BAB 25 : Penat

Romance Series 1274

Aiman tersenyum kecil mendengar suara ibunya. Ada sesuatu yang melegakan dalam nada itu seperti balutan hangat pada malam yang dingin. Namun, dia tahu perbualan ini bukan sekadar melepaskan rindu.

“Ibu, Aiman okay,” katanya perlahan, cuba menenangkan hati wanita itu. “

"btw boleh tak ibu bagi phone kepada ayah jap sebab ada hal yang Aiman perlu bincang dengan ayah.”

Sejenak, ada keheningan di hujung talian.

Kemudian suara ibunya kembali, sedikit lebih perlahan. “Aiman, ada apa, sayang? You sound… different.”

“Ibu… please.”

Seolah memahami Puan Latifah menarik nafas sebelum menyerahkan telefon kepada Datuk Mukhriz. “Aiman nak cakap dengan you,” katanya perlahan.

Datuk Mukhriz bersandar di sofa dengan alat kawalan jauh di tangan. Saat telefon bertukar tangan, dia mengangkat tubuhnya sedikit dan mencapai cawan kopi di meja yang telah kosong . Dengan gerakan santai dia mengangkatnya ke arah Puan Latifah sambil tersenyum.

Puan Latifah yang sudah terbiasa membaca isyarat ini selama puluhan tahun perkahwinan mereka mengangguk kecil sebelum mengambil cawan itu dan bergerak ke dapur.

Telefon masih di tangannya. Talian masih bersambung.

“Aiman?”

“Datuk Mukhriz .”

Mukhriz mengangkat kening. Nada itu sudah berubah. Bukan lagi seorang anak bercakap dengan bapanya. Ini perbualan antara Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan seorang diplomat yang sedang berada dalam krisis.

Dia terus mengubah intonasi suaranya

"Apa situasi di sana?" kata datuk Mukhriz kepada Aiman

Aiman menarik nafas panjang. Matanya mengerling keluar tingkap biliknya di kedutaan. Langit malam gelap tanpa bintang tetapi dia tahu dia sedang diperhatikan.


Membimbangkan. Semakin ramai tentera Korea Utara ditempatkan di luar kedutaan kita, Datuk Mukhriz kata Aiman.

Keheningan di hujung talian.

Aiman mengetap bibir sebelum bertanya,

"Apakah reaksi Wisma Putra terhadap kenyataan rasmi Korea Utara datuk mukhriz?"

Mukhriz memicit batang hidungnya tabiat lama setiap kali berdepan dengan sesuatu yang berat.

"Esok, Perdana Menteri akan mengumumkan penggantungan hubungan diplomatik dengan Pyongyang. Kabinet sudah memutuskan. Korea Utara bukan sahaja menyekat diplomat kita daripada keluar, malah mengugut mahu menghantar rakyat Malaysia dan staf kedutaan ke kem Kwanliso."

Mukhriz menghela nafas sebelum meneruskan

"Ini pelanggaran serius terhadap Konvensyen Vienna 1961. Kita takkan sesekali tunduk dengan mereka kerana ini melibatkan maruah negara Malaysia . Mereka itu yang bermain dengan api bukan nya kita"

Aiman terkedu. Tidak ada siapa pun yang memberitahunya tentang perkara ini. Pandangannya jatuh ke atas meja. Di balik surat pekeliling Ramadan yang diberikan oleh Farid, ada satu lagi sampul. Kertasnya lebih tebal, berwarna putih polos tanpa sebarang logo rasmi di luar. Tangannya sedikit menggeletar sewaktu dia menyelaknya.

Dia menarik keluar sehelai kertas. Mata Aiman membacanya sepintas lalu dan serta-merta darahnya berderau.

Arahan Segera: Semua pegawai kedutaan Malaysia berada dalam risiko tinggi. Pihak berkuasa DPRK telah mengeluarkan arahan untuk menahan semua rakyat Malaysia, termasuk diplomat. Bersedia untuk kemungkinan serbuan. Musnahkan semua dokumen sensitif mengikut protokol keselamatan. Jangan lakukan sebarang tindakan provokatif. Arahan lanjut akan menyusul.

Dunia terasa berputar seketika. Aiman menggenggam kertas itu erat cuba memahami implikasi sebenar ayat-ayat yang tertulis. Ini bukan sekadar ancaman. Ini ultimatum.

Aiman menghela nafas. Matanya merenung kosong ke arah kertas itu.

Ayah… Hmm.. Datuk Mukhriz… tak ada cara lainkah?" Aiman tersasul namun dia tidak menarik kembali kata-katanya .

Ada jeda. Kemudian suara bapanya kedengaran di talian

"Maksud kau apa, Aiman?"

Aiman menelan liur. "Tak adakah cara supaya Malaysia lebih… berlembut dalam menangani perkara ini?"

Datuk Mukhriz menghela nafas dalam. Ujung telunjuknya berulang kali mengetuk perlahan pada armrest sofa.Dia memandang ke arah Puan Latifah yang baru sahaja meletakkan cawan kopi di atas meja

Tanpa berkata apa-apa, Puan Latifah memberi isyarat halus ke arah telefon di tangan suaminya, jelas mahu dia memasang loudspeaker. Mukhriz hanya tersenyum tipis lalu menggeleng perlahan. Satu lagi isyarat yang cukup bagi isterinya untuk memahami bahawa ini urusan kerja.

Puan Latifah tidak membantah. Dengan anggukan kecil, dia bangkit dan pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk. Seusai itu, ketika melangkah menuju ke anak tangga dia sempat memberi isyarat halus kepada Datuk Mukhriz sambil menunjuk ke arah jam di dinding pesan tanpa kata bahawa dia menunggunya di bilik. Mukhriz menangkap maksudnya dengan senyum kecil sebelum kembali menumpukan perhatian kepada telefonnya.

Suara Mukhriz kembali kali ini lebih berat.

"Aiman, kau tahu apa yang kau cakapkan sekarang ?"

Mukhriz bersandar ke belakang, menatap siling.

Mukhriz menekan jari ke dahinya. Suaranya rendah tetapi berisi ketegasan.

"Kau nak aku masuk ke pejabat Perdana Menteri dan batalkan keputusan kabinet… hanya kerana kau telefon aku?"

Aiman menggenggam telefonnya. Tangannya terasa sejuk.

"Ini bukan soal kau seorang. Ini soal kedaulatan negara."

Datuk Mukhriz bangkit dari sofa, melangkah ke ruang bacaannya. Laci meja dibuka dan dia mengeluarkan sebungkus rokok lalu menyala kan sebatang . Asap tipis berputar di udara mengiringi fikirannya yang kian tenggelam dalam perhitungan yang hanya dia sendiri memahami.

"Kalau kita tunduk sekarang, kesannya bukan kecil, Aiman." Dia menggeleng perlahan. "Hari ini Korea Utara ugut kita, esok lusa siapa pula? Negara lain akan mula guna taktik yang sama sebab mereka tahu Malaysia boleh dibuli."

"Kita ada rakyat dan diplomat di merata dunia. Kalau kita akur dengan ugutan Pyongyang, kita sebenarnya sedang letak nyawa mereka dalam bahaya."

Mukhriz menyedut rokoknya sebelum menyambung, nada suaranya semakin berat.

"Dan kau tahu siapa yang paling gembira kalau Malaysia tunduk? Negara-negara besar yang mahu gunakan kita sebagai alat. Kalau kita lemah, mereka akan mula menekan kita, memanipulasi dasar luar kita untuk kepentingan mereka. China, AS, Rusia… mereka semua akan lihat kita sebagai buah catur, bukan kuasa yang boleh berdiri sendiri."

Dia menekan tangannya ke tengkuk. "Lebih buruk lagi, kita akan mencipta precedent yang bahaya. Hari ini kita tunduk. Esok, bila ada ancaman lain i.e serangan siber, pencerobohan perairan, operasi perisikan asing. Mereka akan anggap kita takkan melawan. Sebab kita dah tunjukkan bahawa kita boleh ditekan."

Aiman menutup matanya. Nafasnya berat.

Dia tahu ayahnya betul.

Datuk Mukhriz lalu bertanya dengan Aiman

"Kenapa kau nak Malaysia ambil pendekatan lebih lembut dengan Korea Utara?"

Aiman menelan liur. Dadanya terasa sempit. Dia tahu soalan itu akan datang, tetapi dia masih belum bersedia untuk menjawabnya.

Di hujung talian, Datuk Mukhriz menunggu. Sunyi. Senyap. Hanya bunyi nafas Aiman yang berat.

Mukhriz mengerutkan dahi. “Aiman, aku tanya sekali lagi. Kenapa tiba-tiba kau nak Malaysia berlembut dengan Korea Utara?”

Aiman masih diam.

Mukhriz menghela nafas tajam, menekan puntung rokok ke asbak sebelum melangkah ke tingkap. Genggamannya pada telefon semakin erat.

"Jangan paksa ayah ulang soalan yang sama, Aiman. Kau tahu ayah bukan jenis suka berbasa-basi."

Aiman memejam mata. Fikirannya bersimpang siur. Dia mahu berkata sesuatu, tetapi kata-kata tersekat di kerongkong.

Nada suara Mukhriz semakin mendesak. “Aiman, kalau kau ada sesuatu yang ayah perlu tahu kau kena cakap sekarang. Jangan buat ayah paksa kau.”

Aiman membuka mulut tetapi belum sempat dia bersuara

Tuut.

Talian tiba-tiba terputus.

Mukhriz berkerut. “Aiman?” Dia menjauhkan telefon dari telinga, melihat skrin. Talian putus

Di Pyongyang, Aiman menatap skrin telefon satelitnya. "No Service."

Dia menghela nafas panjang sebelum mencampakkan telefon satelit itu ke atas meja lalu bersandar ke kerusi putarnya.Dia memicit urat pelipis nya yang berdenyut semakin kencang petanda bahawa migrainnya semakin teruk.

Setelah beberapa minit, Aiman akhirnya bangun dengan malas mencapai beg sandangnya di atas sofa pejabat dan kotnya di penyangkut. Namun, langkahnya terhenti saat matanya terpaku pada scarf itu lagi.

Berat.

Suara pegawai Korea Utara yang menelefonnya tempoh hari kembali bergema di kepalanya lagi. Suara dingin yang mengkhabarkan bahawa mereka telah menangkap Seo Yeon dan ibunya. Dadanya terasa sesak.

Tapi malam ini… dia terlalu penat. Dia hanya mahu pulang.

Nanti, dia akan cuba menghubungi ayahnya lagi setelah sampai ke apartment nya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience