“Kau nak jadi ubat luka hati aku tak?”
Ayat tu ulang tayang dalam kepala Alia macam iklan YouTube yang tak boleh skip walaupun dah tekan "skip ad" lima kali.
Jam baru pukul 9:45 malam waktu London. Hujan turun renyai-renyai, cahaya dari lampu jalan luar tingkap memantul pada cermin, memberi efek visual ala-ala filem indie. Dalam rumah, suhu cozy.
Tapi Alia?
Alia dah bersila atas sofa sambil berselubung dengan selimut teddy bear yang comel tahap tak sesuai dengan umur. Tangan pegang remote, tapi Netflix malam ni tak pernah rasa se-‘invisible’ ini. Dia scroll dari satu tajuk ke satu tajuk lain, tapi otaknya tetap stuck kat satu scene. Satu suara dan satu ayat.
“Ubat luka hati aku...” dia ulang slow, senyum-senyum senget macam budak remaja baru dapat mesej dari crush.
‘Weh, senyum kenapa ni?’ Dia tepuk pipi sendiri dua kali, tak sakit tapi cukup untuk cuba reset emosi yang dah mula glitch.
Mata dia kejap-kejap pandang mug coklat panas yang penuh dengan buih marshmallow kat atas meja kopi. Tapi buih tu pun macam tengah judge dia balik, “Kau dah start jatuh, beb…”
Dia peluk bantal sofa. Kepala terteleng ke atas, mata pandang siling kosong yang tak bersalah tu. Tapi dalam hati, Taufan Katrina level tujuh dah mula melanda. Siren mental pun dah berbunyi membuat sistem emosi jadi huru-hara.
“Bukan ke aku dah janji dengan diri sendiri tak nak jatuh cinta lagi? Tapi kenapa sekarang rasa macam hati ni tengah download perasaan baru tanpa approval?”
Nak alih perhatian, dia capai phone. Scroll IG, tengok video kucing terperangkap dalam kotak, tengok resipi kek batik, tengok live orang gulung roti jala. Tapi baru tiga scroll, suara Aslan datang balik macam ghosting notification
“Kau nak jadi ubat luka hati aku tak?”
Alia terus hempas kepala ke bantal, tangan tutup muka sambil mengeluh dramatik.
“Ya Allah… kenapa aku macam ni?!”
Tiba-tiba,
BUK!
Belum sempat dia sedar dunia, sebiji bantal guling terbang macam peluru guided missile, terus mendarat atas kepala Alia dengan jayanya. Tepat sasaran.
“Beb! Kau ni kenapa dari tadi macam robot sistem error? Duduk pun gelisah, muka pulak macam buffering. Aku tengok pun naik seram wei.”
Suara Sunny muncul sebelah dia, lengkap dengan ekspresi terkejut campur risau tahap mak-mak.
Alia terus lompat sikit, jantung dah lari marathon. “Ya Allah, Sunny! Kau ni nak buat aku gugur jantung ke apa?!”
Sunny letak tangan kat pinggang, dahi berkerut. Tapi mulut dia tak boleh tahan dari senyum mengusik.
“Lain macam kau malam ni, weh. Jangan cakap kau lupa aku ada kat sini? Tadi bukan main beria ajak aku bermalam kat rumah kau ni, sekarang kau buat aku rasa macam prop tambahan.”
Dia siap tunjuk diri sendiri macam peserta rancangan nyanyi realiti yang tersingkir awal tapi masih tak nak turun pentas.
Alia urut dada, tarik nafas panjang. “Kus semangat… sorry beb. Aku lupa kau kat sini,” katanya sambil tergelak kecil.
Sunny masih tenung dia, mata separuh risau, separuh curious. “Kau okey tak ni?”
Alia angguk slow. “Aku okey je… cuma…” Ayat tergantung. Pandangan ke arah TV yang still stuck kat home menu.
“Cuma apa? Adam?” duga Sunny, mata dikecilkan sikit macam tengah aim nak tembak point.
Alia terus geleng. “Nope. Bukan dia, jangan mention lagi nama tu. dah penat aku.”
Sunny membulatkan mata. “Jangan cakap… ASLAN?” Nada dia tu macam penonton rancangan realiti masa pengacara umumkan pemenang.
Alia angguk sambil tarik selimut sampai dagu. Malu dia level nak gali lubang dan zip diri sendiri masuk dalam. Dia pun terus cerita dari A sampai Z, apa yang jadi lepas Sunny blah, pasal ayat "ubat luka hati" tu semua.
Sunny makin lama makin excited, sampai dia sendiri melompat duduk. “Serius dia tanya macam tu kat kau?!”
Alia angguk lagi, tersipu. “Yup…”
“Habis tu kau jawab apa?”
“Apa lagi… aku buat-buat tengok jam, lepas tu blah. Dengan alasan klise, ada urgent meeting,” Alia buat muka, pastu sama-sama tergelak lucu.
“Cieeeee… ada yang tengah crush niii,” usik Sunny sambil gerak-gerakkan bahu macam tengah joget sikit.
Alia cepat-cepat goyang tangan depan muka Sunny, mata dia blinking banyak kali, bibir dia pulak tak reti nak berhenti senyum malu.
“No… no… bukan macam tu. Aku anggap Aslan tu… kawan je.”
Sunny buat muka skeptikal, “Kawan kepala hotak kau. Yang kau senyum sorang-sorang tadi tu kenapa? Netflix pun tak jalan, tapi senyum jalan laju. Bukan jatuh cinta, eh?”
Alia tarik nafas, tenung lantai karpet bulu. “Aku faham dengan diri aku sendiri beb. Tak mungkin aku jatuh cinta cepat macam ni. Kita orang jumpa baru dua kali je, lagipun… aku sekarang ni sedang proses move on dari kisah lama tu.”
Sunny angkat jari. “Tapi…”
“Jangan,” Alia cuba cut off.
“Kalau Allah dah tulis, kun faya kun maka jadilah.” Sunny habiskan ayat dengan gaya drama, mata penuh sparkle.
Dan seperti yang dijangka…
BUK!
Bantal bertubi-tubi dilontar ke arah Sunny sampai sahabatnya itu mengelak sambil ketawa mengilai.
“Sunny!!! Kau memang nak kena! Dah la siang tadi kau tinggalkan aku sorang-sorang kat restoran tu, sekarang kau nak menyakat aku pulak, ambik kau!”
BUK!
BUK!
“Okey okey fine! Surrender! Aku surrender!” Sunny angkat tangan gaya tentera kalah perang. “Tapi… sekarang aku ingatkan satu benda penting. karipap makcik IG tu! Dah pukul 10 ni beb. Kalau kau tak order sekarang, esok kau gigit jari tau.”
Alia terus pause marah dia. “Astaghfirullahalazim... Karipap! Makcik tu selalu sold out kalau lambat order!” Dia terus ambil phone, scroll cari makcik karipap dan tekan DM dengan penuh dedikasi.
Sunny hembus nafas lega. “Alhamdulillah… aman dunia aku sekarang ni.”
…
6:45 pagi | waktu London.
Udara sejuk musim bunga menyapa lembut wajah Alia yang sudah pun berdiri di hadapan pagar rumah. Rambutnya yang lurus separas bahu dibiarkan terurai kemas, sedikit beralun dihujung, memberi siluet yang manis dalam pencahayaan awal pagi.
Blazer potongan tailored warna oat dipadankan dengan seluar panjang slim fit berwarna beige cair, menampilkan gaya profesional yang effortless. Di tangan, sebuah beg kerja kulit berjenama sederhana tergantung santai, dan di tangan satu lagi, secawan kopi panas dalam reusable cup berwarna soft mauve, satu-satunya ‘teman’ pagi yang setia sejak dia belajar hidup sendiri di kota ini.
Sesekali dia mengangkat wajah, menatap langit London yang masih kelabu kebiruan. Pagi masih lengang, cuma kedengaran langkah sesekali dari pejalan kaki di seberang jalan dan bisikan angin yang menggerakkan ranting-ranting muda pohon maple. Kota ini perlahan-lahan bangun, dan begitu juga jiwanya.
Dia gosok kedua-dua tangan, sejuk pagi dah mula menyelit masuk ikut celah kolar blazer
6:46 pagi.
Alia pandang jam. Keningnya sedikit berkerut. "Mana makcik ni? Tak biasa pula dia lambat COD..." gumamnya perlahan, hampir-hampir tak berbunyi.
“Assalamualaikum…”
Suara lunak, sedikit serak dek embun pagi menyapa dari sisi.
Alia cepat berpaling. “Eh, Waalaikumsalam, Makcik…” Senyum terbit secara automatik di wajahnya. Sedikit terkejut tapi lega, macam baru dapat mesej ‘parcel out for delivery’.
“Maaf ya, makcik lewat sikit hari ni. Traffic dekat Earls Court jem tadi,” ujar wanita itu sambil hulurkan kotak putih berstiker logo kecil, homemade karipap yang viral di IG.
Alia senyum sambil hulur duit yang dah siap digenggam dari tadi. “Tak apa makcik, saya pun memang sengaja awal keluar hari ni. Terima kasih ye…” Matanya sempat meliar ke arah kotak, seolah mahu pastikan karipap tetap dalam bentuk asal dan tak senget.
Makcik itu angguk, mata berkedip manis. “Awal betul anak ni pergi kerja. Bertuah boss dapat staff macam ni.”
Alia sekadar ketawa kecil. “Awal sikit… sebab nak elak jem.” Tapi dalam hati dia tahu itu bukan alasan sebenar. Jem bukan masalah sebab dia bukan drive sendiri pun pergi pejabat.
Terserempak dengan Adam, itu yang dia nak elak.
Beberapa saat kemudian, dia sudah mula melangkah laju ke arah stesen. Langkahnya kemas, laju tapi masih tertib. Kotak karipap ditatang ibarat kontrak penting, kopi dalam tangan kiri tak bergoyang langsung.
Dia tak mahu pandang ke belakang. Tak perlu.
Pagi ini, Alia sudah menang satu pertempuran kecil dalam diam. Dia keluar awal, tidak lagi rapuh seperti dulu. Dan yang paling membanggakan, ‘This is the new Alia Deluna. Yang sudah melepaskan, dan memilih untuk terus melangkah.
Share this novel