9.50 Malam – Kedutaan Malaysia, Pyongyang
Malam itu sunyi di Pyongyang, hanya bunyi angin sejuk berdesir di luar tingkap pejabat Aiman Mukhriz. Musim sejuk sudah berlalu, dan sisa salji yang pernah menutupi kota itu hampir lenyap sepenuhnya. Cahaya malap dari lampu meja menerangi ruang kecil itu. Aiman duduk dengan wajah keletihan. Bau asap rokok memenuhi ruang pejabat nya. Di tangannya, dia menggenggam telefon satelit iridum 9575 extreme.
Hari ini malam pertama Ramadan. Beberapa jam lalu, siaran berita dari Malaysia mengumumkan permulaan puasa, disahkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Aiman membacanya di laporan rasmi kedutaan yang diberikan Farid tetapi di Pyongyang tiada takbir yang berkumandang dan suasana hangat bersama keluarga hanya suasana tegang yang semakin menekan dan menyesakkan dada nya.
Ancaman Korea Utara terhadap Malaysia yang diumumkan KCNA masih terngiang di fikiran Aiman seperti gema yang enggan lenyap. Namun, apa yang lebih menghantui adalah sampul surat yang diterimanya di Istana Ryongsang di dalamnya sekeping nota ugutan serta gambar Seo Yeon bersama ibunya dan diikuti panggilan dingin dari pegawai Korea Utara yang mendesaknya membuat keputusan segera. Seo Yeon dan ibu nya telah ditangkap. Masa terus berdetik dan Aiman tahu dia tidak boleh menunggu lama lagi. Dia mesti membuat keputusan malam ini.
Tetapi di sebalik semua itu, satu perasaan merayap ke dalam dirinya.
Penyesalan.
Dia sepatutnya tidak pernah mendekati Seo Yeon sejak kali pertama mereka bertemu di Stesen Kwangbok. Jika dia tidak menegurnya waktu itu, jika dia hanya berlalu pergi tanpa peduli… mungkin sekarang dia tidak akan berada dalam dilema ini.
Dan Sofiya...
Aiman memicit pangkal hidung nya dan memejam mata dengan perasaan bersalah menghimpit dadanya. Dia sudah berjanji akan memastikan wanita itu selamat. Janji yang kini terasa seperti beban yang mungkin tidak mampu dia tunaikan. Fokusnya sepatutnya hanya pada misinya di Pyongyang pada tanggungjawabnya sebagai diplomat. Tetapi sekarang? Segalanya menjadi kabur.
Seo Yeon telah mengganggu fikirannya.
Dia tahu, seorang diplomat tidak boleh bertindak mengikut emosi. Tetapi bagaimana dia boleh berpaling dan membiarkan Seo Yeon serta ibunya mati, sedangkan dia tahu dia mempunyai peluang untuk menyelamatkan mereka?
Dia melepaskan nafas panjang cuba merasionalkan situasi tertapi kalah dengan perasaan nya sendiri
yang sedang berkecamuk. Logik mengatakan dia harus mengutamakan tugas nya sebagai diplomat sendiri, tetapi hatinya… hatinya seolah-olah sudah membuat keputusan sendiri.
Dia menarik nafas panjang, tangannya menggenggam erat telefon satelit. Skrinnya malap, hanya pantulan cahaya lampu meja membentuk siluet jari-jarinya di atas butang kekunci.
Dengan satu tekan, dia mengaktifkan antena luar, membiarkan telefon mencari isyarat. Beberapa saat berlalu sebelum bar isyarat muncul di skrin lemah tetapi cukup untuk membuat panggilan.
Dia mendail nombor yang sudah lama tersimpan dalam ingatannya.
Nada dering pertama bergema.
Nada kedua menyusul.
Kemudian, talian bersambung.
Tapi sebelum suara kedengaran, ada sedikit jeda. Seketika yang cukup membuatkan Aiman menahan nafas.
Akhirnya panggilan tersambung kedengaran di talian suara Ayahnya
Aiman menelan liur. Jantungnya berdegup kencang. Ini bukan panggilan biasa. Sebaik sahaja dia membuka mulut, tiada jalan untuk berpatah balik.
8:50 Malam – Kediaman Timbalan Perdana Menteri, Damansara Heights, Kuala Lumpur
Puan Latifah duduk di sofa ruang tamu, matanya tertumpu pada skrin televisyen yang menayangkan pengumuman rasmi tarikh permulaan Ramadan di RTM1. Di tangannya, tasbih digenggam erat bibirnya bergerak perlahan melantunkan zikir. Namun, fikirannya bukan di sini. Ia melayang jauh ke Pyongyang di mana anak kesayangan nya Aiman berada.
Di luar, azan Isyak berkumandang dari masjid berdekatan. Suara bilal yang syahdu sepatutnya membawa ketenangan tetapi hati nya sebagai seorang ibu tetap resah bila mengenang anak nya .
Mukhriz berdiri di tepi tingkap rumah mereka memerhatikan kegelapan malam. Udara di Damansara Heights sunyi tetapi fikirannya riuh dengan persoalan yang tiada jawapan. Baru sebentar tadi, beliau selesai menghadiri mesyuarat tergempar secara maya bersama pemimpin ASEAN. Perbincangan itu berlangsung tegang, penuh dengan soalan tajam dan tekanan tersirat.
Wisma Putra telah mengesahkan bahawa Perdana Menteri akan mengadakan sidang akhbar esok bagi menjelaskan pendirian rasmi kerajaan Malaysia mengenai isu diplomatik dengan Korea utara . Dalam mesyuarat maya itu, wakil dari Indonesia dan Vietnam paling lantang, menuntut kepastian tentang keselamatan rakyat mereka di Malaysia. Mukhriz, dengan ketenangan seorang ahli politik veteran yang berpengalaman luas memberi jaminan bahawa semua individu yang terlibat berada dalam keadaan selamat. Malaysia akan menyelesaikan perkara ini secara diplomatik.
Namun, walaupun reaksi Malaysia tampak profesional, Mukhriz dapat merasakan keresahan yang masih menyelimuti rakan sejawatnya. Dalam dunia diplomasi, kepercayaan adalah mata wang utama. Dan malam ini, nilai mata wang itu rapuh, bergantung kepada bagaimana keadaan berkembang esok.
Di belakangnya, Puan Latifah menghela nafas perlahan sebelum bersuara untuk mencairkan suasana hening.
"Lama udah aku enda ninga berita Aiman. Aku rindu amat enggau anak bujang kita nyak."
Mukhriz menarik nafas panjang, cuba menyusun ayat dalam bahasa Iban yang tidak begitu fasih baginya. Dia berpaling ke arah isterinya wajahnya sedikit berkerut.
"Latifah, ya… ya ukai anak mit agi. Anang… irau .. Err… dia nemu nyaga diri empu."
Puan Latifah yang sudah lama mengenali suaminya hanya mampu tersenyum melihat percubaan Mukhriz. Dengan spontan, dia mencubit pipi datuk Mukhriz membuatkan lelaki itu tersentak.
"Aduh, sakit lah sayang " Datuk Mukhriz memegang pipinya, matanya membulat.
Puan Latifah menghela nafas sambil menjeling suaminya, ekspresinya bercampur antara geram dan kasih sayang.
"Kita dah lama berumah tangga, tapi you masih tak boleh bertutur bahasa Iban dengan lancar. I dalam setahun saja dah boleh kecek kelate tapi you dah bersama I hampir 20 tahun masih merangkak lagi,"
Mukhriz mengetap bibir cuba menahan senyum. "I faham lah Latifah tapi itu lah bahasa Iban aku bukan level pro sangat.
Puan Latifah menggeleng kecil sebelum akhirnya tersenyum, ketawa lembut. "Kalau Aiman ada, boleh jugak dia temankan I.
Puan Latifah menghela nafas perlahan, matanya sedikit sayu. "Nak call adik-beradik I kat Sarawak, semua sibuk dengan kehidupan masing-masing. Ayah dengan mak I pun dah lama tak ada… I cuma ada Aiman dengan you je, Mukhriz."
Suasana kembali hening. Mukhriz memandang isterinya membaca kesepian yang cuba disembunyikannya.
Namun, nada suara Latifah bergetar halus. "Dia satu-satunya anak kita, Mukhriz. I rasa tak sedap hati."
Mukhriz melangkah mendekat, tangannya singgah lembut dan mengusup rambut isterinya. "Jangan risau. Anak kita tu mewarisi sikap you yang rebellious gitu. I yakin dia akan baik-baik saja."
Puan Latifah serta-merta memandangnya dengan pandangan maut, kening terangkat. "Oh, so now it’s my fault?"
Mukhriz terkedu seketika sebelum tersenyum kecil, cuba membetulkan keadaan. "Bukan macam tu. Maksud I... dia seorang yang independent, berani, kepala batu sikit exactly like you."
Latifah masih merenungnya tajam, tapi ada bayang senyum di hujung bibirnya. "Hmph. Nasib baik lah malam ini malam Ramadan kalau tak....."
Mukhriz mengangkat tangan, tanda menyerah. Namun sebelum dia sempat berkata apa-apa lagi, telefon bimbitnya tiba-tiba bergetar di atas meja memecah keheningan.
Mereka berdua serentak berpaling. Mukhriz mencapai telefon, tetapi sebaik sahaja Latifah melihat nama yang tertera di skrin dia dengan pantas merampas telefon itu dari tangan suaminya.
"Aiman!" suara Latifah penuh rasa rindu dan lega.
Datuk Mukhriz terkebil, jari masih tergantung di udara. "okkk"
Puan Latifah sudah tidak peduli, matanya berkaca. "Aiman, sayang, you okay?"
Datuk Mukhriz menghela nafas panjang, bersandar ke sofa sambil berpeluk tubuh. Dia menjeling dan menggeleng kan kepala melihat isterinya yang sedang berbual penuh emosi. Dalam hati, ada sedikit rasa cemburu biarpun Aiman itu anak dia juga tapi nampaknya ranking dia dalam keluarga jatuh ke nombor dua malam ini.
Sambil menunggu, dia merungut perlahan, "Patutnya aku yang angkat dulu…"
Share this novel