1 hari lagi

Romantic Comedy Completed 3635

“Say yes! Say yes!”
“Okay… I will say yes.”
“Yuhu… congratulations to both of you!”
Ting….
“Passengers travelling on Emirates flight EK373 to Dubai, please proceed to Gate C5. Boarding will commence shortly. Thank you.”
Pengumuman dari corong speaker itu bergema di ruang menunggu seperti tamparan halus yang mencuit bahu Alia, menyentaknya perlahan dari dunia yang hanya dia dan Aslan saja yang tahu.
Dia berkelip. Sekali. Dua kali. Nafas ditarik perlahan, kemudian hembus berat, tapi ikhlas.
“Dah nak boarding dah...” bisiknya, lebih kepada diri sendiri, sambil tangan capai pasport yang hampir terlupa.
Tapi fikirannya masih tersangkut di peristiwa yang terjadi dua malam sebelumnya.
‘Saya akan sambung penerbangan ke Sydney. Awak macamana? Masih stay beberapa hari untuk vlogging?’
‘No, I think I’m going back to London. Kalau tak besok, lusa kot. Nanti saya tengok tiket.’
‘Take care and enjoy yourself.’
Dan sekarang, dia dekat sini. Duduk termenung di lounge sambil senyum-senyum sendiri macam perempuan baru lepas tunang.
Ada seorang makcik dari arah bertentangan dah mula jeling dua kali. Muka pelik, tangan pegang beg Longchamp.
Alia buat-buat betul rambut, lalu tutup mulut dengan tangan.
‘Alia, get a grip! You’re not starring in a rom-com, okay?’
Tapi skrip perbualan dengan Aslan malam tu tu tetap main ulang-ulang dalam kepalanya. Macam radio rosak. Suara Aslan. Nada dia. Cara dia pandang.
‘And that smile. Tuhan… senyum dia tu boleh buat jantung skip beat tiga kali, then auto restart.
‘Ni tak boleh jadi…’ Alia mengeluh dalam hati
‘Cepatlah boarding... Aku tak sabar nak jumpa Sunny, nak jumpa Mama. Aku nak luah semua ni sebelum aku jadi gila.’
Alia menggenggam boarding pass macam itu golden ticket ke kilang coklat Willy Wonka. Nafasnya tak pernah rasa sesingkat ini, jantung berdegup sakan macam lagu EDM yang tak reti slow down.
Tangannya sempat-sempat buka WhatsApp.
“ON MY WAY HOME. Something happened. BIG!”
Hantar ke Sunny dan terus ‘seen.’
Sepuluh saat kemudian, satu voice note masuk:
“Kau dah kenapa beb, apa yang terjadi kat Thailand?! You better not be pregnant eh. Mengamuk uncle nanti tau, dengan aku-aku sekali kena nanti."
Alia tergelak kecil. Orang tengok pun makin pelik. Biarlah. Dia tengah high hormon bahagia kot. Bagi lah chance.
Dia toleh ke luar tingkap kaca terminal, mata tertancap pada pesawat Emirates yang sedang standby, lampu kelap-kelip macam tahu dia tengah emotional.
‘Aslan.. ‘ bisiknya dalam hati.
Bayangan Aslan kembali melintas dalam benaknya. Sangat jelas, hidup, dan agak berbahaya untuk kesihatan jantungnya.
Wajah serius penuh wibawa. Tatapan matanya tajam, tapi ada kelembutan yang cukup untuk buat Alia tiba-tiba lupa cara untuk bernafas. Kemeja putih pilot itu melekat elok di tubuh tegapnya, tiap lipatan macam diukur khas. Epaulet empat garis di bahunya bersinar kemas, simbol seorang lelaki yang tahu ke mana dia mahu pergi dan bagaimana membawa sesiapa pun bersamanya.
Bros dua sayap tersemat kemas di dada kirinya. kecil, tapi sarat makna. Ia bukan sekadar lambang tugas. Bagi setiap kru aviasi, sayap itu adalah lambang kebanggaan, dedikasi, dan perjalanan panjang yang tak semua orang mampu tempuhi.
Sayap itu seolah-olah menegaskan bahawa lelaki itu dicipta untuk terbang tinggi dan malangnya, untuk buat hati Alia jatuh lebih dalam ke dalam jurang yang tak ada jalan keluar.
Wajah tampannya muncul seperti hologram, cukup dekat untuk dirasa tapi tetap tak tergapai. Senyap-senyap, jantung Alia berdegup lebih laju.
‘Kenapa muka dia kena perfect sangat? Sejak bila eh? Dan kenapa baju pilot tu macam seragam superhero masa dia yang pakai? Kenapa... kenapa aku rasa macam aku tak boleh nafas sekarang ni?!’
Alia pejam mata, tarik nafas perlahan-lahan.
Tak menjadi.
Degup itu masih ada.
Dan semakin kuat.
‘Fix! Alia Deluna dah gila.’ monolognya sambil cuba hela nafas perlahan.
Sementara itu...
Di belahan bumi yang lain, lebih tepatnya di Sydney. Aslan sedang dalam perjalanan dari hotel menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith.
Bunyi notifikasi e-mel masuk memecah sepi dalam kabin kenderaan. Dia lantas menyelak skrin telefon.
‘Leave Request Approved-Captain Aslan Limit’
Bibirnya terukir senyum tipis. Ada kelegaan mengalir dalam dada. Cuti sebulan, sesuatu yang jarang dia minta, dan lebih jarang diluluskan, akhirnya jadi nyata. Tahun ini, dia tahu, ada sesuatu yang lebih penting untuk diurus. Sesuatu... atau seseorang.
“Hey, kapt... senyum panjang je dari tadi. Jatuh cinta ke?” usik Jimmy, co-pilotnya hari ini, yang duduk di sisi.
Siapa saja dalam kalangan kru Emirates pasti kenal Kapten Aslan Limit. kapten muda yang disegani dan sering jadi perhatian pramugari cantik. Tapi tak ada satu pun dari mereka yang pernah buat lelaki itu tersenyum seperti ini.
“My leave got approved.” Jawab Aslan, pendek dan selamba.
Jimmy bersiul perlahan, “Wow... something’s up. Jarang-jarang kapten ambil cuti panjang. Ada khabar bahagia, ke?”
Aslan sengaja alihkan pandangan ke luar jendela. Dia tahu kalau tak dibendung, Jimmy akan jadi CIA department sendiri.
“Jam penerbangan awak dah berapa sekarang?” tanyanya, mengubah topik perbualan tanpa rasa bersalah.
Jimmy tergelak kecil, tahu sangat taktik ketuanya. “Baru dua ribu lebih, kapt.”
Aslan mengangguk sambil tersenyum kecil. “Good. Saya rasa bila kita jumpa lagi, epaulet awak mungkin dah ada empat garis. Ingat, jadi kapten yang bijak dan jangan sombong.”
Jimmy menegakkan duduknya, sambil angkat tangan gaya hormat. “Roger that, Captain.”
Para pramugari yang duduk di kerusi belakang mereka masing-masing tersenyum mendengar perbualan itu. Aura Aslan memang selalu tenang, tapi hari ini... ada sesuatu yang berbeza.
Aslan skrol telefonnya dan masuk ke dalam aplikasi WhatsApp. Jari telunjuknya berhenti pada nama yang paling atas dalam list—Mom. Tanpa fikir panjang, dia menaip:
‘Mom, my leave has been approved. I’m coming home soon and… you need to prepare—’ Sent.
Belum sampai dua minit, bubble hijau muncul semula.
‘Prepare for what, Aslan Limit?’
Balasan mamanya ringkas tapi cukup menyengat, diikuti dengan emoji mata berpusing, seolah-olah berkata ‘apa lagi yang kau rancang ni?’ dan satu emoji angkat bahu yang jelas menggambarkan ekspresi “aku tak tahu, tapi aku rasa kau nak buat hal lagi.”
Aslan tersenyum kecil. Memang begitulah mamanya, spontan, sarkastik dan susah nak ‘dibaca’. Tapi itu jugalah yang buat dia makin rindu.
Aslan berusaha menahan senyum, matanya masih terpaku pada skrin. Jarinya lincah menaip satu balasan pendek
"You will know soon." Sent.
Aslan biarkan telefonnya dalam mode pesawat. Dia tahu, Mama pasti akan membalas lagi.
Tapi tidak kali ini.
Aslan mahu perjalanan pulangnya diselimuti senyap. Sama seperti rahsia yang dia bawa, bukan yang fizikal, tapi yang tersorok di ruang hati.
Tinggal satu hari sahaja lagi.
“London, here I come.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience