Nexora | 09.00 am
Tok! Tok!
“Masuk,” suara Adam kedengaran dari dalam, tenang tapi cukup buat jantung Alia laju macam bunyi notification masa tengah tidur.
Dengan senyuman ‘profesional tahap temuduga kerja’, Alia tolak pintu dan melangkah masuk. Langkahnya lebar, gaya confident. Tapi dalam hati? Huru-hara macam traffic jem hari Isnin.
Hari tu, dia bergaya habis, blouse satin dusty blue tucked in dalam pencil skirt hitam berbelah halus. Sepasang heels nude melengkapkan look, cukup untuk buat tapak kaki sengsara, tapi maruah terjaga.
Dia senyum lagi, senyum yang praktikal menutup gemuruh. “Morning Mr. Adam, ada apa nak jumpa saya?” sapa Alia sambil menunduk hormat.
Adam mengalihkan pandangan dari skrin laptopnya. Matanya naik turun, skan penuh dari kepala sampai ke tumit Alia. Keningnya berkerut sedikit, kemudian dia berdehem.
“Ehem.”
Suasana tiba-tiba rasa macam bilik mesyuarat waktu aircond rosak. Panas, tegang, dan serba tak selesa.
“Have a seat,” pelawanya ringkas sambil tunjuk ke arah sofa yang tersusun kemas di tengah ruang pejabat yang serba minimalis tapi penuh aura bossy.
Alia angguk kecil. ‘Profesional, Alia. Kau bukan dalam serial drama petang-petang,’ monolognya, sambil tarik nafas panjang. Dia berjalan penuh gaya menuju sofa, tumit kasutnya berbunyi perlahan atas lantai jubin yang mahal tu. Duduk elok-elok, silang kaki satu. Classy, tapi masih in control.
Adam ikut sama duduk, tapi gaya dia macam baru je menelan sebiji cili padi. Awkward giler, tangannya beberapa kali naik ke belakang leher, garu-garu entah apa. Mata dia cuba fokus, tapi macam gelabah.
“Ada yang penting ke, Mr. Adam?” soal Alia, suara tenang tapi dalam hati dia dah countdown nak keluar dari situ macam masuk bilik bos sebab kantoi lambat check-in.
Adam pandang dia sekejap, kemudian tiba-tiba tanya “Hubungan awak dengan Aslan macam mana?”
Alia terangkat sebelah kening. Senyum nipis. Rasa nak gelak tapi ditahan. “Maksud Mr—”
“Just call me Adam, Alia. Please,” potongnya laju, macam tak sabar nak buang segala formaliti.
Alia dah mula shift position sikit, bersandar ke belakang dengan tangan bersilang di dada. Satu helaan nafas dia lepaskan. Senyum dia masih ada, tapi kali ni dah ada bau sinis sikit.
“Kalau tak ada apa-apa yang urgent, saya minta diri dulu. Banyak lagi benda saya nak kena handle, Mr. Adam. Lagi pun, jam sebelas nanti saya ada meeting dengan team.” Nada suara dia tenang, tapi cukup tajam untuk bagi signal ‘aku tak ada masa nak main teka-teki dengan kau.’
Dia bangun perlahan, betulkan skirt dan ambil iPad dari meja kecil sebelah sofa. Mata dia cuma pandang Adam sekilas.
“Oh ya, by the way… kalau tak ada urusan yang betul-betul penting, boleh kurangkan panggil saya masuk pejabat ni. Jenuh saya nak menjawab dengan bakal isteri Mr. Adam nanti,” ucap Alia, senyum nipis sambil mula melangkah ke arah pintu.
Tapi belum sempat dia capai tombol, suara Adam membuat langkahnya terhenti.
“Apa maksud awak, Alia?” Nada suara Adam berubah tegas. Lelaki itu bangun dan cepat-cepat menahan lengan Alia.
Alia berpaling perlahan. Kening terangkat, mata separuh mencerlung.
“Masih kurang jelas ke maksud saya?” soalnya balik dengan nada sinis dan muka ‘kau serious nak tanya lagi ke?’
Adam kelihatan terganggu, kerutan di dahinya semakin dalam.
“Nadrah ada jumpa awak? Bila? Apa yang dia cakap?” Suaranya menekan, jelas menunjukkan keresahan yang mula menyerang benaknya.
Alia segera menepis tangan Adam dari lengannya. Gerakan yang lembut tapi penuh maksud.
“Tak ada,” jawabnya pendek. Dingin. Malas nak panjangkan cerita yang tak penting untuk dia ulang.
“Alia Deluna!” tengking Adam, sedikit kuat.
Alia tersentak. Matanya membulat.
“Boleh tak jangan menjerit? Saya belum pekak lagi, okey? Telinga saya masih normal,” balasnya dengan suara separuh tinggi. Nada marah tapi masih ada kontrol. Darahnya dah mula naik, macam air panas tunggu masa nak mendidih.
Adam mendekat selangkah. Wajahnya serius.
“Kalau awak tak nak saya menjerit, tolong jawab soalan. Jangan cuba melarikan diri dari perkara yang awak patut hadap.”
Alia pejam mata sesaat. ‘Alia… ini ke lelaki yang pernah buat kau jatuh cinta dulu? Yang buat kau senyum sorang-sorang depan cermin macam orang tak betul? Eii… kenapa sekarang baru nampak perangai sebenar dia?’
‘Ya Tuhan… boleh tak aku tarik balik rasa sayang tu? Boleh tak aku menyesal sepenuh hati sebab pernah jatuh cinta dengan mamat bingai red flag ni?’
Mulutnya tak bergerak, tapi dalam hati, seluruh skrip sinetron jiwa kacau tengah dipentaskan.
“Hello…” suara Adam menyentak lamunannya. Tangannya melambai perlahan di depan muka Alia.
Alia menggeleng kecil.
“Saya—”
KLEK!
Belum sempat ayat itu habis, tombol pintu pejabat dipulas dari luar.
Masuklah seorang wanita tinggi lampai, berjalan penuh keyakinan seperti sedang catwalk dalam boardroom. Siapa lagi kalau bukan Nadrah.
Dia tampil dengan blouse satin champagne tanpa lengan yang terletak elok di tubuh langsingnya, dipadankan dengan flare pants putih ivory berpotongan tailored. Rantai emas halus melingkari leher, clutch Hermes mini dalam genggaman, dan sepasang stiletto beige Valentino lengkapkan aura anak Dato’ yang tahu dia cantik, dan dia tahu semua orang tahu dia cantik.
Rambutnya di blow lembut, dengan soft curl terletak kemas di hujung, nampak effortless tapi jelas kerja salon mahal. Lipstik merah jambu nude terpakai sempurna, seperti setiap inci wajahnya dah dirancang untuk menang dalam apa jua pertembungan.
Senyuman yang dilempar pula? Separuh manis, separuh sinis. Pandangan matanya tepat pada Alia, perempuan yang dalam kepalanya dah dilabel sebagai ‘musuh cinta nombor satu’.
“Hai, future husband,” sapa Nadrah pada Adam dengan suara manja yang terlalu ‘dipaksa’ untuk kedengaran semula jadi.
Matanya kemudian beralih ke arah Alia. Senyuman masih terukir, tapi mata dah mula menyisir tajam dari atas ke bawah.
“Oh wow… ada Miss Alia rupanya. Tak sangka jumpa awak kat sini.” Nada suaranya manis-manis kelat. Ramah yang dibuat-buat, macam apam senyum tapi berintikan cuka.
Senyuman palsu masih melekat di bibir Nadrah, cukup manis untuk kamera, tapi cukup menyakitkan kalau kau tahu maknanya.
“Nadrah? Apa awak buat kat sini? Kenapa datang tiba-tiba tanpa bagi tahu dulu?” soal Adam, nada suaranya jelas tak puas hati. Waktu kedatangan Nadrah memang langsung tak kena.
“Tak apalah, Mr. Adam. Saya minta diri dulu,” ucap Alia tenang, walaupun dalam hati dia dah serabut. Tangan kanan dah pun capai tombol pintu, bersedia untuk cabut.
Tapi, sudah tentu hidup Alia bukan filem romantik yang mudah.
“Hei!” Nadrah tiba-tiba muncul dari belakang, tumit stiletto nya berdetak laju atas lantai marble.
Adam pula?
Langsung tak gerak. Lelaki itu hanya jatuhkan diri semula ke atas sofa, kepala ditundukkan sambil kedua tapak tangan memicit pelipis. Macam tengah cari alasan untuk tak kena libat langsung dalam kekecohan yang sebenarnya berpunca dari dirinya.
“You dah lupa eh, janji you pada I, hmm? Kenapa masih nak jumpa Adam?” suara Nadrah kedengaran sinis dan mengada-ngada, cukup untuk buat Alia berhenti melangkah.
Alia toleh perlahan. Senyum yang dia ukir tu bukan ikhlas, tapi versi ‘profesional terpaksa’ macam senyum pramugari masa layan penumpang yang banyak ragam.
“I jumpa dia sebab dia bos I, Nadrah. Dan FYI, dia yang panggil I masuk bilik pejabat dia. So tell me, kat mana salahnya?” Suaranya tenang tapi tajam, penuh sindiran yang dibungkus dalam gaya korporat.
“I nak ingatkan you sekali lagi—” Nadrah belum sempat habiskan ayat.
“Oh tak payah.” Alia potong terus, suaranya makin lantang. “Lagi pun, this is my last week here. Kontrak I tamat, dan lepas ni, I akan blah dari sini. So you can keep your future husband all to yourself.”
Tiada drama, tiada linangan air mata.
Dia terus saja melangkah tanpa berpaling walau sekali pun. Penat! Penat hadap manusia yang ego dia lebih tinggi dari bangunan Nexora.
Di belakang, Nadrah menggigit bibir. Muka dah macam cover page majalah ‘Wanita Terkoyak’.
Marah, malu dan ego yang tercalar.
“Tunggu kau, Alia… Kau malukan aku macam ni depan semua staf Adam?” bisiknya geram. Nafas ditarik kasar.
Tangan seluk clutch mahal, keluarkan iPhone dan segera dail satu nombor.
“Hello, aunty…” Suaranya lembut semula, tapi kali ni penuh muslihat.
Share this novel