Jodoh pilihan mama

Romantic Comedy Series 1014

Langit London malam itu berawan tebal, seolah-olah tahu isi hati Adam yang sedang berat sebelah. Bukan sebab jogging tadi terbantut oleh sambal belacan, tapi sebab dia terpaksa balik ke rumah utama untuk sesi 'interogasi' mama.
Adam menyandar di kerusi pemandu, matanya tak lepas dari rumah dua tingkat yang berdiri anggun di pinggir Richmond. Kawasan orang-orang yang kalau beli ais krim, tak tengok harga. Tangan kirinya menggenggam stereng dengan longlai, jari-jarinya mengetuk perlahan.
Dia tarik nafas panjang. “Let’s go, Adam Daniel. Kau dah buktikan boleh handle lembaga audit Nexora, takkan mak sendiri pun kau nak takut.”
Tapi Adam tahu, ini bukan soal takut. Ini soal masa depannya yang bakal dipertaruhkan, entah dengan anak orang kaya mana pula kali ni, yang mungkin cantik di atas kertas, tapi minus dalam budi pekerti.
Pintu utama dibuka sebelum sempat dia tekan loceng. Macam biasa, mama sentiasa tahu bila dia sampai. Entah sixth sense ke, CCTV ke, dia pun dah tak pasti.
“Assalamualaikum,” sapa Adam sambil buka kasut, kakinya bergerak perlahan seperti berat mahu melangkah masuk.
“Waalaikumussalam, sayang. Masuk cepat, sejuk kat luar,” balas mama dengan suara penuh kasih sayang dan niat tersembunyi. Tangan lembutnya menarik lengan Adam masuk ke dalam, disusuli pelukan ringkas.
Tapi tak sampai dua saat, mama dah pegang lengannya dan pandang penuh makna, mata meneliti wajah anak bujangnya dari hujung rambut ke dagu.
“Kurus. Mama tak suka.”
Adam terkebil. “Tadi baru makan sambal belacan, Ma. Jiran masak sedap gila tau, Adam sampai tambah nasi dua pinggan.”
Mama sempat mengukir senyum kecil, penuh makna. “Ha… jiran yang mana satu tu? Engkau tu bukan main ramai jiran. Sekali yang ni jiran perempuan… ingat mama tak tahu?” Mata mama sedikit mengecil, kepalanya condong ke sisi.
“Jiran baru. Perempuan. Tapi bukan tu point dia, Ma.”
“Hmm.” Mama dah buat muka ‘aku dengar tapi aku tahu lebih banyak dari kau.' Lengan disilang, senyum sinis terselit di hujung bibir.
Tak lama kemudian, mereka pun duduk di ruang tamu. Papa Adam, Mr. Jonathan, sedang baca ’A Man Called Ove’ karya Fredrik Backman, sambil minum teh tarik buatan mama yang dia dah addicted sejak kahwin tiga puluh lebih tahun dulu. Kakinya disilangkan santai, satu tangan memegang cawan, satu lagi pegang buku.
“Adam,” tegur papa lembut dengan senyuman, mata masih meneliti halaman novelnya. “How’s the new position at Nexora?”
“Going well, Pa. Fast paced, tapi Adam suka.” Jawabnya sambil duduk bersandar ke sofa, kedua-dua tangannya di atas lutut.
Mama menyampuk dari samping, suaranya lembut tapi penuh maksud. “Baguslah kalau kerja kau semua okey. Tapi sekarang mama nak tanya pasal hidup kau pulak, bila kau nak serius, Adam? Mama dengan papa pun dah makin berusia, kami pun ada impian nak sambut menantu, nak timang cucu macam orang lain.”
Pandangan Puan Rossa tepat menikam anak terunanya. Bukan marah, tapi cukup untuk buat Adam rasa seluruh ruang tamu jadi sempit. Dia tunduk seketika, bibir diketap.
‘Alaaa… masuk dah bab ni, ini yang malas balik rumah ni.’ monolog Adam dalam hatinya.
“Ma... please. I’m still adjusting. Baru pindah. Baru jadi GM. Baru…”
“Baru tengok jiran masak sambal belacan, kan?” Mama angkat kening tinggi-tinggi, lengkap dengan ekspresi wajah penuh curiga, macam detektif yang baru jumpa bukti pertama.
Adam ketawa kecil, jari gosok belakang tengkuk. Kalah.
“Okay, Ma. Straight to the point je lah. Siapa calon yang Mama nak kenalkan kali ni?”
Mama tersenyum bahagia, wajahnya seolah-olah bercahaya. Ada kilau harapan yang kembali menyala di matanya, seakan pertanyaan kecil dari Adam tadi cukup untuk meniup semula bara yang hampir padam.
“Bukan nak paksa. Tapi Mama dan Papa ada kenal satu keluarga baik dari komuniti Melayu di Chelsea. Anak perempuan mereka, kerja stabil, cantik, pandai masak pula tu.”
Adam juling mata ke atas. “Of course dia pandai masak… dah perempuan kan?” Tangan bersilang di dada, nafas ditarik panjang.
“Dan yang penting, dia suka orang yang family oriented. Bukan jenis player.”
“Wow. Sound like Mama baru baca profile Tinder.” Sindir Adam dengan senyum separuh malas.
Mama ketawa kecil, tangan kanan menepuk peha sendiri, tapi terus sambung dengan wajah serius. “Adam, Mama dah makin tua. Papa pun. Kami tak nak paksa, tapi kami cuma nak tengok kamu bahagia. Dan kita ada satu cincin.”
Adam ketap bibir. Cincin itu. Cincin peninggalan nenek. Yang kononnya hanya akan diberi bila Adam jumpa ‘orang yang betul’.
Dan malam itu, dalam hening ruang tamu mewah itu, Adam hanya mampu diam. Jari-jarinya bermain dengan mug yang masih belum disentuh.
Sebab dalam kepala dia, bayangan Alia muncul. Dengan senduk sambal dan muka menyampah. Tapi entah kenapa macam manis pula.
‘Oh my God… kenapa aku teringat Alia terus sejak hari tu? Dari kafe, ke pejabat, sampai ke meja makan rumah sewa dia. Semua tu asyik replay dalam kepala aku.’
Matanya sedikit mengecil. Cawan teh dalam tangan hanya digenggam, tidak diminum.
"No way… I can’t be falling for her, can I?"
Jantungnya berdetak sedikit laju. Papa ketika itu sudah mula bangkit dari kerusi, meletakkan buku di atas meja dan bersuara perlahan, “Mama, papa masuk bilik dulu ya. Besok ada meeting awal pagi.”
“Baiklah, bang,” sahut Puan Rossa sambil tersenyum, namun matanya tetap tidak beralih daripada wajah Adam.
Sebaik Papa berlalu, Mama kembali memandang anak terunanya. “Adam, hey.. Adam okay tak ni? Termenung jauh ni mama tengok.”
Adam hanya mengangguk sedikit, bahunya terangkat ringan. Tapi riak wajahnya jelas sedang jauh mengelamun.
‘Dan sekarang... dia kerja satu syarikat dengan aku. Masuk pula team aku sendiri. Seriously? Takdir macam ni memang wujud ke?’
Dia menghela nafas perlahan, tangan kanan mengusap muka sekali lalu, cuba kelihatan normal.
Tapi Mama masih tak puas hati. “Kamu termenung panjang sangat ni, Adam. Jangan-jangan kamu dah ada orang yang kamu suka tak?”
Adam tersentak sedikit, mata membulat kecil. “Hah? Mana ada, Adam tak ada masa lah nak bercinta Ma. Bukankah tadi Adam dah cakap.”
Puan Rossa senyum penuh teka-teki. Kepala sedikit senget, jemari digenggam di riba. “Betul ke tak ada… atau kamu sendiri tengah confused?”
Adam ketawa kecil, tapi tak mampu sembunyikan kegusaran di mata. “Mama ni… suka sangat buat andaian, dah, masuk tidur. Adam juga nak berehat awal. Besok ada meeting.”
“Eleh.. nak mengelak la tu.” Perli puan Rossa, dahi berkerut manja.
“Mama..-”
“Tapi tak apa…” ujar Mama dengan senyum lembut, matanya masih tertancap pada wajah Adam. Nada suaranya tenang, tapi penuh maksud. “Minggu depan kan Raya Haji? Keluarga kita dijemput datang ke rumah dorang. Masa tu, boleh lah Adam berkenalan dengan calon yang Mama sebut tu.”
Adam diam. Tapi Mama tetap meneruskan dengan harapan yang tergantung di hujung kata.
“Mama jumpa dah dengan orangnya. Cantik, manis, ada adab. Sopan pun sopan, Mama terus rasa selesa tengok dia. Hati Mama rasa tenang sangat, tau.” katanya sambil tersenyum kecil.
“Mama cuma nak tengok Adam bahagia. Itu je,” tambahnya perlahan, seolah-olah tak mahu terlalu mendesak, tapi cukup untuk buat Adam tahu, itulah harapan terbesarnya.
“Macam mama pulak yang beria cari calon madu,” usik Adam perlahan, sambil sempat mengerling ke arah mamanya. Bahunya digoyang sedikit, nada suara kembali ringan.
Puan Rossa terus mencubit lengan anak bujangnya, tak kuat, tapi cukup untuk bagi peringatan manja.
“Ish, jahat! Teringin sangat ke nak ada mama tiri?” Balas mama sambil menjeling, tapi senyum masih di hujung bibir.
Adam gelak kecil. “Eh, jangan Ma… Nak hadap mama seorang pun kadang-kadang Adam dah hilang akal. Jangan tambah pakej dengan mama tiri pula, boleh burnout nanti.”
Puan Rossa geleng kepala sambil ketawa kecil. Wajahnya tenang, tapi jelas ada harapan yang dia simpan diam-diam.
“Adam janji tau dengan mama… tolong, ya? Nanti jumpa dengan calon yang mama pilih ni. Mama janji, ini yang terakhir.”
Adam angguk perlahan, mata memandang ke arah meja kopi yang tertata kemas. Nada suaranya lebih lembut. “InsyaAllah, Ma.”
Adam bangkit dari sofa perlahan, ingin naik ke bilik. Tapi baru dua langkah diambil, telefon bimbit nya kembali bergetar.
Satu mesej masuk.
Nombor tidak dikenali dengan profil gambar bunga sakura.
“Hai future husband,”
Jari-jarinya terhenti di skrin. Nafasnya terlepas perlahan. Matanya terpaku pada ikon bunga sakura itu. “Siapa dia sebenarnya, aku kenal ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience