Setelah mengambil makanan nasi impit, ketupat, kuah kacang, dan kari kambing yang menggoda iman. Alia dan Aslan mengambil tempat duduk di bawah kanopi putih yang sedikit terlindung dari matahari. Angin pagi yang manja menyapu lembut, membawa bersama aroma sate dari khemah sebelah. Suasana raya tetap terasa, walau di bumi Chelsea.
Baru saja Alia menyuap suapan pertama…
“You jatuh cinta dengan Adam Daniel?”
“UHUK!”
Alia terus terbatuk sampai air mata keluar. Nasi hampir salah masuk laluan. Aslan yang duduk bertentang terus panik, cepat-cepat hulurkan air sirap bandung dari gelas dia sendiri. Wajahnya berkerut bersalah, tangan melayang-layang tak tentu arah macam nak undo balik soalan yang dia sendiri dah lepaskan.
“Sorry, sorry! I swear that was not an attack,” ucapnya dengan suara lembut, sedikit tergelak.
Alia akhirnya berjaya tarik nafas semula, tapak tangan menepuk dadanya sendiri.
“Okay, tak apa . Next time, bagi signal dulu sebelum tanya soalan yang boleh buat aku tercekik nasi.” Nada dia tenang, tapi mata masih menyipit ke arah Aslan yang buat muka sejenis comel menyesal.
Aslan senyum kecil. “Fine, next time I’ll bring kad amaran dulu. Yellow warning card or something.”
Suasana kembali tenang seketika. Bunyi gelak tawa dari khemah utama kedengaran samar, bercampur suara kanak-kanak berlari dan takbir raya yang masih berkumandang dari speaker komuniti.
Alia tunduk, pandang ke pinggan yang isinya masih bersisa. Suaranya perlahan, tapi cukup jelas.
“Kau mesti ingat aku ni bodoh, kan?”
Aslan berhenti kunyah, pandang Alia dengan dahi sedikit berkerut. “Nope. Tak pernah pun. kenapa?”
Alia tarik nafas, senyum nipis, sebuah senyum yang tak sampai ke mata. Jari telunjuknya menguis tepi pinggan tanpa tujuan.
“Sebab aku jatuh cinta dengan lelaki yang attitude bingai macam Adam tu. Dia pernah malukan aku. Sakit tu... bukan calang-calang. Tapi peliknya, sampai sekarang aku masih tak cukup kuat nak tolak pesona dia. Aku dah cuba benci dia, cuba lari jauh, cuba bina hidup baru. Tapi bila takdir bawa aku jumpa dia balik, semua tembok yang aku bina runtuh macam domino. Aku dah guna lidah laser aku, konon nak cipta jarak, nak tunjuk aku tak kisah... tapi akhirnya?”
Alia ketap bibir, mata berair.
“Aku masih Alia Deluna yang sama. Yang masih goyah setiap kali dia senyum. Bodoh, kan?”
Alia angkat kepala, pandang jauh ke arah pokok maple yang daunnya mula gugur.
Aslan tak jawab. Dia hanya dengar. Sepenuh perhatian.
“Aku boleh je resign dari Nexora. Kontrak tu? Aku mampu bayar penalti kalau aku nak. Tapi aku tetap bertahan. Bukan sebab aku desperate. Tapi sebab… aku belum ready nak tinggalkan semua kenangan yang tertinggal kat situ. Dan satu lagi, aku nak bina karier aku dengan cara aku sendiri, tanpa bayang papa dan mama.”
Kedua-duanya terdiam. Masing-masing tenggelam dalam kepala sendiri, macam tengah rewind semua yang dah jadi, tapi tak tahu nak tekan butang pause kat mana.
Aslan bersandar ringan, wajahnya tenang. “Kadang-kadang… cinta ni memang suka buat kita nampak bodoh. Tapi tu bukan salah kau, okay? It’s love’s fault. Dia tak pernah ikut logik, dia ikut suka dia je. Macam GPS rosak, bawa hati kita pusing-pusing tanpa hala tuju.”
Alia senyum tawar, angguk perlahan. Tapi matanya mula berair. Dia pejam sebentar, telan semula semua air mata yang nak keluar.
“Sebenarnya…”
Namun belum sempat dia teruskan, Aslan menyampuk, suaranya lembut tapi tegas.
“I know what happened. Tiga tahun lepas. Aku tahu semuanya.”
Alia terpaku.
Aslan teruskan, matanya tak beralih. “Kalau kau betul-betul nak move on, jangan ungkit. Biarkan semua yang luka tu duduk kat dasar hati. Sampai satu hari, kau sendiri pun lupa kat mana kau simpan semua luka-luka tu semua.”
Alia terdiam. Lama. Kemudian angguk perlahan.
“Terima kasih…”
Aslan balas dengan senyuman tulus. Tapi kemudian dia bersuara lagi, nada dia sedikit berubah. Lebih serius. Lebih berani.
“Tapi dari apa yang aku nampak… Adam tu sebenarnya dah fall for you, Alia. Dan trust me, kau bukan bertepuk sebelah tangan.”
Alia geleng cepat. “Tak, tolonglah Aslan. Lupakan dia. Aku dah cukup penat dah,”
Tapi Aslan angkat tangan, memotong.
"No. Dengar sini. Aku akan bantu kau. Buat dia sedar tentang perasaan sebenar dia. Tentang betapa ego dia selama ni dah bunuh peluang paling berharga yang sepatutnya dia jaga, bukan sia-siakan."
Alia terkebil. “Are you serious?”
Aslan senyum senget. Senyuman confident, jenis yang boleh buat orang rasa tenang… atau makin cuak.
“I mean it, Alia. Mulai hari ni, kita main ikut cara aku. Kalau dia tak cukup berani nak admit apa yang dia rasa, aku akan tolong buka mata dia. Sebelum dia kehilangan satu-satunya benda paling berharga yang dia tak pernah sedar dia ada.”
Alia senyum hambar, separuh terharu tapi masih cuba jaga jarak.
“Tak payah kot, Aslan. Tapi jujur aku nak tanya. Kenapa kau baik sangat dengan aku ni? Jangan-jangan… kau pun tengah stuck dengan perjodohan kita ni, tapi tak sampai hati nak tolak, so sekarang kau cuba ‘lancarkan’ aku supaya jalan kau clear?” katanya, dengan senyum separuh percaya, separuh menyakat.
Aslan tak terus membalas. Dia cuma renung Alia lama-lama, pandangan yang tenang tapi dalam, seolah-olah matanya sedang menyoal sesuatu yang lidahnya belum bersedia untuk bersuara. Ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik sorotan mata itu. Sesuatu yang tak dijelaskan dengan kata-kata, tapi cukup untuk buat Alia rasa seperti dia sedang duduk di hadapan sebuah buku teka-teki. Dan baru satu helainya dibuka.
Sunyi seketika. Angin berhembus perlahan, dan suara orang ramai di khemah jauh menjadi latar samar.
Aslan senyum sikit, tapi tak jawab. Cuma bahunya terangkat ringan, dan pandangannya masih terpaku pada gadis di hadapannya. Pandangan yang tak meminta, tapi juga tak melepaskan.
“Ehem!’
Satu suara deheman itu yang tak asing buat telinga Alia dan serta-merta dia menoleh.
Ternyata Sunny. Entah dari mana dia muncul, tahu-tahu dah terpacak kat sebelah dengan senyum sinis manja. Sengih dia? Confirm boleh challenge kerang busuk tiga hari tak kena air.
“Aku… ganggu korang ke?” Soal Sunny dengan tone ‘innocent tak bersalah’ yang obviously sangat tak jujur.
Belum sempat Alia buka mulut, Aslan dah bangun perlahan. Gerak-gerinya tenang, seolah dia tahu bila perlu undur diri. Bukan tergesa, bukan juga dingin, cuma penuh gaya.
“You girls sambung lah borak. I excuse myself dulu.” Sambil angkat dua piring kosong. Satu milik dia, satu lagi piring Alia yang tinggal kuah kari je.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam…” jawab Alia perlahan, kepala dia turut terangguk sikit. Mata masih ikut langkah Aslan sampai hilang dari pandangan.
Baru je beberapa tapak Aslan menjauh, Sunny terus melabuhkan punggung depan Alia dengan gaya FBI menyamar jadi mak cik bawang.
“Wehh… macam mana beb? Kau on ke tak?” suara dia dah excited level TikTokers review buffet hotel.
“Jujur beb! Aku tengok mamat tu… Ya Allah, kacak dia bukan level suam-suam kuku tau. Dia jenis kalau lalu depan rumah, jiran sebelah yang tak pernah keluar rumah pun boleh tiba-tiba jadi extrovert semata nak tengok!”
Sunny geleng laju, mata bercahaya.
“Kalau nak banding dengan Adam tu… sorry not sorry lah beb, Adam macam tertinggal sepuluh level bawah. Yang ni lain. Siap ada aura ‘menantu pilihan mak mertua’ edition Raya Deluxe!”
Sunny makin rancak.
“Kalau kau kahwin dengan dia, anak-anak kau confirm lawa. Genetik Arab-Mat Salleh jumpa Melayu. Serious la weh, silap-silap terus jadi model iklan susu baby. International!”
Alia telan liur, mata meliar tengok kiri kanan, takut Sunny tiba-tiba buka booth jodoh free dekat khemah tu.
“Beb… kau boleh tak slow sikit suara tu, nak jugak aku hidup esok hari. Jangan announce plan beranak dengan orang yang baru kenal sejam.” balas Alia, tapi senyum dia tak dapat disorok. lucu dengan semua celoteh absurd Sunny yang kadang-kadang tak masuk akal langsung, tapi entah kenapa, tetap buat dia senyum
“Okay fine… aku akan cuba behave, okay.” balas Sunny pantas, tangan sudah terangkat macam janji sumpah tak rasmi.
Namun belum sempat Alia tarik nafas lega, langkah seseorang yang semakin menghampiri membuat tubuhnya kaku serta-merta. Suasana jadi senyap macam audio tiba-tiba mute.
Sunny ikut memandang ke arah datangnya bayang itu, kemudian alih pandang ke Alia semula dengan kening terangkat tinggi, penuh tanda tanya.
“Beb… siapa perempuan tu? Jangan cakap yang aku tengah tengok episod drama live sekarang ni…” bisik Sunny, nada macam tengah tunggu jawapan meletup.
Bunyi ketukan kasut tumit tingginya bergema lembut di atas lantai bersimen, setiap langkahnya teratur dan penuh gaya. Cara dia berjalan seolah-olah sedang menyusuri pentas peragaan, anggun, tenang, dan memukau tanpa perlu cuba terlalu keras.
Senyuman nipis menghiasi wajahnya yang bersolek sempurna, cukup manis untuk kelihatan mesra, tapi cukup tenang untuk tunjukkan keyakinan. Rambutnya disanggul kemas, dibiarkan sedikit longgar di sisi, serasi dengan sepasang subang mutiara yang melengkapi penampilannya.
Dia menghampiri, lalu berhenti tepat di depan Alia. Bahunya tegak, dagu sedikit terangkat. Tatapan matanya tajam tapi terkawal, penuh dengan maksud yang tidak diluahkan, tapi jelas terbaca oleh yang tahu menilai.
“Assalamualaikum… Alia Deluna, boleh kita bercakap sebentar?”
Share this novel