sedondon

Romantic Comedy Series 1014

7:55 PM – The Ivy Garden, London

lampu gantung kaca bergemerlapan, meja berlapik linen putih, dan aroma mawar segar di setiap sudut. Piano instrumental mengalun lembut di latar belakang, cukup untuk buat siapa pun rasa macam tengah shoot iklan perfume mahal.
Di depan pintu masuk, Alia berdiri sambil menggigit bibir bawahnya.
Gaun satin midnight blue yang dipakainya terasa too much untuk jiwanya yang nak lari. Rambutnya digulung kemas, mekap tipis tapi glowing. Tapi jantung? Huru-hara.
“Okay Alia Deluna… kau bukan datang sini nak confess perasaan. Ini dinner farewell. DINNER. FAREWELL. Fokus. Wakili syarikat. Wakili maruah.” dia membebel pada diri sendiri, sambil betulkan anting-anting yang tak senget tapi entah kenapa rasa macam senget.
Dan ketika dia berpaling nak tengok jam di phone, seseorang berdiri di hadapannya. Tinggi. Mengenakan tailored suit midnight blue. Wajah tenang tapi tajam. Rambut baru, potongan clean, ada edge. Senyum senget lima persen di bibir.
‘Adam Daniel!’
Dengan mata biru yang nampak lebih menusuk dari biasa malam ni, entah sebab lighting restoran, atau sebab dia betul-betul bersedia nak buat Alia gugur jantung.
Alia terkedu.
Dalam hatinya, satu jeritan memecah sunyi ‘oksigen! Mana oksigen! Aku dah tak cukup nafas ni.’
Sementara itu, Adam menjelajah Alia dari hujung rambut ke hujung kaki dalam tiga saat yang sangat senyap tapi jelas. Bibirnya terangkat sedikit.
“Midnight blue suits you.”
Suara dia lowkey, deep, dan confident. Macam dia tahu, dia menang malam ni.
Alia berdehem. “Kau pun nampak… okay lah.”
Padahal dalam kepala, Alia dah maki sahabatnya tujuh keturunan.“Sial kau, Sunny. Dah aku kata ambik je gaun dusty pink tu, kau degil sangat nak aku pakai warna midnight blue. Tengok sekarang… matching giler dengan si mamat bingai ni. Nampak macam datang sini nak buat pre-wedding shoot pulak. Arghh!!”
Alia menelan air liur perlahan, mata menjeling ke arah Adam yang berdiri di sebelahnya, nampak tenang, kacak, dan sangat tak membantu keadaan.
Wajahnya cuba maintain neutral, tapi tangan dah mula genggam clutch kuat-kuat macam tengah pegang remote bom nuklear.
Adam senyum nipis. “Kalau aku tahu kau akan pakai macam ni, aku dah tempah red carpet depan restoran.”
Alia jeling tajam. “Kalau kau pasang red carpet, aku masuk ikut pintu belakang.”
Adam ketawa kecil. Untuk pertama kali malam tu, Alia rasa bahaya. Bahaya sebab dia dah mula suka ketawa tu.
Dan level bahaya tertinggi? Dinner tak mula lagi, tapi hati dia dah auto masak sendiri, no fire needed, just one glance from Adam.
Adam sempat jeling Alia dari ekor mata. Dalam kepala dah mula monolog drama. “Bodoh betul aku dulu tolak si Alia ni mentah-mentah. Sejak bila dia cun tahap red carpet ni? Macam filter IG, tapi real. Nak describe pun otak aku stuck.”
Mereka melangkah masuk ke restoran, tapi vibe terus jadi weirdly silent. Dua-dua macam tiba-tiba lupa cara jalan. Tiba-tiba rasa macam masuk scene drama yang tak dilatih.
Mr. Leong yang sedang tunggu di meja VIP terus bangun dengan senyum meleret sampai ke telinga.
“Oh wow! Sedondon? Macam pre-wedding photoshoot terus!” katanya sambil gelak kecil, jelas over the moon.
Adam dan Alia cuma mampu senyum kelat,masih lagi kekok dengan situasi
‘Sedondon? Baju je kot. Jiwa? Tak sempat sync lagi, encik…’desis Alia dalam hati sambil paksa senyum manis versi ‘professional but emotionally unstable’, hanya demi menjaga vibes depan Mr. Leong, klien paling penting Nexora minggu ini.
Adam, dengan segala gentleman mode yang dia tak pernah aktif sebelum ni, tiba-tiba tarik kan kerusi untuk Alia.
Alia berkedip sekejap. ‘Wow. Siapa ni? Mana pergi Encik ‘Foam dua inci’ yang bossy pagi tadi?’
Tapi mulutnya tetap diam, cuma senyum nipis. Senyum yang lebih kepada confused but cooperative.
Dia duduk perlahan. Adam ambil tempat di sebelah.
Yes, SEBELAH yer. Bukan depan. Dan itu cukup untuk buat hati Alia macam nak tekan butang Exit Scene.
‘Kenapa duduk sebelah? Kenapa bukan depan? Kenapa macam pasangan betul ni?’ jerit otaknya.
Mr. Leong, tanpa sedar dia jadi orang ketiga paling bahagia malam tu, angkat gelas kecil berisi teh bunga.
“To new beginnings and successful partnerships,” katanya penuh semangat.
Alia sempat pandang Adam, Adam pandang balik. Masing-masing angkat gelas, tapi senyuman mereka lain maksud.
Alia: ‘Partnership kerja, okay?’
Adam: ‘Partnership apa yang aku harapkan? Kerja atau..’
Pelayan datang bawa menu. Tapi Alia rasa tak perlu pun, sebab satu-satunya benda yang dia tengah hadam sekarang, ialah degupan jantung sendiri yang makin kuat dan bau perfume Adam yang macam…
Yup! This is dangerous. Very, very dangerous.
‘Mamat ni, bau dia pun boleh buat aku lupa password otak sendiri. Alia Deluna, kau tengah waras ke tengah kena santau? Dia senyum sikit je pun, terus jantung kau skipped a beat?’
‘Girl, get a grip.’
Kening Alia terangkat perlahan, senyuman dipaksa. Senyuman yang lebih kepada ‘aku okay, padahal tak okay’. Matanya curi-curi jeling ke Adam di sisi, lelaki dengan aura boss kayangan dan potongan rambut baru yang tak masuk akal eloknya.
‘Itu bukan senyuman cinta. Itu senyuman 'corporate seduction,’ pakej khas untuk close deal juta-juta. Bukan untuk kau,’ Alia telan liur perlahan, tangan dia dah mula main jam di tangan, tanda bahaya emosi dalam proses aktif.
‘Jangan cepat perasan. Kau dah lupa ke macam mana dia pernah telan ego kau hidup-hidup dulu?’
Alia hela nafas panjang. Mata pandang siling restoran, macam tengah minta ilham dari langit ‘Nak aku rewind balik babak heartbreak kau? Siap dengan soundtrack lagu sedih background?’
Alia kembali senyum nipis dan sinis, senyum orang yang sedang mengingat tragedi tapi tak nak tunjuk kalah.
‘Please lah, Alia. Jangan jatuh lubang sama dua kali.’ Dia pusing badan sikit, pura-pura belek menu. Sebenarnya tengah cari alasan untuk tidak pandang Adam lama sangat.
‘Ya, dia wangi. Ya, dia kemas macam iklan perfume. Tapi hati dia? Business mode ON. Dia perlukan kau sebab projek ni. Kau perlukan dia sebab masa depan kerjaya kau. That’s it.’
Alia pegang gelas air kosong di depannya, dan bercakap dalam hati sambil senyum manis kepada Mr. Leong yang sedang berbual dengan Adam.
‘Tak lebih. Tak kurang. So please Alia… Don’t overthink. Don’t. Overfeel.’
Adam tiba-tiba menyiku lengan Alia perlahan dari sisi, cukup untuk buat gadis itu tersentak balik dari dunia lamunan dan skrip monolog dalaman yang macam babak akhir drama.
“Yer?” Alia angkat kening, mata masih blur, macam baru balik dari planet Zuhal.
Adam senyum senget. “Say thanks to Mr. Leong. Dia bagi hadiah tu.”
Alia kerut dahi. “Ha?”
Baru dia perasan, ada kotak kecil bertutup rapi di sisi dia. Bila masa Mr. Leong hulur? Oh Tuhan… dahsyat sangat termenung sampai missed that part of reality.
“Oh! Th-thank you Mr. Leong… Sorry, I wasn’t paying attention just now,” ucap Alia tergagap, cover-line punya suara sopan tapi dahi berpeluh.
Mr. Leong hanya ketawa kecil, tenang-tenang je. “No worries, I don’t put it in my heart.”
‘Nasib baik dia tak simpan dalam hati… kalau tak, naya aku,’ bisik Alia dalam kepala.
Makan malam diteruskan macam biasa, penuh dengan small talk polite, senyuman formal dan cubaan Alia untuk tidak overanalysing senyuman Adam setiap lima minit. Tak mudah.
Sampai akhirnya Mr. Leong minta diri. Adam dan Alia pun turut sama keluar dari restoran. Angin malam London sejuk-sejuk manja, tapi kepala Alia masih panas dengan monolog yang tak habis sejak tadi.
Dalam perjalanan balik, Adam sempat jeling jam. “See you next week, Alia. And selamat Hari Raya Haji.”
Alia tersentak “Hari Raya Haji?” Dahi dia terus berkerut macam connection WiFi hilang tiba-tiba. ‘No no no… please don’t let this be what I think it is…’
Dan seolah-olah semesta nak tambah garam, telefon nya berbunyi.
TING!
Mesej dari Mama:
Alia, jangan lupa esok gerak awal-awal, mama tunggu tau, nanti kita nak masak sama-sama. Jangan lupa pakai lawa-lawa sikit.”
Alia menatap skrin macam dia baru dapat surat saman daripada langit.
Dia pejam mata dan tarik nafas panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience