BAB19 : Eskalasi krisis

Romance Series 1274

Keesokan harinya pada pukul 10 pagi di Istana Ryongsong, Pyongyang

Di dalam kompleks istana Ryongsong, Kim Jong Un duduk dengan wajah serius. Di hadapannya, Menteri Luar Korea Utara, Ri Yong Ho membentangkan laporan perkembangan terbaru dari Malaysia yang dibuat oleh Hak chul.

"Dengan pengesahan identiti Kim Jong Nam, kita tidak boleh membiarkan Malaysia terus memainkan isu ini di peringkat antarabangsa," kata Ri Yong Ho dengan suara tegang. "Kita perlu beri tekanan segera."

Kim Jong Un menyandarkan badan ke belakang, menatap skrin televisyen yang menyiarkan sidang akhbar IGP Malaysia semalam.

"Kita telah memberi amaran kepada Malaysia. Tapi mereka tetap mengikut skrip yang ditulis oleh musuh-musuh kita." Dia berhenti seketika sebelum menyambung, "Kita akan ambil tindakan lebih drastik." kata Kim Jung ung

Ri Yong Ho mengangguk. "Kita boleh memanggil Duta Malaysia dan memberinya amaran terakhir."

Kim Jong Un mengangkat tangan, menandakan dia sudah membuat keputusan. "Tidak cukup. Kita sekat semua rakyat Malaysia di sini. Kita juga akan usir Duta Besar Malaysia jika mereka terus berkeras."

Pak Myong-ho, Timbalan Menteri Luar Negeri Korea utara yang sejak tadi berdiam segera bersuara. “Pemimpin Agung , kita beri Malaysia dua pilihan. Jika mereka mahu hubungan diplomatik terus berjalan mereka mesti menghentikan siasatan kes ini dan menyerahkan jenazah kim Jong nam kepada kita. Jika mereka enggan berbuat demikian maka kita tuntut pertukaran dengan mereka iaitu mereka mesti bebaskan rakyat kita yang dipenjarakan serta hentikan siasatan kes ini maka kita akan bebaskan warga Malaysia yang masih berada di sini sekiranya mereka ingkar maka kita akan humbun rakyat mereka dalam Kem 16.

Kim Jong-un termenung sebentar sebelum mengangguk kecil. “Sampaikan tuntutan ini kepada duta besar kita di Malaysia dengan segera"

Ketegangan di bilik itu semakin meningkat apabila Jang Kil-song, Ketua Jabatan Keselamatan Negara, menyandarkan tubuhnya dan berkata dengan nada lebih tajam, “Pemimpin Agung , kita tidak boleh bergantung pada diplomasi semata-mata. Jika Malaysia enggan tunduk kepada permintaan kita maka kita perlu tunjukkan akibatnya kepada mereka. Kita boleh gunakan aset kita di sini untuk menekan mereka.”

Kim Jong-un menjeling ke arahnya. “Apa yang kau cadangkan?”

Jang kil song menolak satu fail ke hadapan. “Kami telah mengenal pasti seorang diplomat Malaysia yang boleh kita jadikan sebagai leverage. Namanya Aiman Mukhriz . Dia setiausaha kedua di Kedutaan Malaysia di Pyongyang.”

Kim Jong-un mengerutkan dahi. “ Apa yang dia boleh buat untuk membalik kan situasi sekarang ini memihak kepada kita? Dia hanya setiausaha kedua sahaja”

Jang kil tersenyum sebelum bersuara. “ Pemimpin agung , bapa Aiman Mukhriz bukan orang biasa. Dia merupakan seorang ahli politik paling berpengaruh di Malaysia. Jika kita dapat menekan anaknya, kita mungkin boleh mendapatkan kelebihan dalam rundingan ini.”

Ri Yong ho mengangguk kecil, bersetuju dengan cadangan itu. “Betul. Jika kita ada leverage terhadap Aiman dia boleh menjadi saluran untuk kita mempengaruhi keputusan kerajaan Malaysia.”.”

Sunyi seketika. Semua pegawai memandang ke arahnya.

Kim Jong-un menutup fail merah tadi dan kini hanya fokus kepada maklumat baru ini. “ Jadi macam mana kita nak menggunakan Aiman serta Seo Yeon ?

“Mereka mempunyai hubungan romantik,” jawab Jang kil. “Kami telah mengawasi pergerakan Seo Yeon dan menemui bukti hubungan romantis antara mereka berdua dan aku telah hantar pegawai aku ke kedutaan Malaysia tempoh hari untuk beri amaran halus kepada dia ”

"Apa maksud kau ? " kata Kim Jung ung dengan dahi nya berkerut.

Jang kil terus mengeluarkan dua keping gambar Aiman dan Seo Yeon di poket kot nya dan memberikan nya kepada Kim Jung ung

Setelah Kim Jung un melihat gambar tersebut dia terus bersuara dengan lantang “Aku nak kau tangkap perempuan itu sekarang.”

Pyo Myong ho mengangguk tanda setuju. “Ya. Ini satu pengkhianatan. Dia harus dihukum.”

Tetapi sebelum pegawai keselamatan dapat bergerak, Ri yong ho mengangkat tangannya menghentikan mereka.

“ Pemimpin agung saya ada cadangan yang lebih baik.”

Kim Jong-un menjeling ke arahnya. “Apa dia?”

Kim Jung ung mencondongkan badannya sedikit ke hadapan. “ kita boleh gunakan perempuan ini sebagai leverage supaya kita boleh mengawal Aiman

Aku suka cara kau berfikir, Ri yong ho ”

Dia menoleh ke jang kil dan memberi arahan “Tangkap Seo Yeon, tetapi pastikan dia tidak dicederakan. Aku mahu Aiman tahu bahawa kita boleh buat apa saja kepada dia… kalau Malaysia tak tunduk kepada tuntutan kita dan panggil dia dengan duta Malaysia berjumpa dengan aku esok.

Tiba-tiba, seorang lagi pegawai bersuara. Si Yong-chol, Pengarah Propaganda, yang selama ini mendengar dengan penuh perhatian, kini menyelit masuk ke dalam perbualan.

"Pemimpin Agung, kita juga perlu memberi isyarat tegas kepada Malaysia. Kita boleh buat kenyataan rasmi yang menafikan tuduhan mereka dan memberi amaran kepada mereka secara terbuka."

Ri Yong-ho mengangguk. "Setuju. Kita gunakan KCNA untuk menyiarkan kenyataan rasmi kita ke seluruh dunia."

Kim Jong-un mengetuk jarinya di meja.

"Siapkan skrip kenyataan rasmi. Kita beri Malaysia 48 jam untuk tunduk, jika tidak, kita ambil langkah yang lebih keras."

_______

Malam itu, stesen TV KCNA menyiarkan siaran khas dari Istana Ryongsong. Di dalam dewan utama, Ri Yong-ho duduk di hadapan sebuah meja besar dengan latar belakang bendera Korea Utara.

Rakaman dimulakan.

Ri Yong-ho membaca kenyataan dengan nada tegas.

"Hari ini, saya ingin menjelaskan kepada dunia tentang pembohongan yang sedang dimainkan oleh kerajaan Malaysia. Mereka membenarkan kuasa asing mencampuri urusan dalaman negara mereka dan kini cuba memanipulasi fakta untuk memfitnah Republik Rakyat Demokratik Korea."

Skrin berubah, menayangkan rakaman sidang akhbar Ketua Polis Malaysia semalam.

Ini adalah kenyataan penuh dusta! Malaysia berbohong apabila mereka mengatakan bahawa kematian seorang individu di lapangan terbang mereka adalah akibat serangan racun. Mereka sebenarnya sedang melaksanakan skrip yang ditulis oleh musuh-musuh kita iaitu amerika dan korea selatan ."

"Kami menuntut agar Malaysia menyerahkan jenazah Kim Jung nam serta-merta dan menghentikan siasatan palsu ini! Kami memberi mereka masa 48 jam. Jika tidak, kami akan mengambil tindakan diplomatik dan lain-lain yang lebih drastik."

Rakaman kembali ke Ri Yong-ho.

"Selain itu, kerajaan Korea Utara sedang mempertimbangkan sekatan ke atas semua rakyat Malaysia di negara ini. Jika Malaysia masih berdegil, kami akan mengambil langkah tambahan."

Beliau berhenti seketika, menatap kamera dengan serius.

"Malaysia, berhenti bermain dengan api. Jika kalian terus menentang kami, jangan salahkan Korea Utara apabila sesuatu yang buruk berlaku."

Rakaman tamat.

Di sebalik tabir, Jang Kil-song menghampiri Kim Jong-un.

"Pemimpin Agung, bagaimana jika Malaysia masih berdegil?"

Kim Jong-un tersenyum sinis.

"Maka kita boleh gunakan Aiman Mukhriz."

_________________________

4:00 petang – Kedutaan Besar Malaysia, Pyongyang

Aiman sedang duduk di pejabatnya apabila telefon berdering. Suaranya tenang tetapi nadanya jelas serius.

Di talian, suara seorang pegawai Korea Utara kedengaran. "Encik Aiman, kami telah menerima arahan untuk menyampaikan pesanan rasmi dari kerajaan kami. Semua rakyat Malaysia di Korea Utara tidak dibenarkan meninggalkan negara ini."

Aiman menghela nafas dengan berat. Dia sudah mengagak bahawa Korea utara akan mengambil tindakan ini. “Kami akan membawa perkara ini kepada Wisma Putra,” jawabnya dengan nada terkawal.

"Kami harap Malaysia akan memberikan kerjasama penuh. Selain itu , Pemimpin agung kami ingin berjumpa dengan duta besar Malaysia serta encik Aiman di istana ryongsong esok ," balas pegawai itu sebelum memutuskan talian.

Mereka baru saja secara rasmi menjadikan kita tebusan," katanya, nada suaranya tenang tetapi tegang. "Dan mereka mahu aku serta Datuk Nizan menghadap Kim Jong Un esok di Istana Ryongsong."

Farid bersandar ke belakang, keningnya berkerut. "Aku faham kalau Kim Jong Un nak jumpa Datuk Nizan, tapi kenapa kau juga dipanggil?"

Aiman tidak terus menjawab. Dia merenung kosong ke hadapan, memproses situasi yang baru sahaja berlaku. Panggilan itu bukan sekadar arahan biasa ia adalah isyarat jelas bahawa Korea Utara sedang memainkan percaturan geopolitik yang lebih besar. Jika pemimpin tertinggi mereka mahu bertemu ia bukan sekadar protokol diplomatik.

Dia menarik nafas dalam. "Itulah persoalannya, Farid. Bila seorang ketua negara seperti Kim Jong Un mahu berjumpa dengan seseorang yang bukan duta besar macam aku ini itu bermakna aku ada sesuatu yang buatkan mereka tertarik dengan aku.

__________________________________

6.50 petang di wisma putra , Malaysia.

Di Wisma Putra, suasana tegang. Sejak pengumuman rasmi Ketua Polis Negara, panggilan telefon tidak berhenti berdering.

Pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar bergegas masuk dan keluar dari bilik mesyuarat, menguruskan komunikasi dengan kedutaan Malaysia di Pyongyang serta rakan-rakan diplomatik di luar negara.

Di pejabatnya, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Sri Anuar Rahman sedang duduk dengan wajah serius. Di hadapannya, laporan-laporan media dari BBC, Al Jazeera, dan CNN bertaburan di atas meja. Malaysia kini berada di tengah perhatian dunia.

Setiausaha Politiknya, Nadia, masuk tergesa-gesa. "Datuk, kita baru terima makluman dari kedutaan di Pyongyang. Mereka laporkan peningkatan kehadiran pegawai keselamatan Korea Utara di sekitar kawasan kedutaan kita. Duta besar kita di sana kata mereka telah memperketat pergerakan staf kita"

Datuk Sri Anuar mendengus perlahan. “Ini sudah dijangka. Korea Utara takkan berdiam diri.” Dia menoleh ke arah skrin televisyen yang menyiarkan laporan berita terkini dari Seoul.

"Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un, hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan Malaysia yang didakwa sebagai 'konspirasi yang diketuai oleh musuh-musuh DPRK'. Media rasmi Korea Utara, KCNA menyatakan bahawa Malaysia telah bersekongkol dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan untuk menjatuhkan imej Pyongyang di peringkat antarabangsa."

Datuk Sri Anuar menarik nafas panjang. “Mereka sudah masuk ke fasa serangan propaganda.”

"Ya, Datuk," balas Nadia. "Mereka juga telah mengeluarkan arahan rasmi untuk melarang semua rakyat Malaysia meninggalkan Korea Utara sehingga siasatan selesai."

Datuk Sri Anuar juga sudah menjangkakan perkara ini akan terjadi. Jika Malaysia tidak bertindak dengan segera nyawa rakyat malaysia di Pyongyang mungkin dalam bahaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience