bab 26 : Magnolia mula mekar

Romance Series 1274

Aiman melangkah keluar dari pejabat Kedutaan Malaysia, membetulkan kot tebal di bahunya. Udara Pyongyang masih menggigit walaupun musim bunga semakin hampir. Angin dingin bertiup perlahan membawa bersama aroma asap arang dari dapur kecil di kawasan kejiranan berdekatan. Di tepi jalan, pohon magnolia mula mengeluarkan putik, memberi bayangan bahawa dalam beberapa minggu lagi warna putih dan merah jambu akan menggantikan suasana kelabu yang menyelubungi kota ini sejak musim sejuk.

Fikirannya masih berserabut dengan perbualan telefon yang terputus tadi. Kata-kata ayahnya terngiang di telinganya

Di halaman kedutaan Park Jin H sedang bersandar di pintu kereta kedutaan sambil menghisap rokok 7.27.

“lewat betul Encik Aiman balik hari ini ?” Jin Ho bertanya sambil menepis abu rokok ke tanah.

Aiman hanya mengangguk kecil sebelum membuka pintu dan masuk ke dalam kereta. Jin Ho membuang puntung rokok memijaknya dengan hujung kasut sebelum masuk ke tempat duduk pemandu.

Sepanjang perjalanan dari kawasan kedutaan ke Mundong-dong, jalanan kelihatan lebih sunyi daripada biasa. Pyongyang memang sentiasa tenang pada waktu malam tetapi ada sesuatu yang berbeza kali ini.

Di beberapa persimpangan, lelaki berpakaian gelap berdiri berpasangan membatu seperti patung. Jin Ho menyedari kehadiran mereka dan dia memandang ke cermin pandang belakang sambil melihat Aiman yang hanya berdiam diri saja dari tadi sebelum mengalihkan semula pandangan nya ke depan .

"Mereka makin ramai sejak petang tadi," Jin Ho bersuara perlahan nada suaranya hampir berbisik. "Saya dengar ada sesuatu berlaku di daerah lain, tapi tidak tahu apa."

Aiman menoleh ke luar tingkap. Refleksi samar wajahnya kelihatan pada cermin, lingkaran gelap di bawah matanya semakin jelas.

Di hujung jalan, sebuah sedan hitam lama GAZ Volga berhenti di tepi jalan dengan enjin masih hidup. Cahaya dari lampu jalan memantulkan kilatan logam pada cermin sisi kereta itu. Pemandunya tidak kelihatan, tetapi seseorang duduk di tempat penumpang, menyalakan rokok sambil memerhatikan jalan.

Jin Ho mengetap bibir. "Itu kali ketiga saya nampak kereta yang sama malam ini."

Aiman tidak menjawab. Sebaliknya, dia merasakan sesuatu yang kurang enak menjalar di tengkuknya.

Setelah beberapa minit, mereka membelok masuk ke Mundong-dong. Kereta berhenti di hadapan apartmennya. Jin Ho tidak terus mematikan enjin. Sebaliknya, dia berpaling sedikit ke belakang.

"Kalau ada apa-apa, Encik Aiman boleh panggil saya, okay?"

Aiman mengangguk. "Ya, saya tahu. Terima kasih, Jin Ho."

Dia melangkah keluar, menutup pintu perlahan-lahan. Malam itu terasa lebih sejuk daripada biasa. Bunyi angin menyapu ranting pohon dan salji nipis di bahu jalan. Aiman pandang sekeliling sejenak tabiat biasa sebelum masuk ke bangunan.

Dia menekan kod pintu keselamatan, dan deringan logam menandakan pintu dibuka.

Langkahnya ke dalam bangunan terasa berat. Ada sesuatu yang tidak kena, tapi sukar dijelaskan. Lobi sunyi seperti selalu, tapi sunyi nya malam ini terasa lebih... kosong.

Dia naik lif, memejam mata seketika. Badannya letih, tapi fikirannya terus berputar tentang panggilan telefon dari ayahnya yang terputus tadi.

Ting!

Pintu lif terbuka. Dia keluar, berjalan ke arah apartmennya.

Namun langkahnya terhenti separuh jalan.

Pemegang Tombol pintu... sedikit kebawah. Dia tahu dia kunci pintu itu pagi tadi, seperti selalu. Dia perlahan-lahan cuba memulas tombol.

Tidak berkunci.

Aiman menarik nafas panjang. Dia menolak pintu perlahan, meninjau ke dalam. Lampu masih tertutup. Bau apartmen yang biasa menyambutnya.

Dia menyalakan lampu.

Segalanya kelihatan seperti biasa.

Tapi ada sesuatu yang tidak sama. Bukan pada mata, tapi pada rasa. Dia membuka satu demi satu pintu bilik, meninjau ruang kerja, ruang tamu, bilik tidur.

Tidak ada tanda pencerobohan jelas.

Namun saat dia melirik ke arah penghawa dingin, matanya menangkap bayang kecil di celah ventilasi seperti lensa kaca halus.

Dia berdiri diam. Tidak bergerak.

Peluh sejuk mula terasa di belakang lehernya. Dia berpura-pura pergi ke bilik air untuk menenangkan diri setelah beberapa minit dia keluar dari bilik air lalu duduk di meja kerja. Setelah beberapa saat dia mencapai telefon bimbit dia lalu mengirim kan mesej kepada Faris untuk mengatakan bahawa malam ini dia akan tidur di dalam bilik dia.

Aiman terus bangun lalu memadamkan lampu bilik sebelum keluar dari apartment nya.

Dan buat pertama kali sejak tiba di Pyongyang, Aiman benar-benar terasa... hidup nya tiada privasi langsung kerana satu-satu tempat yang dia rasa selamat telah dicerobohi oleh seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience