Deretan kereta mewah mula perlahan-lahan memasuki perkarangan mansion. Bunyi enjin yang halus dan elegan seolah tidak mahu mengganggu ketenangan pagi itu. Sebuah Rolls-Royce Phantom berwarna midnight sapphire mengetuai rombongan, diikuti beberapa lagi kenderaan premium. Bentley, Mercedes Maybach, dan satu Porsche Cayenne, semuanya menandakan kehadiran keluarga yang bukan calang-calang.
Aura old money yang dibawa oleh keluarga Aslan Limit begitu terasa. Tiada taburan glamor murahan atau tingkah mencolok mata. Sebaliknya, gaya mereka sederhana tetapi penuh prestij seperti sebuah warisan lama yang tidak perlu diperjelas nilainya.
Pintu kereta utama dibuka oleh pemandu berpakaian hitam kemas. Keluar dari kenderaan mewah itu, seorang wanita melangkah turun dengan gaya tenang dan langkah bersahaja, tapi penuh autoriti.
Puan Nomi, ibu kepada Aslan Limit, tampil memukau dalam helaian baju kurung moden biru laut, senada dengan pakaian suaminya. Potongan baju kurung itu minimalis namun mewah, diperbuat daripada fabrik satin duchess yang lembut berkilau, beralun cantik setiap kali dia melangkah. Perincian halus di hujung lengan dan keliling leher, jahitan tangan dengan kemasan manik kecil warna champagne yang cukup understated, tapi meninggalkan kesan.
Rambutnya disanggul kemas ke belakang dalam gaya French twist moden, terdedah elegan tanpa sebarang aksesori berlebihan. Wajahnya dirias tipis, menonjolkan tulang pipi tinggi dan bibir rona rosewood matte yang membangkitkan persona klasik. Di kakinya, sepatu Louboutin nude dengan tumit halus menyempurnakan gaya keseluruhan.
Di sisi beliau, Tuan Halim Limit berdiri dengan penuh gaya dan ketenangan seorang lelaki yang tahu nilai diam. Berkaca mata hitam Ray-Ban vintage, berkot linen biru laut berpotongan tailored Itali, disarung bersama kemeja putih bersih dan slack senada. Pocket square ringkas di dada, dan jam tangan Omega klasik menghiasi pergelangan. keseluruhannya mencerminkan seorang lelaki yang tahu bergaya tanpa perlu menunjuk.
Kemudian, muncullah Aslan Limit, lelaki yang menjadi pusat acara hari ini. Memakai baju Melayu moden rona biru laut, lengkap dengan samping tenunan tangan import khas dari Terengganu dan capal kulit dari artisan tempatan yang ditempah khas.
Wajahnya kelihatan tenang, tapi anak matanya membawa kilat keyakinan. Dia menyapa Tuan Mukhriz dan beberapa tetamu lelaki lain dengan ciuman tangan dan pelukan ringkas yang penuh hormat.
“Assalamualaikum, maaf kalau kami tiba sedikit awal,” ucap Puan Nomi lembut kepada Puan Alisa sambil mencium pipi wanita itu dalam gaya sopan Melayu klasik.
“Waalaikumsalam... awal tu satu keberkatan, Puan Nomi. Kami pun dah lama menanti,” balas Puan Alisa dengan senyum penuh makna dan pelukan hangat.
Dalam ruang tamu yang mula sesak dengan keakraban, dulang hantaran yang dibawa oleh keluarga Aslan mula disusun rapi di atas meja khas yang dihias indah dengan bunga segar dan kain tenun berlapik renda. Ada yang berisi manisan, ada yang membawa cincin, dan ada juga yang mengandungi kitab suci sebagai simbol ikatan yang bersandarkan agama dan nilai.
Majlis ini bukan sekadar tradisi ‘sarung cincin’. Ia adalah penyatuan dua keluarga Melayu yang telah lama menyesuaikan diri dalam dunia perantauan, namun tetap berpegang pada akar budaya. Di dalam mansion yang sudah dihias indah dengan bunga segar dan sentuhan moden Melayu-Inggeris, satu permulaan baharu bakal bermula dengan restu, cinta, dan penuh makna.
Jangan hanya pandang hasil akhirnya yang sangat memukau. Untuk siapkan semuanya dalam waktu yang kurang dari dua puluh empat jam, Puan Alisa dan Tuan Mukhriz memang all out. Mereka sanggup bayar harga premium tiga kali ganda dari kadar biasa, demi hasil se-eksklusif ini. Bukan semua sanggup ambil cabaran ‘last minute perfection’. Malah, pihak event stylist baru saja selesai dan berangkat pulang sekitar jam enam pagi tadi
Pendek cerita, selepas perbincangan penting dan segalanya dimuktamadkan, Alia akhirnya dibawa turun dari tingkat atas oleh Sunny. Langkahnya tenang, senyum masih tergantung di bibir.
Dia kemudian duduk anggun di atas pelamin, memukau dalam baju kurung moden putih gading, menyerlahkan aura tenang dan suci seorang wanita yang sedang menyambut babak baru dalam hidupnya.
Sebelum cincin disarung, akhirnya Aslan kemudian membuka mulut “untuk tempoh tunang ni, saya nak dua minggu saja,”
Bukan cuma puan Alisa, tapi Puan Nomi dan suaminya juga terkejut beruk mendengar ayat Aslan itu sebentar tadi.
“Aslan.. Biar betul?” tanya puan Nomi dengan mata yang terbeliak. “Two weeks, kau nak mama dengan aunty Alisa tambah slim ke ni?”
“Ma, aunty… semuanya, seperti yang semua sedia maklum, pekerjaan saya ni agak susah untuk apply cuti panjang, kali ni saya cuti sebulan full dan niat memang untuk selesaikan semua ni sampai nikah.” tegas jawapannya.
Puan Alisa dan puan Nomi saling pandang kemudian mereka ketawa terbahak “nampak gayanya kita kena kerja overtime lah.” ucap puan Nomi
“Tak apa, janji anak-anak happy, semuanya berjalan dengan lancar-”
“Dan memang ni yang kita semua hajatkan selama ni.” belum selesai puan Alisa berucap, tuan Halim dah potong membuat semua orang ketawa bahagia.
Sementara itu,
“Cie… ada yang tak sabar nak jabat tangan tok kadi ni.” usik Sunny, sambil bisik di telinga Alia
Alia tidak balas, tapi jelas dia sedang blushing, hanya mampu senyum simpul sambil pandang bakal mak mertuanya yang sedang berjalan ke arahnya diikuti oleh seorang lagi wanita yang membawa dulang cincin.
Puan Nomi tersenyum, mengambil cincin dari dulang berhias. Tangannya terulur perlahan, menyentuh jemari Alia yang sedikit menggigil. Suasana senyap, semua mata tertuju ke pelamin, sesekali disinari kilatan flash kamera yang menangkap momen bahagia itu.
“Alia sayang… dengan nama Allah yang Maha Pengasih, hari ini saya terima kamu sebagai sebahagian daripada keluarga kami.
Saya tahu, bukan mudah melangkah ke alam baru. Tapi percayalah… Aslan tu mungkin nampak keras di luar, tapi hatinya lembut—kalau kena dengan orang yang tahu cara menjaganya.
Saya harap kamu berdua saling menjaga, saling memahami… dan terus memilih satu sama lain, setiap hari, dalam apa jua keadaan.
Cincin ni bukan sekadar tanda. Ia simbol harapan dan permulaan. Mudah-mudahan yang bermula dengan baik, berakhir dengan bahagia.”
Cincin pun disarung ke jari manis Alia, perlahan. Tepukan bergema. Mata Alia berkaca. Sebak, terharu… dan semua rasa itu bersatu dalam dadanya.
Alia raih tangan Puan Nomi lalu menciumnya penuh takzim. “Terima kasih, aunty…” ucapnya perlahan.
“Hmm… two weeks later, call me mom,” balas wanita separuh baya itu, tersenyum lembut dengan tatapan yang penuh kasih.
Namun,
Saat euforia masih berlegar di segenap ruang mansion dengan tetamu bersalaman, ada yang bergelak ketawa kecil, kamera tak berhenti merakam detik-detik manis di atas pelamin. Tiba-tiba satu suara dari arah pintu utama memecah suasana.
“Assalamualaikum…”
Suara itu tak terlalu kuat, tapi cukup untuk buat semua orang senyap serta-merta. Bual-bual ringan terhenti, anak-anak yang tadi berlari pun turut berhenti di tangga.
“Waalaikumsalam…” sahut beberapa suara serentak, nada perlahan dan penuh tanda tanya.
Semua mata tertumpu ke arah pintu.
Ternyata Adam.
Dia berdiri di ambang pintu utama, segak berbaju Melayu moden rona kelabu asap, samping tenun biru firus yang kemas dililit, butang baju rona perak menyerlahkan gaya classy. Wajahnya tenang, rambut disisir rapi, dan di sisi kirinya berdiri beberapa lelaki berpakaian senada. Rombongan yang tampak bersedia, bukan jenis datang suka-suka sebab nak ucap tahniah atas pertunangan Aslan dan Alia.
Pintu pagar depan memang sedia terbuka, jadi mereka terus melangkah masuk perlahan, tenang, seolah memang tahu semua mata sedang memerhati. Langkah Adam langsung tak goyah, tapi jelas dia tahu dia mencuri perhatian.
“Bukan maksud saya nak menolak kedatangan tetamu…” suara Tuan Mukhriz kedengaran tenang tapi penuh tanda tanya. “Maaf, tapi boleh saya tahu tujuan kedatangan kamu semua?”
Dia pandang tepat ke arah Adam yang kini berdiri segak dengan rombongannya, seolah baru keluar dari babak klimaks drama TV. Mata Tuan Mukhriz sedikit mengecil, cuba menilai sesuatu. Jelas sekali, kedatangan itu bukan sekadar mahu menikmati majlis.
Namun belum sempat Adam buka mulut, satu susuk tubuh lain sudah melangkah ke hadapan, Aslan Limit.
Tenang, tegak, dan penuh karisma. Bahunya tegap, dagunya terangkat sedikit, namun tak sombong. Dia berdiri di sebelah bakal mertuanya.
“Aku dengan Alia baru saja bertunang,” kata Aslan, suaranya stabil. “Dan lagi dua minggu kami akan bernikah.”
Seluruh ruang senyap. Tetamu menahan nafas. Mata beralih antara Adam dan Aslan seperti sedang saksikan babak klimaks filem aksi.
“Kalau maksud kedatangan kau nak ucap tahniah…” Aslan teruskan, dengan senyuman nipis di hujung bibir. “Silakan duduk.” Katanya sambil mengangkat tangan kanannya sedikit, satu isyarat yang sopan, tapi tetap sarat makna amaran.
Dia jeda sebentar.
“Tapi kalau kau datang dengan maksud lain… maaf bro. You’re late.”
Adam kaku. Bibirnya bergetar kecil, dan dalam sekelip mata, dia melangkah setapak ke belakang. Bukan kerana takut, tapi kerana kecewa dan terluka.
Matanya tak lepas dari wajah Alia, yang masih duduk anggun di atas pelamin, tenang, diam, tapi tak membeku. Dan untuk pertama kali sejak dia mengenali gadis itu… dia lihat ketenangan yang tulen. Bukan pura-pura. Bukan perlindungan dari luka lama.
Tidak ada riak penyesalan. Tiada bayang bersalah pun di balik sepasang mata indah itu. Hanya... ketenangan yang menyakitkan hatinya. Sebab dia tahu, dia bukan lagi punca senyuman itu.
“Are you kidding me, Aslan?” suara Adam bergetar rendah tapi cukup jelas didengar semua orang di ruang itu.
Aslan angkat kening sedikit. “Tunang dan nikah bukan benda main-main, Adam.”
Dia berpaling separuh ke arah Alia, seolah menyampaikan sesuatu tanpa kata.
“Yes. I’m serious. As you see now… this is our engagement day.”
Diam. Sunyi.
Dan dalam sunyi itulah, semua orang tahu, ada hati yang baru saja retak, dan ada cinta yang tak sempat pun bernafas.
Tiba-tiba, suara lantang menerjah ruang tamu yang tadinya hening.
“Mama dah cakap dah kan? Sekarang ni, muka kita nak sorok mana, hmm?” Nada suara wanita itu makin naik. “Dah elok-elok mama jodohkan si Nadrah tu untuk Adam, tapi Adam sibuk nak menggatal masuk meminang perempuan ni... sebagai calon isteri kedua pula!”
Seketika, semua mata terpaku.
"Apa kau cakap? Isteri kedua?"
Puan Alisa bangkit dari sofa, nada suaranya menggila bersama riak wajah yang menegang. Nafasnya turun naik, matanya membulat seperti hendak membakar siapa saja yang berdiri di hadapannya.
Tangan kirinya menggenggam erat lengan baju kurung yang sudah sedikit berkedut, sementara tangan kanannya melambai ke udara, seolah cuba menahan kata-kata kasar yang hampir meletus.
Share this novel