7:00 malam, Pyongyang
Seo Yeon duduk di tepi katil memegang jarum sulam yang masih berbaki benang kelabu. Dia dah habiskan scarf untuk Aiman. Tapi sejak hari dia beri scarf itu, dia tak nampak kelibat lelaki itu langsung.
Biasanya pelanggan asing yang singgah di stesen minyak bersikap sombong atau terlalu menjaga jarak dengan nya. Tapi Aiman lain. Dia jenis yang bertanya khabar, berbual sepatah dua, dan selalu membuatkan nya tersenyum.
Mungkin dia dah balik ke Malaysia?
Fikiran itu buat hatinya berat. Dia harap scarf itu masih ada pada lelaki itu… bukan dibuang.
---
7:15 malam – Apartmen Kelas B, Pyongyang
Seo Yeon duduk di meja makan menghadap semangkuk nasi panas. Sup kimchi, telur dadar, dan sedikit sayur tumis yang menjadi menu malam di. Di Pyongyang, makanan sebegini masih boleh dikira baik tidak semua orang mampu makan daging setiap hari.
Ibunya memerhatikan dia,lalu menyenduk lagi sup ke dalam mangkuk anaknya.
"Seo Yeon, kau sakit ke? Makan pun tak berselera."
Seo Yeon tersentak, cepat-cepat mengukir senyuman. "Tak ada apa, umma."
Ibunya meletakkan sudu. "Aku nampak kau asyik termenung je sejak beberapa hari ni. Apa yang yang kau fikirkan itu Seo Yeon ? kalau kau ada masalah kongsi lah dengan Umma
Seo Yeon menelan liur. Patutkah dia cerita?
Sebelum dia sempat menjawab, ibunya menyambung dengan nada perlahan.
"Dengar kata ada sesuatu berlaku di Malaysia. Kau tahu apa-apa?"
Seo Yeon berdebar. Ini kali pertama ibunya menyebut tentang Malaysia.
Dia cuba berlagak biasa. "Kenapa umma tanya?"
Ibunya menghela nafas. "Orang di kedai runcit tadi cakap kerajaan sedang pantau sesiapa yang ada hubungan rapat dengan diplomat dari kedutaan Malaysia . Mereka cakap sesuatu berlaku di Malaysia dan sekarang semua orang kena lebih berhati-hati."
Seo Yeon tunduk, menguis-nguis nasi dalam mangkuknya. Apa yang terjadi sebenarnya?
Dia sedar jika sesuatu berlaku kepada Malaysia, Aiman juga mungkin dalam bahaya.
Ibunya terus memandangnya dengan renungannya tajam. “Seo Yeon… kau ada kenal sesiapa ke kat kedutaan Malaysia itu?”
Dia menarik nafas dalam cuba bersikap setenang mungkin. "Tak ada umma."
Ibunya tak tanya lagi, tetapi renungan itu cukup membuatkan Seo Yeon tahu yang ibunya belum sepenuhnya percaya.
---
10:45 malam – Jalan Pulang dari Kedai Runcit
Seo Yeon berjalan seorang diri, tangannya memegang plastik yang berisi beras dan sedikit makanan dalam tin. Sejak dua tiga minggu ini, harga barang semakin naik.
Salji turun perlahan. Udara dingin menggigit pipinya. Di Pyongyang, jalan-jalan mulai sunyi selepas pukul 9 malam. Cahaya lampu jalan yang malap menambah lagi suasana muram.
Ketika dia melangkah masuk ke lorong kecil yang menghala ke apartmennya, rasa tak sedap hati mula menyelubungi.
Seperti ada seseorang mengikutnya dari belakang.
Seo Yeon berhenti. Jantungnya berdegup kencang.
Dia cuba memasang telinga. Bunyi derap langkah…?
Tapi bila dia menoleh tiada sesiapa.
Hanya jalan yang lengang, dan salji yang turun senyap.
Seo Yeon mempercepat langkah, merapatkan jaketnya ke tubuh. Salji semakin tebal, dan angin malam menyentap wajahnya dengan kesejukan yang menggigit. Langkahnya laju, tapi hatinya masih berdebar.
Perasaan dia tak salah.
Ada seseorang yang mengekori.
Dia menoleh sekali lagi
masih tiada sesiapa di belakangnya. Hanya jalan yang lengang dan bunyi derapan kasutnya sendiri di atas jalan bersalji.
Mungkin aku paranoid.
Dia menarik nafas dalam dan cuba menenangkan diri. Tapi ketika dia berpaling ke depan semula
Tiba-tiba, bunyi enjin kereta mendekat dari arah belakang.
Seo Yeon menoleh. Sebuah GAZ-24 Volga hitam meluncur perlahan di atas jalan yang dilitupi salji tipis.
Dan di dalamnya dia nampak Aiman.
Jantungnya serta-merta berdegup kencang.
---
Di Dalam Kereta
Aiman bersandar di tempat duduk belakang, matanya memandang kosong ke luar tingkap. Fikirannya serabut.
Sejak pertemuan terakhirnya dengan Seo Yeon, terlalu banyak perkara berlaku. Krisis antara Malaysia dan Korea Utara makin memuncak. Dia terpaksa lebih berhati-hati.
Tapi saat dia melihat Seo Yeon di tepi jalan dia rasa seperti ditampar oleh realiti.
Seo Yeon berdiri di bawah cahaya lampu jalan yang suram matanya jelas menangkap kelibatnya di dalam kereta.
Aiman cuba mengalihkan pandangan tapi hatinya berdegup kencang.
---
Di Luar Kereta
Seo Yeon menggenggam plastik barangnya dengan erat. Aiman nampak berbeza malam ini.
Wajahnya lebih serius. Seolah-olah ada dinding besar yang memisahkan mereka.
Hati Seo Yeon terasa berat.
Tapi dia tetap berdiri di situ, tak berganjak, seolah-olah berharap sesuatu.
---
Di Dalam Kereta
Aiman menggenggam lututnya. Matanya masih tertancap pada Seo Yeon.
Dia patut alihkan pandangan.
Dia patut buat seperti mereka tak pernah kenal.
Tapi hatinya… hatinya ingkar.
Park Jin Ho, pemandunya mencuri pandang melalui cermin pandang belakang.
" kita dah nak sampai."
Suara Park Jin Ho menariknya kembali ke realiti.
Aiman menutup mata sekejap, menarik nafas perlahan. Dia harus ingat tugasnya di sini.
Dan tanpa sepatah kata, dia akhirnya mengalihkan pandangan.
---
Di Luar Kereta
Seo Yeon melihat Aiman berpaling ke arah lain. Seolah-olah menafikan kewujudannya di situ.
Salji masih turun perlahan, mencipta suasana yang terasa terlalu sunyi.
Seo Yeon cuba mencari makna dalam keheningan itu.
Dan sebelum kereta itu berlalu pergi, mata mereka bertaut sekali lagi.
Hanya sekejap.
Hanya sekelip mata.
Tapi dalam keheningan itu, begitu banyak perkara yang mereka ingin katakan tanpa satu pun terluah.
---
Di Dalam Kereta
Aiman masih menatap jalan di hadapan. Jari-jarinya mengetap erat seluar slacknya.
Seo Yeon… kenapa kau masih berdiri di situ?
Dia sedar dia dah melampaui batas.
Dan kini, dia harus memilih.
Dia harus ingat, Pyongyang bukan tempat untuk seorang lelaki seperti dia membiarkan hatinya terbuka.
Kereta terus meluncur pergi, meninggalkan seorang gadis di bawah lampu jalan bersama salji yang terus turun tanpa henti.
Share this novel