The Karma

Romantic Comedy Completed 3635

Tepat jam dua belas tengah hari, pintu pejabat Adam ditolak perlahan tapi tegas. Puan Rossa terpacak di hadapan, berdiri dengan penuh gaya tapi wajahnya… merah padam. Panas cuaca atau panas hati?
Sukar nak beza. Tapi yang pasti, amarahnya sedang mendidih. Di sisi, Nadrah berdiri rapat macam pengapit pengantin yang menang awal-awal. Senyuman dia tak perlu decoder, itu senyum "akulah pemenangnya".
Adam yang baru saja keluar dari bilik mesyuarat, pandang mamanya dengan dahi berkerut. Mood terus tenggelam.
“Ma? Kenapa mama tiba-tiba muncul ni? Kalau mama nak cari papa, mama salah pejabat. Papa kat tingkat atas.” Nada Adam malas nak manis. Wajahnya letih, suara pun macam baru kena sergah deadline.
Puan Rossa silang tangan di dada. Mata dia tikam Adam tajam-tajam.
“Adam... apa yang kamu dah buat, hmm?”
Adam naik satu kening. “Buat apa pula ni? What did I do now?”
“Jangan nak buat-buat blur depan mama. Tadi Nadrah cakap, kamu… berduaan dengan staf perempuan. Di dalam pejabat. Tertutup.” Nada suara mama dia makin meninggi. Drama ni macam baru nak mula, intro pun dah meletup.
Adam tarik nafas panjang, tangan kanan gosok muka perlahan. Tahan sabar yang sepertinya sudah mulai menipis.
“Ma, itu Alia. Dia staf Adam. Team Adam. Takkan lah Adam tak boleh panggil dia masuk pejabat bincang pasal kerja?”
Puan Rossa jeling. Muka menyampah tak berselindung. “Part of the team konon. Mama dah siasat tau. Dia jiran Adam, kan? Yang masak sambal belacan konon terpaling sedap tu.”
Adam yang tadi berdiri tegak dengan tangan bercekak pinggang, kini perlahan-lahan bersandar ke tepi meja. Satu tangan masuk ke poket, manakala mata tajamnya tetap tak lepas dari wajah mamanya. Nada suara pula sinis, jelas tak puas hati.
“Yes. Sambal dia memang sedap. Habis tu, mama nak siasat bawah Akta Makanan Terlampau Sedap ke? Go ahead, lapor je. Nak lapor mana konon, polis? FBI? MI6? Interpol pun boleh.”
Dia toleh sikit ke arah Nadrah yang sudah mula menjuih bibir. Adam geleng kepala sambil dalam hati ‘ni ke calon pilihan mama? Macam tak ada beza pun dengan calon-calon sebelum ni. Malah yang ni lebih teruk.’
“And you, Nadrah. I really can’t do this. I tak pernah, dan tak akan rela dijodohkan dengan you.”
“Adam! Jaga mulut tu!” Bentakan Puan Rossa bergema dalam bilik, macam ada echo.
“Aunty... tengoklah Adam. Macam ni dia layan Nadrah,” Nada Nadrah berubah mendayu. Muka macam baru lepas dilukai perasaan, padahal tadi riak dia menang besar.
Puan Rossa angkat tangan, tarik nafas, cuba tenangkan situasi.
“Sayang... boleh tunggu aunty kat luar kejap? Aunty nak cakap something personal dengan Adam. Just us.”
Nadrah angguk kecil, mata sempat lempar pandangan seolah berkata “you’ll regret this”, sebelum dia melangkah keluar dengan high heels bergesel perlahan atas lantai pejabat.
Pintu tertutup. Sunyi mencengkam.
Jam dinding berdetik perlahan, seolah menghitung masa sebelum segalanya meletup.
Adam menjatuhkan tubuh, duduk di atas kerusinya sambil bersandar berat. Tangan di letakkan di atas meja, matanya tak berkedip, sedang bergelut dengan kecewa yang makin membuak.
“Ma, seriously… kenapa mama jadi macam ni? Macam semua benda mama yang tentukan. Mana suara Adam? Mana pilihan Adam sendiri?”
Puan Rossa berdiri tegak, bahunya tinggi, aura ‘don’t mess with me’ mula keluar.
“Mama pernah tanya Adam dulu. Banyak kali tau, bukan satu atau dua kali. Adam kata tak ada sesiapa yang Adam suka. So, mama buat keputusan ni. Mama tak salah.”
“Tapi sekarang Adam dah tahu apa Adam nak. Dan itu bukan Nadrah.” Nada Adam kendur, tapi matanya tetap tajam. Ini bukan tentang ego, ini tentang hati.
“Cinta boleh datang selepas kahwin, Adam. Tak semua orang kahwin sebab cinta. Tapi cinta boleh tumbuh dan rumah tangga mereka bahagia je pun.”
Suara mama dia masih tenang, tapi dingin. Macam hujan renyai dalam cuaca mendung.
“Ma... Adam tak nak kahwin sebab terpaksa. Kita sekarang bukan hidup dalam zaman 80-an. Adam tak cintakan Nadrah, dan Adam tak boleh pura-pura.
Nanti yang terluka bukan Adam sorang. Nadrah pun akan sakit… sebab Adam tak mampu balas perasaan dia.”
Puan Rossa diam seketika. Nafasnya berat.
“Ini bukan soal cinta kamu je, Adam. Ini soal keluarga. Soal maruah. Mama dan papa dah bincang dengan Dato’ dan Datin. Kami dah capai persetujuan.” Matanya tajam, seolah kata-kata itu muktamad.
“Dan yang paling penting... ini soal masa depan Nexora. Dato’ setuju nak labur dalam projek mega yang Adam tengah urus. Faham maksud mama?”
Adam tunduk sedikit, tangan dikepal atas meja. Realiti menikam tanpa amaran. Perlahan dia angkat kepala, pandang mama dia.
“So this is a business marriage?”
Puan Rossa angguk perlahan. “Jangan kecewakan harapan mama dan papa. Ini untuk masa depan kamu juga.”
Adam tak jawab. Suara dia tersekat dalam tekak.
Puan Rossa capai beg tangan, pusing badan, tapi sempat berhenti sejenak di pintu.
“Mama dah selesai cakap. Fikir-fikirlah. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam...” Jawab Adam perlahan, hampir tak kedengaran.
Dan bila pintu ditutup, Adam hanya duduk kaku. Sunyi lebih kuat daripada apa-apa yang dia dengar tadi.
“So... this is karma. Balasan atas apa yang aku buat kat Alia dulu.”

Dia pejam mata seketika, terhempas dalam penyesalan yang tak tahu di mana hujungnya.

Sementara itu,

Di satu sudut lain, di tengah kota London, lebih tepatnya di Roka Canary Wharf, sebuah restoran Jepun moden yang menghadap deretan pencakar langit kaca berkilau, Alia dan Sunny sedang menikmati makan tengah hari dalam suasana santai. Bunyi hiruk-pikuk bandar di luar sana terasing di balik dinding kaca tebal, meninggalkan hanya dengungan lembut perbualan pelanggan dan irama muzik jazz halus yang mengisi ruang.
Alia menyuap sisa ramen ke mulut, kemudian letakkan penyepit perlahan ke dalam mangkuk. Wajahnya tunduk seketika, ada keluhan pendek terlepas.
“Beb… minggu ni minggu terakhir aku dekat Nexora. Sedih jugalah. Nak tinggalkan kawan-kawan yang sporting, bukan senang beb.” Suaranya datar, tapi senyum sayu di bibir menggambarkan lebih daripada yang dia luahkan.
Sunny yang sedang menyudu sushi ke mulut, terus angkat satu kening. Senyum dia naik sebelah, sarkastik semulajadi.
“Eleh… sedih nak tinggalkan kawan-kawan ke, atau sebenarnya sedih nak tinggalkan Mr. Bossy Nexora tu?” Bibirnya mencebik, mata pula sempat juling manja.
Alia mendongak, jeling dengan gaya tak kuasa. Bahu dijongket, sambil capai gelas dan teguk air lemonnya.
“Ee… ke situ pulak fikiran kau. Tak kuasa aku nak fikir pasal mamat tu. Kau tau tak? Hari ni, baru aku nampak perangai sebenar dia. Beb… red flag besar siap berkibar!” Nada dia naik separuh bisik, tapi ekspresi penuh menyampah. Wajahnya mencerminkan satu jenis kelegaan, macam baru lepas buang benang gatal dalam baju.
Sunny cepat-cepat telan makanan dalam mulut, terus tegakkan badan. Mata bulat, tangan letak atas meja, bersedia macam reporter nak korek skandal.
“Kau biar betul, beb?” Suaranya separuh tinggi, penuh keterujaan. Sisa nasi pun masih melekat di tepi bibir, tapi dia tak peduli.
Alia angguk cepat, mata membulat seiring kepala yang makin laju bergoyang.
“Ha’ah! Serious. Alhamdulillah, Allah tunjuk tepat-tepat depan mata aku. Lepas ni, aku boleh slowly move on. Dia tu bukan setakat red flag, beb. Dia tu jenis yang tak reti buat keputusan sendiri. Semua benda nak dengar kata mama dia.” Alia sandar ke kerusi, tangan silang dada.
“Yes, kita memang kena hormat mak ayah. Tapi kalau semua benda pun nak kena rujuk dulu, sampai pendirian sendiri pun tak ada… sorry, itu bukan lelaki tau, itu remote control.
Macam tu nak jadi ketua keluarga? Memang tak lah wei. Diri sendiri pun tak reti nak steer hidup.
Aku tolak tepi awal-awal jenis lelaki macam tu. Bukan sebab cerewet, tapi sebab aku tak rela naik kapal yang kapten dia pun tak tahu arah. Nanti karam, aku jugak yang lemas, sis.”ucap Alia sambil ketawa kecil.
Sunny terus tepuk tangan perlahan, tapi penuh semangat. Wajahnya bersinar macam baru dengar sahabat dia lepas dari racun jantan.
“Finally! Sahabat aku dah bebas dari penyakit cinta tepuk sebelah tangan! Mata dia dah terbuka lebar sekarang. Syukur Ya Allah, terima kasih sebab kau tak izinkan dia naik kapal titanic tu. Serius, lega gila aku nyah.”
Dia peluk bahu Alia kejap dari sisi, macam penyokong nombor satu yang baru meraikan kemenangan.
Alia senyum kecil, mata pandang ke luar jendela. Langit London masih kelabu seperti biasa, tapi dalam hati dia, cahaya baru dah mula tembus. Sedikit demi sedikit, dia mula rasa ringan.
Suasana di meja mereka masih disulami tawa kecil. Alia baru saja menyandar ke kerusi sambil mengangkat gelas, masih tersengih puas. Sementara Sunny sudah kembali ke tempat duduknya dan lanjut makan
Tiba-tiba, satu suara yang dalam dan agak familiar muncul dari sisi mereka.
“Assalamualaikum... boleh join sekali?”
Gerakan Alia terhenti. Gelas di tangan tergantung separuh jalan.
Sunny spontan angkat muka, matanya membulat sempurna.
Mereka berpaling serentak.
Dan saat itu juga, senyuman Alia perlahan-lahan hilang dari bibirnya, digantikan dengan satu rasa yang dia sendiri tak tahu nak tafsir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience