Let Her Go

Romantic Comedy Completed 3635

Alia geser butang hijau ke sisi, kemudian letak telefon di telinga.
“Hello… awak,” sapanya lembut, nada suara macam baru lepas tarik nafas panjang.
“Wow… awak saya dah sekarang? Tak ada dah aku-kau,”
Usik Aslan dari hujung talian, suaranya kedengaran santai tapi cukup untuk buat pipi Alia naik merah semula jadi, macam rupa tomato yang dah terlebih masak pun ada.
“Ta adelah…” dia tergelak kecil, cuba cover rasa malu yang datang entah dari mana.
“Tapi okay. It’s not a problem. Awak okay tak?” soal Aslan lagi, kali ini lebih serius, tidak ada lagi nada mengusik yang terdengar.
Alia kerutkan dahi. ‘Hai.. macam tahu-tahu je aku tengah tunggang langgang pagi ni.’
Tapi cepat-cepat dia balas, “Saya okay. Kenapa tanya macam tu?”
“Baguslah kalau okay,” jawab Aslan. “Cuma nak pesan… take care.”
klik!
Habis.
Tanpa tanda noktah, tanpa penutup mesra, tanpa sebarang penjelasan, talian terus mati.
Alia tarik telefon dari telinga, pandang skrin macam ia baru jatuhkan bom. Keningnya ternaik sebelah. “Eh, macam tu je? Dia ni okey ke tak sebenarnya?” gumamnya, Belum sempat dia proses rasa keliru tu, tiba-tiba…
“Alia!”
Suara garau yang begitu familiar sekali, terdengar memanggil namanya dari belakang. Alia menjulingkan mata ke atas, automatik. ‘Lambat betul Uber ni... Tuhan, betul-betul nak uji aku ke hari ni? Dah datang pula si bingai ni. Tak reti baca situasi ke? I literally handed in my resignation.’
Dia enggan berpaling. Hanya mata yang sempat menyorot pantulan kaca di pintu masuk Nexora, dan memang sah, itu Adam.
Lengkap ber blazer, rambut kemas macam baru keluar majalah GQ, dan macam biasa, muka confident tak tahu malu.
“Alia,” suara Adam kembali terdengar.
Langkahnya laju, sampai betul-betul berhenti tepat di sisi. “You cannot just walk away like this, okay? Aku belum approve pun lagi resignation letter kau."Tegur Adam, sambil tangannya menyentuh lengan Alia macam dia ada hak.
Alia pantas menepis, langkahnya sedikit menjauh. “Sebenarnya, kalau dah tamat kontrak, kau tak approve surat resign aku pun, aku tetap boleh blah, okay? Aku dah tak terikat dengan Nexora. Aku tak sambung kontrak.”
“Alia, come on... be mature sikit.” Nada Adam masih terkawal, tapi jelas ada kecewa yang dia cuba selindung. “Aku dah janji dengan Mr. Leong. Kita patut jumpa dia sama-sama. Don’t throw this away just sebab kau tengah ikut emosi. Projek ni lebih besar dari masalah kita berdua.”
Alia ketawa kecil, sinis dan menyakitkan.
“Mature?” ulang Alia perlahan, matanya tajam menatap Adam. “Kau anggap Nadrah hina aku depan semua staff tu benda remeh? Maruah aku kau letak kat mana, ha? Kau fikir guna otak ke guna kepala lutut?”
Dia ketawa kecil, sinis dan seolah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
“Hello… itu janji kau, bukan janji aku, okay? Dan kau nak aku ambil pusing pasal project ni?” Dia mengangkat kening. “Maaf sangat, ini syarikat bapak kau, bukan syarikat bapak aku. So pandai-pandailah kau urus. Jangan nak heret aku dalam kekalutan yang kau sendiri cipta.”
Alia sempat menjeling sebelum menyambung, lebih pedas daripada tadi “Jangan ego sangat nak take, tapi tak reti nak give. Itu bukan leadership, Mr. Adam. Itu self centered namanya.”
Adam cuba buka mulut sekali lagi, tapi Alia tak bagi peluang.
"Okey. Kalau pada kau semua tu nampak remeh sangat, fine! Aku boleh stay kat Nexora sampai deal kau dengan Mr. Leong settle."
Alia silang tangan, matanya pandang tepat ke wajah Adam. "Tapi dengan satu syarat remeh. Nadrah kena minta maaf dekat aku. Depan semua staff. Dan dia kena jelaskan yang semua benda tu cuma kisah lama antara aku dengan kau. Jelaskan juga kalau niat dia buat semua tu sebab cemburu. Sanggup?"
Adam diam. Mulutnya separuh terbuka, macam loading, tapi otaknya stuck.
"Alia… kau tak rasa permintaan kau tu agak melampau? Itu sama saja macam kau nak malukan Nadrah depan semua staff." Nada suara Adam kedengaran tak puas hati, keningnya sudah berkerut. "Kau boleh—"
Alia angkat tangan. Satu isyarat ringkas tapi cukup ‘power’, macam cikgu tadika suruh murid diam bila dah mula bising. Mata dia besar dan jelas, penuh keyakinan.
"Kalau macam tu, maksudnya kita tak capai kata sepakat. Full stop." Alia sempat senyum nipis, sebuah senyum yang penuh makna. "Uber aku dah nak sampai. And I’m done here."
Langit London masih kelabu seperti biasa, seakan masih buntu membuat keputusan sama ada mahu menurunkan hujan atau tidak. Jarum jam sudah melewati angka sepuluh lima belas pagi, namun angin kota tetap setia meniup sejuk, menyusup perlahan ke celah kain dan kulit. Di seberang jalan, bangunan-bangunan kaca memantulkan wajah kota yang perlahan-lahan bangkit daripada lena, melakar ritma sibuknya yang tersendiri.
Seolah alam semesta pun menyokong keputusan Alia, bunyi hon lembut kedengaran serentak. Timing dia? Perfect. Sebuah Tesla hitam dengan logo Uber menyusur masuk dari simpang berhampiran. Senyap, smooth dan elegan.
Tanpa menoleh lagi, Alia melangkah laju, heelsnya mengetuk simen seirama degup hati yang puas. Dia capai kotak failnya yang tadi diletak di bangku panjang marmer. Satu tangan bukakan pintu belakang dengan gerakan yang kemas dan confident.
Dia masuk ke dalam kereta, tutup pintu dengan satu klik halus, dan terus merenung ke hadapan, tak ada babak goodbye, jauh sekali untuk babak pandang ke belakang yang penuh dengan hujan air mata.
Uber pun bergerak perlahan, meninggalkan Adam yang masih berdiri di situ, dengan ekspresi separuh terkedu, separuh terkandas.
“Alia! Alia—”
Adam melangkah laju ke depan, tapi kereta dah pun bergerak. Tinggal dia dan angin yang sempat dengar jeritan tak berkesudahan tu.
“Arghh!”
Jerit Adam, dua tangan menggosok kepalanya yang tak bersalah tu.
“Childish!” makinya kuat. Kaki menghentak kerusi tunggu di luar lobi, kerusi tempat Alia duduk tadi.
Dush!
Bunyi kuat bergema kuat. Seorang pak guard dari jauh pandang pelik dekat majikannya yang tiba-tiba saja angin satu badan.
Setelah beberapa minit kemudian, belum pun sempat emosi Adam kembali stabil, tiba-tiba…
Bunyi enjin yang perlahan tetapi mewah memecah kesunyian. Sebuah Maybach hitam metalik berhenti tepat di hadapan Adam, dengan kilauan badan kereta yang memantulkan cahaya pagi London yang masih muram.
Pintu pemandu terbuka. Keluar seorang lelaki tinggi lampai, berwajah bersih, tampan dalam cara yang tidak berusaha untuk menawan, tapi tetap mencuri perhatian sesiapa yang memandang. Dia menutup pintu dengan satu tangan, melangkah tenang mendekati Adam, seolah tak terburu masa.
Adam tidak berganjak. Tubuhnya kekal tegak, namun bahunya sedikit tegang. Jari-jarinya terkepal di sisi, seperti cuba memendam sesuatu yang mula memberontak di dada. Nafasnya mula tidak sekata, turun naik perlahan, sedang wajahnya kekal beku, tenang di luar, berkocak di dalam.
“Kau? Apa yang kau buat kat sini?” suaranya akhirnya pecah, rendah tapi tajam, suara lelaki yang cuba berdiri tenang di tengah ombak yang mendadak tinggi.
Lelaki itu menyambut dengan senyuman nipis. Bukan senyum mesra, tapi lebih kepada senyum ‘aku tahu sesuatu yang kau tak tahu’. Dan dari cara dia memandang Adam. Dia tahu, senyum itu cukup untuk buat darah naik ke kepala.
“Adam Daniel…” Nadanya tenang, tapi tiap patah seolah digilis emosi yang tertahan. Pandangannya tajam, menusuk.
“Aku ingatkan, bila aku step back, kau akan guna peluang tu sebaik mungkin. Tapi kau tetap kau. You’re smart, yes... but still too stupid to see what’s truly best for you.”
Adam melangkah setapak ke depan. Dia pandang tak berkelip, renungannya tajam, seolah-olah cuba mengorek maksud sebenar di sebalik setiap bait kata lelaki di hadapannya.
“Kau nak cakap apa sebenarnya?”
Lelaki itu tunduk sedikit, separuh ketawa, tapi tiada jenaka dalam nadanya.
“Aku cuma nak ingatkan kau, kalau kau tak tahu cara jaga Alia, aku tak akan tunggu kali kedua. Dia bukan seseorang yang patut disia-siakan.”
“Dan kau rasa kau mampu bahagiakan dia?” soal Adam, sinis tapi dengan nada rendah yang nyaring dalam makna.
Lelaki itu angkat bahu ringan. Sambil keluarkan sepasang Ray-Ban Aviator klasik dari poket sisi dan memakainya perlahan.
“Let’s find out. Kita main cara fair,” katanya santai, tapi kata-kata itu seperti serangan senyap, tajam dan terancang.
Dia sempat menjeling seketika ke arah Adam, bukan sebagai pesaing biasa, tapi lawan yang tahu bila untuk menyerang dan bila untuk memancing emosi. Kemudian, tanpa tunggu respon, dia berpatah balik menuju keretanya.
Langkahnya santai, tenang dan yakin, lalu masuk semula ke tempat pemandu. Enjin berderum sedikit sebelum Maybach itu perlahan-lahan meluncur pergi, meninggalkan Adam yang masih terpacak dengan dada yang bergelora, namun wajah masih terkawal.
Dari luar, tiada siapa tahu betapa kata-kata tadi masih terngiang kuat dalam kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience