuat membuat mereka berpaling serentak.

"Aduh! Sejuk gila air dia!" Pak Jin Ho merungut sambil menggoyangkan tangannya, berjalan ke arah kereta dengan ekspresi tidak puas hati.

Seo Yeon tersenyum kecil tetapi senyuman itu cepat pudar. Dia menunduk sedikit, mengeratkan skafnya sendiri. "Kau patut pergi," katanya perlahan.

Aiman mengangguk, melangkah ke pintu kereta. Sebelum dia masuk, dia sempat mencuri satu pandangan terakhir ke arahnya.

Malam ini, mereka berpisah sekali lagi.

Aiman menyandarkan kepala ke tingkap kereta, matanya memerhati jalan-jalan Pyongyang yang sepi. Salji turun perlahan, menyelubungi jalan raya dengan selimut putih yang makin menebal.

Di hadapan, Pak Jin Ho memandu dengan tangan sebelah di stereng sebelah lagi mengetuk-ngetuk papan pemuka mungkin mengikut rentak lagu klasik Korea yang berkumandang perlahan dari radio.

Tapi fikiran Aiman bukan di situ.

Dia masih teringat wajah Seo Yeon, kata-katanya, cara dia menggenggam sarung tangannya tadi.

"Jauh termenung, Encik Aiman."

Suara Pak Jin Ho memecah kesunyian. Aiman tersentak sedikit.

"Huh?"

Pak Jin Ho tersengih kecil, matanya masih ke jalan. "Aku dah lama bawa diplomat keliling Pyongyang. Bila seseorang termenung sepanjang jalan biasanya dia ada benda yang banyak dia fikirkan ."

Aiman menghela nafas. "Cuma penat."

Pak Jin Ho tidak membalas terus. Dia hanya mengangguk perlahan seolah faham lebih daripada apa yang dikatakan.

Beberapa minit kemudian, mereka sampai ke Munsu-dong. Bangunan pangsapuri di kawasan ini sunyi seperti biasa hanya ada cahaya samar dari tingkap-tingkap yang berselerak.

Kereta berhenti di hadapan pintu masuk. Aiman mencapai tombol pintu, bersedia untuk keluar, tapi sebelum itu dia menoleh ke arah Pak Jin Ho.

"Kau terus balik ke rumah?"

Pak Jin Ho mendengus kecil.

"Aku mungkin singgah minum soju dengan kawan-kawan aku nanti."

Aiman ketawa kecil. "Jangan sampai esok pagi kau lupa jalan ke kedutaan."

Pak Jin Ho ketawa pendek, tapi nadanya hambar. "Jangan risau. Aku tak pernah lupa jalan cuma itu lah aku nak nasihatkan sikit lah kepada kau.

Aiman diam sejenak sebelum berkata

Apa dia ?

Pak Jin Ho menoleh ke arahnya seketika sebelum menjawab dengan nada perlahan, tetapi penuh maksud.

"Jangan biarkan hati kau tersesat ke tempat yang tak ada jalan pulang."

Aiman hanya terdiam.

Lelaki itu menghidupkan enjin semula, bersedia untuk beredar. Tapi sebelum Aiman keluar, dia sempat berkata perlahan, "Hati-hati, Encik Aiman. Tempat ni bukan macam tempat lain."

Aiman menatap wajahnya seketika, cuba membaca maksud di sebalik kata-katanya.

Tapi Pak Jin Ho sudah membuang pandang ke depan seolah-olah kata-kata tadi bukanlah sesuatu yang perlu dijelaskan.

Aiman mengangguk sedikit, menutup pintu dan melangkah masuk ke bangunan.

Di dalam lif, dia menarik nafas panjang.

Ketika dia masuk ke unitnya, dia menanggalkan kot dan membiarkannya tergantung di penyangkut. Tangannya mencapai kotak rokok 7.27 di atas meja.

Dia menyalakan sebatang, menghembuskan asap perlahan sambil memandang keluar tingkap.

Pyongyang sunyi seperti biasa.
Dan esok, semuanya akan kembali seperti sedia kala seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience