“Kau ingat kau siapa, hah? Berangan jadikan anak aku sebagai isteri nombor dua?” Nada Puan Alisa masih terkawal, tapi suaranya bergetar, bukan kerana takut, tapi kerana marah yang sudah menjerit di dada. Wajahnya merah padam, nafasnya turun naik.
“Aku ni mak yang mengandungkan dia. Kau bertandang pun tak bertanya. Apatah lagi nak minta izin… atau restu.” Matanya tajam menikam wajah wanita di hadapannya.
Alia yang sedari tadi diam di atas pelamin, mula hendak bangkit. Namun tangan Sunny pantas menahan, diikuti gerak lembut Puan Nomi.
“Duduk, sayang. Biar ini urusan orang tua,” ucap wanita elegan itu, suaranya tenang tapi penuh wibawa.
“Aunty…” Alia memanggil dengan suara rendah, matanya cuba menyampaikan segalanya. Penafian, kebingungan, dan sedikit rasa bersalah. Tangannya meraih lengan Puan Nomi, erat.
Puan Nomi menyambut tangan Alia, lalu menepuknya perlahan. Senyum lembut terukir di bibir wanita itu, penuh keyakinan.
“Aunty tahu semuanya, sayang. Dan aunty percaya pada kamu.” Matanya beralih pada Sunny. “Temankan Alia ya… jangan ke mana-mana, duduk diam-diam saja kat sini.”
Sunny mengangguk, kemudian memeluk bahu Alia rapat-rapat. “Beb… aku tak habis fikir macam mana dia boleh tahu alamat rumah ni. Siap bawa rombongan bagai, sumpah bukan aku yang bagitau dia.”
Alia menoleh sedikit, suara tersekat. “Dah la, aku tau kau tak kan buat aku macam tu. Mungkin sebab aku dulu kerja bawah dia. Dia masih simpan data peribadi aku kot… boleh jadi dari situ dia dapat kesan.” Wajahnya resah, pandangannya beralih ke arah pintu masuk.
"Tengok muka mak dia tu… berdiri atas bumi ni macam langit pun dia yang sewa. Sombongnya, melampau betul."
“Kau sabar, okay? Kita tengok dari jauh je.”
Sementara itu, suasana di ruang hadapan tegang seperti tali yang ditarik terlalu kuat.
“Kau tak ingin menantu macam anak aku? Ingat aku ni terhegeh-hegeh nak bermenantukan anak kau?” suara Puan Rossa menyembur tajam, penuh bangga. “Si Adam tu nak Alia sebagai isteri nombor dua je. Nadrah tetap nombor satu. Anak Dato, bukan calang-calang!”
“Ma!” bentak Adam, wajahnya berubah tegang. “Cukup lah.”
“Mama belum puas! Mama nak semua orang tahu kalau Alia tu tak layak untuk Adam,” balas Puan Rossa, suaranya tinggi, tak peduli siapa yang sedang memandang.
Puan Alisa hampir membalas, tapi Tuan Mukhriz meletakkan tangan ke bahunya, menenangkannya. Lelaki itu menggeleng perlahan, wajahnya tenang walaupun jelas terguris.
“Tak perlu layan. Kalau kita layan, kita pun sama macam dia.”
Dia melangkah ke hadapan, tersenyum sopan. “Kita anggap saja ini semua salah faham. Dah sampai tu, jemputlah duduk. Nikmati majlis kami seadanya.”
Puan Rossa menjeling, bibirnya mencemuh. “Huh. Majlis macam ni? Tak level aku langsung.”
Mata dia menjeling ke sekeliling dengan jijik, seolah-olah udara pun tak layak untuk dihirup.
Namun sebelum kata-kata seterusnya sempat keluar, terdengar suara dari pintu utama.
“Assalamualaikum… maaf kami lambat. Harap tak terlalu lewat lah yer.”
Seluruh hadirin yang berada di ruang tamu menoleh serentak.
Puan Rossa terpaku. Mr. Jonathan terkebil, bibirnya ternganga seketika sebelum tertutup kembali dalam cemas.
Tuan Mukhriz tersenyum mesra lalu melangkah menyambut tetamunya. “Waalaikumussalam. Jemput masuk, Dato’, Datin. Majlis baru saja bermula. Sila, sila…”
Glek!
Mr. Jonathan menelan liur kasar. Tangannya sejuk. Matanya tak lepas dari figura yang baru saja melangkah masuk.
“Dato’…” sapanya dengan hati-hati.
“Ya, betul! Tetamu yang baru sampai tu tak lain tak bukan, orang tua Nadrah sendiri. Backup paling dibangga-banggakan oleh Puan Rossa, macam trofi yang nak ditayang depan semua orang. Konon calon besan dia tu orang ada pangkat.
“Oh… Mr. Jo… dengan Puan Rossa pun ada,” ucap Dato’ dengan ekspresi terkejut kecil, namun cepat menukar kepada senyuman ramah. “Alang-alang dah datang ni, elok juga saya kenalkan.”
Dato’ memaling ke sisi, memberi laluan kepada lelaki segak yang berdiri tenang dengan senyum tipis.
“Ini Tuan Mukhriz, pelabur yang saya sebut tempoh hari. Lelaki hebat ni, tuan-tuan… gelaran Dato’ saya ni tak ada apa-apa pun kalau nak dibandingkan dengan pencapaian beliau.”
Suasana jadi sedikit senyap, tertumpu pada lelaki yang dimaksudkan.
“Tuan Mukhriz ni pelabur besar, bukan calang-calang orang. Ramai tokoh korporat, baik dari Eropah mahupun Malaysia. Ramai berebut nak bekerjasama dengan beliau. Tapi dia sangat selektif… sebab tu kalau beliau hadir kat mana-mana event, bukan main-main.” ucap Dato tu dengan bangganya.
Mr. Jonathan mengelap peluh di dahi dengan sapu tangan sutera. Degupan jantungnya tak sekata.
“Tuan Mukhriz… pelabur yang Dato selalu sebut-sebut tu… ayah kepada Alia? Kenapa aku baru tahu sekarang?” bisiknya dalam hati, wajahnya pucat menahan gelora penyesalan.
Bukan dia saja, anak lelakinya, Adam, pun jelas tergamam. Puan Rossa terkaku, membisu. Rasanya seperti dihempap batu besar, sampai tak ada ruang untuk bernafas. Kenyataan itu benar-benar menampar maruahnya. Malunya… sampai ke ubun-ubun.
“Ma-maafkan kami, tuan… ka-kami—” suara Puan Rossa terputus di kerongkong, lidahnya kelu.
Dato yang sedari tadi memerhati, kini melangkah setapak ke hadapan. “Apa sebenarnya yang berlaku ni? Boleh sesiapa tolong jelaskan?” soalnya, matanya sempit menyorot wajah Jonathan.
Namun sebelum sempat jawapan diberi, Tuan Mukhriz bersuara tenang. “Tak ada apa pun, Dato. Salah faham kecil je. Biasa la tu. Tak perlu dipanjang-panjangkan.”
Dia tersenyum mesra, berusaha mencairkan suasana yang mula menegang. “Cincin dah pun selamat disarung. Semua pun dah lapar agaknya. Jomlah kita teruskan majlis.”
Puan Nomi dan Puan Alisa segera memainkan peranan tuan rumah yang cekap, mempersilakan tetamu ke khemah untuk menjamu selera. Suasana pun kembali pulih perlahan-lahan.
Di sisi lain, Aslan masih berdiri bersama Tuan Mukhriz. Lelaki itu menoleh ke arah bakal menantunya dan bersuara dalam nada yang lebih peribadi.
“Aslan… uncle hanya ada tiga orang perempuan paling penting dalam hidup uncle. Arwah nenek Alia, Aunty kamu, dan Alia. Hari ni, uncle serahkan salah seorang dari mereka ke tangan kamu.”
Wajahnya serius, tetapi tidak keras. “Jagalah dia baik-baik. Didik dia jadi isteri solehah. Kalau satu hari nanti, kamu dah tak mahu dia, kembalikan dia ke rumah ini, elok macam mana kamu jemput dia. Boleh, Aslan?”
Aslan mengangguk. “InsyaAllah, uncle. Saya janji akan jaga dia dengan penuh kasih dan hormat, macam mana uncle jaga dia selama ni.”
Tuan Mukhriz tersenyum, lega. Dia tepuk perlahan bahu anak muda itu. “Bagus. Sekarang pergilah jumpa Alia. Dia tunggu tu… dekat pelamin. Mungkin ada yang korang nak bincang pasal majlis akad nikah nanti.”
Sempat dia menoleh ke arah Sunny. “Jom Sunny. Jangan duduk diam kat situ, sini uncle nak ajar cara jadi menantu favourite,” usiknya sambil ketawa kecil.
Muka Sunny dah merah padam macam tomato busuk, bukan sebab marah tapi... “Eee… uncle ni! Mama dengan papa awak dua-dua suka menyakat tau.” bebel Sunny, pura-pura merajuk dengan bibir yang terjuih ke depan.
Alia menyambut sambil ketawa, “Mereka tengah berhajat tu, nak bermenantukan kau. Aku pun sokong kau jadi kakak ipar aku, padan lah tu dengan abang aku yang tak banyak cakap, ceria rumah tangga korang.”
Sunny geleng kepala dan terus berlalu sambil menahan malu.
Aslan pula perlahan melangkah ke arah pelamin. Alia menunggu, duduk anggun dalam baju putih gading, dan senyum yang tak pernah serik mencuri hati.
Beberapa langkah di hadapannya, Aslan berhenti. Wajah mereka bertemu pandang.
“Kalau awak tu runway…” ucap Aslan perlahan, “Saya sanggup stay dalam holding pattern selamanya, asalkan akhirnya saya tetap mendarat di sisi awak.”
Alia ketawa kecil, menunduk malu. “Awak ni… manis betul. Saya bukan budak kecil tau nak pujuk dengan ayat gula-gula macam tu.”
Aslan senyum, lalu silang kedua tangan di dada. “Masih ingat masa awak menangis depan rumah dulu? Saya hulur lollipop, awak marah-marah.”
Alia tergamam. Seluruh tubuhnya kaku, bagaikan masa terhenti.
Perlahan, bayangan silam mula merayap masuk dengan lembut tapi menikam.
Suara itu. Wajah yang hampir mirip. Nada yang sama, seperti yang pernah mengisi ruang hidupnya satu ketika dahulu. Fragmen-fragmen memori muncul samar
FLASHBACK ON
Alia, dengan mata bengkak dan hidung merah, menangis tersedu di depan pagar rumah. Hatinya hancur lebur lepas dimalukan oleh Adam depan banyak orang di kampus.
Seorang lelaki segak muncul, hulur sebiji lollipop.
“Saya tak tahu apa yang jadi, tapi boleh tak berhenti menangis?” Dia senyum kecil. “Cuba makan gula-gula ni. Sepuluh minit, awak akan rasa lebih baik.”
Alia angkat muka sedikit. “Awak ingat saya ni budak kecil ke?”
“Tapi awak menangis macam budak kecil,” jawabnya selamba. “Masuklah, aunty dengan uncle mesti risau.”
Flashback Off
Alia angkat tangan, jari telunjuknya terarah tepat ke wajah Aslan. Matanya membulat sedikit, suara tersekat di kerongkong.
“Suara tu… sama.” bisik Alia perlahan, dahi berkerut halus. Pandangannya tak lepas dari wajah Aslan, seolah sedang menyusun semula potongan memori yang tercicir satu persatu dalam fikirannya.
Aslan senyum senget, dan angguk perlahan.
Alia terkedu beberapa saat. Kemudian wajahnya berubah cerah, seperti awan gelap yang akhirnya reda hujan.
“Ya Allah… awak rupanya. Kenapa tak bagitahu dari awal?” katanya, nada terkejut bertukar syahdu. Senyuman manis mula terbentuk di hujung bibirnya.
“By the way… thank you tau. Lollipop yang awak kirim setiap hari tu, memang jadi peneman setia saya sepanjang saya lost. Selain Sunny, awak pun sebenarnya ada dengan saya, setiap hari.” Nada suaranya lembut, penuh rasa terhutang budi.
Aslan tarik nafas perlahan, pandang mata Alia tepat. Tiada lagi selindung, tiada lagi main teka-teki.
“Awak nak tahu tak, dari pertama kali kita jumpa, saya dah jatuh cinta kat awak.”
Mata Alia terbeliak sedikit. Bibirnya ternganga kecil, terkejut.
“Tapi saya tahan. Sebab masa tu saya tahu, dalam hati awak masih ada si Adam tak guna tu,” Aslan sambung, nadanya tenang tapi jujur.
“Setiap hari saya doa, minta pada Allah semoga awak lah jodoh saya. Dan bila mama cakap dia nak jodohkan kita, saya rasa macam semesta pun restu perasaan saya.”
Alia terkedu. Matanya mula berkaca. Nafasnya perlahan-lahan ditarik dalam-dalam.
Dalam hati, dia berbisik penuh syukur,
‘Alhamdulillah ya Allah… aku tak sangka, rupa-rupanya dia lah takdir aku.’
Kerana benar, seperti kata pepatah, “Love may delay, but it doesn’t mean it’s cancelled.”
Dan seperti pesawat logam yang menjelajah langit tinggi, akhirnya ia akan kembali juga ke runway yang tepat, tempat ia benar-benar dimiliki.
Takdir itu pelik. Ia tak menjerit, tak terburu-buru. Tapi ia bekerja dalam diam.
Diam-diam Aslan hadir, saat Alia paling remuk. Saat dia hampir percaya bahawa Adam adalah pelabuhan terakhir, walau pelabuhan itu hanya berikan luka dan air mata, di situlah Aslan berdiri. Diam, tapi ada.
Alia genggam tangan Aslan. Dada mereka sama-sama berombak. Waktu seolah berhenti.
“Awak tahu kan, kita ni macam kapal terbang. Kadang-kadang kena delay sebab cuaca buruk. Tapi bila masa dah tepat, semua sistem dah ready… kita tetap akan berlepas ke destinasi yang betul.”
Aslan senyum. “And I promise… I’ll be your safest landing. Always.”
Mereka berpandangan. Dalam diam, dua hati menyatu. Bukan kerana cinta yang sempurna. Tapi kerana mereka akhirnya pilih untuk saling mencintai dengan ikhlas.
Kerana dalam hidup ini, bukan siapa yang sampai dulu, tapi siapa yang tetap tinggal hingga ke akhirnya.
TAMAT
Nota hati: Bila kamu yakin, serahkan pada Tuhan. Sebab takdir yang datang tepat waktu itu, bukan hanya menyembuhkan, tapi juga membahagiakan.
yuhuu.... thanks sebab sudi baca karya yang tak seberapa ni sampai tamat. love you guys...sampai jumpa lagi.
Share this novel