Sebaik saja keretanya berhenti sempurna dalam garaj, Alia melangkah keluar seperti diva di pentas runway, terus menuju ke dalam rumah yang tampil bak galeri seni dalam helaian majalah interior mewah.
Siling tinggi dihiasi lampu gantung kristal yang menjuntai megah, sofa baldu berona beige tersusun anggun di atas karpet Parsi yang tebal, dan dinding putih bersih diseri lukisan abstrak berbingkai emas, setiap inci ruang tamu itu bagaikan bisikan kemewahan yang tenang.
Dia humban handbag ke atas meja kopi marmer, capai telefon yang sejak tadi tertinggal dalam beg, lalu rebahkan tubuh atas sofa empuk sambil menatap skrin dan bersedia untuk mengecek pesanan WhatsApp yang masuk.
"Apa cerita kat pantai tadi? Best ke?" tegur Puan Alisa sambil meletakkan cawan teh di atas meja kaca.
Alia yang baru sahaja melabuhkan punggung di sofa baldu beige, angguk slow. "Rugi mama tak ikut. Punya lah ramai orang, rasa macam picnic carnival," katanya sambil ibu jari terus laju scroll telefon.
Aroma lavender vanilla dari diffuser di sudut dinding terbang perlahan menyentuh hidung. Tapi bau tu pun tak mampu tenangkan mimik muka Alia yang tiba-tiba berubah.
Kening dah mula rapat, bibir muncung sebelah, mata menjeling skrin tanda ada ‘drama’ masuk.
"Nak datang rumah? Hah?! Nak buat apa datang rumah? Eee… sorry sangat, takde slot kosong dah untuk kau dalam hidup aku," bebelnya perlahan sambil jari tekan 'delete chat' macam tekan eject button drama.
‘Lantak kau lah, rumah tu bukan kosong pun, ada jer Sunny kat sana,’ desis hatinya, sambil senyuman sinis mula terukir di wajahnya.
Baru je nak letak telefon,
Ting!
Satu lagi mesej masuk. Kali ni lain macam.
‘Weekend ni, I, mama dan papa akan datang rumah you bawa rombongan.’ – Aslan
Alia tergamam.
“Rombongan?” bisiknya, mata terbeliak seolah baru nampak notifikasi ‘You’ve been charged £10,000.’ Padahal dia tak beli apa-apa pun.
Jari dia automatik menaip balasan chat
‘Rombongan apa maksud awak? Berapa orang?’ – Alia
Aslan balas sepantas kilat.
‘Rombongan masuk meminang.’ – Aslan
Deg!
“What the… “ Alia diam seketika, “wait, seriously?!”
Jeritan Alia tercetus spontan, cukup kuat sampai buat suasana ruang tamu yang tadi tenang terus terganggu. Sofa baldu yang empuk terasa sedikit bergetar dek hentakan tubuhnya yang melompat bangun. Bau lavender dari diffuser automatik yang sedang menyala seolah terhenti sejenak dalam udara.
Puan Alisa yang baru nak nikmati tegukan kedua teh panasnya, terbatuk kecil. Cepat-cepat dia letak cawan, capai tisu di meja sisi. Dahi berkerut halus, pandang anak gadisnya dengan muka tak puas hati.
“Alia, ya Allah… kenapa sampai menjerit macam dengar berita tsunami?” tegurnya, nada lembut tapi jelas sarat hairan.
Alia berdiri tegak, tangan masih genggam telefon. Muka dia tak tentu arah, antara panik, gembira, confused, dan macam baru dikejutkan dari mimpi pelik.
“Ma… weekend ni... ada orang nak datang rumah,” katanya perlahan, tapi nada macam baru dapat mesej dari istana Buckingham.
“Orang?” Ulang Puan Alisa, kening terangkat tinggi.
Alia angguk cepat, muka dah macam budak tadika yang baru dapat arahan cikgu, tapi tak faham satu patah pun.
“Orang siapa pula ni? Cuba cakap elok-elok dengan mama, bingung mama tau.” Bebel mamanya yang kelihatan pelik tengok anak dara dia yang tiba-tiba lost connection.
“Aslan. Dengan keluarga dia—”
“Dah tu? Apa yang pelik sangat sampai Alia ni macam kena kejutan elektrik. Aslan bawa tok kadi sekali ke apa?” Mamanya menyampuk, muka serius tapi nada suara separuh menyakat.
Alia geleng laju, tangan siap buat gerakan potong angin. “Bukan… dia bawa rombongan. Masuk meminang.”
“Apa?!”
Kali ni mamanya pula yang hampir terjatuh remote, suara tinggi automatik sebab weekend tu esok.
“Biar betul ni?” Puan Alisa dah separuh panik, separuh excited.
“Betul la ma. Nah, tengok sendiri.” Alia hulur telefon, tunjuk chat Aslan macam tunjuk bukti penting dalam kes mahkamah.
Tiba-tiba, senyuman manis penuh makna terukir di wajah cantik wanita separuh baya itu. Ada aura bangga campur konspirasi.
“Alia dengan Aslan dah…” katanya menggantung ayat dengan pandangan tajam penuh harapan.
Alia angguk perlahan. “Yer ma… kami dah pernah jumpa kat Bangkok. Tapi mama jangan buat muka terkejut sangat eh… over tau. Macamlah orang ni tak tahu yang semua tu terjadi sebab plan mama.” jawab Alia sambil menjeling dan juling sikit matanya, penuh sindiran manja.
“Yes!”
Puan Alisa berseru pelan tapi penuh kemenangan, tangan ditepuk perlahan.
“Ternyata plan aku dengan Nomi berjaya.” Katanya hampir berbisik, tapi cukup kuat untuk telinga Alia menangkapnya.
Alia mencebik sambil memeluk bantal kusyen. “So all along, I was the ultimate objective. Bravo, mama.”
Puan Alisa menoleh, pandang wajah anak gadisnya dengan penuh kasih. Bibirnya melengkung senyum lembut, tapi matanya jelas ada sesuatu yang disimpan terlalu lama.
“Jangan marah mama, ya,” nadanya tenang tapi sarat makna. “Mama buat semua ni sebab mama nak tengok Alia bahagia dengan orang yang tepat. Bukan dengan si Adam tu.”
Alia tergamam. Jantung dia macam baru skip satu degup.
“Mama tahu… pasal tu?” suaranya hampir berbisik. Mata bundarnya berkaca, seolah tak percaya rahsia yang disimpannya rapi, rupa-rupanya dah lama terbongkar di mata seorang ibu.
Puan Alisa ketawa kecil, tapi bukan ketawa sinis. Lebih kepada ketawa seorang ibu yang sudah lama memendam rasa.
“Alia… mama yang mengandungkan kamu, okay? Dari baby sampai ke besar panjang, semua mama tengok depan mata. You think I don’t know? Mama mungkin tak nampak dengan mata kepala sendiri, but I can feel it. Cara Adam layan kamu dulu… how you slowly shut down, makin senyap, makin hilang spark. Zaman uni dulu, malam-malam kamu menangis sorok-sorok dalam bilik, ingat mama, papa dengan abang tak perasan tu semua?”
Nada suara Puan Alisa sedikit bergetar. Wajahnya cuba kekal tenang, tapi jelas dia juga pernah terluka melihat anak gadisnya menderita kerana memilih cinta yang salah.
“Lelaki macam tu… tak layak, Alia. Mama takkan biar kamu kahwin dengan orang yang buat kamu rasa diri tak cukup. Full stop,” sambungnya tegas, tapi penuh kasih.
Alia gigit bibir. Air mata dah mula berkumpul di hujung kelopak, tapi dia tahan. Nafas ditarik perlahan. Hatinya sebak, tapi untuk pertama kali, terasa benar-benar difahami. Dilindungi.
Patutlah Puan Alisa keras hati sangat nak jodohkan Alia dengan Aslan. Patutlah lately langsung tak sebut-sebut lagi nama Adam. Rupa-rupanya, she knew everything, jauh sebelum Alia sendiri sedar yang diri dia actually layak dapatkan lelaki yang jauh lebih baik. And of course, all credits go to Sunny si detective tak bergaji Puan Alisa, yang silently buat kerja risikan dan lapor tepat waktu.
“Thank you, mama…” ucap Alia perlahan. Suaranya serak menahan tangis, tapi senyum di hujung bibirnya mula terbentuk. Tipis… tapi ikhlas.
Dan waktu itu, di ruang tamu rumah yang sederhana, Alia rasa... dia tak perlu lagi berjuang seorang diri.
Alia baru nak bangun ke dapur bila telefonnya sekali lagi berbunyi. Notifikasi WhatsApp dari Aslan. Dia angkat kening, malas-malas buka. Tapi bila baca mesej tu…
‘Change of plans. My mom nak merisik dulu malam ni. Kita masuk meminang esok pagi lepas sarapan. Okay?’ – Aslan
Alia terus terduduk semula.
“Malam ni?! MERISIK?!”
Muka dia pucat lesi. Tangannya menggigil, jari telunjuk naik ke bibir.
Puan Alisa yang baru nak bangun ke bilik, berhenti melangkah.
“Kenapa lagi tu?”
Alia pandang mama dia, bibir separuh terbuka, suara tersekat di kerongkong.
“Apa?” desak mamanya lagi.
“Mama… malam ni, family Aslan nak datang… MERISIK!”
Muka Puan Alisa terus glitch. Macam sistem sarafnya baru kena short circuit.
“APA? Sekarang dah pukul 6.30! Papa dengan abang kau masih sangkut dalam traffic jam.” Suaranya dah naik dua pitch, panik habis.
“Ki-kita nak masak apa ni, ha? Cepat, call Sunny! Suruh dia teleport balik sekarang juga!”
“Ya Allah… Nomi. Kau ni tahap tak sabar tu macam nak pecah rekod dunia! Sampai aku pun kau seret masuk sekali dalam misi kelam-kabut ni,” bebel Puan Alisa sambil bergerak laju, dah macam lipas kudung.
Share this novel