Weekend Plan

Romantic Comedy Completed 3635

Belgravia, London | Awal Musim Panas
Langit London pagi itu kelihatan biru bersih, hampir tak ada awan. Angin sepoi-sepoi membawa bau bunga lavender dari taman kecil di sudut blok. Di hadapan sebuah rumah mewah dua tingkat bergaya Georgian, sebuah Maybach metalik hitam terparkir kemas, refleksi sinar matahari bermain di atas bonetnya yang licin seperti cermin.
Pintu kereta terbuka perlahan.
Seorang lelaki melangkah keluar dengan penuh tenang, seolah dunia bergerak dalam gerak perlahan hanya untuknya, dia adalah Aslan Limit.
Kemeja linen putihnya sedikit berkibar ditiup angin, lengan dilipat hingga siku. Seluar slack kelabu muda dan loafers kulit tanpa stokin menjadikan gaya musim panasnya nampak effortless tapi eksklusif. Jam tangan vintaj di pergelangan, kaca mata hitam Ray-Ban model klasik bertenggek kemas di hidung mancung.
Rambutnya terletak rapi, tapi bukan jenis terlalu ‘setting’, lebih kepada gaya messy chic yang disengajakan. Kulitnya sedikit sun-kissed. Dia berdiri di situ sejenak, memandang ke arah rumah tempat dia membesar, mata tajamnya terlindung, tapi senyuman nipis di bibirnya cukup untuk menggambarkan sesuatu sedang bermain dalam fikirannya.
“Hey dude… welcome home. Jom lah masuk,” sapa papanya yang muncul dari dalam rumah, bersandar santai di bingkai pintu sambil senyum senget.
Mereka bersalaman ala mereka , tak formal langsung, lebih macam dua sahabat yang dah lama tak lepak sama. Ada tepukan di bahu, ada gelak kecil yang penuh makna. Itulah hubungan mereka, bukan jenis penuh protokol macam dalam drama keluarga korporat.
Aslan selesa dengan semua tu.
Berbeza dengan beberapa kawan-kawannya yang terpaksa 'berlakon' depan parents sendiri, kena faking smile setiap kali makan malam keluarga, kena pakai baju pilihan mama, kena setuju je walau tak setuju. Sampai soal kerjaya pun masih diatur, konon untuk 'legacy' keluarga.
Tapi Aslan? Dia bersyukur.
Lahir dalam keluarga yang harmoni. Ibu bapa yang bukan saja bijak, tapi juga sporting gila. Boleh borak apa saja tanpa judgement, boleh disagree tanpa drama. Kadang hubungan mereka lebih macam kawan baik, tapi itu tak pernah buatkan dia hilang rasa hormat.
Aslan tahu beza antara ‘santai’ dan ‘kurang ajar’. Pendek kata, Dia anak orang berada yang well raised tapi tetap grounded.
Aslan dan papanya, Mr. Halim Limit, melangkah masuk ke dalam rumah sambil borak-borak tentang tentang isu viral semasa dan sesekali sang papa bertanya tentang perkembangan kariernya.
Kedua lelaki tampan namun sangat berbeza dari segi usia itu baru saja nak duduk, terdengar suara sang mama menyapa dari arah dapur terbuka.
Aslan sayang… Nak air apa? Green tea ke sparkling water?”
Asan tersenyum sendiri. Suara yang sangat dia rindu.
“As usual lah, Ma. Green tea with lemon, no sugar,” jawab Aslan sambil melepaskan loafersnya di foyer dan menggantung cermin mata hitamnya di kolar kemeja linen yang dah sedikit renyuk dek angin luar tadi.
Interior rumah mereka terang dan lapang. Konsep modern English meets coastal luxe. Warna putih gading dan beige mendominasi, dengan perabot kayu oak yang sleek, ditambah sentuhan navy dan sage green pada bantal kusyen. Bau diffused sandalwood dan citrus memenuhi ruang tamu, menenangkan dan tak terlalu kuat.
Aslan menyandar sebentar di dinding, memandang ke arah dapur terbuka yang bersambung terus dengan ruang makan. Mamanya sedang menuang air dari carafe kaca, masih anggun dalam blouse satin berwarna rose gold dan palazzo krim.
Wanita separuh baya itu berpaling dan tersenyum. Muka tu masih macam budak sekolah. Tapi style dah macam bachelor Korea.
“Mama buat special untuk dua kesayangan mama.”
Nada suaranya manja tapi ada sentuhan eksklusif, macam chef peribadi menghidang menu khas untuk tetamu VVIP.
Aslan tergelak kecil. “Thanks to Mama’s good genes.”
“Pujian tu takkan dapat top up duit belanja tau,” seloroh mamanya sambil meletakkan gelas di atas tray.
Beberapa saat kemudian, dia membawa tray itu ke ruang tamu, lalu duduk di sebelah anak bujangnya.
“Papa kamu tu ajak main padel hujung minggu ni. Kalau kalah lagi, jangan merajuk, okay?” usik Nomi dengan bibir terjuih manja.
“Eh… ini papa lah. Kali ni takkan kalah punya,” sampuk Halim Limit yakin.
“Wait… sepertinya rancangan main padel hujung minggu ni terpaksa cancel,” sampuk Aslan dari sisi sambil mengangkat gelas green tea nya.
Pasangan suami isteri itu cepat-cepat menoleh dan saling berpandangan dengan tatapan serius.
“Dude… what do you mean?” tanya Halim, tidak mahu berteka-teki sendiri.
Puan Nomi mengangguk cepat. “Mama pun curious. Tell us.”
Aslan menarik nafas, kemudian menghembuskannya perlahan. Suasana senyap seketika, seperti menunggu keputusan mahkamah.
“Tentang jodoh pilihan mama tu.” katanya, sengaja menggantung ayat, ingin melihat reaksi mamanya terlebih dahulu.
Puan Nomi angkat kening, ekspresi wajahnya berubah. “Aslan tak suka ke?” Nada suaranya kedengaran kecewa, namun cepat-cepat dia menutup rasa itu dengan senyuman. “Mama tak paksa, sayang. Kalau Aslan tak berkenan, mama okay je. It’s your future. Mama ikut semua keputusan Aslan.”
Aslan tahan senyum. Dia tahu mamanya cuba menyembunyikan rasa kecewa.
“Mama ingat tak Aslan ada janji nak bagi surprise?”
“Yes, mama ingat. And I'm still waiting for the surprise,” balas Puan Nomi sambil mengangkat kedua tangannya ke langit, gaya dramatis penuh harapan.
Aslan pandang papa dan mama dia silih berganti. Kemudian dia lepaskan bom dengan wajah tenang.
“This weekend… mama dengan papa tolong pergi rumah Uncle Mukhriz dan Aunty Alisa. Lamar Alia Deluna.”
Boom!
“WHAT?!”
Macam letupan bom nuklear, Puan Nomi dan suaminya terlompat sedikit dari tempat duduk. Masing-masing pandang anak mereka dengan wajah tak percaya.
“Aslan Limit! Jangan nak main-main dengan mama. Nanti mama betul-betul masuk meminang, baru tahu,” ugut mamanya, nada suara masih tak percaya.
“This is for real,” balas Aslan, senyum nipis di hujung bibir.
“Penerbangan dari Sydney ke Dubai ada turbulence teruk ke? Ada terhantuk kepala? Papa risau—”
“Papa…” Aslan potong ayat papanya. “Aslan masih waras. Keputusan ni dibuat dengan sedar dan rela hati.”
Puan Nomi tiba-tiba sebak. “Alhamdulillah... akhirnya kita akan dapat menantu, pa... Dan mungkin tahun depan kita dah boleh main dengan cucu...” ucapnya dengan mata berkaca-kaca. Air mata bahagia menitis tanpa dipaksa.
“Mom... anak kita belum pun jabat tangan tok kadi. Relax, please. Tapi yes, kita kena mula fikir pasal acara lamaran. Siapa nak kita ajak ni?” ujar Halim, yang nampaknya lebih excited dari semua orang.
“Dan...” Aslan pandang kedua ibu bapanya. “Kalau Alia setuju, kami akan bincang lain tentang tarikh nikah.”
Tidak teragak-agak, Puan Nomi terus bangun, melangkah ke arah dapur sambil membawa tray dan bersiul kecil.
“I need to find my best baju kurung. The queen is going to meminang!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience