“Eh beb, cuba kau tengok kat depan tu. Aku macam kenal lah.” Sunny menyiku lengan Alia sambil menjeling ke satu arah dengan penuh keterujaan.
Alia mengangkat wajah, malas-malas. “Kat mana? Kau ni… semua orang kau kenal. Asal hensem sikit je, terus cakap kenal.” Dia membebel, tapi tetap juga ikut menoleh.
“Ck! Maksud aku... tu bukannya—” Sunny terus terdiam. Matanya membulat, kemudian perlahan berpaling menatap Alia.
Wajah Alia serta-merta pucat lesi, seolah-olah darahnya berhenti mengalir. Tubuhnya terpaku, kaku tanpa suara.
“Weh… gila, beb. Apa dia buat kat sini eh?” bisik Alia perlahan, panik mula menyerap ke seluruh tubuh.
“Kau tanya aku? Mana aku tahu! Kalau berani sangat, pergilah tanya sendiri,” jawab Sunny sambil menahan tawa, sengaja buat Alia makin menyirap.
Tanpa membuang masa, Alia terus bangun dari kerusi. Niatnya satu. Cabut lari dari tempat kejadian sebelum makhluk Tuhan yang satu itu nampak dia.
‘Nope. No. Tak nak. Aku tak sedia jumpa dia. Bukan sekarang. Bukan minggu ni. Bukan selamanya pun boleh!’ hatinya menjerit penuh drama.
Namun sialnya…
Langkah Alia baru saja ingin memutar badan, belum pun sempat capai beg tangan, tiba-tiba—
Gedebuk!
“S-sorry! I’m so sorry—”
Seorang pelanggan lelaki yang sedang tergesa-gesa keluar dari barisan, entah macam mana, terlanggar bahu Alia dengan cawan kopi takeaway masih dalam genggamannya.
Kopi panas itu tidak menunggu lama untuk menunjukkan kuasanya.
Plakk!
Tumpah ke bahagian lengan baju putih Alia dan sedikit mengenai beg tangannya yang baru dibeli minggu lepas.
Alia terpaku. Sunny pula sudah berdiri setengah, menahan ketawa yang di hujung nyawa.
“I’m really sorry, miss! I didn’t see you, oh God, I wasn’t paying attention,” lelaki tadi kelihatan cemas, tangannya masih tergantung dengan cawan kosong yang tinggal penutup saja.
Alia menggigit bibir. Nak marah? Tak sampai hati. Nak senyum? Tak mampu. Jadi dia ambil jalan tengah.
“It’s okay. But my sleeve is clearly not,” balas Alia perlahan, sambil menyeka lengan bajunya dengan tisu dari meja.
"Okay... how about i cover the laundry? Or dry-cleaning, whatever it takes," lelaki itu masih dalam mod bersalah, matanya jujur.
Alia mengangguk perlahan. “It’s fine. Accidents happen.”
Tapi sebelum dia sempat tarik nafas lega, satu suara dari belakang menyentap jiwanya macam petir di tengah hari yang cerah.
“Alia Deluna.”
Wajah Alia terus beku. Nafasnya tertahan. Bahunya kaku. Telinganya berdengung.
Dia dengar betul ke tadi?
Dengan sangat perlahan, seakan tubuhnya bergerak sendiri, Alia berpaling.
Di hadapan sekarang, berdiri seorang lelaki tinggi dengan jaket hitam dan rambut messy yang makin kemas dari kali terakhir dia lihat.
Tapi mata itu… senyum itu…
“Adam Daniel!”
Suara itu tak pernah terluah, cuma bergema dalam benaknya yang kini berselirat.
“Oh Tuhan…” keluhnya perlahan, cukup untuk Sunny di sebelah dengar dan cepat-cepat tarik kerusi, suruh Alia duduk semula sebelum dia rebah secara dramatik.
“Long time no see,” ujar Daniel, tenang, dengan tangan dalam saku. Seolah tiada apa pernah berlaku antara mereka.
Tapi bagi Alia?
Segala luka lama sedang bangkit macam zombie.
Dan yang paling dia hindari selama bertahun-tahun akhirnya berdiri di hadapannya. Di sebuah kafe kecil London. Waktu summer break. Dan lengan bajunya masih basah oleh kopi yang bukan miliknya.
Adam kelihatan sedikit hairan. Mungkin kerana melihat wajah Alia yang tiba-tiba pucat lesi. Dia hulurkan cawan kertas di tangannya dengan senyuman kelat.
“Caramel latte for you. I belum minum pun lagi”
Alia tarik nafas panjang, cuba stabilkan degup jantung yang tiba-tiba berlari maraton. Tapi matanya memandang Adam dengan renungan tajam macam nak bakar terus dari jarak dekat.
“Terima kasih. Tapi simpan je caramel latte tu untuk you sendiri,” balasnya, sinis. Lantas dia berpaling dan berjalan keluar dari kafe itu tanpa menoleh walau sekali.
Adam terpaku. Cawan kertas di tangannya masih tergenggam erat, seolah-olah otaknya belum sempat catch up dengan apa yang baru berlaku. Matanya masih mengekori langkah Alia yang menjauh dengan penuh emosi, tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.
Dia mengeluh perlahan. Bibirnya bergerak hampir tak bersuara, cukup untuk didengari dirinya sendiri.
“What just happened?”gumamnya, penuh tanda tanya besar di atas kepalanya.
Beberapa saat kemudian, Sunny meluru keluar dari arah belakang, hampir terlanggar pelayan yang bawa dulang croissant.
“Weh, Alia! Tunggu aku! Kau ni blah pun tak sempat briefing aku dulu,” bebel Sunny sambil terkocoh-kocoh mengejar.
“Tak ada maknanya aku nak briefing. Hati aku tengah panas sekarangni tau. Aku pun tak faham kenapa dia harus muncul time aku tengah hidup peaceful life!” Alia membebel sambil terus menuju ke arah kereta yang diparkir tak jauh dari situ.
“Okay, okay. Breathe first. So... still on ke plan kita nak pergi Jo Malone?” tanya Sunny sebaik mereka masuk ke dalam kereta.
Alia diam sebentar. Nafasnya masih laju. Kemudian dia menggeleng dengan malas. “Tak payah lah. Mood aku dah terus masuk longkang. Kita pergi lain kali je. Aku nak balik rumah sekarang.”
Sunny angguk perlahan. Dia tahu, kalau Alia dah cakap ‘nak balik rumah’, memang tak ada gunanya pujuk. Keras kepala tu memang dari zaman diploma tak berubah.
Kereta meluncur perlahan keluar dari kawasan parkir. Dalam diam, Alia hanya memandang ke luar jendela. Wajahnya tenang, tapi di dalam, satu perang emosi sedang berlangsung tanpa henti.
‘Bukan sebab aku marah Adam. Cuma... aku belum lupa insiden memalukan tu.’
Kereta terus meluncur membelah lorong-lorong sempit kota London yang sibuk dengan pelancong musim panas. Di sebelah, Sunny sudah mula diam, fokus dengan jalan raya di depannya, hanya sesekali menjeling ke arah Alia yang masih tunduk memeluk lengan sendiri.
“Alia, kau okay ke?” tanya Sunny perlahan.
“Hmm?” Alia tidak segera menjawab. Pandangannya tetap di luar jendela, seolah dunia sedang bergerak tanpa dia sedari. “Aku okay… cuma…”
‘Cuma aku tak sangka… aku masih ingat semua tu. Sejelas hari pertama ia berlaku.’ Monolog itu bergema perlahan dalam hati Alia,
[Flashback – 3 Tahun Lalu] semester pertama di University of East London — Fakulti Sains Komputer & AI.
Hari itu Alia bersiap lebih dari biasa. Rambutnya disisir kemas dan bibirnya diwarnakan sedikit dengan lip balm berwarna cherry. Di tangan, sekeping kad kecil penuh coretan dan satu coklat bar yang dibalut riben merah hati.
“Are you seriously going to do this?” tanya Sunny, berbisik di sebelahnya sambil pura-pura menulis nota. Mereka berada di taman kecil dalam kawasan kampus, tempat biasa Adam Daniel dan gengnya lepak selepas kelas.
Alia angguk perlahan. “Kalau aku tak cuba, aku akan tertanya-tanya sampai tua. Lagipun, apa salahnya suka orang?” katanya, penuh yakin, atau sekurang-kurangnya dia cuba yakinkan dirinya sendiri.
Langkahnya perlahan menuju ke meja batu di mana Adam sedang duduk bersama dua orang rakannya. Lelaki itu sedang ketawa kecil, entah apa yang dibualkan. Angin musim luruh meniup halus helaian rambut messy-nya.
Alia berhenti tepat di hadapan meja.
“Adam…” panggilnya.
Lelaki itu mengangkat wajah. Senyumnya masih tersisa. “Yes?”
“Saya… fikir banyak kali sebelum buat ni.”
Nafas Alia sedikit tak stabil, tapi dia tetap hulur kad dan coklat itu. “Saya tahu mungkin pelik, sebab kita tak pernah borak pun. Tapi… saya cuma nak awak tahu… i suka you. That’s it. Just… that.”
Sekeliling tiba-tiba senyap. Teman-teman Adam sudah berhenti berbual. Salah seorang siap keluarkan telefon, mungkin untuk rakam.
Adam pandang kad itu, kemudian pandang Alia. Seketika sunyi.
Dan kemudian…
Dia ketawa.
Kuat.
Macam baru dengar lawak paling kelakar dalam dunia.
“Oh wow. Are you kidding me?” katanya, masih ketawa sambil menolak perlahan kad itu ke arah Alia. “Sorry. But this… is ridiculous.”
Alia berdiri kaku. Wajahnya mula membahang. Dia dengar suara-suara berbisik, ketawa kecil, malah ada yang mengulang-ulang ayat “I suka you” dengan nada menyindir.
“Saya tak terima benda macam ni, especially from someone I don’t even know,” tambah Adam, suaranya cukup kuat untuk semua dengar. “Lain kali, cuba cara lain. Ini macam drama murahan.”
Alia tak mampu bergerak. Matanya mula berair. Tapi dia tak nak menangis depan semua orang. Tak nak.
Dengan sisa maruah yang masih tinggal, dia berpusing dan berjalan laju menjauhi kawasan itu. Sunny yang melihat dari jauh segera mengekori, wajahnya penuh simpati.
“Alia! Wait up—”
Dan kini, tiga tahun kemudian, Adam Daniel muncul semula. Di hadapan matanya. Dengan senyum tenang, seolah-olah tiada apa pernah berlaku.
Alia ketap bibir.
‘Dia mungkin dah lupa semuanya. Tapi aku belum. Dan aku rasa, aku takkan pernah lupa. Sampai bila-bila. Sampai kiamat pun, kalau boleh.
Hatinya masih luka. Tapi sekarang, dia bukan Alia Deluna yang dulu.
Kereta yang dipandu Sunny membelok masuk ke kawasan perumahan satu tingkat yang tersorok antara kesibukan kota. Barisan rumah kecil tersusun kemas, sederhana tapi selesa. Lokasinya dekat dengan stesen LRT, satu kelebihan besar untuk Alia yang lebih rela naik tren dari hadap jammed pagi.
“Thanks, beb,” ujar Alia sambil buka seatbelt.
“Kau okay?” Sunny sempat menjeling.
“Emotionally? Aku macam baru kena campak balik ke semester satu tanpa amaran,” jawab Alia, separuh nak gelak, separuh nak menangis.
Sunny sengih nakal. "Kalau esok kau tiba-tiba nak cabut duduk Iceland, janji beritahu awal. Aku nak bungkus kain baju dan bantal, ikut sekali," katanya sambil bergurau.
"Noted," jawab Alia, ketawa kecil sambil menolak pintu kereta dan melangkah keluar perlahan.
Dia berjalan ke pintu pagar kecil rumah sewanya. Kunci sudah sedia di tangan. Dia hanya mahu masuk, mandi, dan pretend hari ini tak pernah berlaku.
Tapi sebelum sempat dia buka pagar, dia terdengar bunyi enjin kereta berhenti di rumah sebelah.
Bunyi pintu kereta dibuka. Ada langkah kaki perlahan menghampiri pagar sebelah.
Alia toleh sepintas.
Sebuah kereta hitam. Modelnya asing. Tak pernah dia nampak di kawasan ni.
Seorang lelaki mungkin, baru saja turun. Tapi dari sudut dia berdiri, Alia cuma nampak siluet dan bahagian belakang tubuh yang bergerak masuk ke laman rumah sebelah.
Tanpa suara.
Tanpa teguran.
Tanpa sebarang petanda siapa dia.
Alia berdiri kaku beberapa saat. Keningnya sedikit berkerut.
"Siapa pula jiran baru tu?"
Share this novel