BAB 18 : KRISIS SEMAKIN MEMUNCAK

Romance Series 1274

11:15 pagi – Kedutaan Malaysia, Pyongyang

Salji tipis masih turun di Pyongyang, menambahkan suasana muram pada pagi yang tegang. Aiman menyesuaikan kotnya sebelum melangkah keluar dari pejabatnya. Setiap pergerakan hari ini terasa lebih berat. Hubungan Malaysia-Korea Utara berada di ambang krisis dan dia perlu ke kedutaan untuk memahami perkembangan terbaru.

Di luar sebuah kereta Gaz 24 volga berwarna hitam menunggu dengan enjin masih hidup. Park Jin Ho, pemandunya, berdiri di tepi kenderaan sambil menyalakan rokok.

" kau nampak tegang hari ini," kata Park Jin Ho separuh berbisik.

Aiman hanya tersenyum tipis. "Hari ini memang hari yang buruk, Jin Ho."

Dia masuk ke dalam kenderaan, dan Park Jin Ho segera menggerakkan stereng. Mereka meninggalkan pekarangan kedutaan menuju ke pusat bandar Pyongyang sementara itu kedutaan Malaysia masih di bawah pemerhatian ketat pegawai Korea Utara yang berlegar2 di luar kedutaan.

---

3:25 petang – Jalan Menuju Pejabat Kementerian Luar Korea Utara

Perjalanan dari kedutaan ke Kementerian Luar selalunya mengambil masa 15 minit jika lalu lintas lancar. Namun hari ini setiap saat terasa lebih panjang. Di tempat duduk belakang, Aiman membuka mesej daripada Farid. Sebuah fail video tertera kenyataan rasmi Ketua Polis dari Kuala Lumpur, disiarkan sejam lalu. Dia menekan butang main dan membiarkan suara dari telefon nya menggema dalam kabin kereta
___________________________________

2:00 Petang – Sejam selepas kenyataan rasmi IGP di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman

Di sebuah bilik sidang media di Bukit Aman, para wartawan memenuhi ruang, masing-masing bersedia dengan perakam suara dan kamera. Mereka datang dari pelbagai agensi media, baik tempatan mahupun antarabangsa. Insiden pembunuhan Kim Jong-nam telah menjadi tajuk utama dunia, dan Malaysia kini berada di tengah-tengah perhatian global.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Faizal Ismail, melangkah masuk dengan wajah tenang tetapi serius. Di sisinya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Amaruddin Khalid, membawa sebuah fail tebal. Mereka mengambil tempat di podium, di mana logo PDRM terpampang jelas di latar belakang.

Seorang pegawai komunikasi memberi isyarat, dan sidang media bermula.

“Terima kasih kepada semua wakil media yang hadir hari ini. Kami akan memberikan perkembangan terbaru mengenai siasatan kes kematian seorang lelaki warga Korea utara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu,” kata Tan Sri Mohd Faizal, membuka sidang media.

Wartawan segera mengangkat tangan, tetapi Ketua Polis Negara mengangkat sedikit tangannya, memberi isyarat agar mereka menunggu.

“Berdasarkan siasatan forensik dan dokumen perjalanan, kami telah mengesahkan bahawa identiti mangsa ialah Kim Jong-nam, seorang warga Korea Utara yang masuk ke Malaysia dengan pasport atas nama ‘Kim Chol.’ Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat pendedahan kepada agen saraf VX, yang diklasifikasikan sebagai senjata kimia oleh Konvensyen Senjata Kimia 1993.”

Bunyi klik kamera memenuhi bilik. Berita ini sesuatu yang sangat mengejutkan dan pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Malaysia akan menggemparkan dunia.

Seorang wartawan dari Reuters mengangkat tangan. “Tan Sri, bolehkah pihak polis mengesahkan bagaimana bahan ini digunakan terhadap mangsa?”

Ketua Polis Negara menoleh ke arah Datuk Amaruddin, yang kemudian menjawab.

“Berdasarkan rakaman CCTV di KLIA2 dan hasil soal siasat terhadap suspek yang ditahan iaitu dua wanita seorang warga Indonesia dan seorang warga Vietnam telah menghampiri mangsa dari arah berbeza dan menekapkan tangan mereka ke wajahnya. Analisis makmal menunjukkan bahawa salah seorang suspek membawa bahan kimia prekursor, dan seorang lagi membawa agen pemangkin. Apabila kedua-duanya bercampur, ia bertindak sebagai VX yang menyerap melalui kulit dalam masa beberapa saat.”

Seorang wartawan dari Al Jazeera segera bertanya, “Apakah motif di sebalik pembunuhan ini? Adakah pihak polis mengesyaki penglibatan kerajaan Korea Utara?”

Ketua Polis Negara menarik nafas sebelum menjawab.

“Kami masih menyiasat semua kemungkinan, tetapi berdasarkan modus operandi dan keberadaan beberapa warga Korea Utara di lokasi kejadian sebelum dan selepas insiden, kami percaya kes ini melibatkan elemen terancang. Empat suspek warga Korea Utara telah meninggalkan Malaysia pada hari kejadian. Kami juga telah menahan seorang warga Korea Utara yang masih berada di sini untuk membantu siasatan.”

Seorang wartawan tempatan dari The Star bertanya, “Adakah Malaysia akan membenarkan delegasi Korea Utara untuk terlibat dalam siasatan?”

Ketua Polis Negara menjawab dengan tenang. “Kami menghormati hubungan diplomatik, tetapi Malaysia akan menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang negara malaysia. Tiada campur tangan luar akan dibenarkan dalam proses ini.”

Suasana menjadi lebih tegang. Wartawan asing sedar bahawa kenyataan ini bererti Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan Korea Utara.

Sidang media diteruskan dengan beberapa soalan tambahan tetapi satu perkara jelas. Malaysia bersedia berdepan tekanan antarabangsa dan tidak akan berkompromi dalam menegakkan kedaulatan undang-undang negara malaysia.
___________________________________

" Encik Aiman " suara Jin Ho memecah lamunan. "Ada pemeriksaan jalan di depan."

Aiman mengangkat kepala. Di hadapan, dua pegawai berpakaian tentera berdiri di tengah jalan, memberi isyarat supaya kenderaan mereka berhenti.

---

3:45 petang – Sekatan Jalan oleh Pegawai Korea Utara

Jin Ho memberhentikan kenderaan perlahan-lahan. Seorang pegawai Korea Utara berjalan ke arah tingkap pemandu meneliti wajah mereka dengan pandangan tajam.

"Ada masalah, tuan?" Jin Ho bertanya dalam nada formal.

Pegawai itu tidak menjawab terus. Dia hanya melirik ke arah Aiman di tempat duduk belakang sebelum bertanya, "Kau nak pergi mana?"

Aiman bersandar sedikit ke hadapan "Saya perlu berjumpa segera dengan pegawai kanan di Kementerian Luar negeri Korea Utara, Encik Hak Chol"

Pegawai itu memandang ke arah seorang lagi rakan setugasnya, seolah-olah meminta arahan. Kemudian dia beralih kembali kepada Aiman.

"Pasport."

Aiman menjeling Jin Ho sebelum mengeluarkan pasport diplomatiknya dari poket kot. Pegawai itu mengambilnya dan berjalan ke pos pemeriksaan kecil di tepi jalan.

Masa terasa berjalan perlahan. Jin Ho menyalakan rokok lagi seakan sudah biasa dengan situasi seperti ini.

Selepas lima minit, pegawai itu kembali dan menyerahkan semula pasport.

"Silakan."

Jin Ho mengangguk dan menekan pedal minyak, meninggalkan sekatan jalan.

Aiman hanya diam. Dia tahu ini bukan sekadar pemeriksaan biasa. Ini amaran halus bahawa Korea Utara sedang memantau setiap pergerakan mereka.

---

4: 20 petang – Pejabat Kementerian Luar Korea Utara

Di dalam bangunan Kementerian Luar, suhu politik terasa lebih sejuk daripada cuaca di luar. Aiman berjalan di sepanjang koridor, diiringi seorang pegawai protokol Korea Utara yang tidak banyak bicara.

Di dalam bilik mesyuarat kecil, seorang pegawai kanan sudah menunggu. Di hadapannya terdapat sebuah fail berwarna merah.

"Encik Aiman," Hak chol menyapa dalam nada mendatar. "Kedutaan Malaysia pasti sudah menerima nota diplomatik kami."

Aiman duduk berhadapan dengannya. "Ya, dan kami sudah menyampaikan kepada Kuala Lumpur. Tapi keputusan telah pun dibuat oleh Wisma Putra beberapa jam yang lalu setelah hasil siasatan dikeluarkan oleh IGP serta mendapat persetujuan daripada Perdana menteri Malaysia bahawa Malaysia akan menjalankan siasatan kes ini secara bersendirian. Tiada campur tangan luar dibenarkan dalam proses siasatan kes ini termasuk Korea utara.

Kami harap Malaysia tidak bertindak melulu dalam hal ini," katanya. "Kami ingin menghantar delegasi untuk memastikan siasatan dijalankan secara adil. Tetapi jika kerajaan Malaysia tetap berkeras dengan pendirian ini, maka jangan salahkan kami jika kerajaan Korea Utara bertindak balas

Aiman sudah mengagak reaksi seperti ini dari hak chul dan dia tahu ‘adil’ dalam konteks Korea Utara bermaksud mereka ingin mempengaruhi hasil siasatan.

"Kerjasama antarabangsa memang dialu-alukan," Aiman menjawab dengan diplomatik. "Namun, kuasa menentukan hala tuju siasatan ini terletak sepenuhnya di tangan kerajaan Malaysia."

Hak chol menutup fail merah di hadapannya dan menyandarkan badan di sofa.

"Sejujurnya, Encik Aiman… hubungan kita telah lama terjalin baik. Jangan biarkan pihak ketiga merosakkan. Aku akan maklumkan pendirian malaysia ini kepada menteri luar negeri Korea utara

Aiman mengekalkan ekspresi neutral enggan terperangkap dalam permainan retorik lawannya. "Malaysia sentiasa menghormati hubungan diplomatik dengan Korea Utara. Kami hanya menjalankan proses undang-undang seperti biasa tanpa sebarang agenda tersembunyi."

Hak chol tersenyum nipis tetapi tidak berkata apa-apa. Dia hanya memandang Aiman dengan pandangan yang sukar dibaca.

Pertemuan itu berlangsung kurang dari 30 minit tetapi Aiman tahu mesejnya jelas Korea Utara mahu Malaysia tunduk kepada tekanan mereka. Namun, Aiman juga pasti Kuala Lumpur sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

---
4:40 petang – Kedutaan Malaysia

Sebaik tiba semula di kedutaan, Aiman disambut oleh Farid yang sudah menunggu di lobi.

"Apa cerita?"

Aiman menghela nafas, menanggalkan kotnya dan melonggarkan tali leher.

"Mereka berkeras nak kita benarkan pegawai mereka terlibat dalam siasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam," katanya, nada suaranya masih tenang walaupun muka nya jelas keletihan . "Tapi aku dah jelaskan pendirian Malaysia. kita akan siasat kes ini secara bersendirian. Tiada campur tangan asing termasuk mereka."

Farid mengangkat kening. "So, apa reaksi Hak Chol bila kau cakap macam tu?"

Aiman tersenyum nipis tetapi senyumannya tidak membawa sebarang kehangatan.

"Very cold, bro," jawabnya pendek.

Dia melangkah ke arah tingkap pejabatnya memerhatikan suasana di luar. Di seberang jalan beberapa tentera Korea utara berlegar-legar berhampiran kedutaan.

Aiman tahu ini bukan sekadar soal diplomasi. Ia adalah permainan kuasa. Dan dalam permainan ini, kesilapan sekecil apa pun boleh membawa akibat yang besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience